MENTERI DALAM NEGERI ZALIM?Malaysiakini.

| |

Ahmad telah di tuduh mencuri sebuah basikal kepunyaan Pak Hamid . Sepatutnya Pak Hamid menyerahkan Ahmad kepada polis supaya supaya beliau boleh disiasat dan jika salah, terus dihadapkan ke mahkamah.Tetapi, dalam kes Ahmad ini, Pak Hamid tidak menyerahkan pada polis untuk didakwa dimahkamah.Tetapi sebaliknya, Pak Hamid telah mengurung Ahmad di sebuah bilik store di rumahnya.Pak Hamid telah menjalankan hukuman mengikut keinginannya sendiri terhadap Ahmad.

Inilah perkara yang sama berlaku pada tahanan ISA. Sepatutnya mereka semua yang dituduh bersalah, mestilah didakwa di mahkamah. Seorang Hakim sepatutnya mendengar pandakwaan keatas mereka dan pihak pendakwa mestilah memberikan bukti-bukti untuk menyokong tuduhan itu.

Realiti kehidupan tahanan ISA, mereka ditahan dan disiasat oleh polis SB. Sekiranya SB tidak berpuas hati dengan siasatan keatas tahanan, SB akan memberi laporan kepada Menteri Dalam Negeri, yang kemudiannya akan menandatangani satu perintah tahanan dan mangsa ISA itu terpaksa menghabiskan dua tahun dari usianya di Kem Kamunting. Kuasa Menteri Dalam Negeri tiada hdnya. tahana boleh teru menerus ditahan dari dua tahun hingga dua tahun berikutnya dan mungkin boleh ditahan sepanjang hayat........

Adakah tindakan Menteri Dalam Negri itu tidak zalim?

Note: Adalah sesuatu yang "biasa" tahanan ISA di bogelkan dan didera secara mental dan fizikal.

6 ulasan:

MAHAGURU58 berkata...

Assalamualaikum.

Pandangan yang tepat. Negara kita sudah ada pelbagai macam undang undang yang telah dimaktubkan.

Kegagalan Menteri Dalam Negeri untuk mendakwa tahanan ISA menurut jenayah yang dituduh mereka lakukan menyebabkan mahkamah membebaskan OKT dan mencemarkan integriti Menteri terbabit.

Ini adalah punca kenapa rakyat bangun memprotes penggunaan ISA!

Bukan mereka menyatakan OKT itu maksum tetapi Akta Keselamatan Dalam Negeri disalah gunakan didalam penahanan seseorang individu dan tidak dihadapakan ke mahkamah seperti yang diperuntukkan.

Syabas diatas pendapat anda.

Dato Seri Syed Hamid Albar harus sedar kesilapannya itu dan mendakwa tahanan tahanan ISA mengikut apa yang dituduh mereka lakukannya?

Saya rasa masih tidak terlewat beliau membetulkan keadaan dan mengembalikan integritinya sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Unknown berkata...

wow, menteri dalam negeri seperti tuhan!!!
.
.
.
atau hantu!!

Afham Fuad berkata...

xpe2..satu hari nanti Allah akan tunjuk kat mereka2 yg zalim terhadap hamba2 Allah di dunia ni..

Merah Hitam berkata...

Mahaguru58,
Its an honour to get a visit from you.Sila datang lagi ya....

Merah Hitam berkata...

Chong,

Tuhan lebih adil,sebelum seseorang itu dihantar ke hell or paradise, dia akan di soal dulu di Mahsyar.Semua perbuatan akan di persoalkan, kemudian barulah dihantar kemana tempat yang sesuai...Allah beri keadilan pada manusia yang diciptaNya.
Tetapi Menteri dalam Negeri,mencipta kuasa supaya lebih hebat dari Tuhan!!!

Dia bukan manusia,tetapi Iblis!!!

Merah Hitam berkata...

Afham,

I'm happy, you learnt about ISA at the young age!!!

Wajib sebarkan ya

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]