ALLAH AKAN MEMBALAS SEGALANYA...Malaysiakini.

| |
"Panggil saya Kak Laila" itulah yang saya katakan pada seorang wanita muda bertudung Maroon yang duduk disebelah saya. Kami berdua berkenalan.Saya wakil SUARAM.Dan dia mewakili PDRM. "Kenapa you tak pakai uniform?" tanya saya. "Oh!! Saya bukan polis biasa, saya dari cawangan..." jawabnya lagi. Serta-merta tengkok dan telinga terasa panas dan darah seolah-olah mendidih. Untuk mengelakkan rasa marah dan tekanan yang teramat sangat itu, saya mengucapkan istighfar beberapa kali sambil menarik nafas dalam-dalam. Dalam hati saya berdoa moga Allah beri setinggi-tinggi kesabaran ketika itu. Saya dan SB wanita itu sedang berada di majlis Perhimpunan Perwakilan Wanita Nasional JIM ke 15.Pengakuannya sebagai SB telah menghilangkan minat saya untuk bersembang lebih lama, namun saya cuba mengawal perasaan supaya tidak menunjukkan wajah yang marah ketika itu.Terus saja saya teringat segala perbuatan jahat yang dilakukan oleh SB kepada saya selama lebih 6 tahun suami ditahan dibawah ISA.Satu persatu datang bertandang di fikiran.Bermula dari rumah digeledah, suami dibawa dari rumah, kereta di pecah, beg tangan dicuri, sms lucah dan banyak lagi....
Saya hanya menumpukan perhatian pada ucapan dasar ketua Wanita Jamaah Islah Malaysia(JIM) iaitu Professor Madya Dr Harlina Haliza Hj Siraj(bertudung bunga warna ungu).Alhamdulillah, ucapan itu memang menarik da saya menghayati setiap baris ayat yang tertera di buku comel yang dihiasi wajah Dr Harlina."Membangun Gagasan Wanita Pemangkin Perlaksanaan Syariah" tajuknya saja sudah membayangkan kekuatan isinya yang menjadi sandaran pada aktivisme wanita JIM.
Dua wanita,tapi dalam kerjaya yang berbeza. Wanita SB itu memang mengakui datang ke majlis itu kerana urusan kerja iaitu untuk memantau isi perhimpunan.Manakala, Dr Harlina adalah mewakili wanita JIM yang sangat rajin berbuat amal kebajikan dan membantu golongan yang susah ,termasuk menyantuni keluarga tahanan ISA.
Ya Allah, hanya kau lah yang berhak memberi balasan diatas apa saja yang mereka kerjakan....

JIM adalah salah satu dari NGO Islam yang komited membantu mengsa ISA seperti saya.Pengasas dan bekas presiden JIM, YB Saari Sungib adalah seorang bekas tahanan ISA sebanyak dua kali.Namun, beliau telah berjaya menukar segala persepsi negatif orang ramai pada mangsa ISA yang satu ketika dulu dicemuh ,dibenci dan ditakuti masyarakat, kepada golongan teraniaya yang "innocent" dan akhirnya diberi simpati oleh orang ramai.
YB Saari telah melawan segala bentuk pencabulan hak asasi yang pernah di lakukan keatas beliau dalam pelbagai bentuk samada melalui perundangan dan juga penulisan.Semasa ditahan di Kem Kamunting, beliau telah menghasilkan lapan buah buku yang semuanya amat baik untuk memberi pelajaran dan kesedaran pada rakyat...
Sekali lagi, hanya Allah yang berhak memberi balasan terbaik untuk semua kesusahan dan kepedihan ketika melawan akta zalim ISA....

Note: Syed Ibahim, Pengerusi GMI, Yb Saari, Pn Aliza isteri beliau yang juga aktivis GMI dan saya.

2 ulasan:

Awanama berkata...

Salam,
Adalah haram untuk pemimpin kaum Muslimin menlakukan 'tajjasus' kepada rakyatnya sendiri. (tanpa mengira samada Islam atau Kafir)

Kedatangan SB ke Majlis himpunan umat Islam adalah sebagai tajasus ( mencari-cari salah yang akan digunakan kemudian hari).

Al-Quran melarang
Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang [Al-Hujurat, 49:12]

Perbuatan Tajasus ini diharamkan oleh Islam
Abul Haitsam Kaatib (setiausaha) Uqbah bin 'Amir --salah seorang sahabat Nabi-- berkata: saya pernah berkata kepada Uqbah: saya mempunyai jiran yang suka minum arak dan akan saya panggilkan penguatkuasa untuk menangkapnya. Maka kata Uqbah: Jangan! Tetapi nasehatilah mereka itu dan peringatkanlah. Abul Haitsam menjawab: Sudah saya larang tetapi mereka tidak berhenti, dan saya akan memanggil hisbah (penguatkuasa) untuk menangkapnya. Uqbah berkata: Celaka kamu! Jangan! Sebab saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. berkata:
"Barangsiapa menutupi suatu cacat, maka seolah-olah dia telah menghidupkan anak yang ditanam hidup-hidup dalam kuburnya." (Riwayat Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Hibban)

Al-Aslu Baratu Zimmah
Ahmad Mustafa

Merah Hitam berkata...

Ahmad Mustafa,

Jazaakallahukhair. Saya tak pandai berhujjah seperti itu, secara ilmiah, kebiasaannya, hujjah saya adalah suasana,pengalaman dan keperitan hidup yang sedang dilalui angkara SB yang menjadi alat utama menjayakan ISA.

Kak laila

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]