Hishamudin Menteri Dalam Negeri tu penipu ke???

| | 0 ulasan



GMI dapat surat dari KDN mengatakan Hishamudin, menterinya jemput GMI ke Putrajaya.Kami pun setuju nak datang kerana menghormati jemputan itu.Tapi dalam hati kurang yakin menteri tu benar-benar nak jumpa kami.

1.50 aku dah terpacak depan pintu masuk KDN. Jumpa Nalini , Syed serta Shan.
Memang hebat protokol staf KDN. Macam hebat sangat sekuriti mereka.Bila masuk ke bilik mesyuarat, nampak skrin diatas. Namun mataku ternampak nama di meja pengurusi BUKAN nama Menteri Dalam Negeri, tetapi timbalannya. Wakil2 Parlimen dari PKR,DAP dan PAS yang sepatutnya ada, tak nampak bayang mereka.Syak sesuatu yang tak seronok.....Kata Anba dari NUJ, wakil parlimen PR tak jadi dijemput.

Mesyuarat dimulakan oleh Syed dari GMI.

Balik dari meeting,baru tahu pertemuan Hishamudin dengan ahli Parlimen PR memang ada, dibuat dimasa yang sama, dibangunan yang sama, cuma tempatnya je yang berbeza.Rasa kecewa ada, marah pun ada. Kenapa dia (Hishamudin ) split@pecahkan meeting tu kepada dua bahagian?Kenapa dia mungkir janji untuk bertemu kami? Terfikir gak, dia ni pun jenis tak boleh dipercayai ke?

Read More !

Siapa yang ganas?

| | 0 ulasan

" Ketika itu jam 11 malam, kami sedang mengikuti kuliah Sheikh Ayman berkenaan salah satu hadits yang dipetik dari Sahih Bukhari. Ianya ada kaitan dengan nikah kawin.Semua yang hadir memang suka dengan tajuk ni..." kata Ust Y yang begitu bersemangat bercerita mengenai ustaz Ayman yang masih dikurung di Bukit Aman.
"Tiba-tiba , pintu rumah dimana kuliah agama itu diadakan telah dipecahkan dari luar oleh sepasukan lelaki berpakaian biasa tetapi memakai vest gerak Am.Mereka masuk dengan bersenjatakan pistol dan senapang yang macam digunakan oleh askar2 Amerika di TV.Kami terus digari dengan gari plastik dan dipaksa masuk ke kenderaan yang telah menunggu diluar rumah.

Semua hp kami dirampas dan tidak dibenarkan menghubungi sesiapa." katanya lagi menceritakan detik2 cemas ditahan oleh sepasukan lelaki yang mendakwa mendapat arahan dari KDN.Kesemua mereka kemudian dibawa ke Bukit Aman untuk disoal siasat. Ust Y adalah antara 50 lelaki yang ditahan dib awah ISA minggu lepas....tetapi dibebaskan awal manakal a 10 orang masih ditahan di BukitAman.

Siapa yang ganas ya? Wajarkan orang yang sedang mengikuti kuliah ag ama diperlakukan demikian?

Read More !

10 orang ditahan dibawah ISA?

| | 1 ulasan

Esok, saya dan 5 yang lain dari GMI dijemput ke Pejabat Menteri Dalam Negeri untuk diberi taklimat tentang hasrat kerajaan untuk pinda ISA.Tak ada angin tak de ribut, tiba2 je petang tadi Hishamudin Hussin kata, ada 10 orang ditahan dibawah ISA....bukannya 50 orang sepertimana yang ditanya oleh wartawan...

Apa cerita ni sebenarnya?

Tahun lepas, hari pertama menjawat PM, Najib kata dah tak mahu guna ISA lagi. Siap tukar menteri lagi untuk meyakinkan rakyat bahawa pasukan pemimpin baru ni benar-benar bersih dari unsur2 kezaliman.

Tetapi pengesahan penahanan terbaru ni telah menerangkan "rupa' sebenar PM dan Menteri Dalam Negeri nya......betul kan???

Akan bersambung....kisah penahanan itu.

Read More !

SABM menentang ISA!!!!!

| | 2 ulasan

Sanjiun salah seorang remaja yang menjadi orang kuat SABM.

Anak bujang saya ,Izwan dari SUARAM yang set kan booth di KLSCAH baru ni.

Banner bubar ISA juga 'tersergam indah' di forum tersebut.

Ramai juga yang hadir forum anjuran SABM nih.....

"Hai Laila..., lama nye tak jumpa you!!!!" kata Faridah orang kuat SABM yang bermaksud SAYA ANAK BANGSA MALAYSIA.Dan beberapa orang petugas di kaunter,semuanya mengerumuni saya. Walaupun warna kulit dan bangsa berbeza, namun kehadiran saya bagai sebahagian dari keluarga terdekat mereka.Seorang-demi seorang menyapa saya.... Uncle Zorro, Harris, Nanda, Mila, Amelia, George ,Jaya dan ramai lagi.........

Segalanyanya bermula dengan mereka terhadap ISA. Jadi benarlah ISA menyatukan rakyat Malaysia?....

Read More !

Kisah Pokok Betik.

| | 0 ulasan

Walaupun dah hampir 4 bulan dibebaskan dari Kem, ada beberapa buah buku yang saya bawa ke Kem pada tahun 2009 dulu yang belum lagi diserahkan pada Mat Sah hingga kini.

Apa saja yang dilakukan oleh tahanan ISA demi mengisi masa lapang yang terlalu panjang, apa saja aktiviti yang boleh memberi ketenangan, apa saja benda atau barang atau tumbuhan yang boleh menambah kegembiraan pada mereka yang sedang dikurung, mesti akan segera di musnahkan oleh warden kem.

Pagi tadi, ketika sedang memotong buah betik, tiba-tiba mat Sah teringat kisah pokok betik ketika beliau tinggal di Kem dulu. "Kami tanam beberapa batang pokok betik yang tumbuh disekitar blok. Pokok betik itu tumbuh dari biji2 benih yang bertebaran diatas tanah. kami kutip anak-anak pokok betik dan tanam disekeliling blok dalam susunan yang menarik.Setiap pagi sebaik saja selesai solat Subuh, kami akan lihat pokok betik yang kelihatan membesar dengan cepat. .." katanya mengimbau kembali kisah yang membuat hati menjadi geram itu.

"Beberapa minggu kemudian, pokok betik semakin membesar hingga hampir sama tinggi dengan kami , para tahanan. Ada tanda-tanda pokok itu hampir berbuah. Setiap hari semakin ramai tahanan yang suka mengunjungi pokok betik itu untuk menghilangkan rasa bosan yang sudah melebihi maksima.." tambah Abah Suhaib lagi.

Namun, pada suatu hari, tiba-tiba saja ada seorang warden memberi tahu bahawa pokok betik itu akan ditebang kerana ianya membuat kawasan disekitar blok tahanan menjadi semak samun!!!Serentak dengan itu, kesemua pokok betik itu dicantas batangnya dan semuanya tumbang menyembah bumi. Kami- yang menanam pokok betik itu, rasa geram yang amat sangat.Tiada sebarang tumbuhan yang tumbuh dikeliling blok, bagaimana warden boleh kata yang kawasan sekitarnya semak? Alasan itu sengaja dicipta untuk memperbodohkan tahanan ISA!!!

itulah hakikat kehidupan di Kem Kamunting......

Read More !

Special Branch@SB dah bertukar nama??

| | 4 ulasan

Dua lelaki berbaju hitam di sebelah kanan dan dua lagi disebelah kiri Mat Sah serta dua orang wanita bertudung hitam dan putih yang kelihatan di belakang sebelah kanan Mat Sah adalah sebahagian dari berpuluh SB yang ditugaskan dari Bukit Aman untuk memberi kawalan keselamatan pada beliau ketika memegang status "Tahanan ISA 7 tahun" tahun lepas.Gambar ini diambil ketika hari kematian ibu Mat Sah.

"Sekarang, kami dah tak bertugas sebagai SB lagi. Jabatan kami dah di mansuhkan. Nama jabatan baru sekarang ni ialah jabatan Anti Terrorism..." kata seorang SB kepada Mat Sah minggu lepas.Namun, yang jelasnya, walaupun mendakwa telah bertukar nama, namun puak-puak tu juga yang begitu berani memasuki pagar rumah saya dan berdiri diluar grill rumah berjam-jam lamanya....Mungkin nama saja yang berubah, tetapi kerja dan tugasannya tetap sama.....

Susah sebenarnya nak percaya kata-kata SB-SB ni...kerana mereka dah terbiasa menerima arahan dan buat kerja2 mengintip.Walaupun mendakwa dah insaf, dah pergi Mekah dsb, namun kerjakerja kotor tu dah jadi darah daging...susah untuk berubah. Bagi yang betul2 dah insaf tu, biarlah Allah saja yang menentukannya.Namun dalam Islam ada qisas. Ada hak-hak yang wajib ditunaikan dalam hubungan pada Allah, pada alam dan pada sesama manusia.Kami mangsa ISA 7 tahun ni....pun nak tuntut qisas terhadap apa yang pernah dilakukan oleh SB durjana tu pada kami sekeluarga. Tak dapat didunia, diakhirat kami tetap tuntut.Maaf? Haram kami nak maafkan perbuatan SB yang menghina kami dan Islam selama ini.....

Read More !

SB dan polis berniat jahat?

| | 0 ulasan



Gambar 1 Ogos ini menunjukkan saya dan Suhaib berada disebuah "black Maria" dan amat jelas, ketika itu jam 2.48 petang.Kenderaan tersebut di parkir di PGA, Cheras. Kami dikurung di kenderaan "Black Maria' itu dari jam 12.50 hingga 3.00 petang. Bagaimana jam 1.30 saya boleh "dilihat " berada di Jalan TAR sedangkan ketika itu saya dikurung di dalam kenderaan di Cheras?

Saya, Aiman dan Nashita yang tidak menyerahkan My Kad telah di hadiahkan satu caj dimahkamah, manakala Kak Salmah dan Kak Yati di kanan dan kiri saya yang telah menyerahkan My Kad mereka, telah di hilangkan kedua-dua My Kad tersebut oleh polis.Mereka berdua terpaksa membuat My Kad yang baru.Polis? tiada sebarang tindakan dikenakan keatas mereka.


Di Mahkamah Sesyen Jenayah 5 pagi tadi, dialog ini telah berlaku antara saya dan pegawai mahkamah terbabit.

Pegawai Mahkamah:

"Norlaila Bt Othman, pada 1 Ogos 2009, jam 1.30 petang, di Jalan Tuanku Abdul Rahman kamu tidak membawa Kad Pegenalan@My Kad ketika diminta kad itu oleh polis.Jika sabit kesalahan, kamu boleh didenda mengikut..bla..bla..bla...Adakah kamu mengaku salah?"

Saya@Norlaila:

"Saya mengaku...tidak bersalah" jawab saya dalam nada geram berbaur sedih.


Gambar yang saya ambil ketika hari Himpunan itu telah menjadi saksi betapa buruknya niat polis dan SB yang begitu rakus berkeliaran dan menangkap para demonstran pada hari tersebut.Saya bukan tidak bawa Kad Pengenalan pada hari itu, saya tunjukkan Kad Pengenalan tersebut pada SB-SB yang menyoal siasat , cuma TIDAK menyerahkan untuk disimpan oleh mereka.....

Kesihan pendakwaraya di Malaysia ni. Jadi alat mainan SB dan polis. Walaupun maklumat itu salah, terpaksa juga disebutkan dimahkamah untuk memuaskan hati SB2 laknatullah yang telah menangkap dan mengurung kami lebih 2 jam di kenderaan polis itu.
Apakah doa yang paling baik untuk SB dan polis2 tersebut ya?

Read More !

15 January 2010 mengenang kembali sokongan rakyat dalam demo anti-ISA.

| | 0 ulasan

Kami tak akan menyerah kalah! Lawan tetap lawan!!!!

Gadis manis disebelah saya ialah Cik Nisa dari JUHAM yang mewakili PAS.


Begitu ceria wajah-wajah OKT@pejuang anti-ISA yang begitu berani menghadiri Himpunan Mansuh ISA 1 ogos 2009.

Cik Honey Tan, salah seorang peguam dalam kes Himpunan Mansuh.


"Dah ambil time-off untuk Jumaat 15 jan ni?" itulah yang sempat minda saya rakamkan sebelum "terdelete" sms dari jiran saya, blogger ummuasiah@ Nashita. Pastinya semua dah sedia untuk 15 Jan, hari penting untuk menghimpunkan kembali 29 OKT yang di zalimi polis ketika Himpunan Mansuh 1 Ogos 2009 yang lalu. Agaknya, Menteri Dalam Negeri ingat, bila SB tangkap, lokap dan beri dakwaan pada kami ... semua itu akan mematikan obor anti-ISA didada rakyat.... maka dia telah buat satu kesilapan yang amat besar!

Tanpa caj di mahkamah, sudah tentu isu ISA akan terus mendung, senyap dan mungkin akan mati....namun, bila ada kes mahkamah seperti ini, dengan sendirinya, isu ini terus segar bugar didada media menanti masa untuk didedahkan pada rakyat jelata yang dahagakan berita-berita yang telus dan benar!!!!

Maknanya, selagi kes 29 OKT Mansuh ISA ini belum selesai...maka selama itulah penguasa ISA terpakas berdepan dengan isu tersebut selama hayat ianya dibicarakan dimahkamah!!!!Walaupun kini aku sudah kembali kepada kerjaya asal, namun, kes mahkamah ini umpama satu "saham' yang akan terus menghidupkan kempen anti-ISA GMI.Berbaloi! Memang berbaloi!

Masih ku ingat, ketika melangkah keluar menuju SOGO, aku bersama nashita dan Aiman tidak putus-putus berdoa supaya kami tidak ditahan polis. Namun...apakan daya, Allah lebih mengetahui segala-galanya. Betapa liciknya perancangan kami, rupanya perancangan Allah lebih hebat lagi. Memang pedih, geram serta marah bila mengenang kembali detik-detik kami ditangkap, dikurung 3 jam di trak, ditipu polis wanita di Pusat Tahanan Bukit Jalil dan terpaksa tidur dua malam di lokap.....

Tapi, siapa sangka...disebalik semua itu, rupanya tersedia satu peluang besar supaya Himpunan Mansuh ISA ini sentiasa dikenang dan diingati oleh semua lapisan rakyat Malaysia.

Kepada sesiapa yang berkelapangan, jemputlah ke Mahkamah Sesyen 5 Jalan Duta untuk bersama kami 29 OKT meraikan peristiwa bersejarah itu.Jumpa disana ...ya.

Read More !

Perjuangan tetap diteruskan....

| | 0 ulasan

Sebahagian dari para pelajar di sekolah Suhaib....

Karya kreatif Kak Jije yang diterjemahkan dalam pelbagai bentuk dimana logo "ISA" tetap menjadi tarikan utama yang menghiasi barangan tersebut.

    Hari ini terasa bahagia sekali... Apa tidaknya, modem streamyx yang amat ditunggu-tunggu selama ini...akhirnya telah berada di rumah kami. "Selagi tak pasang streamyx ni, tension saya dibuatnya" kata petugas tersebut yang tiba dirumah kami beberapa minit menjelang waktu Magrib.Alhamdulillah.....
    Saya harap, selepas ini, sebahagian aktiviti GMI yang mampu dilakukan dari rumah, akan dapat di laksanakan dengan lebih kerap lagi....InsyaAllah, tulisan panas dan pedas di Merahhitam ini akan menemui anda semua tidak lama lagi.....

    Ada dua keping gambar diatas. Iaitu gambar kawan-kawan Suhaib yang tahun ini berada di tingkatan 5. Tak payah le saya sebut nama sekolah tu...nanti tak pasal2, SB2 yang rajin singgah di blog ni, terus je datang sekolah dan ambil gambar dari pelbagai sudut dan mungkin akan buat macam2 tuduhan yang tak munasabah sepertimana yang biasa mereka lakukan pada mangsa ISA "JI" sebelum ini.Tetapi tengok gambar rasanya dah boleh agak, betapa leganya jika anak anda mampu belajar di sekolah tersebut.

    InsyaAllah saya akan cerita kisah Suhaib dan Abahnya... dalam posting akan datang.
    Gambar kedua pula mnyatakan bahawa GMI tetap terus mengorak langkah untuk menagjak rakyat Malaysia supaya sama-sama menjayakan kempen mansuhkan ISA!!!


    Read More !

    Airmata di malam tahun baru 2010....

    | | 1 ulasan

    " Selamat Tahun Baru 2010!!!!" begitu ceria suara juruhebah TV membuat "countdown" dan mengumumkan ketibaan tahun baru yang baru.Serentak dengan pengumuman itu, bunyi dentuman bunga api bergema diikuti serakan cahaya terang dan indah di langit kelam.
    Kelihatannya, seluruh rakyat malaysia sedang bergembira menyambnut ketibaan 2010 walaupun gambaran kegembiraan itu hanya diambil dari beberapa tempat disekitar Kuala Lumpur seperti di Bintang Walk atau Dataran Merdeka...

    Bagi kami sekeluarga, ketibaan tahun baru amat menyesakkan dada.

    "Ya Allah...dah masuk tahun baru. Apa khabar Sudin di Kemta..." kata Abah kepadaku. Bila Mat Sah menyebut nama Sudin@Samsudin Sulaiman, serta merta terasa luluh hatiku dan tanpa disedari, airmata deras turun dari pipiku. Maknanya, tahun ini, genap 8 tahun Sudin menghuni blok usang di Kem Kamunting.......Bagaimana keadaan Sudin sekarang? Bagaimana rupa beliau?Apa agaknya yang bersarang di fikirannya?

    Sudin tidak keseorangan.Ada 8 lagi tahanan ISA yang masih dikurung tanpa bicara di Kem sana.

    Disaat orang ramai bercakap mengenai prestasi @ KPI pemimpin negara, agaknya, dimanakah KPI mereka dalam usaha untuk memenuhi kehendak rakyat supaya ISA segera di mansuhkan.....

    Read More !

    [ Merah Hitam © 2009 ]
    [ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

    [ Top ]
    [ Home ]