Saya membayangkan semua aktiviti GMI bertemu wakil rakyat BN sebelum ini samada di Parlimen, di Pejabat PM di Putrajaya, mahupun di Dewan Negeri Selangor dan yang terbaru di Perak semalam.Saya akhirnya tersenyum sendirian....
Apa tidaknya, semua wakil rakyat UMNO ni, bila sebut je ISA, berubah airmuka masing-masing. Dari senyum menjadi kelat mencuka dan mana-mana yang tidak dapat menahan perasaan marah, akan terpacul perkataan kotor dan lucah , menandakan betapa takut dan risaunya mereka jika ISA ini diganggu gugat atau dibuang dari perundangan Malaysia.ISA ini nilainya sama dengan hak-hak ketuanan orang Melayu, tidak boleh ditegur tidak boleh disapa, nanti buruk padah menimpa pada mereka yang mencabarnya....
Alhamdulillah, di Selangor, usul mansuhkan ISA berjalan dengan lancar kerana ketua Pembangkang Khir Toyo dan kawan-kawannya, semua pulang awal.

Dan yang terbaru, YB Jamaludin Jarjis(JJ) diberitakan telah menghalau seorang Ustaz yang didalam khutbahnya, manyebutkan ciri-ciri akta zalim ISA."Awak tak payah datang lagi ke sini.Ini kawasan saya" begitulah antara dialog JJ pada Ustaz itu.Amboiii...bukan main sombong lagi, seolah-olah dia lupa,kuasa yang ditangan beliau itu hanya sementara saja...
Kepada Ustaz Suhaimi yang begitu berani bercakap tentang ISA, didoakan agar menjadi contoh pada ustaz-ustaz yang lain supaya tidak takut menyatakan kebenaran. Saya salute pada keberanian Ustaz..Cerita panjang tentang kisah betapa takutnya wakil rakyat UNMO terhadap ISA, boleh lihat di http://www.najwasuhaimi.blogspot.com/.
Note: Gambar atas, ketika usul mansuh ISA diSelangor dan bawah penyampaian Poskad rakyat di Parlimen.
6 ulasan:
Why everytime in any rally, Pakatan Rakyat's MP only were arrested? (Remember last Sunday at PJ, YB Lau, Ronnie Liu and Tony Pua were arrested).
Because Wakil Rakyat BN never walk with Rakyat!!!
They never stand on our side and think for us or fight for us.
It is a norm for them to run away form the truth. Avoiding their responsibility.
The more they run away, the more they are avoiding shows that THEY ARE GUILTY!!!
Sanjiun,
You are absolutely right!!!!
The assemblyman and MPs never care for us.All these while, only the people CARED for those MPs.The people chosed them, and in return, the people got ISA from them....
testing
saya sendiri pun takut nak masuk vigil candlelight gathering pasal if i kena tangkap then my life abundant in polis case and my job will be halt.
i am not a warrior like those who join.
all this blame to polis
tanpa nama, pernahkah kamu fikir kenapa Malaysia menjadi semakin teruk? Kenapa Pemimpin BN semakin angkuh mendesak rakyat ke pinggir?
Semuanya kerana rakyat pentingkan diri sendiri, tidak berani menyuarakan hak SENDIRI. Takut! Pada saya, apa gunanya ada kerja kalau BN boleh ambil duit pencen saya sewenang wenangnya, tak pernah pun mereka nak tanya. Pakai ambil saja, begitu juga dengan kebebasan, pakai rampas saja. Akhirnya apa yang tinggal? Saya hanya rakyat biasa, tapi saya nakkan hak saya, hak bersuara saya, sebab saya tak nak menyesal di hari tua. Fikir fikirlah.
Tanpa nama,
Apa nak ditakutkan dengan Candle Light Vigil??Adakah jika anda hadir, anda pasti akan di tangkap dan masuk ISA?
Tak semudah itu...
Ramai yang tinggal di Kem Kamunting, tidak pernah menyertai mana-mana protest,tetapi telah ditahan selama bertahun-tahun!!!
Catat Ulasan