"Court released RPK..." sebaik saja melihat sms En Jayanath, seseorang yang konsisten menziarahi blog MerahHitam kepunyaanku, tiba-tiba saja dada jadi sebak dan kemudian air mata mengalir laju dari takungannya.Aku membiarkan saja air itu tumpah, sekurang-kurangnya hilang sesak didada.Ketika itu, dalam pandangan yang agak kabur , baru perasan,ada berpuluh-puluh sms belum dibuka dan berbelas "miss calls" yang tak dijawab!!!
"Are you okey?" tanya Cg Suriati(isteri Presiden JIM) , ketika aku menjawab panggilan dari nya. "Not realy" jawabku sambil memohon maaf ,tidak dapat membantu memberi tips terakhir pada pasukan Bolajaring dibawah kelolaannya. Entah berapa lama aku berkeadaan seperti itu hingga rasanya mata yang kecil ini menjadi semakin bengkak dan sepet..
Sebelum ini,rasanya hatiku ni, dah kuat sangat, dah cukup kering untuk menghadapi sebarang kemungkinan.Tapi...rupanya aku silap!!!
Selepas mengambil wudhu', kepada yang Maha Esa, aku bersyukur kerana ada tahanan ISA dibebaskan dan di masa yang sama,sangat-sangat berharap abah Suhaib juga diberi izin oleh Allah untuk segera di lepaskan.
Untuk seketika aku terfikir, kenapa perlu menangis? Eh... ya tak ya juga.Kenapa masih menangis.Bukankah sudah hampir 7 tahun kami dipisahkan dan aku sudah biasa dengan situasi seperti itu?Bukankah sekarang aku adalah aktivis sepenuh masa, kenapa hatiku masih lemah dan air mata masih begitu murah? Bukankah aku telah maklum, tidak mudah untuk menentang kuasa besar seperti Menteri Dalam Negeri? Bukankah aku memahami, tidak mudah untuk mendapat pahala percuma dari Allah swt?
Ahhh... banyak pula persoalan yang timbul. Tapi... kemudiannya aku sedar, airmataku mengalir keluar ketika mengetahui RPK telah bebas sedangkan Abah Suhaib yang sudah begitu lama di tahan, masih lagi terkurung disana ... Rupanya inilah tandanya aku masih sayangkan dia. Yes! I still care for him !! Ya, walaupun hampir 7 tahun terpisah, my heart is still with him and the struggle will go on ...

0 ulasan:
Catat Ulasan