Abah dan Suhaib menjelang 2010

| | 1 ulasan



Beli dua helai baju, satu tertinggal di kedai.... Beli buku tingkatan lima, sebuah tertinggal di tempat jualan buku. Itulah kisah terbaru dua beranak terebut. Dah 7 tahun Abah tidak meladeni keperluan Suhaib dan tahun ini adalah tahun terakhir beliau menemani anak tunggalnya menyediakan keperluan kembali ke sessi persekolahan 2010.



Lebih 3 bulan Abah bebas, nampaknya hubungan mereka berdua bertambah rapat dan mesra. Namun ada beberapa ketika Abah seolah-olah agak "keciwa' dan kurang "faham' dengan perangai Suhaib.....

Biarlah.....
Tiada apa yang perlu di rebutkan untuk mengganti saat-saat penting dalam hubungan antara bapa-anak yang telah hilang 7 tahun yang lalu.Biarlah Allah yang menggantikan segalanya....

Read More !

"Maal Hijrah" pertama selepas 7 tahun.....

| | 1 ulasan



Hari ini genap 3 bulan 3 hari Abah pulang ke rumah setelah dikurung tanpa bicara di Kem Kamunting.Kebetulan hari ini hari Jumaat ,beliau dan Suhaib sama-sama menunaikan solat Jumaat setelah 7 tahun dinafikan hak menunaikan solat yang wajib untuk kaum Adam itu.Hakikatnya semua tahanan ISA tidak dibenarkan menunaikan solat Jumaat di Masjid, namun masih ramai diluar sana yang tidak percaya dengan peraturan yang teruk ini.Biarlah....didunia mereka boleh mengadakan apa saja peraturan demi kepentingan peribadi, diakhirat nanti...terima saja lah balasannya....



Siapa sangka ....di sebuah negara yang ada banyak masjid, punya ramai ulamak ,majoriti penduduknya muslim dan pemimpinnya juga berugama Islam, namun masih mempertahankan undang-undang rimba seperti ISA, yang membenarkan 'tahan tanpa bicara' hingga bertahun-tahun lamanya. Dimanakah maruah kita sebagai pendukung Islam, ugama yang sepatutnya memberi keadilan, keharmonian dan rahmat untuk semua?Nampaknya, rakyatlah yang sepatutnya melakukan sesuatu untuk membuang akta zalim ini dari bumi indah ciptaan Allah ini. Marilah berazam melakukannya sempena Maal Hijrah ini.....

Read More !

GMI menang "SUARAM Human Right Award" 2009.

| | 0 ulasan

Cynthia , dari SUARAM menyampaikan hadiah piala, wang tunai RM2k dan sepasu pokok cili padi.Wakil GMI ialah saya, Pn Aliza dan Toh Chu Hong.


Suhaib bersama Sdra Mior penyanyi utama album Dari Rakyat Untuk Rakyat, album untuk mendidik rakyat tentang ISA.

Syukur Alhamdulillah, pada 6 Disember, bertempat di Dewan Civic Petaing Jaya, GMI yang mewakili 83 NGO dan parti politik di Malaysia telah di nobatkan sebagai pemenang hadiah "Human Right Award 2009" mengalahkan 5 calon-calon yang lain yang semuanya memang hebat-hebat belaka.


Tentunya kemenangan ini bukan milik kami AJK GMI saja walaupun kami menjadi penggerak utama kempen anti-ISA selama ini kerana ...tanpa sokongan tenaga,moral dan material rakyat Malaysia yang cintakan keamanan serta bencikan kezaliman, mustahil penguasa ISA tunduk pada kehendak rakyat yang mahukan supaya ISA dimansuhkan segera.Tahniah pada semua AJK GMI yang lain ie Syed Ibrahim -Pengerusi, Nashita , Zainal Adnan, Fadiah, Nalini,Latheefa,Ustzah Nuridah , Haji Azmi,Ramadhan,Kak Animah,Jing Cheng dan ramai lagi yang pernah terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam setiap program yang pernah diadakan sepanjang tahun 2009 ini.

Kempen anti-ISA pastinya akan tetap diteruskan......

Read More !

Kenangan GMI di PPN Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia 2009.

| | 0 ulasan

Promosi Album Dari Rakyat Untuk Rakyat bersama aktivis muda JIM, Hafiz Bai, Nahdia, Asiah,Asma dan Wasilah.

Bersama aktivis remaja JIM di gerai GMI ...iaitu Yati, Hanina dan Zilal.

Read More !

Sabar je lah.....

| | 1 ulasan

Hari ini, 9 hari kami tinggal di daerah baru ni.Tempatnya aman ,damai dan nyaman tetapi....internet coverage lak problem...Aduh!!! Nak nangis rasanya...tetapi kami masih bersabar....
Banyak gambar2 dari pelbagai aktiviti GMI yang ingin dikongsi, semuanya tersimpan di pen drive je dulu....

Terimakasih pada semua, antaranya Uncle Zorro unmasked yang telah mengucapkan tahniah diatas kemenangan GMI mendapat hadiah utama dalam SUARAM Human Rights Award sempena 20 tahun NGO terkenal itu ditubuhkan di Malaysia.....

Saya akan cuba upload gambar...Sabar2 ya dan teruskan sokongan anda pada MerahHitam.Suhaib berada di Penang kerana menyertai perkhemahan anak angkat selama seminggu disana...





Read More !

Merah Hitam IS back!!!

| | 0 ulasan

1 Disember 2009
Kami sekeluarga telah berpindah dari Taman Keramat ke satu daerah lain di Selangor.Penatnyer!!!!.... Allah saja yang tahu. Kesihan pada Abah Suhaib.baru nak sesuaikan diri dengan jiran2 ...dah terpaksa pindah rumah pula....

3 disember 2009.
Saya bersama blogger ummuasiah pergi ke Kuala Kangsar untuk menghadiri program tahunan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia(JIM).Kami bermalam di rumah ibu Radhi, bekas tahanan ISA yang dituduh sebagai ahli Al Mauunah. Punya lah gelap jalan dan tempat tu- pekan SAUK diwaktu malam....kami beberapa kali tersesat walaupun Yb Saari ketua konvoi kami, yang dah beberapa kali bertandang kerumah itu sebelumnya , akur benar dengan jalan-jalan disana.namun...sesuatu yang lebih memeranjatkan, bagaimana SB boleh seringkali berulang alik "melawat "keluarga Radzi di tempat yang begitu jauh di pedalaman itu ya?????

4 dan 5 Disember 2009.
Kami adalah tetamu khas JIM. Dan dihari yang sama, kami juga menjadi penjaga booth GMI yang terletak antara deretan gerai-gerai lain. JIM adalah salah satu NGO Islam yang paling vokal dan terkedepan dalam isu ISA setelah mantan Presidennya, Saari sungib ditahan dibawah ISA pada tahun 2001 dulu.

Ok..setakat ini dulu sekadar untuk menghilang rindu. Di daerah baru ni, belum dapat internet dan Celcom Mobile saya tak dapat coverage pula... itu yang terasa sangat "menderita" kerana tak dapat nak meluahkan perasaan di wajah merah hitam nih beberapa hari lamanya....

ni pun guna desktop di rumah Ummuasiah yang terletak beberapa meter dari rumah saya dan beliau mengamanahkan Ammar, yang sangat rapat dengan Suhaib .... dalam jaggan kami sekeluarga.

Jumpa lagi...akan cuba letak gambar kemudian....insyaAllah.

Read More !

Suhaib dah 16 tahun!!!!

| | 7 ulasan






Semalam, 24 Nov 2009, umur Suhaib cukup 16 tahun. Pertama kali sejak 7 tahun lalu, dia menymbut hari lahir bersama bapanya.



Hadiah istimewa dari saya dan Abah Suhaib ialah kad ATM dari akaun May bank. Itu sudah cukup membuatkan Suhaib begitu gembia kerana ada kad ATM sendiri. Selama ini segala simpanan hanya dimasukkan di tabung Haji.... jadi tak nampaklah berapa jumlah dan penggunaannya kerana tiada kad ATM untuk menyemak baki akaun tersebut.

"Guna untuk perkara yang penting saja' pesan kami berdua padanya dan disambut dengan sengeh yang berpanjangan. Buat pertama kalinya kami meraikan kelahiran Suhaib di sebuah restoran cake yang agak eksklusif. Moga Allah limpahkan ketaqwaan ,rezki dan kebijaksanaan pada Suhaib. Ameen.


Read More !

Lihatlah tamparan wanita....

| | 3 ulasan






"Lebih sepuluh tahun PKR diketuai oleh seorang wanita iaitu DS Dr Wan Azizah.." Yb Saari Sungib.

"Peranan wanita terlalu besar dalam PRU 12 yang lalu dan kerja kita memang sangat banyak untuk mengekalkan kemenangan ini" DS Wan Azizah, Presiden PKR.

"Namun, budget Kerajaan beri kurang dari 1 peratus khas untuk wanita dari sejumlah beberapa bilion RM yang dikhaskan untuk rakyat Malaysia.Dimanakah letaknya pengiktirafan terhadap wanita oleh UMNO/BN?" Yb Zuraidah, Parlimen Ampang@Ketua wanita PKR.


" Laila, apa khabar Mat Sah? I think you kena kawal sikit berat badan..." bisik Kak Wan @DSWan Azizah pada saya.


Pertemuan dengan wanita-wanita hebat yang pernah diuji dengan ISA, seperti Kak Aliza dan DS Wan Azizah benar-benar menyuntik semangat yang lebih besar untuk memperjuangkan hak asasi dan kebebasan bersuara rakyat. Kami telah diuji dengan iSA, satu akta yang " meragut dan menghapuskan" semua milik mangsa samada dari sudut spiritual atau material...namun kami berjaya mengharunginya dan melawan semula akta zalim tersebut.

Terimakasih diatas sokongan dan perjuangan semua aktivis dan rakyat Malaysia yang sedar terhadap bahaya ISA dan cintakan keadilan sejagat.

Read More !

Kami membakar wanita PKR Penang!!!

| | 0 ulasan

Banner Konvensyen Wanita PKR Pulau Pinang.

Bersama wanita-wanita hebat yang menjadi urusetia Konvensyen.

Kak Norsiah sedang mempengerusikan majlis "Talk Show" tersebut.



11.48pm, Taman Keramat, 20 Nov 2009.
Aku menunggu penuh sabar ketibaan kak Aliza@Jije dan suaminya Yb Saari Sungib , untuk bersama-sama meredah malam menuju keUtara .
“Kita akan tidor di Kamunting..” kata kak Jije sambil tersenyum. Aku membulatkan mata Cina ku yang sepet tu. “Its ok…” jawabku lemah.Pak Abu yang kelihatan letih setelah sehari suntuk memenuhi jadual yang agak padat, tenang saja menyusuri lebuhraya DUKE terus ke Jalan Duta. Selepas R&R Rawang, Matrix biru membelok ke sebuah stesen Shell dan berhenti mengejut.”Cikgu boleh drive?” tanya Yb Saari padaku dan dengan segera aku turun dari tempat duduk belakang, terus duduk ke belakang “steering”.


Malam gelap pekat.Hujan turun renyai-renyai. Sebaik saja selesai membaca doa, kereta yang ku pandu terus meluncur membelah lebuh raya. Banyaknya lori!!…getus hatiku.Kak Jije disebelahku dan Yb Saari@Pak Abu di tempat duduk belakang, tidur amat lena …. z.z.z.z.z…..
Sejak Abah Suhaib bebas 15 September lalu, inilah kali pertama aku memandu menghala ke Kamunting, sebuah tempat yang amat kerap ku lawati dan sering memberi igauan buruk padaku dan Suhaib sejak 7 tahun yang lalu. Ku tumpukan perhatian sepenuhnya pada pemanduanku.Sekali sekala wajah Abah dan Suhaib melintasi minda, ku ketepikan dulu wajah-wajah itu buat sementara waktu.
Sesekali mataku menjeling kearah papan tanda hijau ditepi lebuhraya. Behrang, Trolak, Cameron Highland……
“Miss you sayang…” bisik Abah Suhaib ketika aku menyalaminya sebelum masuk ke kereta Pak Abu tadi.
“Alah…tujuh tahun boleh sabar, tak kanlah sehari pun rindu sangat…doakan kami selamat ek” kataku sambil mencium tangannya. Kami sama-sama tersenyum……Rintik hujan yang agak lebat mengganggu lamunanku. “Wiper” kereta ku percepatkan.Aku memandu sekitar 100-120km/j dan sesekali terbabas ke 130-140.Ku jeling ke kiri, lena sungguh Kak Jije tidur.Tak pe laju siket.”Pak Abu dan Kak Jije tidur dan tak perasan dengan meter kereta ni” hatiku berbisik sendiri.Namun, pesanan seorang teman tiba-tiba mengganggu konsentrasiku." Mereka yang memandu laju seolah-olah “late for his/her funeral”.Seram gak teringat pesanan tu.Ku perlahankan setakat 110km/j saja.
Ipoh, Kuala Kangsar, Sg Perak…semua telah ku lalui.Ohh !!!! dah sampai Cangkat Jering! Penahanan Abah lebih 7 tahun menjadikan aku seorang yang “master’ dengan laluan ke Kamunting hingga aku boleh “membaca” jalan mana selekohnya tajam dan jalan mana mendaki atau menuruni bukit…..
Akhirnya aku membelok ke Kamunting, melekapkan kad “Touch & Go” dan terus menuju ke rumah kawan Pak Abu yang terletak berhadapan Jana Golf Resort.


10.10am, 21 Nov 2009,Dewan Perkeso ,Seberang Jaya, Pulau Pinang.
“Selamat datang ke Pulau Pinang…” kata Ramlah,si gadis manis salah seorang urusetia program Konvensyen kepada kami bertiga. Beberapa saat kemudian, ku dapati diriku dikelilingi para peserta Konvensyen yang semuanya terdiri dari kaum Hawa belaka.
“Amboi…cantek baju na…sama dengan kaler tema kami…” usik beberapa orang wanita yang pernah ku temui sebelum ini.Mereka masih mengingatiku dan ramah tamah semuanya.
“Baju-baju kurung I semuanya dah sendat. Terpaksa pakai jubah ni … Nampak longgar siket kan?” bisikku pada Rin, Timbalan Ketua Wanita PKR Kedah. Terjerit Rin mendengar penjelasanku. Yang lain terkejut dan bila Rin menceritakan semula bisikanku tadi, wanita-wanita yang disekeliling kami ketawa terbahak-bahak. “Suami dah disisi….itu tandanya bahagia…” ujar Kak Salma, Ketua Wanita PKR Kedah.Aku tersenyum saja, namun kedua-dua belah pipiku terasa panas kerana amat malu diusik sedemikian!!!!
“ Talk Show” yang membariskan aku dan Kak Aliza@Jije bermula. Kak Norsiah, bekas calun ADUN Bertam PRU 2008 lalu adalah moderator majlis.Beliau telah bersedia dengan beberapa soalan –soalan panas khas untuk kami berdua .
Antara soalan-soalan tersebut ialah:-
1-Ceritakan pengalaman dalam usaha memperjuangkan hak asasi suami yang telah dirampas oleh ISA.
2-Apakah halangan-halangn yang dihadapi ketika itu.
3-Wanita Berdaya Harapan Negara – pandangan Puan dalam konteks perjuangan anti-ISA.
Masa satu jam setengah terasa terlalu pendek untuk “talk show” tersebut yang diselang seli dengan persembahan video klip aktiviti GMI. Tak sangka, ramai juga yang menitiskan airmata ketika menyaksikan promo buku dunia Tanpa Suami 2, walaupun buku itu lebih setahun lalu berada dipasaran!!!
“Kami rasa tak puas dengan persembahan tadi” kata beberapa orang peserta Konvensyen kepada kami berdua sambil menyuakan buku DTS 2 untuk ditandatangani.”
Niat yang betul, yakin bahawa tindakan itu akan diredhai Allah, komitment yang tinggi dan konsisten serta banyak bersabar....insyaAllah, tiada apa yang akan menjadi penghalang kejayaan , itulah yang dapat diberikan sebagai menutup persembahan kami.

Semoga luahan kami tadi membakar semangat wanita Penang untuk mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat ya....

Read More !

Parliament, not government must decide on ISA - Animah.

| | 0 ulasan

From left, Syed Ibrahim, Nalini of SUARAM, me and Kak Animah Ferer.

Me and Kak Animah Ferer of PKR.


I refer to the Malaysiakini report Agreement reached on ISA amendments: Hisham.Home Minister Datuk Hishamuddin Hussein’s recent statements regarding the ISA show very clearly the ruling party’s utter contempt for Parliament. The ISA was enacted by Parliament, and any decision regarding it should be debated and decided by Parliament.



What we have here is another bare-faced attempt to ram a controversial issue through Parliament. It is not the government’s right to decide that the ISA should be amended rather than abolished, but the Home Minister is trying to give the impression that amending is the only alternative, and therefore the government will only entertain views on how it should be amended.Even then, it has limited the scope of discussion to five elements or aspects. Hishamuddin is also misleading us by claiming that the government has consulted a number of NGOs on the matter. This would have been commendable if all interested NGOs had been invited (and their views taken seriously). As it is, major interested parties, such as GMI (a coalition of more than 80 NGOs which all want the ISA abolished) was excluded from the consultation. The fact that the government gained agreement of the NGOs so quickly indicates that only the pliant ones were invited, and their role was simply to give apparent legitimacy to the government’s stand.The ISA was formulated in 1960 to address a specific and concrete threat to national security, that of the Communist insurgency. Since then, not only has that threat long disappeared from the horizon, but the ISA itself has been amended so many times, making it more and more draconian and devoid of checks and balances, that it should have no place on the statute books of any decent nation. It was passed by Parliament, and only Parliament has the right to decide on any change in its status. If, therefore, in view of the rise of more intense terrorist activity in the world in recent times, Malaysians feel there is a need for an emergency law, the entire issue should first of all be exhaustively debated in Parliament, and opinions from any interested individuals or groups should be given a full hearing. If Parliament then agrees there should be such a law, a draft should be prepared by a team of independent and experienced judges/retired judges and law experts, and their proposal again fully debated by Parliament and the general public. We must ensure that any law enacted in this country is consistent with contemporary principles and norms of justice and human rights – which have evolved substantially since 1960.It is widely known that the ruling party has frequently abused the ISA for the purpose of perpetuating its own power, and there are grounds for suspicion that this current move is an attempt to ensure that it will be kept as intact as possible, so that this indispensable tool of repression will remain available.We Malaysians must speak up loud and clear to frustrate this shameful bullying and insist that Parliament is not prevented from doing its job.

Read More !

SUARAM is 20 years old this year!!!

| | 0 ulasan


SUARAM: 20 YEARS AS DEFENDER OF HUMAN RIGHTS AND CATALYST OF CHANGE
In 1989, upon the release of the last detainees of Operation Lalang, where 107 individuals were detained under the Internal Security Act (ISA), several of these detainees formed a human rights NGO called Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) or the Voice of the Malaysian Peoples.
This year marks the 20th anniversary of SUARAM. Through many years of hard work, SUARAM has established itself as a leading human rights organization in Malaysia. Indeed, SUARAM has come a long way since its establishment.


Persistent Defender of All Human Rights
From its genesis in the Operation Lalang and through numerous other landmark events that shaped the sociopolitical landscape in the country, SUARAM has been steadfast in assisting and highlighting the plight of many victims of state oppression.
While beginning as an organization campaigning solely against the ISA, SUARAM’s work has since expanded to cover other areas of human rights. Today, SUARAM runs campaigns, trainings, and documenting and monitoring human rights violations, amongst others. Today, SUARAM’s name is synonymous with the following but not limited to, the campaign and movement to abolish the ISA; campaign to hold the police and other law enforcement agencies accountable for abuses of power; campaigns for the rights of refugees and the freedoms of expression, assembly, association and information; and monitoring the performance of the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM).
SUARAM is also the only organization in Malaysia that publishes a human rights report on Malaysia every year without fail since 1998. This report is now widely recognized as the most objective, comprehensive and dependable source of information on the state of human rights in Malaysia.
SUARAM’s expansion can also be seen in the size of its staff and membership as well as geographical presence. From only a one member staff in 1989, today, SUARAM has its headquarters in Petaling Jaya and one branch each in Penang and Johor.
Catalyst of Change
True to its vision “[t]o uphold human rights for a society that is equal, just and democratic” and mission “[t]o build a human rights movement through empowerment, advocacy and solidarity”, SUARAM has facilitated many important initiatives in the larger movement for democratic change in Malaysia. Among others, in 1998, SUARAM played a facilitating and leading role in the landmark Gagasan Demokrasi Rakyat which linked NGOs with political parties in an attempt to create an alternative front for democracy and human rights in the country.
A more recent watershed event, the ‘Political Tsunami’ of 2008, can also be attributed to the persistent awareness building campaigns by SUARAM, whether on its own or through its roles in various coalitions. To some extent, the multiethnic united opposition front which challenged the hegemony of the Barisan Nasional during the 2008 General Election owes its existence to the Gagasan Demokrasi Rakyat which SUARAM led and helped strengthen in 1998.
Nurturing Leaders in Various Fields
Over the years, SUARAM has also consistently produced numerous committed activists and nurtured leaders in various fields.
In politics, a number of Members of Parliament and State Assemblypersons were trained by Suaram. Among them are Sivarasa Rasiah (Founder member and current Member of Parliament), Tian Chua (former staff and secretariat member, current Member of Parliament), Elizabeth Wong (former staff and secretariat member, current Selangor State Assemblyperson and Executive Councillor, Dr. Nasir Hashim (founder member and current Selangor State Assemblyperson), Chang Lih Kang (former staff and current Perak State Assemblyperson), and many others. Their solid human rights knowledge and experiences acquired during their time at SUARAM have proven to be instrumental in their work in the political arena today.
Many other former staff and secretariat members have gone on to establish a name for themselves through their work at other organizations within the larger context of the movement for democracy in Malaysia. These include Premesh Chandran (former secretariat member who is a founder of the pioneering online newspaper MalaysiaKini), Irene Xavier (founding member who now leads the Persatuan Sahabat Wanita Selangor) and Eric Paulsen (former staff who went on to work for UNHCR in numerous countries). Some others have gone on to lead NGOs at the regional level.
A few are also currently serving as Local Councilor at Selangor which include Arutchelvan (former staff and current Director), Cynthia Gabriel (former Executive Director. current secretariat member and Executive Director for CARAM-Asia) and Arumugum K. (current Chairperson).
As SUARAM matures and expands itself, it continues to strive to train many more young activists to become leaders who care about justice, democracy and human rights.
20th Anniversary Bash: Fundraising Dinner, 6 December
The purpose of the dinner, themed “20 Years Defending Human Rights”, is to pay tribute to human rights defenders who have fought and sacrificed for the improvement of human rights in Malaysia, as well as to raise funds for SUARAM to continue its human rights work. It is also an opportunity for us to have fellowship and to thank those who have supported SUARAM in its work these twenty years. The dinner will be held on 6th December 2009 (Sunday) at the Banquet Hall MBPJ, Petaling Jaya, Selangor.
The programmed features the presentation of the 11th SUARAM Annual Human Rights Award., the launch of SUARAM’s latest publication, the announcement of our T-shirt competition winner, and several performances by renowned performers who are also fervent supporters of the cause of human rights, such as Jerome Kugan, Meor and Azmyl Yunor and a musical theater performance directed by Khairun Azwan Rodzi (Director of Erma Fatima’s Musical Sirah Junjungan, Istana Budaya).
Lastly, SUARAM welcomes and thanks all who have contributed and supported its work throughout the years. With your unwavering support, SUARAM will continue to play its role as a defender of human rights in the country in our mutual quest to build a society that is equal, just and democratic.
For more information, please contact SUARAM at 03-7784 3525.

Read More !

Terimakasih semua...

| | 0 ulasan


"Kawan-kawan Suhaib tu ok lah semuanya...." kata Abah Suhaib kepada ku sewaktu sama-sama melihat mereka melakukan kerja khidmat masyarakat dengan mengecat sebuah rumah teres setingkat baru-baru ini.Kebanyakan mereka tidak biasa melakukan kerja-kerja tersebut namun kesungguhan yang ditunjukkan telah menjadikan rumah yang agak kusam itu bertukar menjadi lebih menarik dari sebelumnya.Aku dan Abah memerhatikan perangai Suhaib dan sembilan orang temannya dari jauh.Sesekali kami tersenyum .Kelakar juga perangai budak-budak tu.Gelagat remaja yang suka mengusik sesama mereka, mendengar musik lembut , mencuri aksi teman-teman menggunakan kamera di telefon bimbit dan kemudian ketawa bersama terkekeh-kekeh... adalah satu pemandangan agak asing bagi Abah namun amat mendamaikan perasaan.

Inilah sekilas dari pelbagai klip video kehidupan yang telah "dihilangkan' dari kehidupannya semata-mata kerana memuaskan hati SB dan 3 orang Menteri Dalam Negeri yang telah memerosokkan kehidupannya tujuh tahun tanpa bicara di Kem Kamunting.
Itulah aktiviti pertama yang dialami oleh Abah Suhaib sejak di keluarkan dari Kemta, dua bulan yang lalu. Peluang untuk melihat Suhaib berinteraksi bersama kawan-kawannya adalah satu pengalaman yang amat didambakan olehnya. Abah sentiasa tersenyum memerhatikan gelagat sepuluh remaja yang bertungkus-lumus mengecat dinding , membuang sawang dan membersihkan lantai rumah itu.

Namun, yang paling mahal ialah, beliau dapat melihat sendiri sikap dan akhlak sebahagian kawan-kawan Suhaib selama ini.Beliau menghela nafas lega, bersyukur pada Allah yang maha kuasa.....walaupun tujuh tahun saat-saat remaja Suhaib telah berlalu tanpa kehadiran, kasih sayang dan bimbingan seorang bapa kandung, namun Allah menggantikan semua kekurangan itu dengan kewujudan teman-teman serta persekitaran yang tidak kurang selesa dan selamat untuknya membesar menjadi remaja normal yang berakhlak mulia.

Afifi, Arodhi, Shazwan, Faez, Aiman,Amin, Syukri,Omar, Muhsien dan "Oren".....terimakasih kerana sudi menjadi sebahagian dari teman Suhaib selama ini.

Read More !

Pelancaran Perlembagaanku, Bar Council.

| | 0 ulasan

Semua tetamu dihadiahkan buku comel Perlembagaanku dan beberapa flyers lain berkenaan hak asasi rakyat Malaysia.

Peguam Hj Sulaiman dan isterinya bekas salah seorang pesuruhjaya SUHAKAM, Mehrun Siraj antara tetamu jemputan yang hadir.


Majlis tu tak lengkap tanpa kehadiran kami dari Gerakan mansuhkan ISA termasuk dua orang peguam dari Legal Aid iaitu Fadiah(pink) dan Tina(coklat).

Seperti biasa, sebaik saja tiba di Auditorium Bar Council, ramai aktivis muda dan veteran dari kalangan peguam dan NGO, yang menyapa serta bertanya khabar terkini tentang diriku.Selesai saja mendaftar, aku melerek tempat duduk dihadapan tetapi nampaknya dah penuh."Full house"!!!.Sambil menunggu ketibaan VVIP iaitu Datuk VK Liew, Timbalan Datuk Nazri Aziz, aku mengambil gambar dan berbual-bual dengan beberapa orang peguam yang pernah melawat Abah Suhaib di Kem Kamunting.Masing-masing meluahkan rasa gembira kerana Mat Sah akhirnya dibebaskan dari kem itu.
Aku sempat mengambil gambar Peguam Hj Sulaiman dan isterinya Mehrun, dimana mereka berdua sering mengeluarkan pandangan serta pendapat yang amat tepat berkenaan hak asasi rakyat Malaysia.
Majlis pelancaran yang sepetutnya bermula jam 3 petang telah bermula hampir sejam lewat dari perancangan asalnya.Aku terpaksa meniggalkan majlis agak awal kerana ada sedikit urusan dirumah.Namun , sebelum aku melangkah keluar dari dewan yang padat itu, terdengar ucapan Pengerusi Perlembagaanku, Sdr Edmund Bon, bahawa program ini adalah satu titik permulaan bagi rakyat Malaysia untuk mengetahui hak mereka untuk meneruskan kehidupan dengan tenang di negara tercinta ini.

Read More !

Sebutan lagi sekali pada Januari 2010.

| | 0 ulasan

Polis bersifat malafide pada kami bertiga....saya, Nashita dan Aiman.


Jam baru menunjukkan 8.50pagi, aku sudah tercatuk dihadapan Mahkamah Jenayah Sesyen 5, Jalan Duta. Nashita berada di cafe dan Aiman pun belum kelihatan batang hidungnya lagi.
Sementara menunggu yang lain tiba, aku berbual-bual dengan beberapa orang waris Orang kena Tahan(OKT).

"Kak pun kena tangkap sebab jual dadah ke?" tanya seorang wanita India dalam lengkongan 20an kepada ku. Terbeliak biji mata mendengar pertanyaannya."Ehhh...takk lah..saya kena datang sini sebab tak bagi My Kad pada polis" ujar ku sambil tersenyum.
"Tak serah My kad pun kena bicara di mahkamah?" tanya beliau semula.Aku hanya mengangguk lesu...
Beliau yang sedang menunggu adik lelakinya yang ditangkap kerana tuduhan mengedar dadah kelihatan agak rungsing.
"Adik you ada peguam?" tanyaku lagi. Dia menggelengkan kepala."Kami tak ada duit.." jawabnya perlahan.
"Kak ada peguam kah" tanya beliau lagi.
"Ada .Ramai. Hari ini ada 4 orang datang sini" jawabku sambil menunjukkan kearah beberapa orang peguam sukarela dari JUHAM yang tiba di bilik tersebut.
"Kami bertiga semua kena datang mahkamah sebab tak bagi My Kad pada polis" kataku sambil jari menunjuk pada Nashita dan Aiman.
"Peguam lagi ramai dari orang salah.." kata beliau ramah."Sian sama saya punya adik...tak da sapa mau tolong" katanya dalam nada suara amat perlahan.
"Pendakwaraya belum siapkan kertas pertuduhan...walaupun tahun ini kata PM nak capai KPI, tapi rasanya kes ni lambat lagi nak didengar." kata Cik N, salah seorang peguam kami bertiga yang dituduh bersalah kerana tidak menyerahkan My Kad pada polis ketika Himpunan MANSUH 1 Ogos lalu.Aku hanya menyambut keluhan Cik N dengan senyum nipis....
Selesai saja sebutan kes tersebut, kami beredar ke cafe dan bersarapan sambil berkenalan dengan peguam yang akan membantu mengendalikan kes kami.

Read More !

Kisah benar tentang Kad Pengenalan.

| | 0 ulasan

Saya, Yb Zuraidah Ahli Parlimen Ampang Jaya, Kak Hayati Ahli Majlis Ampang Jaya.

Semasa himpunan MANSUH 1 Ogos lepas, Kak Hayati telah diminta menyerahkan Kad Pengenalan beliau kepada polis yang telah menahan kami, dua jam sebelum demo anti-ISA itu bermula.Beliau bekerjasama dengan polis dan menyerahkan Kad Pengenalannya untuk di simpan polis yang bertugas ketika itu.Tetapi malangnya, sehingga gambar kami bertiga diambil (pada 18 Oktober 2009), beliau(Kak Hayati) masih belum lagi menerima Kad Pengenalan yang telah diserahkan pada polis, pada 1 Ogos dulu.

Esok pagi Jumaat 13 Nov.... saya, Nashita dan Aiman Athirah terpaksa hadir di sebutan kes" tidak menyerahkan Kad Pengenalan" di Mahkamah Sesyen 5, Jalan Duta, K.L. Saya telah diperingatkan oleh Nalini dari SUARAM yang menguruskan kes ini dan oleh Cik Nisa, salah seorang peguam yang mengendalikan kes ini.

Orang yang serahkan Kad Pengenalan pada polis, telah "kehilangan" kad tersebut dalam jagaan polis dan pastinya tiada sebarang tindakan diambil pada polis yang telah menghilangkan kad pengenalan berkenaan.Manakala kami bertiga walaupun telah memberi semua maklumat yang ada di Kad itu pada polis, cuma TIDAK menyerahkan kad itu untuk untuk dipegang dan disimpan mereka, polis telah memberi satu dakwaan kepada kami di mahkamah.

Inilah kisah benar perangai polis di Malaysia ni... berani tunjuk kuasa hanya pada orang perempuan saja!!!!

Read More !

Biarlah Allah yang membalasnya.....

| | 8 ulasan

Gambar seorang Anggota Polis Cawangan Khas (Special Branch) atau SB sedang mengambil gambar panelis di Forum ISA di Bar Council bulan lepas.


"Kak, pandang sini kejap..." ketika itu aku sedang tunduk menulis sesuatu diatas kertas dan bila wajah diangkat, terdengar bunyi "klik"sepantas kilat diikuti "flash" kamera .Baru aku perasan akhirnya aku menjadi 'mangsa "kamera milik SB berkenaan. Aku perasan, SB tersebut berlegar-legar di ruang Auditorium Bar Council untuk mengambil gambar semua yang terlibat dengan program Forum ISA GMI. Dalam hatiku berkata, "looks as if he's looking for someone".Ketika waktu rehat selama 10 minit, aku minum bersama dua orang wakil SIS. Ketika memperkenalkan diri pada Ratna dari SIS, aku perasaan seseorang berdiri dibelakangku sambil memegang cawan kertas, sambil memasang telinga untuk menangkap setiap perbualan (...memang itu kerja2 SB nih). Sebaik saja aku kembali ke tempat duduk, SB tadi terus mengambil gambarku...Memang dah terang lagi bersuluh, dia datang ke program GMI ,selain mengambil gambar orang ramai yang hadir, SB itu dihantar khas untuk menakut-nakutkan ku.(Sebelum Mat Sah dibebaskan, SB beri amaran tidak bertulis , isteri beliau (saya) mesti hentikan semua kerja kempen anti-ISA dan GMI juga mesti dibubarkan)



"Simbah je muka dia dengan air panas" demikianlah saranan salah seorang dari abang iparku bila ku beritahu bahawa SB bebas datang kerumah mana-mana bekas tahanan ISA yang telah dibebaskan. Aku tak sangguplah nak buat macam tu.Cukuplah setiap solat di sujud terakhir, kami mendoakan supaya Allah memberi sebaik-baik ganjaran kepada makhluk sedemikian , ganjaran yahg sesuai dengan pekerjaan dan amalan yang sedang dilakukannya. Kami manusia biasa, paling geram pun berdoa supaya SB tu cepat mampus! Tetapi .... Allah yang Maha Mengetahui, lebih faham dan tahu, apakah bentuk balasan yang paling baik diberikan kepada mereka-mereka yang kerjanya mengintip-intip urusan orang lain, dan diperkudakan dengan semaksimumnya oleh tuan-tuan mereka iaitu KDN dan Menteri Dalam Negeri.

Read More !

All are invited to Perlembagaanku launching at Bar Council on Friday 13, 3 pm.

| | 0 ulasan


"Hi, a huge myconstitution campaign will be launch by a minister and a forum on constitution featuring Dr Shad Saleem, Dr Aziz Bari, Lawyer Hj Sulaiman, Lawyer Malik Imtiaz n Dr Azmi Sharom to be held on Friday 13 Nov,3.00 pm , Bar Council.Please come with your family and friends".



Saya sekadar ingin berkongsi sms dari Edmund Bon, peguam yang pernah membuat Habeas Corpus untuk Tahanan ISA, termasuk Mat Sah.Di samping berkempen mansuhkan ISA, kini beliau sedang melancarkan kempen kesedaran dan kefahaman tentang perlembagaan Malaysia. Lebih ramai rakyat faham tentang perlembagaan adalah lebih baik dan lebih cepat proses menukar kerajaan.

Sdr Edmund Bon masih lagi bersama aktivis anti-ISA di Bar Council dimana jumlah aktivis muda dari kalangan peguam , kini makin bertambah.
Sila sebarkan mesej ini pada bloggers yang lain.


Read More !

Buat demo tuntut royalty minyak Kelantan?

| | 2 ulasan



Sebaik saja selesai baca akhbar yang banyak memuatkan isu ISA, iaitu HARAKAH, dada saya rasa sesak. Kenapa? Banyak sangat duit rakyat yang dikaut oleh kroni UMNO/BN dari zaman PM Mahadir dulu yang belum selesai hingga sekarang. Selain isu besar PKFZ di Selangor, rupanya ada isu besar lain iaitu Landasan Berkembar Elektrik Rawang ke Ipoh dimana Ketua Hakim Negara Zaki Azmi dikatakan salah seorang pemegang sahamnya!!!!Susahlah macam ni!!! Jika betul Ketua Hakim, seorang yang diharap menegakkan keadilan orang ramai pun terlibat mencuri duit rakyat!!!(Belilah HARAKAH bil 1487)..... rasanya selogan" 1 Malaysia, rakyat diutamakan" tu tak boleh pakai!!!


Rasa sesak dada dengan "projek kroni" yang modalnya diambil dari duit rakyat dizaman PM Mahathir, "wang ihsan di Terengganu" semasa zaman PM Mahadir dan Pak Lah.....nampaknya diteruskan dengan kenyataan PM Najib nak bagi wang ihsan pada rakyat Kelantan. Nampaknya, semua PM dari UMNO/BN ni seia sekata bab duit2.....


Apa orang Kelantan nak buat sekarang? MB Nik Aziz kata akan segera tulis surat kali kedua minta duit royalty minyak tuh.!!! Tulis surat, buat sidang media(macam yang ada gambar Husam) tu memang bagus. Buat lah memo macam-macam....Tapi ... rasanya macam mustahil lah kerajaan persekutuan nak bagi duit yang sepatutnya jadi hak rakyat Kelantan tuh!



"Tak ada cara lain, buat demo je!!!!" kata seseorang kepada saya. "Dulu, sebelum pilihanraya, kita buat demo BERSIH, baru lah pilihanraya agak berperikemanusiaan sikit.Nak penggunaan Bahasa Melayu dalam Maths dan Sains, kena buat demo gak. Pas tu, nak bebaskan tahanan ISA yang dah 7 tahun pun, kena buat demo gak!!!!" sms seseorang kepada saya.



Woit!!! Bagus gak idea tu. Orang yang tahan royalty minyak kelantan ni oang yang sama pertahankan ISA dan yang banyak skandal cuai uruskan duit rakyat. Betul ke demo adalah cara terbaik untuk dapatkan royalty tuh?
Orang Kelantan berani ke buat demo?

Read More !

"Tg Nik Aziz, Yb Nizar ,Dr Asri pasukan impian PAS???

| | 5 ulasan



Tg Nik Aziz, Yb Nizar dan Dr Asri memang mempunyai nilai dan keunikan yang tersendiri. Tg Nik memang dah dikenali ramai seorang ulama yang tegas berpegang pada prinsip perjuangan. Kalau beliau tak tegas, rasanya tak akan berlangsung seminar "baik pulih" PAS Sabtu lepas. Perit gak telinga pemimpin tertinggi bila terpaksa dengar kritikan bertubi-tubi dari Dr Aziz Bari dan Dr Shamsul .....Sekali sekala dapat ubat, pahit sikit, tapi kesannya elok kot....



Yb Nizar, pula bagi sesiapa yang pernah bertemu dan berbual dengan beliau, memang secara otomatik akan jatuh "suka" dengan kebijaksanaan dan akhlak beliau. Sebelum Perak dirampas BN, he ia a nobody(sekadar MB dan YB).Namun, saham beliau makin naik kerana perjuangannya mendapatkan semula mandat orang Perak yang pernah memilih PR dalam PRU12 lalu.

Dr Asri pula terkenal sebagai seseorang berilmu yang begitu berani membuat perubahan untuk memudahkan Islam difahami dan disampaikan pada orang ramai.Saya tak berani nak komen lebih-lebih kerana kurang mengenali peribadi beliau. Berbanding dengan Tg Nik Aziz dan Yb Nizar, saya lebih kerap ada peluang bertemu kedua-dua Yb itu kerana mereka berdua amat dekat dengan kempen anti-ISA anjuran GMI. Nik Aziz rapat dengan GMI kerana anak beliau juga pernah ditahan dibawah ISA.Manakala Yb Nizar, sebelum menjadi MB Perak, beliau memang telah lama memberi sokongan dalam setiap kempen anti-ISA yang diadakan di negeri yang didalamnya terletak Kem Kamunting.

Sekiranya benar ketiga-tiga mereka adalah individu yang dipilih untuk memimpin PAS, tidak mustahil UMNO akan cepat hapus kerana ketiga-tiga mereka menentang penggunaan ISA, satu akta yang ditolak oleh PKR,DAP,MCA,PAS dan Gerakan dalam senario politik Malaysia.

p/s: Saya sokmo sokong n admire Tg Nik Aziz dan salute pada Yb Nizar....tapi rasa risau dengan Dr Asri kerana dia ni, orang UMNO pun sayang dia.Harap-harap dia terselamat dari godaan dan perangkap politik UMNO yang jahat tu!!!!

Read More !

JAKIM bersubahat dengan KDN?

| | 4 ulasan

Aku, Abah Suhaib, Rafi dan Cg Non.

Sejak Abah Suhaib dibebaskan 15 September lalu, rumah kami tidak pernah sunyi dari kunjungan tetamu yang terdiri dari teman-teman serta saudara-mara yang telah lebih 7 tahun tidak bertemu dengan Abah.Bekas tahanan ISA juga turut menziarahi beliau.Bila bertemu, mereka mengimbau kembali kenangan ketika ditahan di kemta suatu masa dulu.
"Pegawai JAKIM bersubahat dengan SB memastikan kami ditahan lebih lama lagi..." kata Cg Non yang dituduh sebagai ahli Kumpulan Mujahidin Malaysia yang kemudian ditukar pada keumpulan Militan Malaysia (KMM).Beliau menjalani dendaan sebagai tahanan tanpa bicara ISA lebih 5 tahun!



"Mat Sah, isteri kamu yang terlebih-lebih semangat nih.Esok agaknya , jika kamu dah bebas, isteri kamu pula yang akan duduk di Kem Kamunting.. ha ha ha..." kata Timbalan Pengarah ILIM yang berada dibawah JAKIM, Ust Zamihan kepada Abah Suhaib ketika sesi brainwash di PRC pada bulan Ogos tahun ini.(baru-baru ini, Ust Zamihan dikaitkan dengan isu penahanan Dr Asri oleh JAIS.Beliau juga dikatakan menuduh Dr Asri tidak mempunyai/ mendapat Ijazah pertama dari Univ Jordan.)
Selain Cg Non dan Mat Sah ada beberapa orang lagi bekas tahanan ISA yang turut mendakwa bahawa JAKIM mempunyai "saham" yang amat tinggi dalam memastikan tahanan ISA KMM dan JI disumbatkan lebih lama di Kem kamunting!!!
Betul atau tidak, kesemua tahanan itu telah pun menjalani kehidupan mereka di Kem antara 5 - 8 tahun walaupun tidak pernah dibicarakan dimana-mana mahkamah.masa yang telah berlalu tidak dapat ditarik balik. Bayangkan kerugian yang telah dihadapi kerana penahanan tanpa bicara yang begitu lama....
"Kita tak perlu mendoakan yang buruk-buruk buat mereka.Di akhirat nanti, mereka itu akan menjadi orang-orang yang bengkrap. " kata Abah Suhaib kepada saya.Abah tentuya tidak dapat melupakan pengalaman ketika diarahkan untuk tinggal di sebuah bbilik kecil seluas sebuah katil kingsize yang hanya dilengkapi paip air dan lubang tandas...tanpa lampu, kipas dan tingkap."kalau musim panas, macam tidur dalam oven" kata Abah lagi. Biarlah Menteri Dalam Negeri, SB dan pegawai ugama yang menyumbat kami di sel tersebut, akan memperolehi balasan yang setimpal dari Allah diakhirat sana......

Read More !

Tidur kami juga dibelenggu ISA!

| | 0 ulasan

Abah Suhaib memakai baju T yang bertemakan merah hitam anti-ISA.

Abah tertidur seketika sebalik saja tamat mengulangkaji beberapa surah yang telah dihafaz.

Hari ini masuk 50 hari Abah Suhaib dibebaskan dari Kem. Pagi tadi Mat Sah menemaniku ke bank kerana ada sedikit urusan yang perlu diselesaikan. Dan sebaik saja berada di bank cawangan yang berlambangkan kepala harimau itu, Mat Sah disapa oleh beberapa orang yang tidak dikenali.Dari jauh aku hanya perhatikan saja gelagat beliau.Mereka yang menegur itu bukanlah polis atau SB tetapi dari kalangan rakyat biasa yang mengikuti perkembangankempen anti-ISA yang dilakukan oleh Gerakan Mansuhkan ISA.

Tujuh tahun abah tak beli baju baru. Baju-baju lama memang dah tak boleh dipakai lagi kerana sudah rosak dan banyak yang telah disedekahkan pada orang lain.Jadi, aku memberi pilihan samada beliau ingin membeli baju-baju T di pasaraya atau memakai baju T yang banyak dijual oleh NGO dan aktivis hak asasi.Nampaknya Abah telah memilih untuk memakai baju T lambang perjuangan NGO hal asasi.Dan pastinya, beliau akan memilih untuk memakai baju yang dibuat sempena Himpunan MANSUH ISA yang telah 3 bulan berlalu!!!

Tujuh tahun tidak membeli baju baru, tidaklah begitu pelik padaku.Namun, tujuh tahun hidup seperti "ayam di kandang' memang turut memberi kesan dalam kehidupan yang sedang kami layari bersama. Waktu tidur beliau juga terpaksa di "jadual" semula.

Di Kemta, tujuh malam hingga 7 pagi, mereka di kurung di dorm dan pintu dorm dikunci dari luar.Kunci mangga dorm di pegang oleh warden Kem.Semua tahanan tiada pilihan melainkan terpaksa menyesuaikan diri dengan malam yang panjang tanpa sebarang aktiviti,mahupun lampu atau kipas.Jika hendak membaca buku, mereka hanya dapat berbuat demikian dengan menggunakan cahaya samar-samar simbahan dari lampu yang terletak diluar dorm.Biasanya membaca dalam cahaya suram tidak bertahan lama kerana ianya menyakitkan mata. Justeru, pilihan yang ada hanya tidur, tidur dan tidur.

Bila dah bebas ni, abah masih lagi terbawa-bawa dengan jadual tidur yang lama.Beliau biasanya tertidur seawal jam 9 atau 9.30 malam dan akan terkejut secara automatik pada jam 1.30 pagi.Beliau menunaikan solat malam dan membaca quran hinggalah waktu subuh!!!Jadual tidur beliau amat berbeza denganku.Malam adalah saat dimana biasanya aku dibanjiri ilham untuk menulis.Dari jam 9 hingga 2 pagi, aku biasanya menghabiskan masa dihadapan komputer untuk menulis pelbagai rencana berkenaan "detention without trial". Sejak hari pertama dipisahkan dari Abah, aku hidup dengan penjadualan seperti itu.Hingga kini, mataku tidak akan mengantuk, hinggalah jam 1 atau 2 pagi!!

Perbezaan jadual tidur membuatkan aku masih terasa dizalimi oleh ISA.Disebabkan perbezaan jadual itu, kehidupan kami belum lagi sempurna.Kini, kami sedang sama-sama berusaha untuk menjadualkan semula waktu tidur sepertimana pasangan normal yang lain.....

Read More !

Siapa arah JAIS tahan Dr Asri?

| | 5 ulasan


Pagi tadi ketika saya membeli roti canai disebuah restoran di AU 2, orang ramai nampaknya sibuk bercakap mengenai isu penahanan Dr Asri.Seronok betul mereka bergebang, maklumlah ada isu baru yang nak dibualkan.Tapi...saya yakin, ramai yang tak faham dan tak perasan apakah yang tersirat disebalik kejadian penahanan itu.Saya juga salah seorang penggemar syarahan Dr Asri.Saya jarang miss kuliah beliau di Astro walaupun cuma sekali dalam seminggu.Saya percaya JAIS telah diperkudakan oleh pihak tertentu untuk buat kerja2 tu.Saya tak percaya itu kerja DAP atau PKR. Dan amat mustahil PAS arahkan JAIS buat penahanan tersebut!! Namun saya masih ingat, Allahyarham Ust Ishak Baharum,yang pernah menjadi Mufti Selangor dulu pun pernah ditahan atas alasan yang sama , ketika UMNO berkuasa di Selangor.



Apa pun, kita elok tunggu apakah penjelasan JAIS pada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid, siapa yang pandai2 suruh badan agama itu tahan Dr Asri.

Personally, saya anggap Dr Asri agak istimewa dari mufti-mufti lain di Malaysia ni kerana beliau berani mengeluarkan fatwa mengenai tahanan tanpa bicara ISA walaupun fatwa itu tidak di endorse oleh majlis fatwa Malaysia. Beliau pernah menjelaskan bahawa tahan tanpa bicara sepetimana dalam ISA, tiada dalam Islam justeru amalan itu mesti segera dihentikan.

Penahanan Dr Asri ni mengundang pelbagai persoalan. Kenapa ya?Hari ini, MB Selangor minta penjelasan dari JAIS. Dan PM Najib juga diberitakan berkata "kenapa nak tangkap Dr Asri? Beliau yang dikatakan tidak tahu menahu mengenai arahan penahanan itu, turut mendakawa JAIS yang pandai2 buat kerja itu".Khabarnya, pada malam penahanan itu, lebih 40 anggota polis membantu JAIS mengepung rumah dimana Dr Asri mengajar!!!!


Kita ikuti kisah ini selanjutnya......






Read More !

Dr Asri bakal mangsa ISA?

| | 4 ulasan



"Alhamdulillah dibebaskan pada pukul 1.30 pagi. Press Conference telah diadakan di taman Sri Ukay setelah dibebaskan.Antara yg turut bersama dalam PC adalah YB Zuraidah dan Pak Abu. Media,orang ramai termasuk penyokong Dr Asri juga hadir bersama.." Ini adalah emel yang saya perolehi dari seorang teman, Pn N, yang juga menantu pada Yb Saari Sungib, ADUN Hulu Kelang yang pernah ditahan dua kali dibawah ISA pada tahun 1998 dan 2001.Yb Saari turut bersama dengan Dr Asri ketika beliau ditahan polis untuk soal-siasat malam tadi.


Bila membaca berita tentang penahanan beberapa jam Dr Asri ni, suami saya@Abah Suhaib teringat ketika beliau berada di PRC Kuala Lumpur, beberapa orang ketua SB mendakwa "Dr Asri juga mengancam keselamatan negara kerana beliau dikatakan sebagai seorang yang berfahaman WAHABI".Sb juga ada menyebutkan mereka sedang mengintip pergerakan Dr Asri dan tidak mustahil akan menahan beliau dibawah ISA!!!!
Hai...begitu mudah untuk menahan seseorang menggunakan ISA. Sebab itulah, selagi ISA ni wujud, begitu mudah UMNO/BN ni akan gunakan akta tersebut untuk menahan mana-mana rakyat malaysia yang mereka ingini dan sumbat di Kem Kamunting.

Read More !

Apa bezanya Kem di Malaysia dan Guantanamo?

| | 0 ulasan


Ada sesutu yang menarik dalam laporan ini. Perkataan -perkataan seperti "...kami tak tidur..." "...tak tahu waktu" begitu kuat mengembalikan ingatan pada pengalaman yang pernah saya dan Suhaib lalui dalam lokap iaitu di Pusat Tahanan Wanita Bukit Jalil (saya dan 15 wanita lain) dan lokap juvana di Balai Polis Petaling(Suhaib dan Ammar serta beberapa orang remaja lelaki).Kami semua ditahan kerana dituduh menyertai himpunan MANSUH ISA 1 ogos lalu walaupun ketika itu jam menunjukkan 12 tengahari , kami tidak berada dimana-mana lokasi demo dan kami juga tidak memakai pakaian merah hitam!!!!(Demo mula jam 2.00pm, lokasi di Sogo, Masjed Jamek dan Masjed Negara, pakaian merah atau hitam)



Sebelum ini, saya hanya mendengar cerita-cerita tentang keganasan polis @Interrogation Officer melalui penulisan bekas tahanan ISA ketika mereka menjalani 60 hari seksyen 73 ISA. Kisah tahanan tak tidur, tak tahu waktu adalah sesuatu yang lumrah.
Sekadar menyebut beberapa contoh.Yb Saari Sungib tidak tidur langsung selama lebih 72 jam kerana disoalsiasat tanpa henti oleh pegawai penyiasat yang datang menyoal soalan yang sama bergilir-gilir(dalam buku beliau Siri Dari Kamunting).
Suhaib yang ditahan ketika himpunan MANSUH ISA 1 Ogos dulu memberitahu " aku tanya polis dah masuk waktu Subuh ke? polis selamba je jawab , "tak tahu!". Lepas tu beliau menunaikan solat Subuh.Selang beberapa minit, beliau dipanggil untuk dibawa ke Pusat tahanan Bukit Jalil.Ketika itu, jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi!!!Suhaib ada jam tangan, tetapi jam itu terpaksa diletakkan dalam simpanan polis!!
Ketika peristiwa "rusuhan" ciptaan warden Kemta pada tahun 2004, tahanan ISA di Kem Kamunting ketika itu nampak sendiri ganasnya polis UKP menggeledah barangan peribadi semua tahanan dan ada yang mencampakkan Al Quran ke lantai!!!Salah seorang bekas tahanan ISA yang menyaksikan peristiwa itu ialah Abah Suhaib!!!
Jadi.... apa bezanya suasana layanan SB dalam Kem di Malaysia dengan layanan askar US di Guantanamo?

Read More !

Siapa yang TIDAK bercakap benar???

| | 1 ulasan

Menteri Dalam Negeri ,Hishamudin kata "saya rasa ISA boleh diterima rakyat"

Rakyat Malaysia di SOGO semasa himpunan MANSUH ISA 1 Ogos lalu.

Rakyat Malaysia di Masjed Jame' semasa himpunan MANSUH ISA 1 Ogos lalu.


Saya tengok dalam Berita Harian semalam, ms 9, diberitakan Hishamudin dah bertemu wakil2 dari Majlis Peguam, majlis Peguam Muslim, dan beberapa NGO lain dan kemudiannya mengumumkan bahawa "beliau rasa, rakyat Malaysia akan terima ISA". Betul ke???Namun, rasanya tengok gambar-gambar diatas ni, anda semua dah boleh agak, sapa yang suka ISA, ye dak gitu?



Rasa pelik saya bertambah-tambah kenapa Hishamudiin tak jemput GMI dimana Bar Council@Majlis peguam adalah salah satu ahli aktif didalamnya? Kalau semua orang lupa biarlah saya ingatkan semula, Gerakan Mansuhkan ISA(GMI) adalah milik rakyat Malaysia.GMI ada 83 keahlian antaranya PAS,PKR,DAP, JIM. ABIM dan berbagai lagi NGO termasuk persatuan pelajar.NGO dan parti politik GMI mewakili lebih sejuta keahlian berdaftar dalam 83 parti politik dan persatuan tersebut.

Kenapa Hishamudin tak jemput wakil SUHAKAM ek?Bukankah SUHAKAM adalah wakil kerajaan yang dilantiuk khas untuk menjaga hak asasi di malaysia ni?Dah bayar gaji mereka puluhan ribu ringgit tiap bulan, tapi bila bercakap tentang ISA, Hishamudin tak mahu jemput mereka pulak?Ooohooooo...agaknya SUHAKAM tak dijemput sebeb sejak tahun 2003 lagi, dah keluarkan kenyataan bahawa ISA WAJIB DI MANSUHKAN dan pendapat itu konsisten hingga kini......Betul tak???

At least kalau tak mahu jemput GMI punuuuun... ajak le SUHAKAM.....




Read More !

Press Statement by AIM (Gerakan Mansuhkan ISA)

| | 0 ulasan


Mat Sah was incarcerated without trial more than 7 years in Kem Kamunting and only released 3 months after the death of his beloved mother.

GERAKAN MANSUHKAN ISA
Press Statement: 30th October 2009
Minister: You Should Stop your Drama and Abolish the ISA Now!
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) opposes the Home Minister Hishamuddin Hussein’s calls for amendments to the draconian Internal Security Act (ISA). GMI is a movement with 83 organisation members that has been campaigning for the abolishment of the ISA since 2001. We would like to call on the government to stop giving excuses in delaying the process for the abolishment of ISA. The Home Minister’s decision goes against the wish of the majority of people of Malaysia to see the barbaric and uncivilized law abolished. This was demonstrated by the people of Malaysia in the 12th General Elections where one of the major factors for BN’s big loss was due to the violations of human rights, rule of law and justice brought by ISA. The Anti-ISA rally on August 1st was also a clear indicator that the people do not see the need for ISA and believes that the government should not just review the ISA but abolish it.


GMI would like to raise several questions to the Home Minister. First of all, the Home Minister only consulted with majority NGOs that are seen to be in favor with government. Why didn’t the Home Minister consult with GMI or other civil society organisations such as SUARAM that have been campaigning for the abolishment of the ISA for almost 20 years? What about consulting ex-ISA detainees and their family members? As a minister, why does he refuse to hear comments from GMI, SUARAM and others? Is the government sincere in making changes to the ISA or is it just another drama by the government to capture the people’s heart? Why are the amendments expedited in such a hasty manner?
GMI recognises the obligation of the Malaysian government to protect its population from terrorist attacks and to bring those responsible for engaging in such attacks to justice. But the Malaysian government has yet to demonstrate that any of the individuals it has detained have actually engaged in any such activity. We call on the Malaysian government to abide by its obligations under International Human Rights standards when engaging in counter terrorism activity and also to establish a long term plan for Malaysia when developing mechanisms for combating terrorism while ensuring protection of human rights and the rights of the accused.
GMI would like to remind the government again that the ISA which was enacted in 1960, has been widely used against those who commit acts deemed to be “prejudicial to the security of Malaysia ”, or threatening the “maintenance of essential services” or “economic life”. These vaguely defined security concerns have led to the frequent use of the law against people peacefully expressing their religious and political beliefs, as well as a number of human rights defenders. Furthermore, in 2003, the United Nations Working Group on Arbitrary Detention considered that administrative detention on such grounds, even when in conformity with a domestic law, constitutes a violation of the right to a fair trial by an independent and impartial judicial authority. It consequently considered that the detention under such conditions was arbitrary.
Finally, GMI calls on the government to:
1. Abolish the ISA and all the other laws which allow detention without trial such as Emergency Ordinance (EO) and the Dangerous Drugs Act (DDA);
2. Immediately press charges in court or release all the individuals currently held under the ISA;
3. Close the Kamunting detention camp; and
4. Sign and ratify the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR) and the Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment (CAT) and begin the process of repealing all the domestic laws that contradict human rights principles including the ISA to conform to these international instruments.
By,Syed Ibrahim Syed Noh,Chairman

Read More !

Seronoknya media BN mengutuk PR!!!

| | 3 ulasan

Gambar pada Mac 2008, Yb Barul Hisham , Pushpaneela iateri Yb Manoharan , Syed Ibrahim dan saya .

Malam tadi, tersiar berita YB Badrul Hisham ADUN Pelabuhan Kelang isytihar keluar dari PKR, jadi ADUN bebas dan bakal memberi sokongan pada BN.Dan seperti diduga, bukan main seronok sekali media BN , dari tv dan suratkhabar tentunya ,mengutuk dan mereka cerita yang buruk-buruk mengenai PR umumnya dan PKR khasnya.Nampaknya berganda-ganda kegembiraan media ini memburukkan PR dimata rakyat apatah lagi semalam, keluar berita Pairin letak jawatan Ketua PKR Sabah serentak dengan isu cadangan EGM dalam PAS yang dipetik dari blog TG Nik Aziz .



Personally, saya rasa tidak pelik langsung dengan beberapa peristiwa tersebut. Kalau Yb Badrul Hisham keluar dari PKR, itu mungkin lebih baik untuk membersihkan parti anak bangsa malaysia itu dengan calun yang lebih jujur dan bersih dimasa depan.Saya tak tau bila pulak Pairin dilantik jadi Ketua PKR Sabah...tup tup dah letak jawatan pula. Namun saya amat menyokong isi blog TG Nik Aziz supaya PAS dibersihkan dari ahli-ahli yang begitu "teringin nak bersama UMNO". Patutlah BN bukan main kecoh dengan isu EGM ni kerana hilanglah peluang parti yang sedang nazak itu untuk mendapatkan sokongan Melayu dalam PAS!!!
Walau apa pun, saya tidak berminat untuk memburukkan sesiapa.Cuma ingin mengucapkan terimakasih pada YB Badrul, pada tahun 2008 lepas, masa tu kempen pilhanraya ke 12, beliau turut memberi sedikit sokongan pada kempen anti-ISA GMI walaupun beliau sendiri tidak faham apa itu ISA!!!! Mungkin lepas ni, Yb Badrul boleh cerita sikit pada pemimpin UMNO/BN betapa jahatnya akta tahan tanpa bicara ISA tersebut.

Read More !

ISA tak sepatutnya wujud!

| | 1 ulasan

Amylia -anak dara Dr Nasir sedang meluahkan testimoninya sebagai anak bekas tahanan ISA.Dr Nasir disebelahnya sentiasa tersenyum....

Saudara kamaruzaman ditahan sebanyak 3 kali dibawah ISA,bermula 1987.

Dr Kua Kia Soong, Syed Ibrahim dan YB Khalid Samad.


"Gerakan mewujud dan mempertahankan ISA ialah satu perjuangan yang kejam.." demikian kata-kata itu terlontar kepada audien di Auditorium KLSCAH oleh ADUN Kota Damansara, YB Dr Nasir Hashim ketika beliau memberi sedikit perkongsian dalam mengimbau kembali peristiwa penahanan nya dibawah ISA, 22 tahun yang lalu.Sungguh dalam maksud kata-kata itu.Dalam nada separuh ceria, beliau bercerita pengalamannya sebagai tahanan ISA ketika mendiami Kem kamunting selama satu setengah tahun.Untuk memberikan sedikit terapi ketika menghabiskan masa siang dan malam di Kem, beliau menulis sajak yang di raih berdasarkan aktiviti harian beliau disana.Dan, kumpulan sajak itu telah dibukukan serta di lancarkan pada malam tersebut.Tahniah pada Dr Nasir.



Selepas perasmian buku sajak Dr Nasir, tetamu di persembahkan dengan satu forum mengenang kembali Operasi Lallang 1987 dimoderatekan oleh Syed Ibrahim,manakala panelisnya ialah Dr Kua Kia Soong dan Yb Khalid Samad. Rancak dan bertenaga sungguh mereka bercerita mengenai pengalaman masing-masing.Ternyata, kedua-dua mereka amat tegas menyatakan bahawa sebaik saja keluar dari kem , mereka bukan menjadi rakyat yang lebih penakut atau lemah, tetapi lebih berani kerana telah berjaya berjuang bagi melepasi keganasan dan kejahatan ISA yang menjadi tempat cari makan ratusan SB didalamnya!!!

Malam itu, memang seperti satu re-union bagi bekas-bekas tahanan ISA. Saya sendiri tidak putus-putus disapa oleh mereka-mereka yang mengikuti perjuangan GMI selama ini. Dari Yb Jayakumar, Arutchelvan, blogger Labun Kulup Sakah, Jay-anak bangsa Malaysia...dan ramai lagi...semuanya bertanya khabar Mat Sah."You dah tak popular sekarang.Your hubby lagi dikenali ramai..." demikian kata Nalini Dewi bergurau dengan saya.Ya,,,saya akui terlalu ramai yang ingin melihat dan berjumpa tahanan ISA yang dah dikurung lebih 7 tahun secara "live"!!!




Read More !

Esok Selasa 27 Okt, 8.00pm di Dewan Perhimpunan Cina (KLSCAH).

| | 0 ulasan


Jemputlah beramai-ramai ke program diatas yang akan diadakan di Chinese Assembly Hall bagi memperingati Operasi Lalang, satu penahanan beramai-ramai rakyat Malaysia dibawah ISA yang datangnya dari pelbagai latar belakang , bangsa dan ugama. Selepas Operasi Lalang inilah lahirnya SUARAM yang begitu lantang bersuara tentang hak asasi rakyat Malaysia yang sering ditindas oleh pemimpin kerajaan yang sedang berkuasa.



Apa yang saya tahu, ada yang ditahan dibawah ISA hanya kerana memperjuangkan bahasa ibunda.Ada yang ditahan kerana beliau seorang peguam.Ada yang ditahan kerana beliau seorang pensyarah .Antaranya yang ditahan pada 27 Okt 1987 itu ialah Yb Lim Guan Eng , Yb Khalid Samad dan ramai lagi....Marilah datang beramai-ramai sebagai satu sokongan kepada program memperingati kezaliman ISA pada rakyat Malaysia ini.

Read More !

GMI akan dibubar sebaik saja ISA mansuh!

| | 0 ulasan

Merahhitam, Syed Ibrahim,bekas tahanan ISA Cikgu Non, Hj Nahar sebagai moderator, Lim Chee Wee (N.Pres Bar Council) dan Peguam Hanipa Maidin.

Cikgu Non meluahkan rasa yang terpendam selama beliau dizalimi ISA.

Sessi terakhir Forum ISA yang bertemakan "ISA hanya kaji semula?Kenapa tidak mansuh terus?" menyaksikan pandangan dari tiga aktivis hak asasi manusia yang berjuang khas untuk memansuhkan ISA disamping dua orang yang menjadi mangsa kedurjanaan akta tahan tanpa bicara itu.Tiga aktivis tersebut ialah Syed Ibrahim - Pengerusi GMI,Lim Chee Wee, Naib Presiden Bar Council dan Peguam Hanipa Maidin dari PAS.Manakala dua mangsa ialah saya mewakili keluarga tahanan ISA dan Cikgu Non mewakili bekas tahanan ISA.



Bagi aktivis rakyat seperti Peguam Hanipa dan peguam Lim Chee Wee,mereka berdua pastinya amat konsisten dengan prinsip dan pendirian bahawa ISA adalah salah satu akta yang jelas mencabul hak asasi manusia dan unsur tahan tanpa bicara didalamnya memang bertentangan dengan semangat "innocent until proven guilty".Justeru itu, keduanya amat amat tegas dengan pendirian bahawa akta tersebut mesti di buang dari perlembagaan Malaysia.
Saya rasa sebak bila mendengar luahan hati Cikgu Non bahawa keluarga beliau terpaksa menjual sebidang tanah untuk meneruskan kehidupan dua orang isteri dan 18 anak-anak yang ditinggalkannya selama 5 tahun dikurung di Kem Kamunting.Dan akhir sekali, saya masih tidak berpuas hati dengan "pembebasan" suami saya- Mat Sah yang hanya dibenarkan bergerak disekitar kawasan Ampang saja dan kena berada dirumah sebelum jam 9 malam.Nampaknya walaupun Menteri Dalam Negeri kata beliau tidak lagi menjadi ancaman, nampaknya pergerakan beliau tetap diawasi oleh SB yang gajinya dibayar oleh rakyat Malaysia.Saya dan Cikgu Non pastinya terus saja mengatakan bahawa ISA wajib dimansuhkan kerana akta itu telah digunakan oleh pemimpin BN untuk menganiaya kami antara 5 hingga 8 tahun lamanya!!!Dan akhir sekali, Syed Ibrahim menggulung perbincangan petang itu dengan satu kesimpulan bahawa kempen menyedarkan rakyat tentang kezaliman ISA telah mencapai satu peringkat yang memberangsangkan dan diharap usia GMI akan segera ditamatkan sebaik saja ISA di mansuhkan!!!

Read More !

ISA gagal dari segi kemanusiaan -Siva.

| | 0 ulasan

Dato Siva Subramaniam, pesuruhjaya SUHAKAM.

Edmund Bon, wakil Bar Council.
"ISA menyekat satu prinsip penting hak asasi manusia kerana menafikan hak proses perbicaraan dan "innocent until proven guilty" tidak dapat di praktikkan disebabkan sekatan tersebut' lebih kurang begitulah pendapat Dato Siva Subramaniam dalam slot "Apa perspektif Hak Asasi Manusia tentang kaji semula ISA?" di Bar Council baru-baru ni.
"Dan yang lebih menyedihkan, disebabkan unsur tahan tanpa bicara itu, ISA telah gagal dalam sudut kemanusiaan" tambahnya lagi merujuk pada beberapa keluarga mangsa ISA yang mengalami perceraian dan kehilangan pekerjaan disebabkan akta itu.Bukan itu saja, beliau turut merujuk bagaimana ISA digunakan sesuka hati saja oleh Menteri yang berkuasa ketika itu, kata beliau memberi contoh bagaimana bekas Menteri Dalam Negeri Hamid Albar dengan sewenang-wenangnya menahan Tan Hoon Cheng, seorang wartawan wanita menggunakan ISA dengan alasan "bodoh" untuk menjaga keselamatan wanita tersebut!!!!!



Tidak dinafikan, SUHAKAM setakat ini sentiasa konsisten dengan prinsip bahawa ISA wajib di mansuhkan selepas semua tahanan dibebaskan.Walaupun pendapat dan saranan itu sangat bagus, namun disebabkan kuasa SUHAKAM yang hanya setakat menjadi "penasihat' pada kerajaan BN, maka pandangan yang cukup baik dan berperikemanusiaan itu tidak dihiraukan langsung oleh kerajaan.

Di slot yang sama, Peguam terkenal Edmund Bon mengenang kembali keterlibatan beliau bersama GMI, yang menurutnya telah melahirkan ramai aktivis baru hak asasi manusia samada dikalangan peguam atau ahli keluarga tahanan ISA sendiri.Beliau juga berharap, lebih ramai lagi peguam muda dan individual yang akan digerakkan untuk meneruskan perjuangan memansuhkan ISA.

Read More !

ISA di tolak semua agama di Malaysia.

| | 3 ulasan

YB Saari Sungib ADUN Hulu Kelang dan bekas tahanan 2 kali ISA, telah menulis lebih 30 buah buku mengenai hak Asasi dalam Islam .

Dr Ong See Yew Presiden ke 20 Persatuan Belia Buddhist Malaysia.

Reverand Sivin Kit dari Bangsar Lutheran Church dan dilantik menjadi pastor sejak berusia 21 tahun!


Dr Bala Tharmalingam , Naib Presiden Hindu Sangam, Malaysia.



Dalam slot "Penahanan tanpa bicara dari sudut agama" dalam "Forum ISA" yang berlangsung di Bar Council beberapa hari yang lalu, GMI telah menjemput empat orang yang mewakili empat kumpulan agama terbesar di Malaysia untuk berkongsi pendapat serta pandangan dari sudut agama, kedudukan ISA, akta kesayangan UMNO yang membenarkan penahanan tanpa bicara.


Menurut YB Saari yang mewakili maysarakat Islam, sekurang-kurangnya ada 2o dalil dalam Al Quran yang berkaitan dengan hak asasi dan penahanan tanpa bicara.Menurut beliau lagi, beberapa buah buku tulisan beliau telah diserahkan pada JAKIM dan beberapa orang Mufti supaya Majlis Fatwa dapat mengeluarkan satu peraturan tentang penahanan tanba bicara ini, namun....tiada sebarang respon walaupun ianya telah diusahakan sejak tahun 2005 yang lalu.......
Dr Ong, Reverand Sivin dan Dr Bala semuanya sependapat bahawa ISA yang jelas mencabul hak asasi manusia dan didalamnya ada elemen tahan tanpa bicara, tidak diterima oleh mereka yang mewakili masyarakat berugama Buddha, Kristian dan Hindu.
Pemimpin dan penyokong yang mempertahankan ISA ni ikut ajaran ugama apa ya???


Read More !

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]