6 TAHUN DAN MASIH DIANIAYA OLEH PM dan MENTERI DALAM NEGERI-Malaysiakini

| |
“Assalamualaikum !”
Aku terdengar suara orang memberi salam. Aku keluar dari bilik menuju ke pintu.Sebaik saja pintu dibuka, aku terkejut dan tergamam melihat suamiku tersenyum memandangku.
“Abang, bila abang balik? Bila abang sampai? Abang , is this really you? Betul ke abang dah bebas?” Soalku bertubi-tubi.Pintu sudah terbuka, tapi grill masih lagi berkunci.
“Polis tu letakkan abang dekat bus-stop seberang jalan tu tadi, terpaksa abang jalan kaki sikit untuk sampai kerumah… abang memang dah bebas …cepat la buka grill ni…abang dahaga la”.
“Ok, ok, sabar ya. Ila sedang cari kunci grill ni….”
Aku kelam kabut mencari kunci rumah kerana disitu digandingkan sekali kunci grill. Puas ku cari, tapi tak jumpa juga. Sesekali ku melihat kearah suamiku yang sedang tersenyum..
“Abang, sorry ya , lambat sikit. Lupalah kat mana Ila letak kunci tu…tengah cari ni….” .Semua tempat telah diselongkar, dalam beg tangan, atas meja, dalam laci …. namun kunci itu tak juga ditemui.Aku mula menangis.
“Abang, I’m so sorry.I really misplaced the keys, let me think of some other ways….”air mataku mula bercucuran .

Tiba-tiba aku terjaga……

Astaghfirullah al Adzim, bermimpi rupanya. But everything looked so real. Memang dia sudah pulang kerumah..Ya, aku memang menangis. Bantal ku juga terasa basah. Lantas aku baring semula, memejamkan mata, dengan harapan mimpiku bersambung, tapi….segalanya memang hanyalah sekadar mimpi.Akhirnya, yang terdaya aku lakukan hanyalah membiarkan saja deraian airmata yang turun dengan lajunya….

Kisah diatas adalah secuit dari ribuan kisah-kisah duka sepanjang suami ditahan ISA di Kem Kamunting.Hingga saat ini,hampir 7 tahun lamanya ,sejak dia diambil dari rumah kami, dia tidak pernah pulang kerumah. Rindu? Tiada bahasa yang dapat diucapkan untuk menyatakan perasaan tersebut, hingga ada kalanya, seolah-olah aku takut untuk melihat potretnya, kerana terlalu khuatir, dia akan pulang kerumah dalam bentuk mimpi dan akhirnya, hanya linangan airmata yang setia untuk mengubati rindu ini.

Note: Saya dan Suhaib dalam Vigil di Dataran Merdeka.

3 ulasan:

goddamn those who should b damn berkata...

BE STRONG,PRAY FOR ALL THE ISA VICTIMS EVERYDAY,HOPE THIS BASTARD GOMEN CAN BN VERY VERY SOON.

kkitsam berkata...

Puan, saya turut merasai perasaan pedih yang puan alami. Selama ini, saya macam masyarakat Malaysia tidak mengambil peduli tentang ISA, tetapi penahanan Raja Petra telah membuka mata saya bahawa ISA hanyalah alat BN untuk menangkap sesiapa sajapun bagi mengekalkan kuasa mereka. Sejak itu, saya faham kalau penahanan RPK yang bukan saudara saya boleh begitu menyayatkan hati apa lagi kalau ia berlaku pada orang tersayang. Harap puan boleh tabahkan hati dan teruskan perjuangan bagi membebaskan suami puan. Untuk pengetahuan puan, setiap hari ahad 8pm di Padang berhadapan dengan Amcorp Mall terdapat perhimpunan bagi menyeru kerajaan menghapuskan ISA. Diharap puan dapat hadir.

Nurhidayaty Binti Maidin berkata...

doa saya untuk puan..

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]