Ini adalah karya blogger Ummuasiah yang saya pinjam untuk dilekat di blog ini.
ISA AKAN DIHAPUS Ya...di Sinar Harian front page!!!!.... .terharu dan berbangga... tak salah bukan rasa berbangga dengan perjuangan diri, rakan-rakan seperjuangan semua...badge yang dipakai di tudung terasa begitu bermakna...berbangga mengenakan badge tersebut setiap masa. AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA) AKAN DIMANSUHKAN SEBAIK SAHAJA PAKATAN RAKYAT (PR) BERJAYA MEMERINTAH. Itulah janji yang disebutkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melancarkan buku 'Dua Wajah' dan 'Orang Melayu' tulisan bekas tahanan ISA Dr Syed Husin Ali.
Sebenarnya sebelum ini kalau saya tak salah memang DSAI belum pernah menyebut dengan jelas akan perkara ini...ISA AKAN DIMANSUHKAN. ..beliau hanya sering menyebut 'Semua tahanan ISA akan dibebaskan sebaik sahaja PR memerintah'. .."Hari ini kita perintah..esoknya semua tahanan ISA akan dibebaskan'. ..kami sentiasa tertunggu-tunggu phrase seterusnya.. .ISA DIMANSUHKAN. ..
Ramai juga yang sering menyebut bahawa kalau PR memerintah belum tentu ISA akan dimansuhkan dan mungkin akan digunapakai. ...maka kata-kata DSAI semalam akan menjadi saksi akan satu perjanjian dan pengakuan yang terbuka.
Note: Gambar Ummuasiah, saya, DSAI, Syed Ibrahim ,Kak Animah diambil pada April 2008.
0 ulasan:
Catat Ulasan