Gembira sangat dapat panggilan telefon dari Latheefa Koya salah seorang peguam yang pernah mewakili Habeas Corpus suami saya. Walaupun lebih muda dari saya, Lat(panggilan manjanya) seorang yang lebih berpengalaman dalam isu ISA ini. "Semua yang berlaku ini adalah ujian pada kita semua. Saya dah minta Edmund cepatkan proses HC untuk Mat Sah..." kata beliau lagi. "You bagi nasihat pada akak macam ustazah..." usik saya padanya.Lega dan rasa ringan sedikit beban perasaan yang sedang saya alami.Lat memang istimewa.Walaupun pandanganbeliau sering kontra dengan pendapat saya,tetapi banyak kebenarannya.Saya tahu ,dia jujur dan bukan setakat memberi pandangan sekadar untuk menyedapkan hati saya saja.
Petang tadi, Nashita mengajak saya menghadiri Vigil depan Amcorp Mall, di PJ.Jam 7.30 malam,seseorang bernama Patrick, memberitahu bahawa semua jalan ke tempat itu telah ditutup oleh polis.Selepas berlegar-legar disekitar kawasan itu, akhirnya kami ambil keputusan bertemu Patrick di Seven Eleven Jalan Gasing.Patrick juga seorang blogger dan beliau mendapat nombor telefon saya dari Uncle Zorro.Nasib baik Uncle Patrick tahu jalan "short cut" untuk sampai ke padang Timur.Kami letak kereta di sebelah kawasan perumahan dan terus berjalan ke Mall melalui sekumpulan polis yang sedang mengadakan sekatan jalanraya tidak jauh dari bangunan itu.Alhamdulillah...
Ketika tiba dihadapan Amcorp Mall, pasukan FRU telah berbaris dengan perisai masing-masing. Saya belum sempat untuk menyertai kumpulan yang diketuai oleh blogger Haris Ibrahim, tiba-tiba di dekati oleh 3 orang pelajar dari Universiti Tunku Abd Rahman yang menemubual saya untuk tesis mereka. Mereka ialah Fong Khar Yee , Ong Ming Sing bercermin mata dan You Jia Yong. (Semasa di temubual, saya melambai pada kawan-kawan lain yang sering ditemui di program anti-ISA anjuran GMI. Blogger Haris Ibrahim mendekati saya dan ucapkan terimakasih kerana sudi hadir di majlis itu)
Saya dan Nashita sempat juga menyalakan lilin bersama peserta Vigil yang lain tetapi, kemudiannya, sebaik saja selesai menyanyikan lagu Negaraku, mereka semua beredar dalam barisan ke Dewan Civic. Anak-anak kami, iaitu Ammar, Anas dan Suhaib semuanya kelaparan dan mereka tidak melepaskan peluang membeli sandwich dari kiosk Subway yang kelihatan begitu lazat dan menyelerakan.Selepas makan, masing-masing sebok mencari tandas pula....Terpaksalah kami melayani kerenah budak-budak itu.
Saya dan Nashita dalam perjalanan mengekori peserta yang bergerak ke arah Dewan Civic,tetapi kemudiannya terserempak dengan Haris (The People's Parliament) dan berhenti sebentar untuk bergambar."Laila, I give you my assuarance that we would never let you be alone to face the hardship of ISA" lebih kurang macam itulah janji Haris ,di ulang beberapa kali.
Kami kemudian terserempak dengan Andrew dari Bar Council dan Chen dari Oriental Daily. Mereka bertanya khabar tentang perasaan saya ketika mengetahui RPK telah dibebaskan. Saya hanya tersenyum....Sebaik saja berita RPK dibebaskan mahkamah tersebar luas, ingatan pertama mereka hanyalah pada saya..... Mereka memahami perjuangan yang telah saya lakukan selama ini dan merasa sedih kerana suami saya masih ditahan di Kem Kamunting.Andrew yang telah beberapa kali melawat suami saya di kem berulangkali berpesan supaya saya terus tabah menghadapi penganiayaan ini.
Tiba-tiba kami sedar suasana telah sunyi.Kedai di Amcorp Mall hampir ditutup dan kami berjalan ke kereta untuk pulang ke Keramat.Dalam perjalanan, kami terserempak dengan lori merah "water cannon" yang sering digunakan untuk menyembur peserta protest.
Tanpa disangka, sejam kemudian, saya mendapat tahu, seramai 20 orang ditahan di Dewan Civic. Saya tak sangka, begitu jahat Menteri Dalam Negeri menggunakan polis untuk menafikan hak mereka untuk berkumpul....Geram sangat rasanya....Ya Allah, segeralah hancurkan makhluk yang zalim itu....
1 ulasan:
Laila/Nashita....sometime ago I asked for details about familes of detainees. particularly those in East Malaysia. I have challenged Air Asia and MAS to provide tickets for these families who have not seen their ayahs for years. They did not respond. I have some people who want to provide this air travel for these families. I need their details to help with the logistics. Lets work on this together. Lets make this happen.
Catat Ulasan