PULANGKAN ABAHKU-2..Malaysiakini

| |
Ini adalah kenangan menyambut Aidilfitri bersama Abah dan keluarganya pada tahun 2001, iaitu beberapa bulan sebelum Abah ditahan dibawah ISA.Saya berumur lapan tahun dalam darjah 2, pakai baju cerah,sampin maroon dan berkopiah putih di tengah barisan hadapan.(Selepas itu dari tahun 2002 hingga 2008, saya menyambut Aidilfitri di Kem Kamunting, dikawal oleh warden kem dan saya belum pasti samada tahun 2009 saya dapat beraya dengan Abah atau tidak....)
Sekiranya ada masa terluang,saya tetap membantu Umi menjayakan kempen anti-ISA diserata negara.Contohnya, pada tahun 2004,saya mengikut Umi berkempen Pilihanraya Umum ke 11 di Paya Besar ,Pahang dan di Kepala Batas.Saya juga turut berkempen untuk "Kempen bebaskan Tahanan 6 Tahun -ISA" dengan warna tema "Merahhitam".

Saya sudah biasa mengikuti demo dan tidak takut dengan kehadiran polis atau FRU.Mereka itu adalah manusia yang tidak berperikemanusiaan dan tidak bertamadun. Mereka hanyalah alat UMNO saja....Berdemo akan menjadikan kita seorang manusia yang lebih berani ....


Kenangan saya bersama dua anak tahanan ISA yang lain. Namun bapa mereka telah dibebaskan pada bulan Ogos yang lalu. Amjad (baju hitam)juga dipisahkan dari bapanya lebih 6 tahun, begitu juga Ehsan (baju belang).Kedua-dua bapa mereka telah bebas dari ISA tetapi telah di hantar pulang ke Indonesia.
Saya??? Masih lagi menjadi penunggu saat kepulangan Abah.Penantian itu sangat menyusahkan saya dan saya telah serta sedang melalui saat-saat itu dari umur 8 tahun hingga kini, 15 tahun....
Suhaib Mat Sah



2 ulasan:

Unknown berkata...

Brilliant!
Thank you very much for this eye-opener accounts.
Will circulate to all friends so that they understand the real suffering of the families.
Jaya

A Mum Of Three Mohd berkata...

Dear SAJ,

Welcome to the club! Circulate and spread it around and to as many people as you can so that people would be aware of their suffering Show them that we CARE!

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]