Saya tidak pernah menyangka untuk diberi peluang memperkenalkan diri di acara majlis yang begitu padat dan bersejarah itu. Namun, hati ini terasa sebak dan pilu sebaik saja juruacara Tengku Elida memperkenalkan bahawa saya adalah isteri pada tahanan ISA yang telah 7 tahun ditahan di Kem dan masih lag berjuang untuk membebaskan suami yang sedang dianiaya.
Terimakasih pada blogger dan bekas tahanan ISA terkenal, Raja Petra (RPK) yang telah bersusah payah menghubungi saya dan merancang supaya slot ini di adakan ,semuanya semata-mata ingin melihat agar PKR juga akan mengotakan janji mereka untuk terus memanaskan kempen anti-ISA supaya akta zalim itu segera dimansuhkan.Pushpaneela, isteri pada tahanan ISA HINDRAF, juga tersentuh dengan usaha tersebut.
Sebaik saja majlis berhenti rehat, saya sebagai jemputan di program itu, telah dijemput bersama-sama tetamu yang lain untuk menjamu selera di dewan makan stadium. Disana, saya sempat bertemu dengan pimpinan tertinggi wanita PKR dan PAS. Majoriti dari mereka adalah penyokong kuat Gerakan Mansuhkan ISA(GMI) dimana, dalam setiap program luaran GMI, mereka pasti hadir, antaranya iala YB Zuraida dan Dr Lo'Lo'.Semua mereka memujuk saya dengan kata-kata "insyaAllah, suami Laila akan bebas juga nanti...".
0 ulasan:
Catat Ulasan