Pelukis itu tidak pernah membuat Habeas Corpus dan tidak pernah dibawa ke mana-mana mahkamah untuk di buktikan kesalahannya.
Hampir semua tahanan ISA (lelaki) mendakwa mereka dibogelkan oleh sekumpulan polis cawangan khas untuk tujuan soal-siasat.
Adakah perbuatan ini dikira sesuai dilakukan oleh seorang yang berugama Islam?(Yang pastinya, ugama lain turut menentang perbuatan yang tidak bermaruah dan tidak berperikemanusiaan ini.)
1- Quran disorokkan oleh SB supaya tahanan tidak boleh membaca nya.
2-Tiada arah qiblat untuk solat.
3-Tidak diketahui waktu untuk solat kerana sepanjang masa hidup mereka dibawah lampu malap.
4-Pakaian tahanan disorokkan dan ada ketikanya tahanan terpaksa solat dalam pakaian yang minimum.
5-Tahanan tidak dibenarkan solat berjemaah.(beramai-ramai).
6-Tahanan ISA memang tidak dibenarkan solat Jumaat walaupun masjid hanya beberapa meter dari blok kediaman mereka.
Komen lain yang tidak bersangkutan dengan ugama.
1. Diminta berbogel.
2. Minum air kecing atau makan tahi sendiri.
3. Ditampar di tumbuk atau rambut dibakar.
Ada beratus-ratus penderaan dilakukan oleh SB@pegawai penyiasat kepada tahanan ISA supaya mereka mengaku dakwaan yang disediakan oleh Menteri Dalam Negeri.Dakwaan dan dituduhan disediakan oleh Menteri dan kakitangannya. SB adalah anasir yang akan memastikan dakwaan itu diakui dan diterima oleh tahanan yang dinamakan.
Contohnya mudah saja.RPK telah ditahan dibawah ISA kerana dikatakan memnyiarkan artikel yang menghina Islam. Adakah Menteri Dalam Negeri benar-benar membela Islam?Jelas, tindakan yang dilakukan keatas tahanan ISA Islam ini benar-benar membuktikan, siapa sebenarnya pengkhianat pada ugama mulia itu.
Siapa sebenarnya yang hidupnya bergantung pada ISA?
6 ulasan:
iskh...memang tak patut...patut disebarkan! mansuh ISA!!!
ish...ish...ini lebih teruk dari guantanamo punya penjara....
sepatutnya ssorg itu diberikan hak utk mengerjakan suruhan agama dia. bukankah itu wajib?
sy yg kristian ni pun sgt2 jijik lihat tahanan ISA diperlakukan sebegitu rupa.
apakah mereka ini tak layak di mata Tuhan? fikir2kanla...pembunuh wanita cun mcm najib baru layak? haha
MasyaAllah..... Kalau telah diperlakukan sedemikian rupa...
SIAPA YANG LEBIH HINA DI SISI AGAMA??????
Pastinya mereka yang menzalimi tahanan-tahanan tersebut!!!! INGAT BALASAN DARI ALLAH MENANTI ANDA!
Si botak albab tu memang pandai cakap je...tapi jahil tentang agama...belagak pandai...elok die dan puak2 UMNO je yg d tahan dlm tu sbb merosakkan agama dan negara
sebenarnya guantanamo berikan solat untuk semua berramai-ramai dan kiblat ditunjukkan arahnya. Ade banyak bukti. Amrica tidak benci pada islam, walhal mereka menolong umat islam bila dilanda malapetaka. Tetapi di Msia , ISA kamunting lehib kejam. BAGAIMANAKAH ISLAM DI MALAYSIA BOLEH BUAT SATU CONTOH AND UGAMA MURNI OLEH PENGANUTNYA KEPADA NON MUSLIMS. uMNOO PULAK SIKIT SIkit merajuk dan suka bersumpah. Nampaknya tuhan pun mereka tak takut. Now siapa lebih power , tuhan atau Umno? I am gone carzy , hard to answer this question. $W#$%%^^&*((**&^%%$#@!@@#$%^&*(
tuan merah hitam...
den mintak izin tuan untuk copy & paste posting tuan ni kek blog den... harap diizinkan hik hik hik
Catat Ulasan