Pada bulan June tahun ini, saya telah menyertai rombongan Hindraf (ketika itu belum di haramkan ) menemui PM kerana menyerahkan kad ucapan Hari Ibu.Kad itu ditulis oleh ibu peguam P.Uthayakumar ,salah seorang dari 5 Hindraf yang ditahan di Kem Kamunting. Kesihan saya melihat ibu Uthaya yang sudah tua itu bersusah payah datang dari Seremban ke Putrajaya, untuk menemui Pak Lah bagi menyampaikan sendiri kad ucapan sempena Hari Ibu ,yang merayu supaya anak beliau dan semua tahanan ISA,segera dibebaskan.
Penat kami naik turun tangga ke pejabat PM, dan kepenatan itu makin terasa bila disaat akhir diberitahu bahawa PM tiada di pejabatbya pada waktu itu. "kami sudah buat temujanji sebulan yang lalu dan Pembantu Peribadi (PA) Pak Lah kata , pada hari itu, PM bersedia untuk bertemu mereka" kata Pn Shanti kepada Raveen, seorang pemuda berbangsa India yang menjadi PA Pak Lah.
Berakhirlah kisah Hindraf ingin menyampaikan kad dan Memo Hari Ibu pada Pak lah.
Pada hari ini (3 Nov 2008) saya dijemput untuk menyampaikan memo bersama gabungan pertubuhan, persatuan dan sekolah Cina dibawah naungan Dewan Perhimpunan Cina Selamgor dan Kuala Lumpur. Saya bersama Encik Ser Choon Ing, Pengerusi KLSCAH,serta dua orang wakil dari sekolah Cina , tiba di perkarangan pejabat PM di Putrajaya seawal jam 10.45 pagi. Kami segera menuju ke lobby, meninggnalkan kad Pengenalan dan terus dibawa oleh pengawal ke tingkat 3 kompleks pejabat PM.(Sebelum itu, kami sempat ambil gambar di luar bangunan).
Saya sangka, PM akan ada di pejabatnya untuk menerima memo dari KLSCAH itu, namun tekaan saya silap. Rupanya kami hanya dibawa bertemu Setiausaha Politik beliau iaitu En Ahmad Yaakob. Saya rasa buang masa je pagi itu kerana dah tahu benar sikap Ahmad Yaakob yang selalu mengelak untuk ditemui rakyat terutamanya dalam isu ISA.Namun, bila melihat kesabaran En Choon Ing melayani kerenah pembantu peribadi Ahmad Yaakob, saya turut mendiamkan diri dan menurut saja arahan mereka.
Di ruang koridor yang sempit itu, kami dikerumuni oleh hampir 10 SB, enam dari mereka membawa kamera. Kami ingin mengambil gambar peristiwa penyerahan memo itu, tetapi tidak diizinkan oleh pembantu Ahmad Yaakob. Sebaliknya, SB bertubi-tubi mengambil gambar kami berlima dan jelas kesemua lelaki dari Dewan Perhimpunan Cina itu rasa rimas dengan gelagat SB itu.Setelah satu salinan dari Memo itu di cop "terima" ,kami segera beredar dari tempat itu.
Kami segera turun ke lobby dan disana, wartawan telah sedia menunggu. En Choon Ing memberi kenyataan ringkas pada media tentang penyerahan memo dari masyarakat Cina yang mahu supaya ISA dimansuhkan. Saya sempat mencelah bahawa , suami telah ditahan hampir 7 tahun dan semua wartawan kelihatan terperanjat dengan pengakuan itu. Kemudian, Nashita dari Pusat sokongan Keluarga GMI segera mengeluarkan posterkecil yang bertulis "ISA ZALIM" dan "tahan tanpa bicara" selama 7 tahun. Rupanya, memegang kad yang tertulis denganperkataan itu adalah satu kesalahan besar di kawasan pejabat PM!!!
Hairan! Mengapa PM takut sangat dengan perkataan itu? Kami datang ke Putrajaya seramai kurang dari sepuluh orang,tetapi saya perhatikan polis dan SB memenuhi kawasan disekitar bangunan pejabat PM. SB kelihatan duduk dicelah-celah pokok, di tepi kereta, ditepi motosikal, di hadapan pejabat dan dibawah pokok.
Jelas sangat, Pak lah telah menggunakan terlalu banyak wang rakyat untuk membayar gaji SB di pejabat beliau!!! Wang siapakah yang digunakan untuk membayar gaji syaitan-syaitan itu?
Kenapa susah sangat rakyat nak bertemu Pak Lah? Kenapa pak lah takut untuk bertemu rakyat?
Note: Gambar atas, saya bersama ibu Uthayakumar. Gambar bawah, saya bersama Nashita, Ammar, Suhaib dan Encik Ser Choon Ing.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan