T-SHIRT JUGA MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA ?-Malaysiakini.

| |
Semalam saya terbaca kisah Saudara Oliver, yang ditahan polis dan tidak dibenarkan menghadiri Hari Terbuka Deepavali kerana ditakuti memberi kemudaratan pada VVIP.

Pada mulanya saya rasa kisah ini sangat lucu bila memikirkan dimanakah logiknya, sehelai baju T berwarna pink dengan tulisan" NO TO ISA" dan lambang dua belah tangan yang digari kebelakang , akan memudaratkan VVIP yang hadir di majlis itu.Dan saya terfikir, apakah yang ada pada baju T yang manis itu, hingga menyebabkan si pemakainya ditahan dan disoal-siasat beberapa jam.

Hari ini baru saya mendapat jawapannya. Saya yakin, bila orang ramai sudah tidak kisah untuk memakai pakaian yang ada lambang anti-ISA, akta zalim yang digunakan untuk melindungi pemimpin Negara@Menteri-Menteri BN, maka sudah tentu perkembangan ini adalah kurang sihat pada kareer politik mereka.Sememangnya jelas dan tidak boleh dinafikan bahawa ISA lah yang memastikan kedudukan pemimpin yang berkuasa hari ini, sentiasa selamat.

Saya rasa geram dan marah sangat dengan sikap jahat Menteri di Malaysia ni. Rakyat nak pakai T-shirt pun ada macam-macam halangan.Sengaja polis digunakan untuk menahan orang yang memakai baju ada tulisan itu, supaya rakyat takut ,rasa "undersiege" dan susah untuk menyatakan kebenaran kerana mereka akan di ugut dikenakan akta yang membolehkan mangsanya ditahan tanpa bicara bertahun-tahun lamanya.Jadi sememangnya tepat sekali, ISA sebenarnya digunakan untuk memberi ancaman kepada keselamatan rakyat supaya tidak berani mempersoalkan tindak-tanduk pemimpin.

Note: Baju ini diterbitkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA(GMI) sempena Kempen Bebaskan Tahanan 6 Tahun ISA. Sebahagian besar telah habis dijual, dan sebilangan Tahanan ISA telah dibebaskan. marilah kita semarakkan lagi kempen ini supaya semua tahanan segera dibebaskan.

2 ulasan:

desiderata berkata...

Sdr Merah Hitam:

Sila untuk maklumat pembaca anda, kumpulan sokongan RPK di SEREMBAN akan mengadakan CANDLEIGHT VIGIL di DATARAN SEREMBAN PARK pada hari Jumaat
November 7, 8.00malam.

Sila Selamat Datang bermesra dengan rakan-rakan pejuangan anti-ISA beramai-ramai; harap ketua GMI akad hadir untuk berucap?
Informasi lanjutan, surf ke cpiasia.net atau
desiderata2000.blogspot.com

Terima Kasih!:)

Merah Hitam berkata...

Desiderata,
Terimakasih mengingatkan saya tentang jemputan ini. Saya akan cuba datang ke sana ya.

Ketua GMI berucap? Saya akan tanya pada "bos' kami tu.Saya akan feedback kemudian. Care to give your hp number to me?

Mine- 0126892608.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]