INIKAH YANG ORANG MELAYU SUKA???Malaysiakini.

| |
Sekarang ini sudah ada kumpulan Permuawafakatan Ummah yang menamakan diri mereka PEWARIS. Mereka ini dikatakan membela hak-hak orang Melayu dan menyokong penggunaan ISA, yang menurut mereka masih relevan untuk menjaga keselamatan negara.
Membogelkan tahanan, memburuk-burukkan Islam, menghalang tahanan solat, menyorokkan Quran ....semua ini dilakukan oleh SB@pegawai penyiasat dari bangsa Melayu dan berugama Islam.Perkara ii dilakukan sewenang-wenangnya oleh mereka(SB@penyiasat) diatas nama untuk "mendapatkan maklumat" dari tahanan.

Ini agaknya yang disukai oleh kumpulan ini? Sebab sangat jelas, ISA ADALAH SEBAHAGIAN DARI HAK-HAK ORANG MELAYU, itu sebenarnya yang ingin disampaikan oleh mereka.Sebagai seorang yang normal, pernahkah mereka terfikir, bagaimana rsanya jika diri mereka di perlakukan seperti gambar diatas?

Note:Pelukis gambar ini masih di simpan di Kem Kamunting dari Disember 2001 hingga kini.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

i orang malaysia, bangsa cina.

i ingat pewaris ni bukan sebenarnya 'sokong' isa. mereka hanyalah boneka yang dibayar (soldiers of fortune) oleh sesetengah pihak untuk mengapi-apikan isu perkauman. bahaya ni....

ekonomi tak baik, jadi janji ada duit, apa yang disuruh buat =, mereka buatlah :-) kesian....

samada melayu,cina,india,kadazan dll..i harap2 lah supaya semua sedar...

siapa yang mempersoalkan hak 'istimewa melayu dan orang asli'? siapa yang soalkan, mereka bodoh. ini malaysia. mesti kasi can / tolong sama orang (bukan kaum) yang ketinggalan. fakta ialah majoriti yang miskin ialah melayu DAN orang asli.

tap kita tolong BUKAN cara p-k-mak umno tu...mereka tu semua perompak. pengkhianat bangsa melayu sendiri.

gaji kt kerajaan (termasuk anggota keselamatan) tak patut serendah yang sedia-ada. malaysia ada gtah, timah, petroleum dll sumber dari bumi pertiwi sendiri, kenapa boleh jadi sedemikian????
i anggar sepatutnya paling kurang gaji macam polis pangkat pc pun mesti rm1,500 tapi apa boleh buat... sejak 30tahun kebelakangan ni, 90% duit kerajaan telah disapu oleh umno/mca/mic dan bn keseluruhannya. mereka ini lebih teruk dari anak bangs-t. i harap mereka yang ambil seringgit pun supaya dibakar di neraka. kesian pakcik2 makcik2 kat akmpung yang belum sedarlagi.

apabila perompak sudah amil 1juta, mereka akan keluarkan seratus (SERATUS SAHAJA) dan masuk kampung lagak macam hero, kononnya 'pembela bangsa'. orang kampung fikirannya amat simple, tak muslihat macam perompak ni....janji dapat se-packet beras, ah...menteri ni atau ketua bahagian umno ni di anggap sebagi hero. dan hero haprak macam ni akan berbaju melayu, pakai proton masuk kampung (mercedes tinggal kat rumah isteri kedua) dan berlagak oh sungguh beriman (tengok lah mohd mohd taib tu... rahim thamby chik tu... apa-nama-seremban isa si-pendek tu...)

macam pejamkan mata gadis kampung, rogol sama dia, buka mata si gadis dan tipu kat dia kononnya 'towkay cina' yang rogol. itu taktik mereka sejak 30 tahun dahulu.

tambah lagi propoganda tv3 dan utusan (utusan dulu dan utusan sekrang sudah berlainan; macam umno dulu dgn umno sekarang lain), macam mana tak dipengaruhi? pakcik2 makcik2 kat kampung bukannya ada astro... atau streamyx... mereka sengaja dibiarkan 'jadi bodoh' oleh perompak bn. eh, kalau makcik2 pakcik2 kat kampung pun tau soal pasal ekonomi, pasal isu hak asasi, matilah perompak tu :-)

zaman tunku memang ok (dia masih dan selama-lamanya tunku yang disayangi oleh 100% masyrakat cina tak kira melayu cina india. tunku memang unik, tak ada lagi yang macam tunku...memang ikhlas. tapi semenjak dapat petroleum (awal 70a) ...bermulalah rasa tamak. iman diketepikan. pagi ambi rasuah, petang pergi masjid. sanggup buat apa aje, janj dapat gasak duit petroleum dll...

i sokong tolong orang melayu dan orang asli yang miskin. kalau ada satu ringgit saja, bagi lah mereka. tak ada masalah bagi i. tapi jangan lah hanya kasi 20sen, yang lain 80sen masuk poket sendiri. i harap agar mereka yang merompak ni supaya masuk neraka kalau ambil duit macam ni...

carmanio.

Unknown berkata...

ini orang yang memburukkan nama baik orang melayu and islam. pada pendapat saya.

Tanpa Nama berkata...

Salam bro...

Tanpa Nama 00:28, gua caya sama lu...lu memang gempak la bro...

Tanpa Nama berkata...

master yoda

i) i kena cari kamus makna "gempak" :-) vocabulary bahasa i ni agak terhad :-)

ii) i serius pasal ni. bukan nak bodek2 :-)

iii) kalau (BILA) united malays national organisation disappear daripada muka dunia, maka hari tu lah bermulanya kehidupan yang baik bagi semua warga malaysia. melayu maju, jadi....cina pun maju, india pun maju, kaum2 lain pun maju. semua maju and sejahtera.

iv) tapi kena tolong mereka yang miskin. jangan nanyi itu lagu apa-nama....itu lagu dalam biro tata-negara. itu lagu propaganda organisasi lanun bernama united malays national organisation.

v) kalau ada mana-mana individu yang kita nampak macam "racist" (racist melayu, racist cina dsb...), harap ingat mereka ini adalah dari kumpulan minoriti. jangan kita marah ikut kaum pasal satu dua orang yang tak berguna. ini mustahak.

vi) tapi, cepat cepat kasi tolong sama member kita yang ketinggalan.

vii) semakin cina racist dilihat "terlalu" maju, semakin "tertekan" dinampak member lain. ini natural, i faham.

viii) dulu i pakai kapcai, u pakai kapcai. no problem. suddenly, i pakai mercedes,tapi u masih paki kapcai. ah...ini mungkin jadi asas fikir yang bukan2.

ix) jadi, kita kena SECEPAT mungkin kurangkan jurang antara kaya & miskin; tak kira kaum. tapi, hakikatnya, lebih melayu yang miskin. ini kita semua kena perbetulkan. tapi BUKAN cara kumpulan lanun/perompak/perogol yang namanya barisan nasional.

x) yang paling bahaya: united malays national organisation, yang sejak 70an tu... mereka mencemarkan nama "malays".

carmanio.

kekwa66 berkata...

Harap anak2 orang kampung yg belajar kat bandar tu..balik...cuci , berus dan sental kepala otak mak bapak mereka supaya mereka celik...baru tau siapa hantu siapa puaka!!!

tepet berkata...

MAAFKAN SAYA MEMANGGIL PUAN DENGAN PANGGILAN TUAN DI AWAL KOMEN SAYA....

SAYA DA SEDIKIT SOALAN JIKA PUAN TIDAK BERKEBERATAN UNTUK MENJAWAB

APA MAKSUD PUAN "Dan sebelum mengeluarkan kenyataan yang bermaksud "bercerita tentang tahanan ISA" harap rujuk dulu pada kami di Gerakan Mansuhkan ISA." PUAN SAYA BUKAN MENYOKONG ISA...TAPI APAKAH WAJIB BAGI SAYA APABILA HENDAK BERCERITA DI DALAM BLOG TENTANG ISA..ATAU MENYENTUH TENTANG TAHANAN DIDALAMNYA KAMI WAJIB MEMINTA KEBENARAN DARI PIHAK GERAKAN MANSUHKAN ISA... SAYA BUKAN MEMPERTIKAI..CUMA SAYA PERLUKAN SEBAB KENAPA SAYA PERLU BUAT SEPERTI APA YANG PUAN PINTA?

Samuel Goh Kim Eng berkata...

PASS IN ON

Whatever we can do we must try ourselves to do
Whatever is beyond us we must leave it to God to do
Afterall as mortals there's a limit to what we can do
But to God everything is possible for Him in His own time to do

(C) Samuel Goh Kim Eng - 251108
http://MotivationInMotion.blogspot.com
Tue. 25th Nov. 2008.

Samuel Goh Kim Eng berkata...

Please read "Pass In On" as
"Pass It On"


Samuel Goh Kim Eng - 261108
http://MotivationInMotion.blogspot.com
Wed. 26th Nov. 2008.

Tanpa Nama berkata...

Say No to ISA. Barangkali PEWARIS ni topeng untuk UMNO

Merah Hitam berkata...

Tepet,
Saya merujuk pada tulisan Zubli Zainordin dia ada tulis, " yang insaf...."

Secara prinsipnya semua tahanan@orang yang ditudu bersalah, dengan apa tuduhan sekalipun,mesti dibawa dimahkamah supaya boleh membela diri.Contohnya, budak bawah umur mencuri makanan di supermarket pun ada hak untuk didakwa di mahkamah juvana.

Tapi, tahanan ISA,mereka ni umpama orang yang di tuduh bersalah oleh Menteri Dalam Negeri, kemudian menteri itu terus tangkap dan masukkan di bilik store di rumah beliau.Menteri Dalam Negeri meletakkan undang-undang ditangan beliau sendiri, dan beliau boleh tahanan mangsa ISA itu bertahun-tahun ikut suka hati beliau saja.

Ini adalah fakta.Ada tahanan yang ditahan dari tahun 2001 hingga kini masih merengkok di Kem Kamunting.Siapa yang bertanggungjawab dengan penahanan ini?Dan yang paling teruk,setiap usaha untuk membantu membebaskan tahanan di cop oleh Menteri Dalam Negeri dan segala polis@SB sebagai satu usaha yang boleh menggugat keselamatan negara.Jadi, apa pilihan yang kami ada???

Sebenarnya, tahanan ISA tidak perlu merasa bersalah atau perlu insaf untuk dibebaskan.ISA diguna untuk melindungi VVIP yang menjadi pemain utama dalam setiap tuduhan yang keatas tahanan ISA itu. Tahanan ISA hanyalah "scape goat" kepada Kerajaan.

Jika anda ingin memasukkan fakta di blog saudara, tidak perlu minta izin dari GMI atau saya sendiri tetapi saya minta sangat,fakta yang di siarkan itu, tidak akan memberi sokongan pada ISA.Kita wajib mendidik rakyat supaya faham bahawa ISA ini adalah musuh utama yang menyebabkan keadaan rakyat malaysia ini jadi begini, iaitu yang miskin tambah miskin, yang kaya tambah kaya dan racist bertambah teguh.Segala nya kerana ada UMNO yang menguasai BN ,yang menguasai negara.Pemimpin yang sedang berkuasa kini, sudah ditolak rakyat namun, mereka tetap kelihatan gagah kerana mereka ada ISA.

Sebab itulah dalam apa cara sekalipun, ISA mesti mereka (UMNO) pertahankan.Itu adalah kubu terakhir kekuasaan mereka!!!

Saya bukan emosional,tetapi menulis berdasarkan fakta.Selagi suami saya masih di kurung,fakta itu tidak akan berubah!!!

Kak laila

tepet berkata...

puan laila....

tq atas penerangan puan....

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]