Hidup adalah perjuangan!!!

| | 2 ulasan

Empat orang pemuda dari Setiu ,Terengganu, aku dan Kak Salmah MT PKR.
Rabu,24 Feb- Mahkamah Jalan Duta ,K.L.

Sewaktu menjejakkan kaki di Mahkamah Jenayah Sesyen 5... satu tempat yang agak kerap ku lawati...mataku secara tiba-tiba terpandang pada empat orang anak muda kelihatan agak letih dan lesu.

"Bila sampai" tanyaku kepada mereka. " Pagi sebelum Subuh.Bertolak dari Setiu, Terengganu malam tadi...." kata Along. Shukri, salah seorang dari mereka adalah antara 29 tahanan Himpunan MANSUH 1 ogos lepas....termasuk aku sendiri.

Aku tiba-tiba teringat peristiwa di mahkamah pagi itu.Pendakwaraya....., tanpa rasa malu telah menyatakan bahawa polis tidak memberi sebarang maklumat pertuduhan keatas kami dan dimasa yang sama polis-polis itu juga tidak dapat dihubungi......

Tiba-tiba aku rasa sedih sangat kerana terasa dipermainkan oleh polis!!!
Kesedihanku lebih memuncak bila memikirkan hampir separuh dari 29 tahanan MANSUH terpaksa datang dari Johor, Terengganu, Perak dan Melaka semata-mata hanya untuk mendengar "sebutan kes" untuk kali ke lima!!!

Pelik, kenapa lambat sangat perbicaraan dijalankan...rupanya polis2 yang sibuk menahan dan memasukkan kami kedalam lokap itu belum lagi menyiapkan kertas tuduhan mereka untuk tindakan pendakwaraya di mahkamah. Polis juga mempermain-mainkan pendakwaraya dan mahkamah!!!!

Sabarlah...kataku pada mereka.Inilah perjuangan kita. Selagi kes ini masih ada, selagi itu orang akan ingat tentang himpunan rakyat yang bencikan ISA.


Dari kiri Zalina , Izzah (baju wad warna hijau) aku dan Zalihan.

25 Feb, Hospital Selayang.

Aku menziarahi seorang sahabat lama yang sedang diuji dengan penyakit. Paling akhir aku bersenggol bahu denganaya ialah disatu majlis kahwin tahun 2006.Ketika itu, dia tidak lah kurus sangat.

Namun kenangan sewaktu bertemu beliau di wad 5D beberapa hari lepas membuatku sukar untuk melelapkan mata!!Aku tidak pernah terfikir dia jadi sekurus itu.... kenapa ya? Beliau dikatakan sedang derita sakit tairoid, daibetes dan jantung.Beliau yang ku kenali sejak 15 tahun yang lalu, adalah seorang anemic!

Sewaktu aku menziarahinya, beria-ia benar dia minta aku duduk disebelahnya. Ahhh..malu rasanya dengan tubuhku yang montel berisi, duduk disebelahnya yang tinggal kulit dengan tulang!!!

"Bagilah daging akak sikit kat saya" katanya bergurau.Aku hanya tersenyum sambil memerhatikan beliau memegang dan mengusap-usap tanganku.

Aku berdoa supaya beliau segera sembuh dan menjalani kehidupan normal seperti biasa.
Dimasa yang sama, aku bersyukur, walaupun lebih 7 tahun hidup tanpa suami, Allah memberi kesihatan tubuh badan ,satu nikmat yang tidak ternilai harganya kepadaku.

Dalam hati, aku berjanji akan terus memperjuangkan apa yang telah dilakukan selama ini...hinggalah kebenaran itu diletakkan ditempat yang sewajarnya.Ameen.

Read More !

Berilah daku peluang.....

| | 0 ulasan



Dari kiri Zalina (gelang mutiara) Kak Umi, Che Yah(tudung kuning) ,saya dan Kak Ani (baju biru).

Bila tengok gambar ni..... teringat di zaman kami muda-muda dulu. Bukan senang nak bertemu semula dan duduk santai seperti ini. Apa yang istimewa sangat dengan gambar ni?

Kami pernah tinggal serumah sewaktu bujang-bujang dulu. Memang faham sangat karekter masing-masing. Che Yah terkenal sebagai "Miss Smart" kerana tulisan yang cantik ,kerja-kerja kemas dan gaya jalan pun teratur.Zalina bagaikan model terkenal dengan gelang-gelang , rantai yang silih berganti dan fesyen-fesyen baju jubah yang pelbagai. Kak Ani terkenal dengan tag "recycle' kerana bijak menggunakan smula barang-barang terbuang/terpakai. Manakala aku , sering dilabel sebagai "manja ,loyar buruk dan lembut".

Kehidupan dirumah bujang amat menyeronokkan, terutamanya ketika makan. Apa saja yang dihidang, pastinya semuanya akan bersih!!!

Antara kami berempat , aku yang terlebih dulu menamatkan zaman bujang.Masih ingat lagi di majlis perkahwinanku, ramai yang sedih dan menangis kerana aku tidak tinggal bersama mereka lagi.......Allah telah mentakdirkan, walaupun aku yang mendirikan rumahtangga dulu, tapi aku yang paling akhir mendapat cahaya mata ie Suhaib.

Itu dulu.

Sepuluh tahun kemudian, mereka terkejut dengan berita suamiku ditahan dibawah ISA. "Bagaimana agaknya kehidupan Che La (panggilan untukku) yang amat manja dan bergantung sangat kat suami dia?" itulah yang bersarang di minda mereka.Mereka tak dapat membayangkan bagaimanakah aku mengharungi hari-hari mendatang tanpa suami disisi....

Kemudiannya......

Semua terperanjat pertama kali melihat berita dan wajahku keluar di HARAKAH . " Ella (panggilan untukku) awak dah banyak berubah....dah tak lembik, pemalu dan pendiam macam dulu....." komen mereka lagi.....

Dan selebihnya......apa yang mereka saksikan hari ini....

"You all nak saya jadi macam dulu balik.. he he he?" soalku kepada mereka.

Semuanya tersenyum penuh makna. Semua kata ' teruskan lah ..."

Tetapi, bila dah jadi cikgu semula, seolah-olah dunia menjadi sempit kerana tugasan dan tanggungjawab yang terlalu banyak perlu diselesaikan. Tapi...mungkin semua kesibukan ni hanya sementara saja kot...maklumlah, setelah tujuh tahun hidup membujang serta bercuti panjang dari sekolah, banyak perkara yang wajib di "adjust' semula......

Berilah peluang padaku untuk menyusun semula kehidupan ini....

Read More !

Izinkanlah peguam bertemu tahanan........(Protest di Lake Garden, 22Feb 2010,11am)

| | 0 ulasan



Selepas hampir sebulan, tahanan ISA dari Timur Tengah yang di labelkan sebagai pengganas itu di tahan dibawah ISA, pihak peguam masih belum berpelung bertemu semua yang ditahan.Sheikh Aiman Ad Dakak dan Azzahari Bin Murad adalah dua dari 10 tahanan yang semuanya belum diberi peluang bertemu peguam.

"Kami amat risau dengan keadaan semua tahanan.Kami akan failkan Habeas Corpus secepat mungkin, tetapi kami tidak dapat melakukannya jika tidak diizinkan bertemu mereka" kata Edmund Bon, peguam Hak Asasi terkenal dari Bar Council.

Mereka (pasukan peguam) diberitakan telah bertemu pegawai tertinggi SB di Bukit Aman untuk mendapatkan kebenaran lawatan, tetapi nampaknya segala usaha itu tidak mendatangkan hasil.

Apakah lagi pilihan yang mereka(peguam) ada untuk membantu semua tahanan itu?

Oleh sebab itu, GMI dan SUARAM akan mengadakan satu protest lembut menuntut supaya peguam dibenarkan melawat tahanan dengan segera sebelum Menteri Dalam Negeri menandatangani sebarang surat untuk mengahantar mereka ke Kem Kamunting atau kembali ke Negara asal.

Sekiranya anda perihatin dan simpati terhadap mereka, silalah hadir ke protest tersebut untuk menunjukkan sokongan terhadap usaha-usaha peguam tersebut. Maklumat lanjut :

Tarikh: Isnin (22 Feb 2010)

Tempat: Lake Garden.

Masa: Jam 11 pagi.
Susah sangat kah nak beri peluang tahanan bertemu peguam?
Kenapa SB tidak benarkan tahanan bertemu peguam/ peguam bertemu tahanan?
Kenapa lawatan peguam kepada tahanan ISA amat di takuti oleh pihak berkuasa polis?

Read More !

"Aku akan bebas dari cengkaman ISA"

| | 1 ulasan


Aktivis GMI Nashita, YB Zuraidah Ahli Parlimen Ampang dan YB Gan Pei Nei ADUN Rawang menziarahi ibu bapa "S" yang pernah ditahan hampir 8 tahun dibawah ISA tanpa pernah dibicarakan dimana-mana mahkamah.

"Alhamdulillah, jam 12 malam ini, genap 8 tahun . Dan aku akan bebas total dari cengkaman ISA' itulah sms yang dihantar oleh "S" kepada kami.

Gembira bila baca sms itu,tetapi...kenapa agaknya "S" mengatakan bebas secara "total"?

"S" ditahan dibawah ISA pada bulan Disember 2001 dituduh sebagai ahli "JI". Beliau dibebaskan dari Kem Kamunting pada bulan January 2009.Selama 7 tahun beliau merengkok di penjara,sekalipun tidak pernah diberi pendakwaan atau proses perbicaraan mahupun judicial review dimahkamah. Dan kini,walaupun sudah "bebas"...... beliau tetap dinamakan oleh polis Special Branch sebagai "pengganas" yang masih memberi ancaman kepada negara......

"S" seorang yang amat patuh dengan semua peraturan yang di senaraikan oleh pihak warden Kem dan SB bertugas antaranya ialah, beliau dan keluarga tidak boleh berhubung dengan wartawan ,tidak berhubung dengan mana-mana Wakil Rakyat Pakatan Rakyat dan tidak membuat Habeas Corpus dengan mana-mana peguam dimana-mana mahkamah!!!

Sebaik saja dikeluarkan dari Kem Kamunting pada January 2009, beliau hanya tinggal di alamat rumah yang terletak di wilayah polis yang kecil dan tidak boleh keluar dari wilayah tersebut kecuali dengan izin polis.Beliau juga terpaksa melaporkan diri setiap minggu di balai polis yang dinyatakan dan berada di rumah sebelum jam 9 malam.

(Selepas ini, beliau boleh pergi ke mana-mana saja di Semenanjung Malaysia...diseluruh dunia , pada sebarang masa dan ketika.... tanpa dibelenggu peraturan polis . Kebebasan pemberian Allah yang sepatutnya dinikmati oleh mana-mana warga negara Malaysia khasnya dan mana-mana penduduk dunia amnya)

Walaupun sudah lebih setahun dibebaskan dari Kem, beliau belum mempunyai pekerjaan tetap untuk menampung pendapatan keluarga kerana sekatan wilayah dan beberapa peraturan SB yang perlu diikuti. Mungkin selepas ini, beliau boleh merancang kehidupan yang lebih baik untuk keluarganya.

Mengimbau kembali penahanan dibawah ISA 7 tahun yang lalu, bapa "S" seorang yang amat berusaha untuk melihat anak kesayangannya dibebaskan dari cengkaman akta tahan tanpa bicara ini. Beliau, pernah bertemu bekas Menteri Dalam Negeri dalam satu majlis penerangan tentang ISA anjuran UMNO/BN dan merayu-rayu supaya anaknya dibebaskan. Dan ketika itu, Pak Cik "M" sungguh terperanjat bila diberitahu bahawa bekas Menteri itu tidak tahu menahupun bahawa ada tahanan ISA yang telah ditahan lebih dari 7 tahun!!!!

Read More !

Siapa lagi selepas ini?

| | 0 ulasan

Gambar sebahagian dari keluarga tahanan ISA terbaru yang di tahan dalam satu serbuan di Sg Chinchin, Gombak akhir January 2010.Mereka hadir dalam satu satu penyerahan memo dan sidang akhbar anjuran GMI di SUHAKAM semalam.Mangsa ISA terbaru ini adalah pelajar dari Negara Timur Tengah yang sedang belajar di salah sebuah universiti tempatan.

Tag nama ini dipakai ketika saya dijemput untuk memberi ucapan selama 2 minit di Geneva, Switzerland, bulan June tahun 2009.

Sebaik saja saya menamatkan ucapan yang intisarinya menceritakan nasib mereka yang ditahan di bawah ISA di Malaysia, ramai juga peserta wanita dari beberapa buah negara Arab, Afrika dan Uganda yang mendapatkan saya untuk memberi kata-kata semangat kerana menurut mereka, ucapan itu amat menyentuh hati.

"I thought Malaysia is a paradise !!!!" kata seorang wanita bernamaJulunya dari Uganda.

"Yes! It IS a paradise...but there's a black dot, the act that extremely violates the rights of the people.." jawabku dengan pantas.Mereka yang lain turut menganggukkan kepala.

Sepanjang berada di persidangan dunia itu, saya dapati Malaysia amat popular dikalangan negara-negara OIC terutama dari Timur Tengah dan Asia.Dengan matawang yang rendah nilainya berbanding negara mereka, makanan yang sedap serta murah, hotel-hotel bertaraf 4-5 bintang yang mewah serta yuran pengajian yang murah di universiti yang bertaraf antarabangsa memang menjadi pilihan utama untuk dijadikan 'rumah kedua' untuk diduduki.Sebab itu, bila sebut "Malaysia" saja, mereka pasti tersenyum dan ramai yang saya temui disana mengaku pernah datang ke Kuala Lumpur!!!

Namun...... siapa sangka, ada "akta tahan tanpa bicara' di negara syurga dunia ini yang tidak pernah mengenal ihsan pada mangsanya?

Sejak tahun 1960, ISA telah digunakan keatas lebih 17,000 orang yang ditahan dan dilabelkan dengan beratus-ratus jenama seperti KMM, JI, Al Mauunah,Hindraf dan sebagainya .Tiga bangsa utama di Malaysia terdiri dari Melayu, Cina, India semuanya telah pernah dijadikan mangsa.

Sebelum ini, PM baru pernah berkata, ISA tidak akan digunakan lagi... namun perkembangan mutakhir ini seolah-olah menceritakan bahawa kata-kata PM juga tidak dapat dijadikan satu kepastian yang akta zalim ini tidak akan digunakan lagi.

Selepas penahanan warga Timur Tengah ini, siapa lagi kah yang bakal dimangsakan?

Read More !

Kempen anti-ISA merentas benua.

| | 0 ulasan

Bersama Brother Masoud, dari IHRC yang beribu pejabat di UK. Dikiri sekali, pengerusi GMI, Syed Ibrahim , Mat Sah dan saya.

Semua khusyuk mendengar pandangan dan penjelasan dari Bro Masoud.Hadir sama, YB Saari Sungib dan Suhaib Mat Sah.

Sebaik saja mengetahui Mat Sah telah dibebaskan, Bro Masoud dan isterinya, Arzu terus sujud syukur kerana sebahagian dari usaha mereka menyediakan profail untuk Mat Sah tahanan ISA lebih 7 tahun, akhirnya membuahkan hasil.Walaupun mereka berada beribu batu di London, namun kegembiraan saya sekeluarga serta semua pendokong kempen anti-ISA di Malaysia tetap mereka rasai.Justeru, peluang untuk bertemu Mat Sah adalah sesuatu yang amat mereka nantikan.Allah mengabulkan doa dan harapan tersebut.Akhirnya, Bro Masoud, Arzu dan Ahmed dapat bertemu Mat Sah yang selama ini diketahui diatas kertas saja.

Dalam pertemuan singkat itu, Bro Masoud tidak dapat menyembunyikan rasa bersyukur kehadrat Allah.... akhirnya, penahanan tanpa bicara yang dikenakan terhadap Mat Sah, berakhir juga.Beliau yang mengetuai kempen Bebaskan Mat Sah di Eropah turut bekerjasama dengan Human Right Watch di Amerika dan Amnesty International di London.

Saya tidak pernah terfikir untuk berkempen membebaskan aaaabah Suhaib hingga ke tahap itu.Namun, inilah hikmah bekerja secara berkumpulan.GMI adalah nadi kekuatan yang memberi sepenuh ruang,peluang ,sokongan dan bantuan bagi saya untuk melakukan segala-galanya.Alhamdulillah......

Sesiapa berminat, boleh rujuk pada web IHRC iaitu http://www.ihrc.org/.

Read More !

Sekatan polis masih membelenggu hidup kami

| | 0 ulasan

Gambar ini diambil sepuluh hari selepas Mat Sah dibebaskan dari Kem Kamunting.

Kad-kad undangan ke majlis perkahwinan.
Sejak lebih 7 tahun yang lalu, aku jarang menghadiri majlis perkahwinan.Selain majlis itu diadakan pada hujung minggu dimana biasanya aku berada di Taiping, aku juga mahu menjaga perasaanku dari mengingati detik-detik indah sewaktu kami mula diijabkabulkan sebagai suami isteri hampir 19 tahun yang lalu.Kenapa ya? Bukan mahu melupakan detik bersejarah itu..... namun ketika itu,aku terlalu khuatir akan leka dengan perasaan rindu seorang wanita bergelar isteri pada suami yang sah...yang telah sekian lama tidak menyentuhnya...., rindu pada belaian mesranya....Ahh!!!rindu pada segala-galanya! Aku amat takut jika perasaan lembut itu bisa merosak dan memesongkan perasaan dan semangat juang yang sentiasa di pupuk untuk terus-menerus berpegang teguh pada prinsip perjuangan demi mendapatkan dan menegakkan hak-hak kami berdua yang sedang dicabuli oleh akta zalim ISA, ketika itu.Aku seboleh-bolehnya melupakan semua perasaan tersebut agar dapat terus kuat!!!

Kini...bila beliau telah kembali ke sisi kami(aku dan Suhaib), sekatan kawasan oleh pihak berkuasa pula tidak memungkinkan kami menunaikan segala undangan tersebut kerana kebanyakan jemputan itu datangnya dari luar daerah polis yang masih membelenggu kehidupan kami......Maaf lah, hanya undangan dalam kawasan, barulah kami sempurnakan.

Di posting ini, ingin diucapkan selamat pengantin baru pada Wan Iffah dan Nazrel, Norkhairi dan Putri serta Sabariah dan Kolonel Zaini. Moga perkahwinan akan diberkati hingga akhir hayat dan dijauhkan dari bahana ISA!!!!

Read More !

Maaf atau mati?

| | 2 ulasan

( Ini gambar Sudin yang diambil pada awal Subuh 18 April 2002, lapan tahun yang lalu.Bagaimana rupa Sudin sekarang?)

Setiap kali ISA disebut, pasti aku akan teringat pada Samsudin.Apalah yang sedang dibuatnya ketika ini? Bagaimanakah keadaannya?Tidurkah?Sedang baringkah?Apa agaknya yang sedang bersarang di mindanya?

Pada 12 Jun ini, beliau akan genap 8 tahun dikurung tanpa bicara di Kem Tahanan Kamunting. Pekerjaan beliau sebagai pembantu akauntan, sudah lama berakhir. Isterinya....sudah lama diceraikan, atas kehendak wanita itu sendiri (dan dia tidak salah kerana menuntut haknya). Anak-anak semakin membesar dan sudah lama melupakan bapa kandung yang tidak langsung memberi nafkah makanan mahupun kasih sayang sewaktu mereka melalui saat-saat membesar....

Siapakah yang patut dipersalahkan?Sudin atau bekas isteri dan anak-anak?

Baru-baru ini, aku dikejutkan dengan satu berita dari seseorang yang dikatakan agak rapat dengan beliau bahawa Samsudin tidak mahu berjumpa sesiapa pun samada ahli keluarga ,Special Branch ,peguam atau pegawai SUHAKAM kerana beliau telah bersumpah, jika Perdana Menteri yang baru ni tak mahu memohon maaf secara terbuka pada beliau, dia lebih rela mati saja di dalam Kem!!!!

Biar betul ni!!!!Jika betul Sudin ingin bersumpah mengakhiri kehidupannya di Kem, ini akan menjadi satu sejarah baru dalam perjuangan menegakkan hak asasi di Malaysia ini.Pelik juga, dah dikurung lebih 7 tahun, adakah beliau masih lagi menjadi ancaman pada keselamatan rakyat Malaysia?Adakah ini bermakna KDN gagal mentarbiayah Sudin mengikut citarasa kementerian itu?

P/S: Sentiasa berdoa moga Sudin dibebaskan segera dan tidak mati di dalam Kem.Jika dia mati diKem, siapa yang susah?

Read More !

Selamat Tahun Baru pada semua.

| | 0 ulasan

Dalam gambar ini ialah Sing Yee, Yee Keong(baju kuning),Heng Lung(berdiri) Pei Fen(baju merah) dan Mat Sah.Memerhatikan dari jauh ,duduk ialah Robert dan berdiri jauh dibelakang ialah Syed Ibrahim.

Jika slogan baru PM Najib ialah 1 Malaysia, sebenarnya GMI dah buat dan laksanakan perkara itu sejak ianya ditubuhkan pada tahun 2001 lalu.Akta zalim ISA telah secara automatik mengumpulkan rakyat Malaysia berbilang kaum semuanya dan bersatu padu untuk menumpaskan kerajaan zalim yang masih mempertahankan akta tahan tanpa bicara itu untuk melindungi kroni@pemimpin tertentu.Sejarah tidak akan lupa lebih 17ribu rakyat Malaysia dari kaum Cina,Melayu dan India,semuanya pernah dijadikan mangsa ISA. Sejarah tidak pernah lupa atau bohong!!!

Ok lah. Semoga perayaan Tahun Baru ini akan mengukuhkan lagi semangat setiakawan rakyat Malaysia untuk menentang ISA.

p/s: Sanjiun,Kitsam, dan semua pembaca Merahhitam berbangsa Cina kami ucapkan...Gong Xi Fa Cai

Read More !

Selamat Pengantin Baru, Nurul Hazirah.

| | 2 ulasan

Selamat Pengantin Baru, Nurul dan Taufiq........(maaf le Cg menyibuk disebelah tu)

Nurul pernah sukarela menjadi peneman saya ketika kempen Bebaskan Tahanan 6 Tahun ISA pada 2008.Masih segar dalam ingatan, beliau menjadi setiausaha dalam kempen tersebut dimana saya adalah pengarahnya. Beliau bukan asing dengan GMI!!!
Nurul telah menemani saya ke beberapa buah negeri di Semenanjung yang lain seperti Johor, Kedah ,Perak dan Negeri Sembilan ,manakala Selangor dan K.L adalah tempat rutin kami menjalankan aktiviti mendidik rakyat tentang akta drakonian ISA.
Terlalu banyak suka dan duka yang pernah kami berdua lalui bersama. Saya amat bersyujkur ke hadrat Allah kerana telah dipertemukan dengan Nurul, ibunya Puan J yang telah begitu murahhati "menginfakkan" Nurul ketika saya amat memerlukan seseorang yang boleh membantu memudahkan urusan kempen anti-ISA tersebut.
Hari ini,Nurul telah menemui lelaki yang berjaya mencuri hatinya. Selamat Pengantin Baru pada Nurul dan Taufik.Moga perkahwinan akan berbahagian hingga akhir hayat dan dijauhkan dari ancaman ISA!!!

Read More !

Esok 3 Feb, Kes Himpunan Mansuh ISA lagi....

| | 1 ulasan


Mahkamah lagi …… .esok kena menapak ke Mahkamah Jalan Duta lagi….
Letih? Bohong lah kalau saya katakan tidak. Dah tiga kali berkumpul di mahkamah hanya untuk sebutan kes….
“Laila, u have to be strong!!!” aku mengingatkan diriku sendiri.
“Laila, this is your choice…don’t give up easily…” tambah kata hatiku lagi.

Sebelum ke mahkamah, aku terpaksa mendapatkan “time-leave’ dan pertukaran kelas dengan guru2 lain. Memang penat….tapi aku sudah melalui semua itu sejak 7 tahun yang lalu.Tiada istilah rehat ketika disekolah. Tiada masa nak bersembang kosong dengan kawan-kawan .Setiap masa percuma yang ada biasanya akan di habiskan untuk menyiapkan kerja sekolah……



Hanya satu harapanku..biarlah setiap yang telah dilakukan itu akan dikira oleh Allah SWT sebagai amalan soleh yang bakal mengurangi dosa-dosa dan menjadi temanku di akhirat kelak.Bercakap tentang akhirat, rupanya orang2 yang pernah menganiaya , memfitnah dan menzalimi kami lebih 7 tahun lamanya…pun teringin nak masuk syurga gak…..

Tapi…selagi mereka tak insaf, tak minta maaf secara terbuka, tak bayar gantirugi yang kami semua keluarga ISA alami………maka jangan mimpi lah kami akan maaf dan lupakan segalanya yang pernah berlaku. Carilah kami diakhirat sana…..

Read More !

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]