Bagusnya perangai Hishamudin, Menteri Dalam Negeri....?

| | 19 ulasan


Sebulan sebelum Himpunan MANSUH, GMI telah hantar surat untuk bertemu Menteri Dalam Negeri untuk mengadakan sedikit perbincangan mengenai himpunan anti-ISA ini.Menteri Hishamudin tiada, yang sudi menerima kedatangan hanya seorang yang berpangkat rendah di KDN.Perangai ini , sama sahaja dengan Menteri Dalam Negeri sebelum ini samada Tun Pak Lah atau Hamid Albar.

Namun, bila GMI bersungguh-sungguh mengajak rakyat keluar kejalanraya, tiba-tiba saja beliau mengarahkan polis mengadakan roadblock dan meminta Ketua Polis Datuk Sabtu supaya memantau itu dan ini dari dekat. ini belum lagi gerombolan lori-lori merah brisi air asid dan trak-trak polis yang disusun di tepi jalanraya, tujuannya khusus untuk menakutkan rakyat yang akan berarak ke istana negara esok.

Bagus sungguh perangai beliau ini.Maklum ditangan beliau sekarang ada kuasa..... Senang betul beliau suruh polis buat roadblock. Suruh polis sedia dengan lori-lori merah penuh berisi air asid dan trak-trak untuk menangkap demonstran.Tak cukup tu, polis juga bawa cotar serta shield .Semua ini untuk" menyambut" kedatangan rakyat yang ingin menyatakan tidak puas hati terhadap ISA.... bagus! bagus!!!

Jika beliau lupa, marilah kita rakyat ingatkan beliau, terlalu banyak "hutang-hutang' kezaliman KDN kepada rakyat samada tahanan ISA yang 8 tahun ditahan tanpa bicara di Kem kamunting, atau isu Kugan yang belum selesai dan juga kes Teoh yang baru hendak bermula......

Rakyat cuma nak tanya, mana tindakan yang nak review ISA tu? Siapa yang nak jawab kezaliman demi kezaliman yang sedang dilakukan oleh polis kepada rakyat marhaen Malaysia?
Siapa nak jawab?????

Read More !

Pesanan untuk semua> Melayu, Cina dan India.

| | 5 ulasan





Penting! Panduan bagi peserta perhimpunan aman Mansuhkan ISA
Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri selepas Himpunan Bersih dan PPSMI. Uniknya pada hari yang sama akan ada satu lagi himpunan lain yang Menyokong ISA.
Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi akan hadir, pelbagai agama dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Kerajaan Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.
Perkara yang perlu anda bawa/sediakan
1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
2. Duit-maksimum RM 100 sahaja.
3. Memakai pakaian yang sopan-Baju berwarna Hitam/Merah- Sebaiknya ada logo Mansuhkan ISA
4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
5. Aksesori kempen-Button, riben, topi, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Mansuhkan ISA boleh digunakan.
6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis N100 Respirator, N95 Respirator dan Surgical facemask untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_ elumalai@ yahoo.com Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya untuk rekod dan disiarkan.
Perkara yang tidak dibenarkan
1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
3. Jangan memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak sopan.
4. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal untuk memudahkan pergerakkan.
5. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
6. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan kempen mansuhkan ISA
7. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
8. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan Kempen Mansuhkan ISA tidak dibenarkan.
9. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
10. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.
11. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
12. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
13. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
14. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan
1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
3. Pastikan anda telah menunaikan 'hajat' sebelum memasuki perhimpunan.
4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.
5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
8. Jangan lupa charge bateri handphone dan kamera.
9. Pastikan anda berniat kerana Allah (bagi yang muslim) sebelum keluar rumah.
10. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan; Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara.
11. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
12. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
13. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian) .
14. Jangan memakai baju Mansuhkan ISA sebelum perhimpunan bermula.
Semasa perhimpunan dan perarakan
1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan (Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara) dan tunggu arahan dari Field Commander yang dilantik.
2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau Field Commander sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada Field Commander.
3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan Field Commander.
4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
11. Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.
12. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi sound system akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
13. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
14. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.
15. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.
16. Rakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_ elumalai@ yahoo.com Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya untuk rekod dan disiarkan.
17. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.
Selepas perhimpunan
1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila datang ke Pejabat Agung PAS untuk membuat laporan dengan Unit Amal bertugas.
3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan maklumat di Pejabat Agung PAS atau ke Balai Polis berkaitan untuk bebaskan mereka.
4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.
5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha GMI-enalini_ elumalai@ yahoo.com.
Apa anda perlu buat jika kumpulan Pro-ISA buat Provokasi
1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan Field Commander Unit Amal.
2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.
3. Jangan hampiri mereka.
4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.
5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.
Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan
1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.
3. Duduk jika pimpinan arahkan.
4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air water canon berwarna kuning.
5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
6. Ambil gambar mereka jika sempat.
7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.
Apa yang anda perlu buat jika ditahan
1. Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.
2. Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.
3. Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).
4. Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.
5. Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab "Masih tengah cari kerja" atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
6. Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab ”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
7. Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.
8. Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab "saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja". Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.
9. Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.
10. Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.
11. Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.
Apa yang anda buat selepas dibebaskan
1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.
9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.
Perhatian!
1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.
4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini
Secara keseluruhannya, kita berdoa semoga Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.
Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak Kerajaan dan memberikan laluan untuk Agong mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan negara kita.
Ingat, Himpunan Bersih dan PPSMI berjaya menyedarkan Kerajaan kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk memansuhkan ISA.
Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada Field Commander atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.
Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.
重要!废除内安法令集会参与者的手册
续干净与公平选举联盟(净选盟,BERSIH)大集会和废除英文教数理(PPSMI)大集会,8月1日(2pm)的废除内安法令大集会将会是另一个创造历史的事迹。奇怪的是同一天也有一个支持内安法令集会。
我们预测当天将会有各族、各意识形态、各宗教和信仰的人集聚在一起以提出他们的看法,特别是呼吁政府废除内安法令。
因此为了让该集会更顺利,我们发出指南希望可以帮助您和我们主办当局确保该集会顺利及和平进行。
您必须携带或准备的事项:
1. 身份证、驾驶执照和一张ATM卡而已。
2. 最多携带100令吉。
3. 穿着礼貌大体,衣服红色/黑色-最好有废除内安法令的标志(logo)。
4. 所有参与者必须穿鞋子。
5. 宣传品-拥有废除内安法令的标志和口号的按钮、丝带、帽子、kopiah、 手带、小旗、布条和大字报 被允许。
6. 国旗或州旗。
7. 矿泉水、一点轻便食物或糖果。
8. 一点盐-重要和用来吃少许(不是涂在脸上)以恢复体力,尤其是在警察发射水或炮催泪弹(又称催泪瓦斯)时。
9. 湿手巾用来盖眼睛和鼻子以避免催泪弹气体。
10. 鼓励穿戴N100口罩( N100 Respirator)、 N95口罩(N95 Respirator)和外科口罩(Surgical facemask)以避免传染A(H1N1)和吸入过多的催泪弹气体。
11. 如果您患有哮喘或过敏症,请自行携带吸入器(inhaler)或药物。
12. 请携带小型垃圾袋以避免乱丢垃圾。
13. 请携带纸(mini note pad)笔 以抄下警察的名字和身份证号码或任何可疑事情。
14. 别忘记携带相机、录影机或可录影手机以记录下集会情况-照片或录影短片可在集会后电邮给废除内安法令联盟秘书的电邮enalini_ elumalai@ yahoo.com。该电子邮拥有防垃圾邮件程序,您需要启用Javascript(Javascript enabled) 来观看记录和寄出。
不被允许的事项:
1. 学生请勿携带学生证(kad matrik pelajar);政府和私人机构的员工请勿携带工作证。
2. 不要带太多的钱或信用卡以避免在集会时或被扣留时遭扒手、跌掉或遗失。
3. 不要穿暴露和不雅观的衣服。
4. 不要穿拖鞋、高跟鞋或凉鞋以让行动方便。
5. 不要穿裙,鼓励穿长裤。
6. 不要穿戴与废除内安法令无关的装饰品或配件。
7. 不要携带任何政党或团体的布条、大字报、旗子。
8. 任何无关废除内安法令运动的口号被禁止。
9. 不要携带任何尖锐物品,除了原子笔。
10. 不要携带可以爆炸或易燃的物品,如火柴、汽油弹(molotov cocktail)和炮竹。
11. 集会时不允许抽烟,因为这将影响他人。
12. 不要携带任何武器,如木柴、铁物、铁链、枪械及任何危险物品。
13. 携带孩子出席集会的父母不被允许携带貌似短枪、长枪或刀的玩具。
14. 不要携带十岁以下的孩童,以免出现不必要的麻烦。
集会前必须做的事项:
1. 维修交通工具和检查需要携带的物品。
2. 不要在集会前吃和喝太多东西。
3. 确保您在集会前已经menunai 'hajat'。
4. 回教徒方面, 请履行solat taubat和hajat,盼上苍保佑该集会,非回教徒则按照各自仪式祷告。
5. 确保您已经锁好屋子,或者向没出席集会的家人或邻居交代重要事情。
6. 告诉他们您出去的目的。
7. 告诉他们与您在一起的朋友的电话号码,如果您的电话当时无法接通。
8. 别忘了为手机和相机充电。
9. 确保您在出门前要有意念(berniat)因为上苍(回教徒方面)。
10. 确保您知道集会的集合地点;Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara。
11. 确保您提早出门以避免塞车或买轻快铁/火车票时排长龙。
12. 集体出席,避免单独前往集会。
13.当您在前往吉隆坡市区的路程上遭到阻碍,您可以找地方停泊车子,然后步行到Sogo, Masjid Jamek, 或 Masjid Negara (不要直接单独前往国家皇宫) 。
14. 在集会开始前,不要先穿废除内安法令衣服。
在集会和游行进行时:
1. 集合在规定地点(Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara)和等待被选为指挥官(也称战地指挥官Field Commander)的命令 。
2. 整个活动期间须跟从指挥官(Field Commander)或志工团(Unit Amal)的指令。在没有照会指挥官下,不要理会其他指示。
3. 不要离开集会地点,除了得到指挥官的指示。
4. 一旦发现可疑事物须向志工团报告。
5. 集会和游行期间不要推挤。
6. 在集会进行时,不要侮辱、骂粗话或作出不雅举动。
7. 和平及融洽的进行该集会。
8. 确保您给予交通工具优先使用公路以及不随意走在公路上。
9. 确保您给予出席集会的老人、残障人士和孩童优先,帮助和保护他们。
10. 请告诉您的朋友,如果您因急事或要上厕所而要离开集会,以避免其他麻烦。
11. 确保您坐着如果领袖在演讲。
12. 确保您没谈天如果领袖在演讲,因为众人的声音可以掩盖音响的声音。
13. 如果需要请跟着领袖的口号。
14. 游行时请拿着您的国旗或州旗。
15. 集会期间不要随地乱丢垃圾。把垃圾放进您携带的塑胶袋。
16. 别忘记携带相机、录影机或可录影手机以记录下集会情况-照片或录影短片可在集会后电邮给废除内安法令联盟秘书的电邮enalini_ elumalai@ yahoo.com。该电子邮拥有防垃圾邮件程序,您需要启用Javascript(Javascript enabled) 来观看记录和寄出。
17. 如果可以,请录下警察的相貌或重要事情如暴力或有警察挑畔。
集会结束后:
1. 确保您慢慢及和平的离开如果散会的指令被发出。
2. 当集会结束后,确保您的朋友或亲戚和您的孩子和您在一起。如果没有,请即刻前往回教党总部向志工团报告。
3. 如果有朋友或亲人被捕,请不要直接回家。请到回教党总部询问详情或前往有关警局要求释放他们。
4. 不要在集会场地留下任何垃圾。确保所有垃圾被丢去垃圾桶或带回家丢。
5. 给予安全部队(pasukan Keselamatan)道谢如果他们让集会顺利进行。
6. 切勿忘记将集会的照片和新闻传达给没有出席集会的朋友知道。所有资料可以电邮给我们的秘书enalini_ elumalai@ yahoo.com。
如果支持内安法令集会者挑畔,您须做什么?
1. 不需理会他们,保持安静和继续跟从志工队指挥官的命令。
2. 不需回应他们的挑畔,不要向他们丢任何东西,不需给予他们任何讯息。当着他们在当天并不存在。
3. 不要靠近他们。
4. 如果他们突然攻击,抵抗,不要殴打但是将他们交给警方。
5. 不要忘了向警察报警,如果您被他们致伤或骚扰。
6. 如果需要,录下他们的相貌。
如果警察挑畔和驱散逮捕,您可以做什么?
1. 不要跑或离开集会,除非得到领袖的命令,如果您先离开,您会更容易被逮捕。
2. 如果警方要逮捕或发射水炮,不要单独,确保您手牵手和站密。
3. 坐着如果领袖给命令。
4. 如果催泪瓦斯被释放,请稍微弄湿手巾/面巾,然后盖在脸上。如果中黄色水炮,请用水清洗脸部和吃下少许盐。
5. 如果警察挑畔,不要反击或还嘴...只需要保持安静。
6. 如果来得及,请拍下他们的照片。
7. 如果您被暴力对待,请记得报警。
如果被捕,您可以做什么?
1. 不要和警察多说话。保持冷静和安静。
2. 询问逮捕您的警察名字和号码(nombor polis),以及问他,您被逮捕的原因(sebab anda ditahan)和条文(seksyen berapa yang digunakan) 。
3. 您只需要给名字、身份证号码和身份证上面的地址(berikan ikut alamat dalam IC sahaja).,如果被问到。
4. 如果他们问起工作,简单回答即可,不用给详细资料。
5. 如果您是学生,当他们问起您是否在读书( masih belajar atau tidak),您只需回答"Masih tengah cari kerja" 或者给其他合适的答案。避免承认你是学生。让他们自己查如果他们需要更多的资料。不要回答不需要的问题。
6. 如果您是政府员工,他们问起您的工作地方,您只需要回答”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”。让他们自己去调查如果他们需要资料。不要回答不需要的问题。
7. 在还未录取口供前,告诉他们你要见律师。律师会在外面等您如果您被逮捕。
8. 如果可以,不用告诉他们太多,您只需回答"saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja"。切记!您所在警察局回答的问题可以被作为呈堂证据。您有权不给警方任何详情,除了在法庭。
9. 当被扣留时,无需理会警察的挑畔或者心软如果面对警察的温和。
10. 确保您记得所有发生的事情,包括逮捕和向您调查的警官。
11. 无需太过担心,警局外会有人担保您和为您辩护。
被释放后,您可做什么?
1. 确保所有您的东西被警方归还。
2. 如果您有受伤,请到医院做健康检查。
3. 报警如果您在集会时或扣留时被粗暴对待。
4. 如果被警察虐待,告诉和拍摄下给律师和媒体。
5. 在回到家后,别忘了记录下您所记得的,以方便您在日后上法庭时。
6. 确保您记得您的担保人和涉及的律师,并拿下他们的联络号码。
7. 把所有您有的集会资料和照片交给律师以方便辩护
8. 被释放和回到战友的身边后,不要忘了solat sunnat syukur。
9. 经历被逮捕的经验后,不要从抗争奋斗中退出来,因为那只会使到你士气低落和觉得孤单。
10. 继续与朋友们一起奋斗。
11. 当您被逮捕过,您将会觉得您比以前更厉害和勇敢,因为不是每个人能够有机会经历您所经历的被逮捕。
请注意!
1. 我们主办当局不会为任何犯法或与集会无关的违法行为负责。
2. 我们主办当局不会为任何集团或个人的挑畔或暴力行为负责。
3. 我们主办当局不会为疏忽或命令以外所造成的手上负责。
4. 我们主办当局不会为与集会命令无关的打架或极端行为而遭到的逮捕负责。
总而言之,我们祷告盼该集会可以在毫无问题或逮捕下顺利进行。
我们希望大家的努力和出席可以给到政府醒觉和给予最高元首行使权去修正我国的法律制度弱点。
记得,因为人民的奋斗,净选盟和废除英化数理集会已经成功唤醒政府。因此,现在是时候大家一起为废除内安法令奋斗!
确保您跟着以上所给予的指示。任何问题,您可以询问当天在集会执行工作的指挥官或志工团。
记得,该事件将是您一生人一次的机会,以及它将会永远成为我们每一代子子孙孙相传的历史。不要放弃成为这个历史的一部分

Read More !

Himpunan Aman MANSUH 1 ogos diteruskan!!!!

| | 6 ulasan




Umum ketahui buat masa ini bahawa pihak Polis telah mengeluarkan amaran kepada GMI untuk tidak mengadakan Himpunan MANSUH pada hari Sabtu, 1 Ogos ini. Pihak polis turut memberi amaran serupa kepada Pewaris dan kumpulannya yang berniat untuk juga mengadakan himpunan tetapi menyokong ISA.

Kita sudah menjangka perkara ini. Namun Mesyuarat JK Induk Himpunan dalam beberapa mesyuarat telah sepakat meneruskan himpunan seperti mana yang dirancang. Himpunan MANSUH mempunyai matlamat dan rancangan yang mulia, jelas serta telus.

Himpunan MANSUH mengajak rakyat berhimpun secara aman sebagaimana haknya yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dengan tujuan untuk menunjukkan suara perasaan rakyat membantah ISA dalam bentuk Deklarasi Rakyat yang ingin diserahkan kepada Istana Negara. Tiga tuntutan utama ialah Mansuhkan ISA, Bebaskan semua tahanan ISA dan Tutup Kem Kamunting.

Persiapan rapi dengan tumpuan kepada perhimpunan yang aman telah dilakukan. Panduan umum telah dikeluarkan termasuklah panduan kepada persediaan peserta, kelengkapan, poster, banner, bendera dan sebagainya. Pihak keselamatan Himpunan akan mengambil segala langkah perlu untuk mengawal keselamatan Himpunan dengan bantuan Unit Amal. Pada masa yang sama, pasukan pemantau dari Majlis Peguam akan turun membuat pemantauan di samping menyediakan bantuan guaman apabila perlu. Pihak SUHAKAM juga telah dimaklumkan. Semua pimpinan PR dan NGO sama ada lain-lain ideologi (seperti DAP dan GERAKAN) atau lain-lain kaum dan agama telah menyatakan komitmen untuk turut serta dalam Himpunan.

Pagi tadi 15 buah Persatuan-persatuan Cina telah menyatakan sokongan mereka dalam satu sidang akhbar!

Dong Jiao Zhong, pertubuhan pendidik-pendidik Cina yang terkenal juga telah memaklumkan sokongan mereka dan kesediaan pimpinan mereka untuk turut serta dalam himpunan!

Badan mahasiswa juga telah menyatakan sokongan mereka sebentar tadi dalam kenyataan yang disokong oleh 26 organisasi mahasiswa.

Hanya yang tinggal sekarang ialah kerjasama daripada Polis. Kita memohon mereka untuk memberikan kerjasama supaya himpunan dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang provokasi atau kekerasan. Buktikanlah bahawa Kerajaan sekarang benar-benar mengamalkan slogan 'Rakyat Didahulukan. ...'

Bagi yang berugama Islam, marilah kita laksanakan solat hajat dan bermunajat kepada Allah. Untuk semua, marilah kita turun dengan rasa tenang, tabah dan ikhlas. Ingatlah perjuangan sahabat terdahulu yang berjuang demi prinsip. Janganlah perjuangan mereka dan nasib mangsa tahanan ISA serta mereka yang dizalimi selama ini disia-siakan.

Laksanakanlah kempen apa sahaja pun menurut kemampuan anda untuk menyokong Himpunan MANSUH pada 1 Ogos nanti. Yang terbaik adalah bersama dalam himpunan, namun jika tidak dapat bersama, fikirkanlah cara supaya sokongan tetap dapat ditunjukkan, mungkin bendera separuh tiang, memakai baju merah hitam, memasang lampu di waktu siang, membunyikan hon dan sebagainya.

Terima kasih di atas sokongan anda.

Semoga anda sentiasa berada di landasan perjuangan menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran.

Syed Ibrahim Alhabshi

Read More !

Siapa yang merancang bertindak ganas?

| | 6 ulasan

Kata Datuk M.Sabtu:-

"Polis akan mengambil tindakan berhemah, kecuali tidak ada cara lain. Polis tidak ingin melihat berlakunya kecederaan, luka atau dalam keadaan yang terdesak," tegas Datuk Muhammad Sabtu.
Ditanya sama ada polis akan membuat tangkapan awal bagi mengelak perhimpunan tersebut, beliau berkata:"Sebagai langkah pencegahan, polis boleh mangambil tindakan awal mengikut Seksyen 105, Kanun Acara Jenayah, jika nampak niat, pergerakan walaupun sehari sebelumnya," katanya.
Siapakah yang merancang bertindak ganas?????
Rakyat yang hadir sebagai peserta himpunan cuma membawa penutup muka,tuala kecil, sebotol air mineral dan sedikit garam , sekadar keperluan jika disembur air asid.
Polis pula hadir ke himpunan lengkap dengan shield, cotar, gas pemedih mata dan water cannon yang sarat berisi air asid.
SIAPAKAH YANG BERNIAT BURUK SEBENARNYA???

Read More !

PEWARIS akan huru-harakan himpunan aman MANSUH????

| | 3 ulasan


Kronology gangguan PEWARIS pada aktiviti anti-ISA.
1- 1 Disember 2008, PEWARIS mengadakan demo di luar bangunan Bar Council semasa diadakan program "cakap-cakap rakyat" yang membariskan panelis seperti Hj Mat Sabu, Teresa Kok,Raja Petra, Hishamudin Rais, GMI dan wakil pelajar.
2- 29 Disember 2008, PEWARIS mengadakan demo diluar bangunan Kompleks Sukan Bangi semasa diadakan program pelancaran awal himpunan MANSUH yng membariskan YB Ust Hadi, YB Teo, YB Dr Nasir, YB Salahudin Ayub, GMI, Hj Mat Sabu dan Arutchelvan.
3- 9 Mei 2009, GMI adakan DEBAT ISA antara PEWARIS dan YB Saari Sungib, tetapi wakil PEWARIS berdolak dalek dan akhirnya mereka tidak hadir di majlis debat itu.Program debat itu diteruskan juga.
4- ??????
GMI adalah suara hati lebih 17,000 rakyat Malaysia yang pernah ditahan dibwah akta ini(kecuali mereka yang telah masuk UMNO). Dari jumlah tersebut, hanya 20 peratus ahli politik parti pembangkang. Namun, yang paling ramai dijadikan mangsa dan kambing hitam ialah rakyat biasa .
Percayalah.... hanya kuasa rakyat yang akan berjaya menolak akta tahan tanpa bicara ini.Selamatkan rakyat dari terus menjad mangsanya.

Read More !

YB Zailah dan Wacana Dunia Tanpa Suami.

| | 4 ulasan

Sebak, sedih dan pilu , itulah tiga patah perkataan yang amat sesuai digunakan untuk menerangkan betapa beratnya perasaan ini untuk berkongsi kisah peribadi sebagai mangsa ISA.Setiap mangsa mempunyai kisah peribadi yang tersendiri . Jika nak dibandingkan dengan mangsa ISA yang lain, kisahku tidaklah sedih sangat kerana aku hanya membesarkan seorang anak lelaki dan secara kebetulan mempunyai kerjaya sendiri. Tapi bagaimana ceritanya dengan mangsa ISA yang mempunyai anak ramai melebihi 5 orang, kerjaya utama hanya sebagai surirumah sepenuh masa. Bayangkan, betapa sakitnya kepala memikirkan perbelanjaan harian untuk anak-anak yang sedang membesar.....

Kini, tahun 2009, 90 peratus tahanan ISA telah dibebaskan dan kembali kepangkuan keluarga masing-masing . Hanya tinggal aku dan 4 keluarga lain yang masih terpaksa berulang alik ke Kem Kamunting.....Dan kini...tinggal aku seorang saja yang masih setia bercerita kisah zalim akta tahan tanpa bicara ini....

Walaupun telah berpuluh , mungkin beratus kali bercerita kisah yang sama, namun setiap kali berkongsi, aku tetap merasa sebak dan hampir-hampir menitiskan airmata. Sebaik saja meninggalkan pembesar suara, ku perhatikan ramai Muslimat yang menyapu air jernih yang mengalir dari lubuk mata masing-masing..... (YB Zailah , Puan Aliza dan Merahhitam)

Dihari yang sama , sebelah petangnya, aku dijemput menjadi salah seorang panelis wacana Dunia Tanpa Suami (DTS) yang diadakan di UIA, Gombak.Para peserta wacana terdiri dari ibu tunggal dan wanita yang belum berumah tangga.

Hajjah Roslia dari Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia(JIM) menjadi moderator wacana DTS. Saya mewakili GMI, saudari Salina Ibrahim dari Karang Kraf dan Puan Nursafina mewakili persatuan ibu tunggal.


(Salina , Merahhitam dan Roha , Penerbit program wacana DTS)

Aku bersyukur dan amat gembira sekali kerana diberi peluang untuk muncul dalam wacana yang berbentuk "talk Show" bersama wanita tanpa suami ini. Aku sering merasa rendah diri dengan gelaran "isteri tahanan ISA" kerana di Malaysia ini, tidak ramai yang dijadikan mangsanya.Namun, ku lawan jua perasaan itu dari terus membunuh keyakinan dalam diri ini dan aku berpegang pada falsafah bahawa Abah Suhaib tidak bersalah kerana idak pernah dibuktikan di Mahkamah dan aku akan membantu beliau membersihkan namanya yang sedang dicalarkan oleh penguasa ISA.
Cantek, manis, muda dan bergaya..... itu yang dapat ku simpulkan ketika bertemu wanita-wanita tersebut yang telah ditakdirkan bercerai denan suami masing-masing.Dimanakah silapnya hingga mereka itu ditinggalkan atau terpaksa meninggalkan pasangan masing-masing?
Itulah satu soalan yang kupendam sendiri dan masih belum bertemu jawapannya hingga sekarang....
Samalah dengan mereka. Masing-masing bertanya, kenapa Abah Suhaib@suamiku masih terus menerus ditahan dibawah ISA sedangkan tahanan lain telah lama dipulangkan kepangkuankeluarga masing-masing......Aku juga tidak dapat menjawab soalan tersebut.....

Read More !

Ibrahim Ali dan PEWARIS ni manusia atau ......??

| | 17 ulasan

Mengikut fakta mengenai ISA, tahanan biasanya akan diseksa dan didera dengan teruk dari hari pertama penahanan hingga hari ke 60 dalam seksyen 73 dimana ketika ini, polis berpakaian biasa@ pegawai penyiasat diberi kuasa penuh untuk melakukan apa saja kepada mangsa demi "mendapatkan maklumat".

Selepas 60 hari, tahanan biasanya dihantar ke Kem Kamunting untuk ditahan selama dua tahun .Ketika ini, tahanan biasanya tidak didera secara fizikal tetapi didera secara spiritual kerana dipisahkan dalam jangkamasa yang lama dari isteri, anak-anak dan kaum keluarga.

Isterilah yang paling terdera kerana mereka terpaksa mencari rezki untuk membesarkan anak-anak dan dimasa yang sama terpaksa berulang-alik ke Kem Kamunting untuk melawat suami.Isteri juga tidak lepas dari pemantauan polis cawangan khas@SB. Majoriti tahanan ISA yang waras, tidak akan tergamak mengatakan"ISA itu baik " untuk dirinya mahupun untuk sesiapa saja. Sebab itu saya pelik, bagaimana Ibrahim Ali boleh mengataka ISA itu baik dan wajib dipertahankan?Lupakah beliau pada kesusahan isteri dan anak-anak ketika beliau ditahan dibawah ISA dulu? Manusia jenis apakah Ibrahim ini????

Saya bersama teman-teman GMI bertemu wakil PEWARIS pada awal tahun ini kerana ingin mempelawa mereka berdebat tentang tajuk "ISA HALAL atau HARAM". Pertemuan selama 30 minit itu membuatkan kami rasa ingin menamatkan perbualan dengan segera kerana ternyata mereka tidak punya maklumat yang benar mengenai ISA samada dari sudut konvensional , mahupun dari sudut Islam.
Mereka memang jelas dipergunakan oleh UMNO. Akhirnya saya menghadiahkan buku "20 dalil ISA HARAM DARI PANDANGAN ISLAM" tulisan YB Saari Sungib kepada salah seorang dari mereka.
Himpunan Aman MANSUH 1 Ogos telah dirancang sejak akhir tahun 2008.Mobilsasi telah dibuat dua bulan lebih awal. Tiba-tiba, kurang dua minggu dari tarikh yang sama, PEWARIS dan beberapa NGO lain juga sibuk nak mengadakan himpunan yang sama tetapi menggunakan slogan "YES to ISA". GMI ajak debat, mereka tdak beranai bersemuka tetapi kenapa bila GMI buat himpunan MANSUH, mereka sibuk pula buat himpunan untuk menyelamatkan ISA????
Siapa sebenarnya mereka ini????

Read More !

Mobilisasi MANSUH di Selangor.

| | 1 ulasan

"ISA telah menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira batas kaum dan agama.Namun, orang Melayu masih ramai yang bersikap menyokong ISA kerana kononnya akta itu membela orang Melayu dan umat Islam. Orang Melayu telah diberi gambaran dan maklumat yang salah mengenai akta yang telah digunakan untuk menahan tanpa bicara lebih 17 ribu rakyat Malaysia.Inilah masanya rakyat menunjukkan sikap bahawa mereka semua bencikan akta yang digunakanuntuk menjaga survival pemimpin parti berkuasa ketika ini" kata Hj Mat Sabu.

"Saya telah dilantik sebagai Komandan Himpunan Aman MANSUH pada 1 Ogos di K.L nanti.Semua peserta mesti datang berpakaian warna Merah dan Hitam. Kita menjemput semua rakyat Malaysia untuk menghadiri perhimpuan membantah ISA itu tak kira mereka ahli UMNO, MCA atau MIC." demikian ditegaskan oleh YB Salahudin Ayubi dalam satu ceramah umum di Markaz Tarbiyah Taman Melewar malam tadi.


Read More !

ISA di Pelancaran Laporan Hak Asasi SUARAM 2008.

| | 0 ulasan

Isu tahanan 8 Tahun-ISA disebut di laporan Hak Asasi SUARAM 2008. Sekali lagi, profail Abah Suhaib telah di pilih untuk dijadikan tontonan umum bahawa ada tahanan yang telah di kurung lebih 7 tahun tanpa sebarang perbicaraan.

Aku dan Puan Tamil Selwee telah di pilih untuk berkongsi testimoni sebagai mangsa terhadap pencabulan hak asasi yang serious di Malaysia. Aku mewakili Abah Suhaib yang telah dikurung tanpa bicara di Kem Kamunting manakala Puan Selwee bercakap mewakili anaknya, Ulaganatahan ,yan meninggal dunia 6 tahun lalu ketika dalam siasatan polis. Dari kiri, Puan Tamil Selwee, anak beliau meninggal dunia dalam tahanan Polis, Merahhitam, Khai Loon (Pengerusi majlis) A.Arumugam dan John Liu dari SUARAM.

Hampirseratus orang tetamu yang hadir.

Inilah buku SUARAM Human Rights Report 2008 yang baru dilancarkan.


Read More !

Anti-ISA bergema di Balok dan Jengka, Pahang.

| | 2 ulasan

Walaupun cuma dua hari aku berada di Pahang untuk menghabiskan siri roadshow MANSUH, rasanya macam dah dua minggu aku meninggalkan Tuait, anak bujang yang sorang itu. Walaupun berjauhan, kami tetap dapat bersms dan sekali dua bercakap di telefon. Sekadar bertanya, dia sudah makan atau belum dan memastikan beliau tidak bangun lambat keesokan harinya. Baru dua hari berjauhan dari Suhaib , aku terasa "miss' dengannya, bagaimana pula perasaan Abah Suhaib yang bertahun-tahun terpisah dari anak tunggalnya...Bagaimana Abah mengubat kerinduannya terhadap satu-satunya zuriat yang beliau ada ya?.... Oh Tuhan.... tak sanggup aku meletakkan diriku ditempat Abah Suhaib.....

Sekembalinya aku dari Geneva, semangat untuk berkongsi pengalaman sebagai mangsa ISA amat membara dan Alhamdulillah, Ust Suhaimi, Ketua Pemuda PAS Pahang telah berusaha mencipta ruang dan peluang untukku merialisasikan impian itu.


Kuantan dan Jengka adalah destinasi terakhir ceramah di luar kota yang aku hadiri untuk memberitahu rakyat tentang akta tahan tanpa bicara ISA. Dari pengamatanku, jika program anti-ISA ini dijadikan ukuran untuk melihat kekuatan pembangkang di Pahang, tidak mustahil di PRU 13 nanti, PR akan dapat merampas Pahang dari BN.... InsyaAllah.

Semua aktivis Pahang, kita jumpa di K.L 1 ogos nanti ya.

Anak-anak Ust Suhaimi iaitu Aiman, Adeeb, Arif dan Amirah.
Aku bersama Pemuda PAS Balok, Kuantan Pahang.

Aktivis PAS Jengka bergaya dengan headband MANSUH ISA!!!


Muslimat Jengka menitiskan airmata ketika melihat persembahan slide "Dunia Tanpa Suami 2.



Hujan lebat tidak melemahkan semangat penduduk Jengka untuk melihat persembahan powerpoint anti-ISA dan ceramah tentang akta zalim itu.




Read More !

Dennis, Suhaib dan Himpunan MANSUH.

| | 5 ulasan

" Did you go to Beng Hock's funeral today?"tanyaku pada Dennis, seorang pemuda berbangsa Cina yang baru ku temui dalam satu mesyuarat di KLSCAH petang tadi. Dia hanya mengelengkan kepala.
"I feel pity to Beng Hock's fiancee...she's pregnant and has to take care of the baby alone.." tambah ku lagi. Dennis hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa.
" I lagi kesihan pada you... Kak Laila.You've been surviving alone for seven years...." aku terperanjat dengan jawapan beliau.Dennis memandang kearahku penuh rasa simpati.
"Kalau kesihan pada kami ISA victims, lets mobilise more people to join 1st August anti-ISA rally" dan Dennis memberi isyarat "ok".....
Bukan Dennis seorang saja yang akan mobilise ahli persatuan mereka. Semua yang hadir petang tadi telah berjanji memberi komitmen masing-masing untuk himpunan MANSUH 1 Ogos. Sekretariat MANSUH iaitu Syed Ibrahim, Kamarudzaman dan saya, bertemu persatuan pemuda Cina di KLSCAH petang tadi.

"Kenapa muncung tajam sangat ni?" tanya ku pada Suhaib sebaik saja aku pulang dari KLSCAH. Ketika tiba dirumah, Suhaib belum tidur lagi. Aku segera mengemas beberapa helai pakaian dan segera dimasukkan ke dalam beg besar beroda berwarna hitam. Suhaib hanya menjeling tajam....
Esok , aku akan ke pantai timur selama dua hari. Ini bemakna, Suhaib akan ditinggal sendirian lagi...
"Sayang..... kalau tak bagi Umi pegi, I can just cancel it. No problem at all....." kataku lembut ditelinganya. Ku keluarkan semula pakaian dari beg tersebut.
"Tak pe.... Umi pergilah....Tuait ok je..." katanya lagi.
"Thanks, sayang. I promise, this is going to be the last one, ok?" kataku sambil mencubit pipinya yang dipenuhi jambang itu.
Tiga hari lepas, aku baru pulang dari Kedah kerana mengajak orang sana yang tak dapat berita dari blog atau HARAKAH supaya datang ke K.L sempena himpunan 1 Ogos. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya mereka tahu bahawa ramai orang di Malaysia ni, tak suka pada ISA, akta tahan tanpa bicaa itu.
Esok adalah program terakhir yang diatur untukku diluar Kuala Lumpur.Selepas itu jadual harianku tetap padat namun semua program tersebut akan diadakan di Kuala Lumpur saja.....
Semua itu hanyalah untuk memberitahu dan mengajak orang ramai supaya hadir ke himpunan aman MANSUH 1 Ogos di K.L...
Anda bagaimana?

Read More !

Teoh Beng Hock, ISA dan politik semasa di Pentas Wanita.

| | 0 ulasan

Walaupun berada di Padang Terap Kedah, satu kawasan yang boleh dikatakan sudah agak hampir ke sempadan Thailand, dimana liputan internet "broadband' dan talipon bimbit amat rendah sekali, namun suratkhabar berbahasa China telah menyiarkan berita itu secara meluas dan akhbar itu boleh di perolehi dengan mudah oleh penduduk di kawasan ini. Saya tidak dapat membaca akhbar tersebut, sekadar melihat gambar Teoh yang begitu besar di dalamnya, namun Dr Joyce Lee, Exco Wanita PKR telah secara sukarela membacakan semua berita mengenai tragedi yang menimpa mendiang Teoh. Sepertimana rakan-rakan yang lain, kami dapat merasakan kehilangan yang begitu cepat dan tentunya sukar bagi keluarganya untuk menerima hakikat kematian ini dalam masa terdekat.

Sebelum ditemui mati di tingkat 5 Plaza Masalam,mendiang Teoh telah disoalsiasat oleh pegawai SPRM, tanpa kehadiran peguam selama lebih 8 jam!!!!Dalam hati tertanya-tanya, kebelakangan ini, penggunaan ISA agak terhad, namun tindakan soal-siasat yang dijalankan oleh pegawai SPRM keatas orang awam nampaknya sama sepertimana kelakuan pegawai penyiasat (IO) keatas tahanan 60 hari seksyen 73 ISA!!!!Adakah ini bermakna, prosedur dalam ISA telah diambil oleh pasukan SPRM dan digunakan secara berleluasa keatas ahli politik Pakatan Rakyat???Adakah ini bermakna ISA ada peluang untuk dikajisemula tetapi isikandungannya telah diambil dan di berikan pada SPRM yang berselindung atas nama "mencegah rasuah"? Walaupun turut diselubungi rasa tidak puas hati diatas kematian yang amat trajis ini, program Pentas Wanita di Padang terap,tetap diteruskan. Program ini diadakan disebuah kawasan lapang di tepi jalanraya dan dikelilingi rimbunan pokok getah. Tiada kelihatan perumahan manusia disekitar tempat tersebut yang juga merupakan pejabat Keadilan Padang Terap, namun bila tiba masanya, dua buah khemah saiz 20ka x 20ka kelihatan penuh dengan manusia.

Program Pentas Wanita dimana semua penceramahnya terdiri dari kaum wanita, adalah program seumpamanya yang julung kali diadakan di Negeri Kedah.Walaupun namanya adalah "Pentas Wanita" namun, dari kehadiran penonton yang datang pada malam itu, memberi satu isyarat bahawa penduduk kampung kini sudah berfikiran terbuka dan sedia menerima sesiapa saja yang datang kedaerah mereka untuk berkongsi kisah benar mengenai isu politik semasa, yang sukar mereka perolehi melalui akhbar terbitan kerajaan.

Saya bersyukur kerana turut diberi peluang untuk berkongsi pengalaman sebagai mangsa ISA yng paling lama di abad ke 21 ini disamping mempromosikan Himpunan MANSUH yang bakal menjelang 1 ogos kelak.


Saya bersama Puan Norsham Timbalan KW PKR Malaysia dan YB Zuraidah, Ketua Wanita PKR Pusat. Inilah kali pertama kami berpeluang berkongsi pentas untuk bercerita mengenai pelbagai kezaliman yang sedang dilakukan oleh kerajaan BN keatas rakyat Malaysia.
Kedua-dua mereka, YB Zuraidah dan Pn Norsham menyatakan persetujuan untuk hadir di perhimpunan aman MANSUH 1 ogos kelak.Tahniah pada Pn Salma KW PKR Kedah dan Timbalannya, Puan Nurin yang telah menjadikan program ini satu kenyataan.



Read More !

Menjejaki kekejaman ISA di Memali.

| | 0 ulasan

"Ketika berlaku peristiwa berarah di Memali, saya masih terlalu muda dan tidak memahami keadaan sebenar ketika itu.Tambahan pula, tiada media alternatif sepertimana sekarang, dimana kita boleh mendapatkan berita dari kedua belah pihak, dari pihak kerajaan dan pihak mangsa...." kataku kepada Cikgu Non, salah seorang bekas tahanan ISA yang tinggal di kawasan itu. Berjenis-jenis lauk pauk enak dan buah-buahan tempatan menyambut ketibaan kami bertiga iaitu saya, Puan Salma Ketua Wanita PKR Kedah dan timbalannya Puan Nurin ."Owhhhh!!! Ada kerabu, ulam petai dan sambal belacan....Ini dah masuk kali ketiga saya makan nasi untuk hari ni, selepas sarapan nasi lemak di rumah Pn Salma, kemudian sekali lagi makan nasi lemak bersama Wanita JIM Kedah di Sg Petani..." ujarku kepada Kak S, isteri Cikgu Non.Walaupun perut masih agak penuh, namun aku tak daya nak menolak lauk-pauk segar yang baunya begitu kuat menggamit selera kami.

(Merahhitam ditengah diapit oleh Pn Rokiah balu syuhada Memali(bertudung putih) dan KW PKR Kedah, Pn Salma yang mendukung Iffah)
Selesai menjamu selera, kami bergerak kerumah Mak Lang (panggian mesra penduduk setempat) merangkap Ketua Muslimat Cawangan Memali, salah seorang balu syuhada Memali yang masih aktif bergerak dalam pergerakan Muslimat PAS. Rumah Mak Lang terletak tidak jauh dari rumah Ustaz Ibrahim Libya yang menjadi tajuk perbincangan utama dalam peristiwa pembunuhan beramai-ramai polis Kerajaan UMNO/BN di Memali yang terjadi pada bulan November tahun 1985.
Ketika menjejakkan kaki di kawasan surau dan asrama tempat As Syahid Ustaz Ibrahim Libya mengajar, aku masih dapat merasakan betapa eratnya pertautan persaudaraan antara Ustaz Ibrahim dan para pengikutnya yang terdiri dari golongan anak-anak muda penduduk kampung itu. Walaupun peristiwa itu telah lebih dua puluh tahun berlalu dan pembangunan telah banyak menubah struktur dan kedudukan bangunan, namun, aura peristiwa itu tetap dapat dirasakan......

(Merahhitam , KW PKR dan timbalannya bersama tiga orang isteri syuhada Memali iaitu Mak Lang, Mak Pah dan Kak Kiah sert jiran-jiran mereka )

Ust Ibrahim Libya adalah seorang guru ugama yang amat dikasihi oleh penduduk setempat disebabkan kebijaksanaan beliau dalam menyampaikan pengajian Islam kepada penduduk Memali.Beliau yang ketika itu adalah salah seorang pegawai kanan bahagian ugama salah sebuah pejabat kerajaan amat dihormati oleh penduduk Baling,kerana kesugguhan dan kejujuran beliau menyampaikan kebenaran Islam kepada mereka. Namun ,tiada siapa menyangka, segala kejujuran dan kbenaran yang disampaikan itu rupanya mengundang rasa tidak senang di hati pemimpin kerajaan yang berkuasa ketika itu hingga mencetuskan peristiwa yang meragut nyawa 14 orang penduduk Memali yang tidak berdosa....

Bayangkanlah, pada tahun 1985, dimana ketika itu tiada akhbar alternatif, tiada kemudaan internet, tiada blog, tiada sms yang boleh menceritakan segala kebenaran, rakyat hanya dan terpaksa menerima berita dari sebelah pihak saja, iaitu pihak kerajaan yang berkuasa ketika itu. Mangsa pembunuhan Memali terpaksa menanggung fitnah berpuluh tahun lamanya . PAS yang menjadi pembangkang ketika itu ada membantu mengeluarkan fatwa diatas kematian 14 orang tersebut, namun segala usaha itu tetap ditutup oleh media arus perdana....

Dan kini, ditahun 2009, PAS menjadi kerajaan di Kedah , walaupun nasib mereka belum terbela, namun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan tentunya berhak untuk diberi gambaran sebenar, apakah yang berlaku dua pulub empat tahun yan glalu dan apakah kesudahannya kisah mereka.....

Sila ikuti kisah selanjutnya dikeluaran HARAKAH akan datang..... semua paparan yang bakal keluar ini hanyalah untuk mendidik rakyat tentang hak mereka sebagai rakyat yang merdeka dan seterusya seterusnya turun ke himpunan Aman MANSUH di Kuala Lumpur 1 Og0s 2009!!!!

Read More !

ISA, Himpunan MANSUH bersama Wanita JIM Kedah.

| | 0 ulasan

Jam 4 pagi, aku tiba di Tol Sg Petani Selatan, bersebelahan dengan Taman Sejati , di Sungai Petani, salah satu daerah di Negeri Kedah Darul Aman. Sebaik saja keluar dari bas Transnasional, aku terus menghubungi Pn Salma, KW PKR Negeri Kedah.

"Akak dah tiba ke... saya terjaga teringat kat akak..." ketika sms dari Nurin, Timbalan KW PKR Kedah itu tertera di skrin telefon bimbit , aku sudah berada dalam kereta Pn Salma menuju kerumah beliau yang jaraknya cuma 10 minit dari tepi lebuhraya.Jam tangnku menunjukkan jam 4.30 pagi.... "Sekejap lagi , kita akan ada program bersama Wanita JIM Kedah...." kata Pn Salma ketika kami bersarapan . Pagi-pagi lagi terhidang nasi lemak yang begitu wangi baunya....Dalam hati tak dapat hendak menggambarkan, gembiranya kerana akan bertemu aktivis wanita JIM Kedah yang dan buat pertama kalinya, aku akan bercakap dengan mereka mengenai ISA!!!!!

Puan Asma, seorang aktivis JIM , menjadi moderator untuk program perkongsian yang bertajuk "Memahami kezaliman ISA".Beliau yang sempat membacakan sebuah sajak dari buku "Dairi Perjuangan" karya Aliza Jaafar, membuktikan pengalamannya menyantuni mangsa ISA yang terdahulu dariku. Seperti biasa, aku berkongsi mengenai kehidupan harianku sebagai mangsa ISA, berulang alik dari K.L ke Kem Kamunting bersama Suhaib , perjuangan mendapatkan hak kemanusiaan Abah Suhaib hinggalah perjalanan ke Geneva.Dan akhir sekali, aku sempat mempromosi buku DuniaTanpa Suami Jilid 2 dan mengajak mereka datang ke Himpunan MANSUH di .KL pada 1 ogos.
Aku sudah lali dengan pengalaman harianku hidup tanpa suami walaupun beliau masih hidup dan kami tidak pernah bercerai..... namun bila diceritakan semula, tak sangka, ramai yang menitiskan airmata kerana terlalu menghayati kisah perjalanan hidupku sebagai keluarga tahanan ISA yang masuk 8 tahun dikurung di Kem Kamunting.....
"Sokongan yang berupa doa dan pemahaman tentang ISA serta mengsanya memberi kekuatan untuk saya meneruskan kehidupan ini dan berjuang mendapatkan hak asasi serta kehidupan normal kami yang telah dicuri sekian lama...." tegasku kepada mereka....dan bertambah lebat airmata turun dari wajah bersih tetamu yang hadir pada hari itu.
Terimakasih pada Pn Asma diatas kesudian beliau menghidupkan majlis itu dan ingatan sayang dariku untuk Salma Yahya, seorang teman lama ,teman rapat sewaktu kami sama-sama bujang dulu yang kini menetap di Kedah.... Doakanlah yang terbaik untukku....
P/S:WJIM Kedah janji nak datang ke MANSUH 1 Ogos dengan sebuah bas!!!

Read More !

Moga Suhaib cepat sembuh....

| | 5 ulasan

"Manja!!!" desisku dalam hati ketika Suhaib menggelongsor dan merebahka kepalanya di ribaku.Ketika itu ,aku baru saja selesai menunaikan solat Maghrib.
"Umi....picitkan sikit kepala Tuait(panggilan manja untuk Suhaib)... " katanya batuk-batuk kecil sambil tisu ditangan mengelap hidungnya.Sudah tiga hari Suhaib diserang demam dan selsema.
Memahami perasaan orang yang kurang sihat, aku turuti saja permintaan anak bujang yang sorang ni. Suhaib demam sejak hari Ahad lepas, ketika itu aku berada di Johor Bharu menyertai roadshow MANSUH bersama Pemuda PAS. Sebaik saja tiba dari JB, aku bergegas membawanya ke klinik
Idzham dan Dr Safrul yang biasa merawat Suhaib mengatakan dia cuma mengalami demam biasa saja.

Hari ini masuk hari keempat Suhaib demam. Pagi tadi, ketika mengejutkan beliau sahur untuk puasa sunat, ku sentuh dahinya dan masih terasa panas. Namun, batuk dan selsemanya telah berkurangan . Malam ini, sepatutnya aku akan ke Utara kerana menghadiri program anti-ISA disana tetapi rasa serba salah pula....
"Petang ni kita pergi klinik lagi, kalau perlu buat blood test ya..." kataku tanpa memandang kearahnya kerana memberi sepenuh tumpuan pada pemanduanku.
"Kalau masih tak ok, Umi batalkan je lah out-station ke Utara tu..." kataku lagi.
"Tak pe lah... Umi teruskan je.Suhaib duduk dengan Bibik " kata Suhaib dengan segera.
Setakat ini, setiapkali aku keluar daerah, adikku yang di panggil Suhaib "bibik" akan datang kerumah untuk menemaninya....
Aku segera terfikir untuk memasakkan sup ketam dan buatkan jus orange untuk beliau berbuka puasa petang ini. Itu sekadar tindakan awal....dikhuatiri ada virus yang tidak digemari singgah dalam tubuh Suhaib...

"Kalau you sendiri perlukan perhatian, dia tentunya lebih-lebih perlukan kasih sayang dan belaian dari orang-orang yang rapat dengan dia,terutama maknya...." kata Azlina yang sering bertanyakan tentang Suhaib dalam setiap sms beliau. Baru-baru ini, ketika pulang bercuti ke Malaysia, kami sempat bertemu dan banyak juga tips-tips menarik yang beliau kongsikan dengan saya, terutamanya yangberkaitan dengan remaja yang membesar tanpa bapa seperti Suhaib.
Ok lah Lin, terimakasih dengan segala tips tersebut dan aku akan cuba lakukan yang terbaik untuk anak teruna yang sedang membesar ni....
p/s: Sesiapa yang membaca entry ini, doakanlah supaya Suhaib segera sembuh dan saya sendiri selamat pergi dan kembali dari permusafiran tersebut....


Read More !

Apakah "dosa' yang dilakukannya?

| | 1 ulasan

Sebaik saja program roadshow tamat, aku dibawa oleh Cik Ani dan Izah ke sebuah restoran tidak jauh dari Taman Air Biru.Jam menunjukkan dah pukul 12.45 pagi, kulit mata pun dah hampir tertutup tetapi ... bukan mudah bagiku untuk dapat peluang sepert ini,maka ku turutkan saja mereka berdua.. Seronok juga berbual di kawasan "open-air" , dengan teh "o" panas kegemaranku dan kue-tiow kungfu JB yang agak lain sedikit rasanya dari restoran di Keramat....

Kali terakhir kami berbual bertiga seperti ini adalah pada tahun 2004 di Restoran Selera Malam, ketika itu hari raya kedua, kami sama-sama bermalam di Hotel Lagenda, hotel yang paling murah di pekan Taiping. Bezanya di pertemuan ini, suami Cik Ani dan Izah telah dua tahun dibebaskan, manakala aku.... masih lagi berstatus "keluarga tahanan ISA...."...

Aku berkenalan dengan Cik Ani dan Izah ketika sama-sama menunggu giliran untuk bertemu suami di Kem Kamunting pada akhir tahun 2002. Ketika itu, kedua-dua mereka hanyalah suri rumah biasa yang sibuk dengan anak-anak yang masih kecil. Cik Ani mendukung bayi berusia tiga bulan manakala Izah pula sibuk melayan anak kecil berusia setahun.... Suami mereka berdua dibebaskan dari Kem Kamunting pada tahun 2006 tetapi dihantar pulang ke Singapura kerana keduanya adalah penduduk tetap negara itu.

Kini, kedua-dua wanita ini sedang membena kerjaya masing-masing dalam perniagaan yang mereka ceburi empat tahun lalu.Cik Ani mengusahakan taska dan Izah menjalankan perniagaan yang ditinggalkan oleh suaminya.Sayang gambar kedua-dua mereka tidak dapat dikongsikan disini kerana kedua-duanya masih diekori oleh SB walaupun suami mereka telah dibebaskan dan kini berada di Singapura!!!
Pimpinan Muslimat JB bersama MerahHitam (bertudung hijau)
Kedatanganku ke Johor Bharu tidak akan lengkap jika tidak singgah dirumah Kak Z, seorng isteri tahanan ISA yang paling lama ditahan di Kem Kamunting.Suami beliau telah ditahan sejak Disember 2001 tanpa pernah dibicarakan.Ketika suaminya ditahan pada 2001 dulu, Kak Z hanyalah seorang suri rumah sepenuh masa.Dari tahun itu hinggna kini, beliau terpaksa membesarkan anak-anak seramai sepuluh orang!!! Kini, empat dari anak-anaknya sedang menuntut di universiti tempatan dan lima orang lagi masih belajar di sekolah rendah dan menengah....

Pagi itu ketika aku dan tiga orang pimpinan Muslimat JB melangkah kerumah beliau, Kak Z kelihatan kurang bermaya. Dengan bulatan hitam disekeliling mata, beliau juga kelihatan batuk berpanjangan sambil mengurut-ngurut dada....

Aku tidak mampu berkata apa-apa kerana amat memahami situasi beliau. Aku cuba membayangkan diriku di tempat beliau... aku tidak tahu, adakah aku mampu untuk membesarkan 9 orang anak-anak yang semua sedang membesar dan bersekolah, pendapatan utama sebagai baby sitter tiga orang anak jiran, terpaksa membuat kueh mueh dan mengambil tempahan makanan demi memastikan keperluan anak-anak dapat dipenuhi. Aku mencongak sendirian ...membandingkan pendapatan suaminya yang mempunyai ijazah PH.D sebagai seorang pensyarah institusi pengajian tinggi, dengan apa yang beliau lakukan sekarang, pastinya pendapatan beliau jauh dari mencukupi untuk menampung keperluan hidup mereka sekeluarga....

Itu keperluan harian untuk menyambung hidup... bagaimana pula dengan perhatian dan kasih sayang yang sepatutnya diperolehi oleh beliau dan anak-anak dari suami tercinta?Bagaimana denganperasaan anak-anak yang membesar tanpa kasih sayang seorang bapa? Bagaimana- dan bagaimana.... Terlalu banyak persoalan yang mengganggu mindaku...


MerahHitam , Muslimat JB dan Kak Z.
"Kak Z jauh lebih kuat dari saya" kataku pada beliau. Hampir semua orang berpendapat, Abah Suhaib ditahan lebih lama di Kem kerana kerja-kerja anti-ISA yang ku lakukan dan penguasa ISA "mendenda" kami sekeuarga kerana "dosa' yang kulakukan iaitu mendedahkankejahatan dan kezaliman ISA. Tetapi.... apa pula "dosa" Kak Z? Beliau setiap hari sibuk membuat kueh untuk dijual demi memastikan kelangsungan hidup mereka sekeluarga, beliau tidak pernah ditemui wartawan, jauh sekali membuat sebarang kenyataan yang memburukkan ISA, namun.... kenapa suaminya masih belum dibebaskan????

Aku sendiri tidak mampu untuk membantu memenuhi keperluan harian Kak Z, yang terdaya dilakukan hanyalah berdoa kepada Allah semoga ada insan lain yang diberi Allah kekayaan wang ringgit yang perihatin dan sudi untuk mengurangkan sedikit kesusahan dan kesukaran hidup beliau yang bergelar isteri tahanan 8 Tahun ISA.

p/s:Sesiapa ang ingin memberi sumbangan pada Kak Z, sila hubungi MerahHitam di emel laila6306@yahoo.com.

Read More !

Roadshow MANSUH di Johor.

| | 0 ulasan

Sejak memakai tag "mangsa ISA", saya telah tiga kali bertandang ke Johor untuk berkongsi pengalaman sebagai keluarga tahanan ISA. Kali pertama saya dijemput oleh Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) pada bulanJulai 2004 , kemudian jemputan mengadakan pameran ISA sempena karnival PAS Batu Pahat pada bulan Julai 2006 dan kali ini, bersama pemuda PAS menjayakan "roadshow" sempena himpunan aman MANSUH. Program ceramah ini diadakan di sebuah tadika PASTI yang terletak disatu sudut jalan simpang tiga, ada deretan kedai-kedai , ada kawasan lapang ,ada sebuah masjid dan saya di beritahu, kedai-kedai dikawasan itu adalah tumpuan utama penduduk di Taman Air Biru, daerah Pasir Gudang. Tempat itu memang amat strategik. Dengan berkonsepkan "open-air" orang ramai yang datang boleh duduk dimana-mana saja yang mereka suka.Ada dibawah pokok, dididalam atau dihadapan kedai, dalam Masjid, bersila ditepi jalan dan berbagai lagi.Semakin malam, makin ramai orang memenuhi persekitaran kawasan itu untuk mendengar ceramah ISA dari mereka yang hebat-hebat.... kecuali saya....

Dari kiri baju putih Sdra Suhaizan Kaiat, Ustaz Azman Shafawi dan Khairul Faizi.
Mereka ni saya rasa memang dilahirkan sebagai pemidato kerana begitu bijak mengeksploit cerita ISA dalam ceramah mereka hinggakan sesiapa yang mendengarnya, pasti menyangka mereka juga pernah ditahan dibawah ISA!!!! Sungguh saya tidak sangka, sokongan terhadap kempen anti-ISA di Johor kini, mendapat sambutan yang begitu hangat jika dibandingkan dengankedatangan saya ke negeri yang sama, tiga tahun lalu...Ini adalah satu perkembangan yang baik dan amat positif. Berdasarkan sambutan orang ramai, tidak dinafikan, pada pilihanraya Umum ke 13 nanti, mesti lebih ramai orang Johor yang akan menolak parti yang ada ISA didalamnya.

"Selama ni, kami cuma tengok gambar akak di HARAKAH saja..." itulah antara komen Muslimat disana yang datang ke program tersebut.Nampaknya, HARAKAH juga sudah agak mudah diperolehi di Johor.....



Saya sempat berkunjung kerumah seorang teman yang selama ini hanya dikenali melalui internet saja. Alhamdulillah saya dapat bertemu, bertentang mata dan bersalaman dengan beliau dan anak-anak daranya setelah begitu lama bersahabat di dunia siber....Mereka juga penyokong kempen anti-ISA!!!




Read More !

ISA di Pasir Gudang.

| | 0 ulasan

Kali terakhir aku ke JB menaiki pengangkutan awam ialah pada tahun 1996!!! Sebelum ini,untuk memenuhi program anti ISA, aku biasanya memandu sendiri ke destinasi diluar Kuala Lumpur tetapi sejak peristiwa tayar kereta pecah di Sungai Bakap, dalam perjalanan ke kedah awal tahun ini, aku terpaksa menyediakan minda untuk bermusafir menaiki bas pula...Aku memilih tempat duduk "single seat" dan Alhamdulillah, tiba didestinasi dengan selesa. Tiba di Lalrkin, Kak Ani, teman rapat yang juga bekas mangsa ISA, telah sedia menungguku disana dan setia pula menjadi pemandu pelancung secara percuma.Moga Allah kurniakan balasan yang terbaik diatas segala bantuan beliau. Aku amat berterima kasih pada Saudara Khairul Faizi, Ketua Pemuda PAS Johor... yang bersusah payah menyediakan peluang untuk program anti-ISA ini. Siapa sangka, dinegeri lahirya ISA, negeri terkuat parti lambang keris ini, rupanya ramai aktivis masyarakat yang telah lama menolak ISA dari minda mereka.

Puan Yati, salah seorang pimpinan Muslimat di sana sedang "memoderate"kan majlis tersebut. Pada mulanya, kusangka hanya beberapa orang saja akan hadir di program perkongsian itu, namun sangkaanku meleset kerana , diakhir sembilan puluh minit perkongsian ku dari Kamunting ke Geneva, tidak kurang seratus orang begitu setia mendengar cerita tujuh tahun tahanan ISA....Habis buku Dunia Tanpa Suami 2 mereka beli... Alhamdulillah...

Kehadiran mereka memang amat menggembirakan. Jila (anak saudara sepupuku)bersama suami dan anak-anaknya yang memanggilku nenek, antara tetamu yang meramaikan program di Surau Istiqomah itu.
Terimakasih pada aktivis rakyat Pasir Gudang.... kerana memberi peluang dan ruang untuk mendengar kisah benar mangsa ISA. Jangan lupa janji anda semua untuk hadir ke K.L 1 ogos nanti ya...


Read More !

Please ! Please! Please! Himpunan MANSUH!

| | 4 ulasan

Dear all,
Please care to pass the massage on this banner to everybody. Please also care to paste it in your blogs .... care to share with others that we have only 20 days away to Himpunan MANSUH which is schedule on Saturday , first August(1 ogos) 2009 , 2 pm at one of these chosen locations ie Masjed Jamek, Masjed Negara and SOGO.

Lets spread the massage around .... we still have ample time to do it insayAllah.

Read More !

Wanita JIM pembuka tirai MANSUH 2009.

| | 0 ulasan

Nazirah salah seorang skretariat Wanita JIM yang "organise" perkongsian kisah perjuangan dalam menuntut hak yang ditindas ISA yang bertajuk "Dari Kamunting Ke Geneva"

MerahHitam bersama "team" Wanita JIM, NGO pertama yang telah membuka tirai perkongsian sempena MANSUH 1 Ogos 2009.
Esok,Sabtu 11 Julai, MerahHitam akan berkongsi pengalaman sebagai keluarga mangsa ISA di Jalan Bacang 13, Taman Kota Masai ,Pasir Gudang, Johor.... jam 5 petang. Sesiapa pembaca blog yang tinggal berhampiran, silalah datang kesana untuk meramaikan program anjuran Pemuda PAS Johor ini.
Jumpa disana ya.

Read More !

PPSMI akan mansuh 2012, akta ISA????

| | 5 ulasan

Saya yakin , pengumuman TPM, Muhyiddin semalam mengenai kedudukan PPSMI telah melegakan banyak pihak, terutamanya pejuang bahasa, para pendidik , ibu-bapa, para pelajar dan rakyat jelata amnya.....

Mungkin disebabkan latarbelakang PPSMI yang dirasai oleh ramai orang, majoriti rakyat negara ini, menyebaban kerajaan bertindak "terpaksa" membuat pengumuman demikian ... iaitu memansuhkan pengajaran Matematik dan Sains dalam B.I!

Namun bagaimana dengan akta tahan tanpa bicara ISA? Walaupun sejak ISA dilahirkan oleh UMNO pada 1960 dulu telah digunakan keatas lebih lima belas ribu rakyat yang datangnya dari pelbagai lapisan peringkat umur, bangsa dan ugama, namun jumlah itu belum cukup kuat untuk menyedarkan rakyat Malaysia supaya sama-sama menolak akta tersebut!!!


Satu perkara yang amat menyukarkan ialah, UMNO yang terang-terang mempertahankan akta itu jika dibandingkan dengan parti komponennya yang lain seperti Gerakan dan MCA, tidak mahu memberi ruang untuk berbincang secara terbuka dengan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), sebuah badan gabungan parti pilitik dan badan bukan kerajaan berjumlah 83 buah yang semuanya menolak akta jahat itu!!!


Jika UMNO ada hujjah yang lebih baik, kononnya untuk mempertahankan keselamatan negara, silakan lah ambil; peluang untuk memperdebatkannya secara terbuka supaya rakyat faham,dan jelas apakah ISA ini sebenarnya!!!

Read More !

Pengerusi GMI dalam majalah I.

| | 1 ulasan

Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA(GMI) Saudara Syed Ibrahim telah dipilih untuk di wawancara dan sekali gus menjadi "cover" majalah ilmiah ini. Tuan Syed, panggilan saya pada beliau kerana dia adalah "bos" kami, seperti biasa akan menceritakan dengan jelas dan terang tentang ISA dan segala isinya untuk tatapan pembaca semua.

Sempena kempen Himpunan Aman MANSUH ini, silalah beli majalah tersebut sebagai salah satu cara untuk membantu GMI dan Sekretariat MANSUH untuk memasyhurkan perhimpunan yang akan diadakan pada 1 Ogos ini.

Silalah beli majalah ini dan jangan lupa hayati wawancara dengan Sdra Syed Ibrahim.

Read More !

Belilah Dunia Tanpa Suami 2 sempena kempen MANSUH.

| | 1 ulasan

Setiap kali memegang buku ini, saya selalu terfikir, bagaimanakah agaknya kisah kesedihan dan[enderitaan yang dialami oleh isteri dan keluarga tahanan ISA yang ditahan pada awal 60an, 70an, 80an dan 90an dulu. Sangat sedikit isteri dan keluarga tahanan ISA, tidak kira samada berbangsa Melayu, China atau India yang mahu berkongsi dengan orang ramai penderitaan yang mereka alami disebabkan akta zalim ISA ini.

Kebanyakan isteri tahanan hanya suka menyimpan segala pengalaman itu dalam diri masing-masing , mungkin mereka tidak mahu ianya menyebabkan kehidupan mereka terus-menerus di ganggu oleh polis berpakaian biasa yang lebih dikenali sebagai "SB" atau mungkin pengalaman itu terlalu buruk hingga menyebabkan mereka ingin melupakannaya begitu saja.....

Namun, bagi saya, setelah terdedah dengan aktivis hak asasi dan anti-ISA, amat merasakan perkongsian ini terlalu berharga untuk disebarkan pada orang ramai demi mendidik masyarakat dan generasi supaya lebih faham dengan tipu daya dan sepak terajang manusia yang menggunakan ISA sebagai satu senjata penting untuk mengekalkan mereka ditampuk kuasa......
Seperkara lagi, rakyat Malaysia belum lagi tergolong dalam kumpulan yang "legal concious" ataupun yang amat memahami perundangan. latar belakang politik Malaysia yang diwarnai oleh Peristiwa 13 Mei menjadikan rakyat Malaysia, terutamaya orang Melayu menyerahkan taat setia 100 peratus pada pemimpin dan tanpa disedari,kesetiaan dan kejujuran itu memakan diri sendiri. Ternyata, pemimpin yang berkuasa lebih 50 tahun, rupanya mempunyai "kuku besi" ISA yang digunakan untuk mewujudkan "wall of fear"- tembok ketakutan dalam diri rakyat supaya mereka tidak ambik kesah tentang perundangan, tentang hak disisi perlembagaan dan tidak bersuara menuntut hak mereka......

Gambar saya di muka belakang buku itu.
Saya dapat merasakan, saya adalah salah satu contoh dimana jika seseorang itu mepersoalkan haknya, dia akan didenda..... Bukan mudah sebenarnya untuk berjuang mendapatkan hak terutamanya bila ditahan dibawah ISA. Saya hanya besuara bagi pehak suami a.k.a Abah Suhaib... namun sangat jelas, sejaktahun 2002 dulu, beliau ditahan bersama 70 tahanan yang dituduh "JI" 67 orang telah dibebaskan tetapi tinggal dia dan2 orang lain masih menghuni Kem Kamunting. Walaupun ada banyak tahanan yang ditahan selama dua tahun atau kurang , seperti Hindraf contohnya, mereka semua telah dibebaskan dalam tempoh yang agak pendek berbanding dengan Abah Suhaib yang telah dikurung tanpa bicara masuk tahun ke 8!!!
Ya... PM dan Menteri Dalam Negeri memang berkuasa untuk melakukan apa saja, namun tindakan itu sebenarnya lebih menjelaskan pada rakyat Malaysia dan dunia betapa mereka itu adalah tergolong dalam kumpulan manusia yang sangat kejam dan sama saja dengan pemimpin UMNO/BN yang terdahulu. No different at all......kerana mereka adalah produk sistem yang sama!
Bag yang belum membaca, isi buku ini mungkin ada persamaan dengan kisah keluarga ISA di zaman 60an hingga 2000an kerana petugas-petugas ISA iaitu SB2 nya semuanya datang dari produk yang sama...
Belilah sebuah dan hayati sendiri bagaimanakah cara mereka-mereka yang zalim itu bekerja... Harga tawaran istimewa RM10 saja termasuk pos. Sesiapa berminat sila beri alamat d emel saya dibawah ini: laila6306@yahoo.com.
InsyaAllah akan dipos dengan segera.................

Read More !

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]