Ada dua berita menarik yang saya ingin kongsikan,tetapi maaf tak dapat sertakan gambar.
1- Perbarisan dari sekumpulan manusia mewakili dua buah NGO bernama Prowaris yang mendakwa mereka adalah penyokong ISA.
2- Sekumpulan FRU yang lengkap dengan "shield" dan cotar sedang mengepung beberapa orang yang datang menyertai pelancaran perhimpunan mansuhkan ISA.
Saya terfikir, berapalah yang dibayar oleh KDN pada peserta Prowaris yang sanggup menggadaikan marwah kerana mengadakan perarakan menyatakan sokongan terhadap ISA dan berapa pula yang dibayar pada 300 FRU yang bekerjakeras dalam hujan lebat menangkap orang yang datang untuk mendengar ceramah anti-ISA di Ampang semalam....
Note: Perbarisan anti-ISA mesti dapat permit dan dikelilingi oleh FRU.Perbarisan Pro-ISA kelihatan selesa tanpa gangguan sesiapa. Penyokong pun boleh dibilang dengan jari....
BERAPA KEMENTERIAN DALAM NEGERI BAYAR MEREKA?Malaysiakini
|
Dicatat oleh
Merah Hitam pada 10:39 PTG
|
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
DOUBLE STANDARD is always Malaysia govt's standard.
TUAN MERAH HITAM
JANGAN PANDANG ORANG LAIN SEMUANYA TAK BETUL, RASUAH BELAKA.
KALAU SEBEGINI PERKARA YG HENDAK DITULIS, SI BODOH TOLOL PUN MAMPU MENULISNYA.
TUAN MERAH HITAM, LAIN KALI ARTIKEL BIAT BERNAS DAN BERMAKLUMAT.TQ.
sejak "tanpa nama" /"anoynmous" allowed, cyber trooper Umnoo sudah masuk flooding here. Aku cabar orang yang menyokong ISA, jika keluarga mu masuk ISA aku nak tengok mu buat apa masa itu?
"belum kena belum tahu"
Dear Laila,
Don't bother what tanpa nama said. Tak kena batang hidung dia... kalau kena baru tau!!!!!! Kadang-kadang kalau sombong dan menghina orang sangat, Allah akan bayar 'cash' didunia. Stay cool. Yang penting.... kuatkan SEMANGAT JUANG you. Alang-alang seluk pekasan, biar sampai ke pangkal lengan. Gengam bara api biar sampai jadi abu. Salam!
UMNO punya troopers x berani nak guna nma btul...klu bg kmen kat blog mesti guna anoynomous.....pengecut
Salam bro...
Lu "Tanpa Nama" 00:59, tak kene lagi, jgn ckp yg lu terer bro...
Dah kene, baru tau....
Cukup2 la sokong parti keris tu, dh 51 thun org2 Melayu jd bodoh psl parti keris ni...
Tanpa Nama 05:57, gua caya sama lu...
To All;
Semua tulisan di blog ini adalah berdasarkan kisah benar.
Suami saya ditahan sejak 2002. tak pernah balik umah hingga hari ini, saat ini.Saya tak perlu Hakim atau peguam untuk menjadi saksinya.Datang rumah,saya boleh tunjuk baju2 dia yang dah berubah warna,tapi tetap saya simpan.
Saya tidak takut pada kata-kata sindiran atau sumpah seranah dan saya ucapkan terimakasih pada kata-kata perangsang serta pujian.
Saya nak cabar pada mana-mana orang UMNO yang membela ISA, sapa nak ganti masa hampir 7 tahun yang dicuri dari kehidupan kami???
Buktikan bahawa suami saya adalah benar2 pengkhianat negara?
Didunia kami di aniayai, saya akan bawa sampai ke akhirat.Umur pun bukan panjang sangat, paling lama 80 tahun macam Tun Mahathir tu, dah nyanyuk sakan....Masanya akan tiba jua!!!!!
Catat Ulasan