
Bukan mudah kami hendak menyampaikan poskad itu pada rakyat. Namun, ketika proses mendapatkan tandatangan dulu dari awa tahun hingga bulan ini, sebenarnya, rakyat sangat mengalu-alukan kedatangan poskad itu.Rakyat Malaysia memang benci ISA!!!
Saya pernah bawa poskad ke Stadium Malawati kerana program 100 hari Pakatan Rakyat di Selangor, dalam masa 20 minit, habis 5000 keping poskad yang saya bawa dan lepas itu saya
menepuk dahi kerana membawa stok poskad yang sangat sedikit.
Gambar menunjukkan, sebahagian besar MP,meluangkan masa untuk bersama-sama meramaikan sidang akhbar GMI pagi tadi.Itu membuktikan, Ahli Parlimen yang dipilih rakyat, semuanya membawa hasrat rakyat bahawa ISA mesti segera di mansuhkan dari bumi Malaysia ini.Ya ,kita mesti teruskan, suara rakyat adalah suara keramat. hanya rakyat yang mampu memberi tekanan pada pemimpin negara agar ISA dimansuhkan dengan segera.

Di belakang ialah SB-SB yang dibayar oleh rakyat ,tetapi digunakan oleh Menteri Dalam Negeri dan seluruh pemimpin BN untuk memantau dan mengekori rakyat Malaysia yang inginkan keadilan dan keamanan di negara ini.
Kami terpaksa melalui 5 sekatan polis sebelum sampai di Parlimen dan terpaksa mempertahankan hak untuk bertemu Ahli Parlimen yang telah dipilih......
0 ulasan:
Catat Ulasan