PERINGATAN BUAT RAIS YATIM-Malaysiakini.

| |
Menteri Luar Datuk Seri Rais Yatim menggesa Washington membebaskan 2 rakyat Malaysia yang ditahan di Kem Tentera Guantanamo Bay-Malaysiakini. Sekadar memberi peringatan semula , tahanan ISA di Kem Kamunting, telah ada yang ditahan tanpa sebarang perbicaraan,tanpa Habeas Corpus selama tujuh tahun. Tahanan itu ialah Doktor Abdullah Daud, bekas pensyarah salah sebuah universiti di Johor, telah ditahan sejak 29 Disember 2001.Dan kini, beliau masih belum di hantar pulang kerumah oleh pihak berkuasa yang mengambil beliau 7 tahun yang lalu.Selain beliau ,tahanan yang telah ditahan begitu lama ialah Yazid Sufaat dan Suhaimi Mokhtar, semuanya ditahan sejak bulan Disember 2001.
Siapakah yang lebih jahat,zalim dan tidak berperikemanusiaan? Perdana Menteri Malaysia atau Presiden Amerika???
Kami di GMI mengetahui bahawa dua rakyat Malaysia itu telah ditahan di Guantanamo Bay sejak dua tahun yang lalu.Kami tidak hairan diatas penahanan itu kerana yang menahan itu ialah tentera Amerika di bawah Presiden Bush yang memang sedang mencari populariti melalui perang anti-keganasan yang ditaja olehnya.Presiden Bush yang tidak berugama Islam itu lebih baik dari Perdana Menteri Malaysia kerana, dia (Bush) menahan rakyat luar, bukan orang Amerika sendiri.Sedangkan, PM Malaysia, tanpa perikemanusiaan,telah menangkap rakyat sendiri dan dijadikan "kambing hitam"(scape goat) kerana ingin mengambil hati kuasa besar yang menaja kempen anti-keganasan.
Saya berpendapat,seruan Menteri Luar itu adalah satu perkara yang wajar dilakukan oleh beliau untuk mengingatkan Obama supaya segera membebaskan kedua-dua mereka.
Menteri Luar telah menyeru supaya kedua-dua tahanan dari Malaysi itu dibebaskan dari Guantanamo,tetapi bila pula beliau akan menyeru supaya semua tahanan ISA di kem kamunting segera di bebaskan dan ditutup saja kem itu???

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I ALSO learn new thing here. Guantanamo has 2 msians. And this article also made me laugh on double standard and doube talk by Rais Yatim. Sendiri negara tak pandai jaga, tapi tak malu minta amerika lepaskan tahanan guantanamo. In HIndu holy book, there is a verse " u can escape from human but not God ". In Bible it says God longsuffering, compasionate and patience. Although Satan controls this earth but during judgement day, this wicked evil perverted people cannot escape from God.

Merah Hitam berkata...

Tanpa nama,
di malaysia ni, hampir semua pemimpin yang ada adalah jenis yang macam RY tu...

Kita sama-sama doa PR segera ambil alih...

Tanpa Nama berkata...

Kita ni pandai mengutuk. Kutuk negara ni, negara tu...
Tapi, orang luar mengutuk kita, kita enggan dengar.

Rakyat menyuara, tak nak dengar.
Rakyat buat rally, kata "ini bukan budaya kita".
Rakyat pakai baju NO TO ISA buat vigil night, tak dibenarkan pulak.
Rakyat simpati pada mangsa ISA, permit polis kata "dilarang melakukan aktiviti lain yang menunjukkan simpati terhadap tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri".

Macam burung unta benamkan kapala dalam tanah. kalau tak nampak/tak dengar, pura-pura tak ada masalah.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]