PULANGKAN ABAH KU-Malaysiakini.

| |
Sewaktu uncle RPK dibebaskan, saya rasa kecewa,kenapa bapa saya masih belum berpeluang untuk dibebaskan dari Kem Kamunting.Namun saya tidak mahu melayan sangat rasa kecewa itu. Umi tahu saya kecewa dan sedih.Saya juga tahu Umi pun punya perasaan yang sama. Kami tidak banyak bercakap. Umi banyak mendiamkan diri dan tidur.Saya pula telah diberi peluang bermain komputer lebih lama dari biasa,mungkin Umi tidak mahu saya terlalu memikirkan hal itu. Saya tidak akan lupa peristiwa Abah dibawa keluar dari rumah kami.Ketika itu saya sedang tidur,tiba-tiba Umi angkat dan letakkan disebelah Abah.Saya buka mata dan bila menoleh pada Abah, saya nampak kedua-dua tangannya bergari.Saya menjerit ketakutan dan menangis .Peristiwa melihat gari di kedua tangan Abah, amat sukar untuk dihilangkan dari minda saya. Walaupun peristiwa itu telah lebih 6 tahun berlalu, ianya ttap segar dalam ingatan.Saya benci polis!!!
Hidup sebagai anak tahanan ISA, amat menekan perasaan.Namun, jika saya pergi demo, tidak kira samada waktu malam atau siang, saya akan rasa kurang sedikit tekanan perasaan. Sekiranya saya dapat peluang bergerak beramai-ramai bersama para demonstran lain, sepertimana demo BERSIH tahun lepas, saya rasa sebahagian bebanan perasaan, hilang dari fikiran.Saya berdemo dan mengikut arus pergerakan manusia dari Masjed Jamek hingga ke Istana Negara. Saya rasa puas hati walaupun kena sembur air berasid!!

Saya juga seronok menulis. Umi dan Abah yang tidak pandai menulis pun kini sudah ada banyak fakta mengenai kezaliman ISA dalam minda mereka berdua. Kata Umi, jika berceramah, hanya 40 peratus akan tersimpan diingatan orang yang mendengarnya.tetapi dengan penulisan, orang yang membacanya akan memperolehi 90 peratus dari fakta yang di sampaikan.Penulisan adalah senjata yang tidak kurang tajamnya dalam era cyber kini. Saya bangga GMI telah eksport fakta kezalaiman ISA keluar negara dalam bentuk tulisan dan Abah saya adalah model pada mangsa yang diceritakan di pek tersebut.


Saya juga sering ikut kempen anti-ISA yang Umi lakukan.Vigil, demo, ceramah didewan, ceramah dipadang, kempen pilihanraya dan banyak lagi.Semua itu dilakukan hanya untuk memebritahu, Abah saya, masih ditahan tanpa sebarang bicara di Kem Kamunting.
Saya terlalu ingin melihat Abah saya dibebaskan supaya saya dapat merasai bimbngan dan kasih sayang seorang ayah.Saya cemburu ,kecewa dan sedih bila melihat orang lain bersama-sama ayah mereka. Saya juga masih ada Ayah(Abah) tetapi , kami dipisahkan oleh akta ISA beratus batu jauhnya dan bertahun-tahun lamanya.
Saya harap, Menteri Dalam Negeri akan bersikap lebih berperikemanusiaan dan memulangkan Abah kepangkuan kami semula. Saya sangat-sangat rindukan Abah......



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

My prayers are for your dad and all the other ISA detainees - that they WILL be released soon. Salam.

A Mum Of Three Mohd berkata...

Salam Suhaib,

Please read blog auntie. There's something yang auntie tulis and it's dedicated specially for you my dear. Sorry jika it's not that good. Baru belajar nak menulis!

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]