DINNER DENGAN TUAN GURU NIK AZIZ LAGI...Malaysiakini.

| |
"Dunia ini adalah umpama sebuah restoran milik Allah, semua yang ada di restoran itu mesti dibayar ,jika kita mahu menggunakannya. Jika nak minum beli air minuman, hendak makan makanan direstoran itu, kena bayar makanan itu dan sebagainya .Dan bayarannya ialah dengan mengabdikan diri sepenuhnya pada Allah, pemilik restoran itu..." itulah yang dapat saya ingat sebahagian dari ucapan Tuan Guru di Majlis Makan malam Amal Usrah Kebajikan Professional di Hotel Residence, Bangi.

Selain itu, TG Nik Aziz juga menekankan, sebarang bentuk kemungkaran dan maksiat, wajib di tentang dan ISA adalah satu kemungkaran yang sangat jelas jahat dan malafide nya.TG berpegang pada prinsip bahawa semua yang bersalah, mestilah dihadapkan kemuka pengadilan dan ISA tidak pernah dapat menyelesaikan sebarang masaalah dan tidak diperlukan oleh mana-mana manusia. Pada malam itu, Gerakkan Mansuhkan ISA dan keluarga tahanan ISA telah di jemput sebagai tetamu khas. Saya dan dua orang isteri tahanan ISA yang lain iaitu Puan Juraina serta Puan Atikah telah hadir sebagai satu sokongan terhadap usaha UKP mewujudkan satu tabung kebajikan untuk anak-anak keluarga tahanan ISA.

Majlis makan malam diserikan oleh persembahan Algebra dan Nazri Johanni, bekas anggota Raihan.Kemuncak majlis itu ialah perasmian Tabung Pendidikan yang dilakukan oleh Tuan Guru dengan mengeluarkan tabung dari replika jeriji dan rantai besi.Persembahan slaide amat menyentuh perasaan(kerana dipenuhi oleh gambar-gmbaar keluarga tahanan ISA) telah mengakhiri majlis itu.
Saya rasa, kita tidak mahu ISA bertahan lama di Malaysia kerana ianya "membunuh" maruah mangsa dan menjadikan Menteri Dalam Negeri merasakan bahawa dirinya adalah Tuhan. Sikap ego dan besar diri inilah yang menjadikan mana-mana menteri yang mendapat potfolio menjaga ISA, merasakan dirinya terlalu kebal kerana kuasa ada ditangannya , hingga orang itu lupa pada kuasa Allah.Namun, tidak diketahui, bilakah ISA akan dapat dimansuhkan.....justeru perlu lebih ramai lagi yang sanggup tampil kehadapan untuk memberi bantuan yang sesuai untuk mereka yang masih dizalimi.

0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]