Begitu juga dengan kehidupan kita.Bila sudah mati@meninggal dunia, kita akan pindah ke alam lain yang alat dan keperluan kehidupannya tidak sama dengan alam dunia. (Beliau membacakan beberapa ayat dari Surat At Takwir untuk menegaskan kejadian Hari Kiamat).Di alam akhirat yang jangkamasanya jauh lebih lama dari alam dunia, kita hanya perlukan pahala sebagai alat untuk hidup selesa ketika disana.Walaupun seseorang itu miskin ketika di alam dunia,tetapi jika banyak pahala, orang itu akan senang hidupnya diakhirat kelak dan sebaliknya.Jika didunia banyak harta,tetapi sedikit pahalanya, orang itu akan menjadi manusia yang miskin diakhirat kelak....."
Ucapan Tuan Guru itu ringkas dan bersahaja, tetapi amat dalam maknanya. Buat seketika, saya tenggelam dalam "nasihat-nasihat' yang istimewa itu.Saya bersyukur berada di majlis itu kerana dapat satu antibodi baru untuk meneruskan kerja-kerja yang sentiasa dianggap sensitif dan menakutkan. Saya akui, bukan mudah untuk mempersoalkan hak saya sebagai rakyat Malaysia kepada pemimpin sedang berkuasa kini.Namun saya tiada pilihan kerana khuatir, diakhirat nanti, akan disoal pula,kenapa ketika sedang dizalimi,saya tidak berusaha menyatakan kebenaran pada pemimpin yang zalim. Seterusnya,saya yakin, kami yang dimangsakan ini tidak akan rugi.Semakin lama kami dianiaya oleh akta tahan tanpa bicara ISA , semakin banyak bonus pahala yang akan diterima.Saya berdoa, kesusahan dan penderitaan kami kini, akan dapat ditukar menjadi pahala, yang dapat membantu kami di alam akhirat kelak.
Dan satu lagi keistimewaan Tuan Guru ialah, pada malam itu, sekumpulam kelab penyokong PAS terdiri dari wakil kaum Cina dan India telah menyerahkan replika kad keahlian kelab mereka sebagai tanda sokongan terhadap PAS.
Alhamdulillah, sebelum pulang, Ustazah Faridah ,Ketua Dewan Muslimat Shah Alam telah menyampaikan derma kilat sebanyak RM5k kepada Puast Sokongan Keluarga GMI.Terimakasih daun keladi, jika ada dinner, jemputlah kami lagi.
Note: Ustazah Faridah Ketua DMSA(di sebelah kanan saya) dan Puan Noraini, Timbalan Ketua Muslimat Selangor serta Nashita Bendahari GMI.
4 ulasan:
Salamualaikum wbt
Puan Laila..saya tak sempat iringi puan laila keluar.Maaf kelam kabut sikit untuk urusan aturcara.
Saya ucapkan terimakasih kerana pihak GMI sudi menerima jemputan kami.Insya-Allah ada rezeki kita jumpa lagi.
Saya pohon untuk ambil gambar dalam blog puan untuk di letakkan dalam blog saya.
Terimakasih
Nurhidayaty (Unit Aturcara dan Program)
baca kisah menarik ustaz mangsa ISA di sini:
http://ustazmokhtar.blogspot.com/2008/10/mimpi-itu-hiburan-dari-allah.html
http://ustazmokhtar.blogspot.com/2008/10/mimpi-itu-hiburan-dari-allah-siri-2.html
Norhidayati,
Gambar yang dipos tu tak berapa cantik. Saya cuba pos yang lebih baik lagi.Namun, apa saja yang ada di blog ini ,sila sebarkan..moga ianya dapat di fahami oleh rakyat Malaysia yang lain.
Thanks for everything.
Fahmi,
Thanks sudi baca blog ini. Sebarkanlah supaya ISA ini difahami oleh lebih ramai orang, dan tidak akan digunakan oleh mereka2 yang zalim itu lagi, dikemudian hari.
Catat Ulasan