Cikgu Razak dalam kenangan.

| | 0 ulasan

"Ni kat Banting, cikgu Razak meninggal dunia pagi tadi..." sayup kedengaran suarah abah Suhaib di hujung telefon.

"Inna lillahi wainna ilaihi rojiuuun..." segera berita duka itu ku kongsikan kepada beberapa orang teman-teman di GMI.
Sebaik saja tiba di rumah, aku terus menggeledah fail dan album gambar lama.... sekadar ingin mengimbas kembali wajah sebenar bekas tahanan ISA Abd Razak Baharuddin yang baru meninggal dunia pagi tadi...namun hampa akhirnya kerana tiada sekeping gambar pun yang tinggal untuk dijadikan tatapan bersama.....

Allahyarham cikgu Razak ditahan di bawah ISA pada Disember 2001. Ketika itu, beliau adalah seorang guru besar di sebuah sekolah di daerah Banting. Tuduhan sebagai tahanan ISA "Jemaah Islamiyyah" atau "JI" ketika itu memang terlalu pahit untuk di telan. Walaupun pada sikap dan wajahnya , beliau adalah seorang yang sentiasa menitik beratkan amalan Islam dan amat di senangi oleh penduduk setempat, namun tuduhan ahli "JI" @ "pengganas Islam" yang di sebarkan oleh akhbar akhbar arus perdana ketika itu, telah meranap dan menghancurkan terus imej soleh yang ada pada arwah Cikgu Razak....

Arwah di bebaskan pada tahun 2004 kerana sakit kencing manis, darah tinggi dan gout yang di deritainya. Namun, sebelum itu, beliau sempat mengambil Habeas Corpus pada 2003 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ...namun, permohonan pembebasan itu telah di tolak oleh mahkamah.

Abah Suhaib adalah antara orang yang amat terkesan dengan pemergian Cikgu Razak.Mana tidaknya.... Sepanjang hampir 3 tahun mereka menghuni blok yang sama di Kem kamunting, Cikgu Razak adalah individu yang amat di senangi oleh semua tahanan ISA ketika itu kerana kerajinannya menyantuni teman tahanan yang lain, terutama dalam membimbing mereka membaca dan menyemak bacaan Al Quran.

Cikgu Razak ketika menjadi tahanan ISA dan selepas di bebaskan, tidak pernah sekali pun di dakwa kesalahannaya di mana-mana mahkamah. Namun arwah terpaksa akur menjalani kehidupan dengan maruah yang tercalar dan kehilangan pendapatan tetap serta pencen dari tugasnya sebagai seorang guru.Kematian beliau telah menoktahkan penderitaan dan penyiksaan di hadapi , berpunca dari kezaliman ISA.

Moga Allah ampuni segala dosa beliau dan di kumpulkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh...serta digantikan segala kesusahan sewaktu dizalimi ISA dengan sesuatu yang lebih baik di alam barunya kini dan akhirat sana.

Al Faatihah.....

Read More !

ISA - Penyeksaan yang sempurna.

| | 0 ulasan

Read More !

GMI akan lancar Kad Ucapan untuk tahanan ISA.

| | 0 ulasan

GMI lancar kempen Kad Ucapan untuk tahanan ISA
6:39AM Jul 18 2012
Bagi meneruskan momentum gerakan memperjuangkan pembebasan kesemua tahanan ISA yang masih dikurung di Kem Tahanan Kamunting, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan melancarkan satu lagi kempen yang dinamakan sebagai Kad Ucapan Untuk Tahanan ISA mulai 19 Julai ini sehingga 25 Ogos 2012.

Menurutnya, kempen yang dijalankan bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan itu akan memberi ruang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan sokongan kepada tahanan melalui kiriman kad ucapan.

Dalam satu kenyataan bersama, Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh dan Penyelaras Suaram, Syukri Razab berkata, melalui kempen itu, rakyat Malaysia boleh mengirimkan kad ucapan kepada pihak GMI dan semua kad yang diterima akan dihantar terus ke Kemta.

NONE"Kempen ini juga bertindak sebagai referendum yang bakal menunjukkan solidariti rakyat dalam menuntut keadilan ke atas semua tahanan ISA.

"Pihak GMI juga akan mengeluarkan Kad Ucapan yang akan diedarkan di program-program anjuran GMI dan juga program jemputan.

"GMI mensasarkan untuk mengumpul sebanyak 50,000 kad yang akan diserahkan terus kepada pihak Kemta," kata mereka.

Kempen tersebut akan dilancarkan pada 19 Julai bersempena dengan penganjuran forum 'ISA: Penyeksaan Yang Sempurna' yang di Auditorium Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Forum akan bermula pada jam 8.30 malam dan akan membicarakan mengenai trauma rakyat akibat akta zalim ISA dan isu penyeksaan terkini yang masih berlaku terhadap tahanan.

Antara panelis yang bakal membincangkan topik ini ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, penulis blog Tukar Tiub Hishamuddin Rais, isteri bekas tahanan, Norlaila Othman dan penulis blog Wan Ji Wan Hussin.

Forum itu juga bakal menampilkan keluarga tahananan ISA yang akan memberi perkongsian khas dengan hadirin.

"GMI mengharapkan kempen yang berterusan akan terus memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia, khususnya menteri dalam negeri, agar segera membebaskan tahanan.

"Segala isu yang berlaku akan selesai sekiranya kerajaan Malaysia bersikap terbuka dan bersedia untuk menunaikan tuntutan rakyat.

"GMI tidak menolak kemungkinan gelombang rakyat akan kembali berlaku seperti gelombang pertama pada 1 Ogos 2009 sewaktu rakyat berhimpun menuntut pemansuhan ISA.

"Namun segalanya bergantung kepada kesediaan pihak kerajaan untuk membuka jalan penyelesaian yang tuntas bersesuaian dengan tuntutan rakyat," tegas mereka.
Menurut mereka lagi, protes ketiga yang dijalankan pada 15 Julai lepas mempamerkan peningkatan dalam jumlah yang hadir.

"Ini menunjukkan rakyat sudah semakin terdedah mengenai isu yang sedang berlaku," tambah mereka.

Read More !

Wajah dua dari 45 tahanan ISA di Kem kamunting.

| | 0 ulasan

"Cikgu dah lama tak update blog ya...?"
" A' ah.....tak der mood lah..." dan jawapan yang kurang menarik itu meninggalkan sedikit kekesalan di hati ini.
Terima kasih Mandeep kerana memberi sedikit peringatan.... getus ku dalam hati.Namun jauh di sudutnya bersyukur gak kerana Mandeep Singh, salah seorang anak buah saya sudi menyebutnya secara "direct'......

Dan untuk kesekian kalinya...tiba-tiba rasa rindu pula nak kembali berblog..... Dan pastinya, kerinduan itu di dorong atas rasa simpati pada mereka-mereka yang masih menghuni bilik-bilik kosong yang semuanya di kunci dari luar oleh seorang warden yang taat setia pada ketuanya iaitu Sang Penguasa ISA!

Ketika adik saya, Syukri Razab begitu bersemangat membawa baton Kempen Bebaskan 45 Tahanan ISA, saya teringat beberapa keping gambar yang sempat di ambil ketika lawatan ke Sabah, awal tahun ini. Nama beliau Darto Bin Bandu, seorang tahanan ISA dari Tawau. Gambar ini saya "reshoot" dari sekeping gambar yang agak kusam kerana di pegang dan di cium setiap hari oleh anak sulung lelaki beliau yang baru berusia 3 tahun.... Ternyata kanak-kanak itu terlalu merindui bapanya yang asli dan "live".

Ini pula wajah seorang tahanan ISA yang di tahan untuk kali ke dua. Azmi Pindatun pertama kali di tahan pada tahun 2006 dan dibebaskan setahun kemudian. Beliau di tahan semula pada bulan Nov tahun 2011...dan kini masih lagi tinggal di Kem Kamunting.
Bezanya, ketika di tahanpertama kali dulu, beliau masih bujang...namun penahanankali kedua ini, beliau baru sepuluh bulan berkahwin dan isterinya sedang mengandungkan bayi sulung mereka.....

Entah apa yang di perlukan oleh si Penguasa ISA dari dua rakyat Tawau ini......hingga penguasa itu sanggup menggunakan seluruh jentera polis memastikan mereka berdua di tahan dan di bawa ke Semenanjung kemudian di perosokkan tanpa sebarang bicara di penjara Kamunting.....

Apa yang di mahukan oleh penguasa itu.....?

Read More !

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]