SB2 inilah yang selalu memberi amaran pada kami, jika mahu suami bebas cepat, ikut arahan mereka iaitu:
1- Jangan jumpa peguam.
2-Jangan jumpa wartawan.
3-Jangan jumpa ahli politik alternatif
4-Jangan jumpa aktivis anti-ISA.
Dan mereka juga dengan cepat pergi menemui adik-beradik kami, dan beri amaran supaya jangan campurtangan dalam urusan mereka,jangan bantu kami, keluarga tahanan dan jangan pandai-pandai buat 4 perkara diatas.
Jika degil, suami akan lambat dibebaskan. Pada tahun 2002 hingga 2004, saya dan suami ikut segala arahan itu,tetapi beliau tetap tidak dibebaskan.
Bila kami ingin berjumpa PM,SB akan mengganggu kami.Biasanya PM pun tidak sudi bertemu dengan kami.Kami hendak jumpa Menteri Dalam Negeri pun, tidak dilayan.....
Salah seorang Pesuruhjaya Suhakam, iaitu Datuk Simon Sipaun pernah kata pada saya, jika susah sangat mahu bebaskan suami, pergi buat demo di jalanraya. Memang saya mendapat bantuan dari pelbagai lapisan masyarakat untuk buat demo dijalan dan ditempat awam,tetapi kemudiannya,polis-polis Menteri Dalam Negeri akan hantar FRU dan water Cannon pada perhimpunan itu.Yang terbaru, majlis pelancaran HIMPUNAN Mnsuhkan ISA telah diganggu oleh FRU dan Polis dimana kemudiannya 9 orang telah ditahan...
Apakah pilihan yang kami ada???
Jika di Putrajaya, PM tidak ada masa bertemu kami, terpaksalah saya dan aktivis GMi pergi ke Parlimen.Tetapi malangnya ketika pergi ke Parlimen,PM juga tiada untuk bertemu kami....jadi apakah pilihan yang kami ada?Akhirnya memo disampaikan pada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Pelbagai soalan mengenai ISA ditulis dan diserah oleh Ketua Pembangkang pada Speaker Dewan Rakyat tetapi semua soalan mengenai ISA ditolak lebih awal kerana dikatakan tidak relevan untuk dibincangkan.
Apakah pilihan yang kami ada???
SUHAKAM, satu-satunya badan hak asasi yang sepatutnya menjadi "guidance of the peoples rights" tidak boleh diharapkan.Saya dan aktivis GMI telah menyerahkan ratusan MEMO dari tahun 2004 hingga 2008, dan semua memo itu telah diserah oleh SUHAKAM pada PM dalam bentuk laporan, namun PM tidak memberi perhatian pada laporan SUHAKAM dan akhirnya terpaksalah kami akur bahawa SUHAKAM hanyalah seekor harimau yang tiada taring,gigi dan kuku.
Apakah pilihan yang kami ada???
To be continued....
To be continued....
10 ulasan:
Dear Kak Laila,
Sudah jadi satu kebiasaan saya membaca blog kak laila setiap hari. Saya rasa sedih atas apa yang berlaku pada tahanan ISA dan juga keluarga yang di luar Kamunting.
Dalam vigil night sebelum ini, permit polis mengatakan: dilarang melakukan aktiviti menunjukkan SIMPATI terhadap tahanan dan keluarga. Saya rasa kecewa. Perasaan "simpati" inilah yang menjadikan kita MANUSIA, dan bukan binatang. NO HUMAN DESERVE ISA! Orang yang tidak mempunyai perasaan simpati, kasih sayang, belas kasihan...bukan lagi MANUSIA, itu BINATANG!!!
Kak Laila, jangan peduli apa yang MEREKA katakan tu. Buat apa saja yang Kak rasa adalah betul. WE ARE BEHIND YOU!
Those who support the ISA should not be compared to animals. Animals are capable of showing love to their own kind also. They are just sub-human.
kadang-kadang usaha menentang ISA ini seperti buang masa saja, tetapi sebagai langkah jangka pendek ia patut diteruskan.
Saya lebih berminat dengan kempen untuk memulihkan demokrasi di negara kita. Hanya bila demokrasi dapat dipulihkan barulah kita dapat membuat demontrasi tentang apa saja secara aman tanpa diancam oleh tindakan ganas FRU.
Marilah kita sama-sama memperjuangkan agar satu hari nanti demokrasi tulin dapat tegak di negara kita yang tercinta ini.
Sanjiun dan Sp lim,
Sebelum tidor, saya sentiasa peringatkan diri saya supaya hantar satu posting, just incase the next morning, saya tidak bangun lagi buat selama-lamanya, jadi saya pastikan ada sesuatu untuk berkongsi mengenai kezaliman ISA dengan anda semua.
Alias,
Awak memang sangat jujur.Saya setuju dengan pendapat anda dan saya juga selalu rasa kempen nti-ISA ini seperti melakukan "dirty jobs" yang semua orang tidak suka
Tetapi sebagai mangsa ISA, saya ada pilihan lain kah?
Suami saya seorang lelaki yang baik dan dia sangat menghormati saya sebgai seorang wanita yang berpendidikn dan berjuang untuk menegakkan kebenaran.Walaupun dia sendiri terpaksa menerima denda kesan dari indakan saya, dia tetap bersabar dan sentiasa bersetuju dengan tindakan saya.
Saya akan ttap fight for him dalam apa keadaan sekali pun.Saya setuju kita pulihkan demokrasi,tetapi selagi ISA masih ada, demokrasi hanalah impian rakyat saja....
A non-malay even though he is more capable and more qualified but cannot:
Be - the prime minister of the country
Be - the deputy prime minister of the country
Be - the head of any branch of the armed forces in the country
Be - the head of department in a ministry
Be - the head of state of the states with no ruler
Be - the head prefect of a national school
Be - the IGP of the country
Be - the nominated as the best of the best in the school
Be - the secretary-general or deputy secretary-general of a ministry
What is worse is that the PM goes around telling people, repeating a crazy lie, by saying that - "We do not practice racial discrimination in our country".
Did the MCA and MIC leaders agree to this in 1957?
Did the people in Sabah and Sarawak also agree to this in 1963?
I think malays will keep on to give rubbish answer!
Then let me re-quote Lee Kuan Yew:
Singaporean politician Lee Kuan Yew of the PAP, who publicly questioned the need for Article 153 in parliament, and called for a "Malaysian Malaysia".
In a speech, Lee Kuan Yew bemoaned what would later be described as the Malaysia social contract:
"According to history, malays began to migrate to Malaysia in noticeable numbers only about 700 years ago. Of the 39% malays in Malaysia today, about one-third are comparatively new immigrants like the secretary-general of Umno, Dato Syed Jaafar, who came to Malaya from Indonesia just before the war at the age of more than thirty. Therefore it is wrong and illogical for a particular racial group to think that they are more justified to be called Malaysians and that the others can become Malaysians only through their favour."
Eventually, and Singapore became an independent nation in 1965, with Lee Kuan Yew as its first prime minister.
· The Malaysia Constitution has been amended some 690 times. The USA has been in existence for more than 200 years and their constitution was only amended 27 times.
· Because of the overwhelming power available to the executive, the judiciary has been corrupted and emasculated, the legislature has been reduced to a rubber stamp, the power of the Agung has been clipped.
· The legal system is a sad joke, serving only further the desires of the ruling group.
Jangan anda salah sangka. Demokrasi yang tulin memberi kebebasan bersuara, demokrasi tulin menjamin kebebasan badan perundangan, demokrasi tulin tidak membenarkan menahan seseorang tanpa perbicaraan. Ramai orang kita tak faham dengan demokrasi tulin. Mereka kata negara kita dah demokrasi, tetapi sebenarnya tidak.
SP LIM,
You are right.
I shouldn't compare those people with animals. Even my pets know how to love me, love their own kind. Animals have feeling too.
But some human, although they are classified as the species: Homo sapiens, they just don't have it.
Catat Ulasan