DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK LULUS USUL MANSUHKAN ISA-Malaysiakini

| |
Semalam, saya dan pengerusi GMI telah menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Perak bertempat di Bangunan Setiausaha Kerajaan.YB Saari Sungib dan isteri beliau, Pn Aliza yang turut serta datang dari Kuala Lumpur,turut hadir mewakili Kerajaan Negeri Selangor yang telah terlebih dulu mengeluarkan usul mansuhkan ISA, pada bulan April tahun ini.
Hati saya amat tersentuh dengan kesungguhan YB Chang Lih Kang, ADUN Teja yang begitu cermat mempersembahkan hujjah beliau tentang sejarah dan kezaliman ISA yang terus menerus digunakan oleh pemimpin UMNO-BN untuk kepentingan peribadi masing-masing.Usul beliau beberapa kali di persoal dan dipersendakan oleh para wakil rakyat BN yang ternyata sangat-sangat mempertahankan akta jahat itu.
"Secara prinsipnya, sesiapa pun samada dari BN atau dari Pembangkang tidak sepatutnya ditahan dibawah akta itu.Sejarah telah membuktikan, Pemimpin tertinggi UMNI-BN menggunakan ISA untuk kepentingan masing-masing.Contohnya peristiwa Operasi Lalang dan peristiwa pemecatan Datuk Seri Anwar pada 1998" jelas YB Lih Kang.
"ISA telah digunakan dengan sewenang-wenangnya untuk menahan rakyat biasa dari penjual ais kerim, ahli perniagaan, pelajar, wartawan , blogger hinggalah kepada Ahli Parlimen. Terlalu banyak kezaliman yang telah dilakukan oleh SB keatas tahanan ISA dan keluarga mereka, justeru itu ISA mesti di mansuhkan dengan segera" itu adalah sebahagian dari hujjah yang telah disampaikan selama hampir 15 minit, dengan gangguan-gangguan oleh wakil rakyat BN.
Sebelum itu, isu pemberian sumbangan dari Kerajaan Negeri Perak pada keluarga tahanan ISA di negeri itu, telah diberi tentangan hebat oleh wakil Rakyat BN.Begitu buruk akhlak wakil rakyat tersebut ,menuduh tahananan ISA dengan kata-kata yang buruk seperti pengkhianat negara, pembawa masaalah kepada keselamatan negara dan sebagainya.
"Jika kita buang ISA sekarang, kita tiada peluang untuk buat akta seperti ini lagi " demikianlah Ketua Pembangkang, YB Tajol Rosli sendiri beria-ia sangat mempertahankan akta yang haram dari sudut Islam dan juga ditentang oleh agama lain.Namun, YB Tajol tidak menafikan ISA sepatutnya di review semula.

Namun, pada jam 4.12pm semalaml, telah di putuskan dan dipersetujui oleh dewan bahawa usul mansuhkan ISA diterima. Ketika itu, ruang dibahagian pembangkang telah kosong.Semua ADUN BN telah keluar dewan lebih awal lagi.
" Kerajaan Negeri Perak berjanji akan memberi komitment untuk membantu mangsa ISA.Beliau menginagtkan diri beliau sendiri dan setiap yang hadir, sekiranya mereka tidak membantu orang yang dizalimi, dikhuatiri, mereka akan ditanya oleh Allah SWT diakhirat kelak" demikian kata-kata akhir dari YAB Menteri Besar Perak Dato Seri Nizar, yang telah menerima memo dari GMI yang disampaikan oleh Pengerusinya, Syed Ibrahim.
Kami semua rasa bersyukur kerana sebuah lagi negeri Pakatan Rakyat, telah mengikut jejak Selangor, mengeluarkan usul memansuhkan ISA. Semoga tindakan ini akan diambil oleh negeri lain di bawah PR.

10 ulasan:

Chang Lih Kang 郑立慷 berkata...

Kak, inilah dia wikipedia yang mengandungi pandangan PM kita atas ISA pada dua masa yang berbeza.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Keselamatan_Dalam_Negeri_(Malaysia)

matsamankati berkata...

Syabas Yong.

Kami oghang Peghak memang dah lama nyampah dengan deme ni.

Unknown berkata...

Tahniah kepada GMI atas kejayaan ini.
Syabas kepada Kerajaan Negeri Selangor & Perak.
Harap Kerajaan Negeri Kelantan,Kedah & Pulau Pinang akan ikut teladan ini.

Saya juga ingin mengesyorkan setiap Kerajaan Negeri PR secara bergiliran menganjur perhimpunan rakyat setiap bulan supaya rakyat jelata dapat menyertai perjuangan dengan cara yang sah dari sisi undang undang.

Harap GMI dapat menyampaikan syor ini kepada pihak berkenaan.

Terima Kasih

Unknown berkata...

tarik balik tanah negeri kem kamunting!!! sepak ISA kem ke johor jika mereka masih mau lagi ISA.

Merah Hitam berkata...

Lih Kang (YB),

Thanks a lot aaa...Ada banyak nak tulis about sidang DUN,tapi kepala sakit sangat, so....itu saja yang dapat di kongsikan dengan orang ramai.

Kak laila

Merah Hitam berkata...

Saudara Matsamankati,
Saya bertuah bertemu blogger terkenal dari Perak ni....

Saya cuba nak tinggalkan message di blok saudara, tapi macam gagal je....

Anyway, terimakasih sesangat masukkan crita semalam di blok famous tu....terima kasih daun keladi ya...

Kak laila

Merah Hitam berkata...

Saj dan Chong,
semalam ada disebutkan 80peratus rakyat malaysia benci dan tidk suka ISA.

Siap yang suka?

matsamankati berkata...

laila,

untuk commenter kali pertama, memang lambat sikit sebab kena melalui immigresen Perak express. Dah dua kali kami kena sabotaj, jadi setiap komen yang pertama..kena kuarantin dulu. Bila IP dah masuk dalam database kami..tak ada problem dah. Lepas tu..kalau komen..terus keluar.

Tanpa Nama berkata...

Kak Laila,

Terima kasih kerana membuat catatan yang bersejarah ini!

Merah Hitam berkata...

Yin Ying,
We feel honoured to witness the motion to abolish ISA in erak DUN last week....

Thank you so much

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]