Human Right Vs Makkal Sakhty...mana satu pilihan hati?

| | 0 ulasan

Bila salah seorang dari ahli keluarga ditahan dibawah ISA, siapakah orang yang paling terkesan?Mestilah anak,isteri dan adik-beradik yang lain.Ketika perasaan risau,susah hati, marah, sedih bertamu dihati kerana kehilangan orang tersayang, segala kesengsaraan itu ditambah pula dengan gangguan polis SB dan persepsi negatif masyarakat....Susah hendak menggambarkan segala kesukaran tersebut...hanya yang pernah mengalaminya saja dapat menceritakan betapa buruknya akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) ini.

Pada tahun 2007, suamiku- Mat Sah telah 5 tahun merengkok tanpa bicara di Kem Kamunting.Ketika itu,majoriti yang ditahan adalah orang Melayu Islam yang dituduh sebagai pengganas. Dari maklumat dalaman Kem, hampir tiada bangsa India yang ditahan bertahun-tahun di Kem Kamunting.Adakah ini bermakna orang India kebal dari ISA?....Tiba-tiba, pada bulan Desember tahun itu, 5 lelaki berbangsa India yang dikatakan sebagai pemimpin HINDRAF, membuktikan bahawa diabad 21 ini,ISA masih digunakan tanpa mengenal siapa!!! Penahanan 5 lelaki ini memang menggemparkan seluruh kaum India dan inilah permulaannya mereka tahu diMalaysia ini ada akta zalim ISA! Ini kenanganku bersama isteri P.Uthayakumar, kini sebagai Presiden Parti Human Right (Parti Hak Asasi).Ketika itu,P.Uthaya menjadi teman se blok dengan suamiku di dalam Kem Kamunting.Uthaya dibebaskan pada awal tahun 2009 dan suami dibebaskan pada akhir tahun yang sama.

Tema Makkal Sakhti yang digunakan untuk menyebarkan bahaya ISA yang menimpa 5 lelaki tersebut berjaya mengubah senario politik Malaysia. Aku turut merasai nikmat limpahan sokongan dari pelbagai kaum di Malaysia yang semuanya "menyumpah' pada penguasa ISA!!!

Gerakkan Mansuhkan ISA (GMI) adalah satu gabungan NGO yang paling popular menjuarai isu ini.Sesuai dengan prinsip utamanya iaitu membela sesiapa saja yang ditahan dibawah ISA, HINDRAF tidak terkecuali. Koordinator HINDRAF amat bijak menggunakan situasi ini untuk mendidik kaum India tentang ISA dan kesedaran itu dizahirkan dalam pilihanraya umum ke 12 dulu...
Pada tahun 2009, kesemua 5 pemimpin HINDRAF telah dibebaskan. Mereka ditahan kurang dari 2 tahun!!!


Pada PRU12, Pakatan Rakyat(PR), yang mendokong penuh supaya ISA di mansuhkan, telah menyaksikan rakyat telah menyokong PR hinggakan BN hampir gulung tikar...jika tidak di selamatkan oleh penduduk Sabah dan Sarawak yang majoriti masih "buta' pada kekejaman dan ketidakadilan parti usang itu.
Tema Makkal Sakhti yang telah di gunakan untuk menyedarkan rakyat India tentang ISA,telah dijadikan sebuah parti politik dan mendapat restu PM Najib.Parti Makkal Sakhti telah wujud untuk kaum India...setakat manakah keberkesanan parti itu?
Kini, 2010, sekali lagi kaum India terpaksa berhadapan dengan dilema bila satu parti baru telah lahir iaitu parti Hak Asasi manusia (Human Right Party).
Sebelum PRU 2008, kaum India semuanya bersatu kerana pemimpin mereka ditahan dibawah ISA. Kesatuan itu telah membuktikan bukan kaum India saja, malahan kaum Cina juga turut berganding bahu untuk membuang akta zalim tersebut....
Namun, dengan kehadian 2 party untuk kaum India, yang mana satukan akan menjadi pilhan mereka? Bagaimanakah nasib mereka yang mendakwa disisihkan lebih 50 tahun oleh BN?



Read More !

Air paip sama bahaya dengan ISA?

| | 1 ulasan

Aduh sakitnya kaki...lenguhnya yang amat sangat!! Ku jenguk Abah Suhaib di ruang tamu, televisyen yang sedang tengok dia mendengkur diatas sofa rotan.Letih sangat lah tu.... Apa tak letihnya, siang tadi kami berjalan hampir 4 kilometer..dari stesen LRT Pasar Seni hingga ke Masjid Negara dan baliknya dari Masjid Negara ke Masjid Jamek untuk menaiki LRT ke stesen Titiwangsa kerana kereta kami ditinggalkan disitu.
"Best ke Bah" tanya Suhaib kepada ayahnya. "Boleh lah....tapi kita sampai dah lewat, orang pun dah berapa ramai...tapi sempat gak tengok bom asap dan pancutan air asid dari lori merah polis.." terang Abah (Mat Sah) panjang lebar.Biar lambat asalkan hadir.... walaupun lewat, kami masih bernasib baik kerana masih sempat menyaksikan babak drama pancutan air asid, lontaran gas pemedih mata serta berlari dari dikejar polis yang nampaknya terlalu marah kepada semua mereka yang berhimpun aman di hadapan Masjid Negara petang tadi.Abah menyaksikan dari dekat, perangai dan tindakan polis-polis FRU ,beruniform dan SB berpakaian biasa "mengerjakan" beberapa lelaki yang "di tanda" untuk ditangkap sebagai satu contoh supaya orang lain segera beredar dari tempat itu.Macam mana rakusnya mereka(polis )di tempat awam, begitulah sikap mereka ditempat tertutup sepertimana yang telah dilalui oleh semua tahanan ISA seperti beliau. Bagi tahanan 7 tahun, peristiwa tadi hanyalah satu aksi kecil dari pelbagai aksi ganas polis kepada mereka yang ditahan 60 hari di Police Remand Center di K.L

Walaupun jam menunjukkan hampir tiga petang, orang ramai masih tidak berganjak dari tempat masing-masing.Semua seolah-olah tidak berpuas hati dengan himpunan tersebut.Polis akhirnya menunjukkan "kuasa' nya bila kelihatan lori merah bergerak kearah orang ramai yang berkumpul di tepi jalan. Jika sebelum itu gas pemedih mata tidak meinggalkan kesan, kehadiran lori merah memang tidak digemari oleh para demonstran.Semua cabut lari......

Mungkin ada yang berkata, "ramai giller" orang di Masjid Negara siang tadi.Namun , bagi demonstrator veteran seperti kami ini, jumlah itu tidak lah besar sangat. Dalam sejarah, ada banyak lagi demo yang lebih besar salah satunya demo anti-ISA yang diadakan pada tahun 2009.Ketika itu lebih 600 orang ditahan dan 29 orang di caj di mahkamah termasuk seorang kanak-kanak berusia 16 tahun.
Hari ini hari Ahad.Demo air SYABAS ni rasanya agak "mild" kerana sepatutnya, lebih ramai penduduk Selangor yang turun ke K.L untuk menyatakan tidak redhanya mereka dengan harga air yang bakal naik tidak lama lagi. Tidak dapat dipastikan , dimanakah pengguna air Selangor yang lain. Mungkin juga mereka tidak mengetahui mengenai isu air ini atau takut ditahan polis atau amat khuatir ditahan dibawah ISA....Terlalu banyak kemungkinan ketidakhadiran itu...
Walau apa pun, tahniah diucapkan pada semua yang telah menghadiri DEMo tersebut. Sebenarnya, penyampaian memo oleh MB pada YDP Agung bukanlah perkara utama.Perkara yang paling penting ialah rakyat memberi pesanan ringkas kepada kroni penguasa ISA @ penguasa UMNO/BN supaya lebih berperikemanusiaan dan perihatin dengan keperluan asas rakyat .Kenaikan barangan asas seperti gula, petrol,diesel amat berat untuk ditelan,dan pastinya kenaikan harga air bakal mengundang kesengsaraan yang lebih kepada orang ramai.
"Buat apalah susah-susah berdemo kerana air paip..." saya terdengar seseorang berkata demikian.Mungkin rakyat negara ini terutama di Selangor, ramai yang hidup senang dan tidak kisah dengan kenaikan 37 peratus tersebut.....Namun, tidak salah untuk mengambil tahu,kenapa MB Selangor beria-ia benar untuk menyekat kenaikan tersebut.....
Jika bukan rakyat yang memperjuangkan hak mereka, siapa lagi???

Read More !

ISA ancam siapa?

| | 1 ulasan

24 Nov 2010, hari ke tiga perbicaraan Himpunan MANSUH ISA.Semua OKT bersemangat untuk datang awal kerana mematuhi pesanan Hakim, orang yang paling berkuasa di mahkamah itu.Semua orang muda kelihatan tenang dan sentiasa ceria.Semua seolah-olah tidak sabar untuk mendengar keterangan saksi ke 3, seorang anggota polis wanita yang telah menahan kami berlima OKT 25,26,27,28,29. Nampaknya, peraturan mmahkamah bermula 8.30pagi terpaksa diabaikankerana ada kes lain di bilik yang sama dan itupun bermula hampir jam 10 pagi.Untuk menghilangkan kebosanan, kami berbual-bual dengan peguam-peguam muda yang mewakili kes ini.

Kami keluar dari bilik mahkamah Jenayah Sesyen 12 untuk melegakan diri manakala sebahagian besar OKT muda pula pergi ke Mahkamah Sesyen 5 untuk menemui pejuang"celebrity" yang sedang dibicarakan dalam kes protes yang menuntut penurunan harga minyak dan barang keperluan.

Selain PJ Wilayah, Ust Mohd Noor dan rombongannya, Yb Dr Hatta Ramli serta Yb Tian Chua sempat singgah di tempat kami untuk sama-sama memberikan sokongan moral kepada para demonstran anti-ISA.Bukan main gembira anak-anak muda itu dapat bertemu sendiri secara "live" dengan ikon mereka yang selama ini hanya dapat dilihat di ceramah umum atau di media alternatif sahaja.
Lupa sebentar rasa marah dan "bengang" kepada polis yang memberi keterangan sebentar tadi.Dimahkamah ini, amat jelas pembohongan polis dalam menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh peguambela kami berlima. Antara contoh pembohongan itu ialah:
Peguambela: Puan X, dalam laporan polis ini, ditulis "lima wanita dan dua kanak-kanak duduk diatas tembok pusat membelibelah PK, tetapi tadi semasa disoal oleh pendakwa, kamu kata mereka duduk diatas kerusi sebab itulah kamu nampak ada barang kes dibawah kaki mereka..." nampaknya laporan ini tak betul!!!
Peguambela: Puan X, dimanakah sebenarnya letak barang kes itu? Ketika disoal oleh pendakwa, kamu kata barang itu ditemui di sebelah kiri OKT, sekarang kamu kata sebelah kanan pula?
*** Barang kes yang didakwa polis menjadi "penyebab utama" kami didakwa berupa beberapa buah kain rentang dengan pelbagai kata-kata antaranya "Bebaskan DUN Perak, Keadilan untuk Teo Beng Hock", lencana bertulis "Mansuh ISA" dan "Keadilan utk Beng Hock" serta kain lilit kepala bertulis "Mansuh ISA".
Namun disebabkan polis terlupa @ tidak sempat untuk menyenaraikan semua barangan tersebut, maka semua barang kes itu tidak boleh dijadikan sebarang bukti dimahkamah.Sesuatu yang amat memeranjatkan kami ialah bila ditanya peguambela, saksi mengaku bahawa mereka yang diarah memantau perhimpunan ini telah keluar bertugas seawal 5.30 pagi dan tidak menunaikan solat Subuh!!
Walaupun cuba dinafikan, dalam jawapan kepada peguambela, nampaknya polis dari seluruh cawangan seperti maksiat dan narkotik, dikerah untuk memantau himpunan anti-ISA hingga
"anggota polis sama ramai dengan orang awam" dan kebanyakan mereka memakai pakaian seperti orang awam.
Saksi keempat ialah seorang anggota polis yang mengaku berpangkat OCPD yang pastinya amat berkuasa di seluruh metropolitan ini.Beliau bersetuju dengan pendapat peguambela"bertindak berdasarkan maklumat yang diberi Cawangan Khas" namun kami rasa pelik, kenapa dia dipilih sebagai saksi kes ini kerana beliau tidak berada ditempat kejadian pada 1 Ogos 2009 itu.Justeru, tidak hairanlah hampir 70 peratus jawapan beliau berbalik-balik pada kata-kata "himpunan mengancam kehidupan awam, tak pasti, tidak tahu, tidak ingat dan lupa...
Terasa amat letih dan lapar ketika kes berjalan dankemudian berhenti hampir jam 2 petang.Namun, semua OKT tetap menunjukkan semangat yang tinggi lebih-lebih lagi bila diajak bergambar dengan beberapa peguambela serta ahli rombongan dari PAS Wilayah yang menjadi penyokong setia perbicaraan tersebut.
"Pak cik tak puas hati dengan jawapan saksi tadi. Dia faham tak difinasi perkatan ancaman ,mengancam tu? Pak cik nak tahu sangat, siapa sebenarnya yang mengancam orang ramai ni? ...kata seorang penyokong kepada ku.
"Tak pe, ada banyak peluang lagi nak dengar tentang keterangan saksi-saksi kes ni..." kataku pada Pak Cik tersebut. Perbicaraan disambung tahun depan....


Sepertimana hari sebelumnya, kami semua di "belanja" oleh PJ PAS Wilayah dan di hari ke 3. juga mendapat layanan sepertimana sebelumnya....Alhamdulillah...




Read More !

Liwat dan ISA kesayangan UMNO?

| | 0 ulasan

Hari ini hari kedua kes Himpunan MANSUH ISA dijalankan.Semua OKT telah berkumpul seawal jam 8.30 pagi lagi, walaupun Tuan yang berkuasa di Mahkamah itu kata perbicaraan akan dimulakan jam 9 pagi.Seperti yang telah diduga, jika semalam kes lewat hampir sejam setengah, hari ini lewat hampir 20minit.Nampaknya orang berkuasa itu masih menggunakan "Malaysian time"....
Ada dua orang wartawan dari media berbahasa Cina.Mereka kelihatan tertarik melihat keadaan OKT yang muda-muda serta kelihatan amat ceria.Tiada langsung riak sedih atau gusar diwajah-wajah tenang mereka. Kami dijemput bergambar diluar Mahkamah. Kami semua memang suka bergambar...ambil saja lah....Lupa seketika kisah seorang penguasa Mahkamah yang sombong, garang, celupar dan "kekwat" kata orang utara...Ramai juga OKT muda yang agak terkilan "kami tak sempat nak bergambar dengan Nurul Izzah semalam....tiba-tiba je hakim suruh dia keluar" kata J dari Melaka.

Mahkamah bermula dan saksi kedua dipanggil. Beliau seorang jurufoto pasukan polis. Ketika disoal oleh pendakwaraya, jurufoto berpangkat koperal itu ternyata tidak tahu menahu kenapa beliau diarahkan menangkap gambar2 orang ramai pada 1 Ogos. Hampir 90peratus soalan dijawab dengan perkataan "tak pasti dan tak tahu". Perbicaraan terasa hambar kerana hanya saksi danpeguam saja yang dapat melihat gambar yang di "tangkap' oleh jurufoto itu.
"tak boleh ke Mahkamah sediakan satu skrin besar dengan projektor dan LCD, kan senang jika gambar2 tu di "scan" dan pancarkan terus, semua orang boleh lihat dengan jelas...tak perlu lah peguam dan jurufoto mengecilkan mata untuk melihat gambar2 tersebut" ujar "K" salah seorang OKT, seorang anak muda dari Perak.Kami semua perasan hakim tersenyum melihat jurufoto terpaksa meminjam cerminmata pengawal mahkamah (beliau lupa membawa spek rabun dekat) semata-mata untuk menerangkan gambar-gambar yang telah diambil pada 1 Ogos.
Mahkamah "stand-down" lagi untuk beberapa minit.Ramai yang keluar kebilik air. Semua OKT tergesa-gesa masuk dan duduk di kandang pesalah, namun bila dimaklumkan oleh pengawal mahkamah bahawa "hakim tiada dan tidak diketahui berada di mana" semua sebok bersembang.Semua OKT terperanjat melihat seorang OKT glamer masuk ke ruang mahkamah.Mereka semuanya tersenyum riang sambil bersalam dengan OKT tersebut iaitu DS Anwar dan DS Wan Azizah.Memandangkan Kes Liwat juga masih berjalan hari ini, mereka berdua mengambil kesempatan menziarahi kami , OKT Himpunan Mansuh ISA.
"Hows your son? Dia periksa hari ni kan?" tanya Kak Wan (DSWA) kepadaku. Pastinya kak Wan sekeluarga tetap ingat kepada aku dan Suhaib kerana kami sama-sama pernah menjadi mangsa ISA bertahun-tahun lamanya.

Sekali lagi, kami keluar dari mahkamah untuk mengambil gambar bersama OKT glamer( DSAI) dan DSWA.Pengalaman OKT melihat YB Nurul Izzah di herdik dan di "halau" keluar dari mahkamah semalam menyebabkan OKT agak "stress'',namun hari ini semua mereka kelihatan amat bersemangat dan gembira kerana dilawati wartawan media Cina ,TV PAS serta DSAI.Sebaik saja rombongan DSAI meninggalkan kami, rombongan Ketua Muslimat PAS, Ust Nuridah bersama Pesuruhjaya PAS Wilayah, Ust Mohd Noor, pula menunjukkan wajah. Kami semua turut di belanja makan tengahari oleh rombongan tersebut....Alhamdulillah...
Bagi semua OKT lelaki, kesemua mereka masih muda dan kurang arif tentang sepak terajang ISA. Mereka tidak berapa faham, kenapa kerajaan terlalu menjaga ISA? Apa salahnya mereka memakai baju ada lambang ISA? Apa salahnya mereka menyatakan secara terang-terangan bahawa ISA memang menzalimi mangsanya? Kenapa mereka ditahan walaupun tidak berada lokasi perhimpunan?
Namun bagi kami OKT wanita berlima ini, keterangan saksi ke tiga, iaitu seorang anggota polis wanita berpangkat tinggi, amat menyesakkan dada kerana seperti pepatah "sudah terang lagi bersuloh" , keterangan beliau sebagai saksi, kelihatannya seperti sebuah skrip yang diolah begitu tepat dan benar....walaupun terlalu banyak fakta yang salah serta direka-reka. Contohnya, menjawab salah satu soalan pendakwa ,saksi itu berkata "kami memperkenalkan nama kepada mereka sebelum meminta Kad Pengenalan.."(Fakta sebenar: polis terutamanya dari CawanganKhas tidak pernah memperkenalkan diri mereka sebelum menahan orang ramai di mana-mana perhimpunan/demo, bahkan kebanyakan mereka hanya berpakaian biasa ketika bertugas).
Kami berlima mempunyai "instinct" yang sama bahawa pihak berkuasa memang terlalu "ingin" menahan dan membawa kami ke mahkamah. 24 orang OKT muda yang turut didakwa itu hanyalah sebagai "nasi tambah" dan memberi justifikasi bahawa polis telah melakukan tindakan yang betul.. Kesihan mereka.....
Kehadiran DSAI tadi memberi satu gambaran bahawa pejuang keadilan yang berpangkat tinggi seperti beliau, terpaksa berdepan dengan kes Liwat yang tiada kesudahan. Manakala bagi rakyat marhaen seperti kami pula, perjuangan ini terpaksa berhadapan dengan fakta putar belit yang juga sukar untuk diduga bila akan tamat. Malahan ada yang berkata "liwat dan ISA ni kesayangan kerajaan UMNO ke?".....
Perbicaraan disambung esok...


Read More !

Senyum pun salah?

| | 2 ulasan


"Kak, saya call banyak kali, nape tak angkat?" bisik Nurul Izzah Anwar , Ahli Parlimen Lembah Pantai di sebelah kiriku.Kami bersalaman sambil berbisik-bisik bertanya khabar.Nurul datang kerana memberi sokongan moral pada ayah beliau, DS Anwar.Kes bicara DS Anwar kebetulan sama hari dengan kes Himpunan MANSUH kami. Nurul singgah kejap di bilik Mahkamah kami untuk memberi sokongan moral pada semua 29 OKT yang akan dibicarakan hari ni.
Lagu keroncong mula berdendang kerana aku tidak sempat bersarapan.Sejuk air-cond mahkamah menambah kesengsaraan perutku. Sebelum ini kami telah di "warning', supaya tidak lewat....tapi tak tau apa malangnya hari ini, Pn Hakim yang sepatutnya tiba jam 8.30, hanya sampai pada jam 10.20am.Selepas memanggil semua nama, mahkamah berhenti sebentar.Hakim kata "stand-down" dua minit je,tapi dah lebih 15 minit, belum nampak bayang lagi.Aku ,Nashita, Kak Sal, Aiman dan Nurul Izzah berbual disulami ketawa dalam nada suara yang paling rendah....
Tiba-tiba Hakim masuk,semua bangun dan kemudian duduk semula.Kes mula dibicarakan.
Saksi dipanggil untuk menjawab soalan-soalan pendakwaraya dan peguambela. Ada beberapa fakta yang disebutkan oleh saksi agak lucu ditelingaku.
Contoh 1: Pendakwa menyoal, "apa yang ditaklimatkan pada kamu di tarikh 1 Ogos 2009?".
Saksi ,seorang pegawai tinggi polis berpangkat DSP menjawab," pada 1 Ogos kumpulan Gerakan Mansuhkan ISA akan mengadakan perarakan untuk serah memo pada SBP Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara.Mereka akan berpakaian hitam bertulis Mansuh ISA".
Contoh 2: Peguambela bertanya, "setujukah anda bahawa himpunan itu sepatutnya diadakan pada jam 2 petang?"Saksi yang sama menjawab dengan nada kurang pasti " er... tak pasti tapi di beritahu himpunan diadakan pada jam 9 pagi"...
Fakta yang disebut saksi tu tidak tepat. Itu yang membuat aku tersenyum.
Dari kerusi orang kena tuduh(OKT) ku lihat pendakwaraya menggaru-garu telinga kanannya beberapa kali..."Apa petandanya orang yang garu telinga ek?" bisikku pada Aiman disebelah kiriku.Nurul yang duduk dibelakang kami menghulurkan kepalanya dekat bahuku " itu tanda bohong" bisik beliau dan kami bertiga tersenyum....
Tak sangka, senyuman itu membawa malapetaka padaku bila tiba-tiba, Puan Hakim menyebut namaku dan mengarahkan supaya duduk dikerusi sebelah tepi hadapan mahkamah.Biasanya kerusi itu di khaskan untuk para wartawan yang membuat liputan....tapi hari ini, ianya digunakan untuk menghukumku kerana dikatakan melanggar peraturan mahkamah.Bukan aku seorang sahaja.YB Nurul Izzah juga turut "dihalau" dari bilik mahkamah tersebut dan peguam kami berempat diberi peringatan supaya "tell the clients to behave themselves".....
Ahhhhhh!!! Stresss!!! Dengan perasaan yang agak berat, aku bangun dan duduk ditempat yang diarahkan....
Ehhh...best gak tempat ni. Sebuah kerusi empuk dengan arm-rest serta meja untuk menulis.Memang selesa.Jika duduk dikerusi OKT tadi, kami terpaksa duduk berhimpit-himpit sket...tapi bila "didenda" ni rasa selesa pula untuk mencatit fakta2.Malahan aku dapat melihat wajah peguambela kami dengan jelas !!!Ahhh rezeki!!! Alhamdulillah!Ni betul-betul macam wartawan.... hati berbunga riang.Aku dapat mengikuti perbicaraan dengan lebih jelas. Jika tadinya perut berkeroncong dan tubuh rasa beku, bila mendengar fakta-fakta tidak benar "ciptaan" saksi tadi, hati jadi panas terus membuang kesejukkan dan rasa lapar juga hilang......
" Saksi kata, orang yang berhimpun pakai baju warna-warni. Tetapi kami (peguambela) hanya dibekalkan dengan gambar himpunan hitam putih....kami mohon gambar yang original" kata Peguam Z dan beberapa minit kemudian mahkamah bersurai untuk memberi peluang Pendakwa menyediakan gambar asli warna-warni untuk keterangan selanjutnya....
Perbicaraan bersambung esok....
"Patutnya kami pun kena denda gak...biar tak ngantuk dan selesa sket catit nota.." ujar Nashita dan Aiman kepadaku diluar Mahkamah.Semua yang hadir ketawa dengan kuat!!!
p/s: Ini adalah catatan pendek perbicaraan hari pertama 29 Orang Kena Tuduh (OKT) yang telah ditahan ketika Himpunan Mansuhkan ISA ,2-4pm, 1 Ogos 2009.


Read More !

Insaflah wahai PKR.....

| | 0 ulasan


Aku , Kak Wan dan beberapa orang isteri tahanan ISA yang ketika gambar itu diambil sedang dikurung di Kem Kamunting.

Dah agak lama aku tak update blog nih. Beberapa minggu kebelakangan ni, jadual harian padat sket...Pernah sekali tu,aku terpaksa kerja 7 hari seminggu!!!Namun, dalam sibuk2 pun, sempat gak melayani FB!!! Ciss...maknanya bukan sibuk,tapi tak cekap urus masa.....

Kejap tadi baca laporan di M'siakini yang menyebut "Zaid(Ibrahim) berhak tinggalkan PKR-DS Anwar". Sedeh gak bila membaca luahan hari supremo PKR tu, rasanya tak patut Zaid bersikap macam tu...

Tapi.... nak buat macam mana. Bukan Zaid sorang, ramai lagi yang bersikap macam tu. Bil keluar UMNO dan masuk PKR, tiba satu ketika, mesti orang tu akan menikam dari belakang atau berpaling tadah.Contohnya Ezam, orang yang pernah paling rapat dengan DSAnwar yang sama-sama pernah kena ISA ..pun akhirnya berpaling tadah juga, maka apatah lagi bekas-bekas UMNO yang lain...lebih teruk lagi lah perangai mereka tu....

Aku teringat pada Kak Wan (DS Wan Azizah), bekas Presiden PKR seorang yang telah menjaga kawasan pilihanraya suaminya ketika DS Anwar di penjarakan dulu.Seorang yang amat lembut, dengan penampilan yang Islamik dan amat simple tanpa sebarang kerdipan intan atau mutiara , namun telah diakui bahawa beliau adalah salah seorang dari 500 tokoh Muslim yang terkenal didunia!!!Kak Wan memang selalu lembut hati.Sejak beliau jadi Presiden lagi, jika ada yang kecewa dengan UMNO dan keluar dari parti usang itu, maka ibarat "kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan".Berbondong-bondong di raikan ke dalamPKR kerana memikirkan bekas UMNO itu sudah betul2 insaf dan benci dengan parti lambang keris tu......

Entah berapa lama dan berapa ramai yang telah diraikan...dan akhirnya, hasilnya ialah,setiap kali Pilihan Raya Umum dan Pilihanraya Kecil, maka mereka ini berbondong-bondong pula menyumpah dan keluar dari PKR , kembali kepangkuan UMNO....alahai....

Kak Wan , DS Anwar dan semua pimpinan PKR,
Lepas ni, eloklah berhati-hati sikit bila terima bekas2 UMNO ni....Cukup2 lah dari pengalaman yang lepas.....Hari ni dilaporkan Zaid buat hal, lepas ni entah sapa pulak...

Read More !

SPRM dan umno ni setan ke?

| | 2 ulasan

"Zakat atau tidak, pemberian wang tetap dianggap rasuah-SPRM" - silalah baca artikel tersebut dan nilaikan sendiri.Lepas tu, baca pula komen salah seorang pemimpin tertinggi Umno yang menyatakan "biarlah orang(orang Asli yang baru diIslamkan) yang dapat duit dari TG Nik Aziz tu buat laporan pada SPRM untuk disiasat..."

Kalau macam nilah kepala otak orang Islam dalam Umno, tak boleh membezakan yang mana rasuah dan yang mana duit zakat...maknanya, orang Melayu Islam di bawah Umno ni dah sampai diperingkat yang amat nazak kefahaman Islamnya....

Dan jika macam ni lah perangai pemimpin Islam, tidak dipastikan, mungkin tak lama lagi, akan ada bala dari Allah memberi pengajaran lepada orang yang mendakwa sebagai "orang Islam" tetapi tidak berusaha menghayati dan mengamalkan keindahan ugama yang disampaikan oleh Ar Rasul Muhammad SAW itu.....

Patut lah ada orang berkata "SPRM dan umno ni setan ker?..." sebaik saja membaca artikel tersebut.....

p/s: Hanya syaitan yang sukakan akta tahan tanpa bicara....betul ke?

Read More !

Belanjawan 2011 petanda PM M'sia akan bertukar lagi?

| | 2 ulasan

"Aku bukan nak sarapan dengan seluar dan baju dalam" kata seorang pembantu Kerani wanita sebuah syarikat ketika menyelak salah satu akhbar tabloid terkenal di Malaysia.

"Pelik le guru-guru kat M'sia ni, baru dapat duit RM500 ...bukan main bangga dan tepuk tangan...Depa tak sedar ke kroni UMNO kaut juta-juta masuk tembolok masing-masing...guru dapat apa?" kata seorang kakitangan kerajaan kepada saya.

"PM tak pandai ambik hati orang muda. Kalaulah PTPTN tu dimansuhkan dan wujudkan biasiswa macam dulu, pasti Pakatan Rakyat gigit jari dalam PRU akan datang... tetapi nampaknya keadaan ini akan jadi sebaliknya" komen seorang pelajar IPT yang rasa kecewa dengan pengumuman belanjawan mega itu.

"Harga barang tetap naik tanpa kawalan...orang kampung nak makan apa?" tanya seorang mak cik tua. Ayat tu dah biasa sangat masuk ke telinga saya...." Mak Cik, walaupun barang naik, semua naik...tapi makcik undi UMNO/BN jugak kan?" tanyaku padanya.

"Biar Allah balas pada orang yang suka curi duit dan tipu rakyat!!!" kata makcik tersebut , dalam nada suara yang agak marah.Nak tergelak pun ada.Lain ditanya, lain jawapannya......

p/s: Berapa pulak belanjawan tahan rakyat dibawah ISA?Adakah ini tandanya UMNO/BN akan hancur dalam PRU tahun depan?

Read More !

ISA hancurkan hidup Sudin?

| | 1 ulasan


( Mat Sah berbaju jalur maroon dan Samsudin Sulaiman berbaju jalur hitam)

"Kak apa khabar?" tanya Sudin (Samsudin) kepada ku. Dia dan Mat Sah berjalan beriringan dihadapan, aku membuntuti mereka.

Sudin kelihatan amat ceria menerima kunjungan kami berdua. Dia dan Mat Sah kelihatan begitu sibuk berbual dan bercakap mengenai aktiviti hariannya sehingga, seolah-olah aku tidak berada di ruang tamu rumah ibu-bapanya.Sebaik saja bersalaman dengan ibu Sudin, aku mengekorinya ke dapur ...sengaja tidak mahu mengganggu pertemuan dua lelaki yang pernah ditahan tanpa bicara selama 7-8 tahun di Kem Kamunting.Jauh disudut hati, aku amat sebak melihat "kebahagiaan' mereka berdua yang agak baru menikmati hidup bebas di luar pagar berduri Kem Kamunting.....

Aku bersembang mengenai kehidupan harian ibu dan bapa Sudin.Kelihatan mereka berdua cukup tabah kerana mempunyai anak yang dipilih oleh kerajaan UMNO/BN untuk di ISA kan serta di "kambing hitam"kan atas alasan kononnya menjaga keselamatan negara.Walaupun rumah mereka terletak lebih 400km dari kota Kuala Lumpur, namun mereka tahu tentang Gerakan Mansuhkan ISA dan betapa zalimnya akta tanpa bicara itu.

"Biarlah Allah memberi balasan yang paling sesuai untuk orang-orang zalim yang suka guna akta itu..." itulah antara jawapan bapa Sudin bila ditanya apakah perasaannya mengenai pembebasan tersebut kerana penahanan itu telah menyebabkan Sudin kehilangan segala-galanya yang ada pada beliau seperti kerjaya, rumahtangga, isteri dan nama baik.

Alhamdulillah, beliau masih punya ibu-bapa yang tetap mengambil berat dan sentiasa menyayangi beliau.

p/s:Setuju dengan Sudin bahawa kerajaan mesti memohon maaf dan membetulkan fakta bahawa semua tahanan ISA adalah tidak bersalah!!!(bersambung)

Read More !

Siapa yang kurang ajar, wartawan atau SB???

| | 6 ulasan

Sebaik saja selesai membaca laporan M'siakini yang bertajuk" Puteri UMNO:Wartawan menyamar kurang ajar..."...tiba-tiba aku rasa nak tergelak yang amat sangat.....


Apa tidaknya, laporan itu menyebut bahawa ada seorang wartawan yang menyamar memakai tudung dalam satu majlis tertutup anjuran gerakan itu yang sepatutnya hanya dihadiri oleh wartawan dari media tertentu saja.Wartawan yang pakai tudung itu dikatakan terdengar perkataan "cina sepet" dan"India kaki botol" yang di sebut oleh seorang pegawai tinggi BTN!!! Marah betul nampaknya Cik Nordiana ,wakil Puteri UMNO kepada wartawan tersebut....

Kenapa Puteri UMNO marah sangat berita tu keluar pada umum?Bukan ke bagus diketahui orang ramai...dapat gak Puteri iklan percuma!!!

Puteri UMNO tahu tak, selama ini, ramai pegawai polis dari Cawangan Khas(SB) berselerak satu Malaya yang kerjanya menyamar dalam setiap majlis yang dianjurkan oleh NGO2 dan parti gabungan Pakatan Rakyat?Puteri tahu tak betapa SB2 ini cukup bebas mengambil gambar, mengutip berita dan membuat laporan pada ketua mereka di KDN?

Dulu, dalam program NGO dan parti PR, penganjur terpaksa berjaga-jaga dengan kehadiran "wartawan"@ SB tersebut yang sering hadir dengan nota dankamera masing2 untuk mengetahui ,apakah isi-isi penting ucapan penceramah program.Sengaja SB2 ni dihantar oleh KDN untuk memantau semua program NGO semata-mata untuk menakut2 dan membuat ancaman lembut....

Namun kini, nampaknya, Puteri pula sedang menghadapi situasi tersebut......Lepas Puteri, tak mustahil himpunan UMNO juga bakal menghadapai keadan yang sama....

p/s: Hancur2 ,hancur SB!!!!

Read More !

PM Najib akan mansuhkan ISA???

| | 1 ulasan

Dalam M'siakini hari dilaporkan bahawa PM Najib akan membantu Obama menghilangkan Islamphobia dikalangan rakyat Amerika.

Reaksi saya....bagus lah jika PM kita betul-betul nak membetulkan semula pandangan umum bahawa Islam itu satu agama yang selamat dan penganutnya bukan lah pengganas!!! Elok sangat lah tu jika PM dari Malaysia nak tolong bersihkan nama Islam yang telah dirosakkan oleh mantan Presiden Amerika, Bush dan disokong pula oleh mantan PM , Tun Dr Mahathir.

Namun, sebelum apa-apa tindakan dilakukan, TOLONG lah mansuhkan ISA terlebih dulu kerana ISA dah terbukti satu alat yang sering diguna oleh pemimpin negara ini untuk menahan rakyatnya yang berugama Islam dan mereka dinamakan dengan pelbagai gelaran yang semuanya dikaitkan dengan keganasan.

Hampir semua lelaki Islam dalam gambar diatas adalah orang Islam yang pernah ditangkap dan disumbatkan tanpa sebarang bicara ke Kem Kamunting.Menteri Dalam Negeri dan polis bertanggungjawab menggunakan ISA keatas semua mereka. Lelaki-lelaki tersebut ditahan antara 4 - 8 tahun di Kem Kamunting.Selepas dibebaskan dari Kem , mereka juga khabarnya masih diekori oleh polis-polis Special Branch(SB) yang kononnya untuk memastikan mereka ini benar-benar tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Kini, ada 18 orang lagi yang masih ditahan dibawah ISA. Ada yang masih ditahan di Pusat Remand Polis di kKuala Lumpur, dan ada juga yang masih dikurung di Kem Kamunting.

Selagi ISA masih ada, tahanan ISA belum dibebaskan, rasanya PM Najib belum layak untuk bercakap mengenai keadilan dan hak asasi dalam Islam...betul kan?

p/s: Semua bekas tahanan ISA tetap berdoa moga Allah percepatkan balasan yang setimpal terhadap segala perbuatan Menteri Dalam Negeri dan seluruh kakitangannya yang telah menahan mereka dibawah ISA.Didoakan agar SB2 tidak lagi mengganggu kehidupan semua bekas tahanan tersebut...Ameen!!!

Read More !

Salam Aidilfitri kepada semua penyokong perjuangan anti-ISA.

| | 2 ulasan

Abah dibebaskan dari ISA pada 15 Sept 2009 setelah Menteri Dalam Negeri dikatakan berpuashati kerana Abah tidak lagi menjadi ancaman kepada negara walaupun beberapa bulan sebelum itu menteri yang sama kata, beliau masih perlu ditahankerana "masih' memberi ancaman kepada keselamatan negara!!!!Tanpa sebarang proses perbicaraan dengankehadiran pendakwa,peguam dan hakim mahkamah, beliau telah dihantar pulang oleh beberapa orang polis Cawangan Khas kerumah kami diTaman Keramat.Alhamdulillah, kami bersyukur pada Allah diatas kepulangan ini dan amat berterimakasih pada semua rakyat Malaysia yang telah memberi sokongan serta doa supaya kami sekeluarga dapat bersatu semula selepas 7 tahun dipisahkan oleh beberapa orang Menteri Dalam Negeri sebelumnya.... Walaupun bebas, hidup Abah tetap terkongkong.Saya dan Suhaib terpaksa membuat benyak pengubahsuaian dan pengorbanan untuk membantu beliau menyesuaikan diri dengan kehidupan baru. Tiada siapa yang memahami bagaimana kehidupan Abah ketika 7 tahun lebih didalam Kem Kamunting...namun.... kami yang bergelumang dengan beliau setiap hari memang terpaksa bersabar melebihi 200 peratus dengan keadaan dan sikap beliau yang ternyata amat berbeza berbanding ketika belum ditahan ISA 7 tahun dulu.




Sepanjang 7 tahun dikurung tanpa bicara, Abah tidak dapat bersama arwah bapa saya (mertua beliau) yang meninggal dunia pada 2003 serta ibunya sendiri yang meninggal dunia pada bulan Mei 2009.Hanya amalan anak soleh yang tetap terus menemani ibu beliau di alam barzah sana disamping sesekali menziarahi kubur nenek (ibunya) untuk menghilangkan rindu setelah dipisahkan begitu lama.



Alhamdulillah ... kami masih panjang umur dan dapat berpuasa di bulan Ramadhan serta menyambut Hari Raya bersama-sama.Dari kedua-dua gambar jelas kelihatan betapa "kekok" dan "tegang'nya keadaan kami bertiga pada tahun lepas dan kini sudah mesra kembali.Buat masa ini Abah masih belum bekerja lagi.Beliau menjadi " suri rumah" setiap hari menghantar dan menjemput saya dan Suhaib pergi balik sekolah. Sebaik saja pulang dari kerja, saya hanya berehat kerana rumah sudah bersih , kemas, pakaian siap dicuci , di lipat sekali dan ada ketikanya makanan sudah tersedia diatas meja.Saya juga tidak perlu ke pasar atau kedai untuk membeli keperluan dapor kerana semuanya dilakukan oleh Abah. Saya benar-benar ingin menikmati saat-saat "kerehatan" setelah melakukan segalanya - mencari nafkah,mengurus kehidupan, membesarkan anak,melawat beliau di kem Kamunting- semua bersendirian!!!Abah memang ingin sangat nak beerja macam ketua keluarga yang lain,tetapi niat tu terpaksa di urungkan buat seketika.... Buat masa ni, kami berdua melayani pengalaman lalu serta menulis segalanya kembali.Daia sebagai tahanan ISA, saya sebagai seorang aktivis. InsyaAllah jika ada rezki, kami akan terbitkan buku tersebut untuk panduan bagi pasangan lain yang ingin berjuang memerdekakan negara dari ancaman ISA yang telah membelenggu minda rakyat negara ini.
Doakanlah segala akan terhasil...




Walaupun Abah dah bebas, kerja-kerja anti-ISA tetap diteruskan.Kami masih terus mengharap sokongan dan doa dari anda semua supaya diberi kekuatan oleh Allah untuk terus tetap dan berpegang pada prinsip keadilan sejagat bahawa tiada siapa boleh ditahan tanpa bukti,tanpa bicara. Sangat jelas bahawa ISA digunakan oleh pemimpin yang berkuasa untuk memburukkan Islam danpengikutnya.
Dalam radio IKIM semalam, seorang wanita Kristian yang baru memeluk Islam mengakui bahawa media arus perdana di Malaysia juga turut bersubahat memberi gambaran buruk bahawa Islam dan penganutnya digambarkan sebagai ugama yang ganas dan ekstrim.
Dimasa yang sama, doa kami juga tidak pernah berubah iaitu, sentiasa memanjatkan rasa penuh khusyuk kepada Allah supaya memberi balasan yang setimpal kepada penguasa ISA dan semua kakitangannya diatas kezaliman dan kejahatan yang telah dilakukan oleh mereka keatas kami 7 tahun lalu. Kami mohon Allah hancurkan semua yang terbabit menggunakan ISA.
Kami hanya akan berhenti berdoa seperti diatas sekiranya penguasa ISA memohon maaf secara terbuka di semua media arus perdana,bersihkan nama kami dan membayar gantirugi keatas semua kerugian yang pernah kami alami sebelum ini.....
Semua yang hidup pasti akan menemui mati, didunia kami dinafikan, kami tunggu diakhirat sana.....

Pada semua pembaca Merah Hitam, terimakasih diatas sokongan dan doa, moga ianya menjadi pembakar semangat untuk kami terus melangkah membuang ISA dari negara yang kita cintai ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maf Zahir dan Bathin.



Read More !

UMNO dan ISA jauhkan Malaysia dari rahmat Allah?

| | 0 ulasan

Beberapa hari sebelum tamat tempoh perkhidmatan sebagai Ketua Polis Negar (KPN) ,Tan Sri Musa Hassan sempat meluahkan rasa hatinya yang kurang gembira kerana PDRM selalu mendapat tekanan dari pihak lain.

Siapa pihak lain tu? Hanya Tan Sri Musa saja yang tahu.

Namun bagi kami mangsa ISA, kami dah biasa sangat dengan jawapan standard pihak polis"...Puan, kami ni hanya ikut arahan pihak atasan..." dan ada ketikanya kami pun dah tak larat nak dengar alasan dan jawapan yang sama. Bagi kami keluarga mangsa akta tahan tanpa bicara ISA, semua tahanan ISA hanyalah "kambing hitam' yang dicipta oleh UMNO/BN untuk menunjukkan bahawa parti yang sedang berkuasa itu memang benar-benar menggunakan ISA untuk menjaga keselamatan negara.....

Sebab itulah kami sentiasa berdoa semuga Allah beri balasan kepada penguasa ISA dan semua kakitangannya, dengan sesuatu yang tidak pernah terjangkau oleh fikiran kami....setimpal mengikut tindakan yang pernah mereka lakukan keatas kami sekeluarga.

Kejadian terbaru mengenai usahawan Susilawati Lawiya dan tiga pengiringnya yang dikatakan telah di pukul,dibunuh dan mayatnya dibakar, adalah sesuatu yang amat sadis dan tidak masuk akal.Dan amat meendukacitakan rupanya itu bukan kejadian pertama kerana ada individu lain, seorang wanita dari India mendakwa suaminya juga hilang ketika berada ditempat yang sama!!!

Selama ini , polis Malaysia bukan main bijak 'menjejaki" orang Islam dan dituduh sebagai pengganas!!! "pengganas @ militan" islam itu ramai yang dikurung tanpa bicara di Kem Kamunting.

Sekarang, rakyat Malaysia sedang ternanti-nanti, kebijaksanaan PDRM untuk mencari penyelesaian isu terbaru ini.Ada juga yang nakal bertanya, adakah isu terbaru ini kelak, polis juga akan dapt tekanan sepertimana kes-kes lain yang melibatkan pemimpin UMNO/BN?

p/s: Sering bertanya dalam hati, jenayah tinggi serta buang bayi ni seolah-olah amat jauh rakyat Malaysia dengan rahmat Allah.Aadakah semua ini berpunca dari UMNO?

Read More !

Sumbangan anda telah tiba di rumah mereka....

| | 0 ulasan

"Ohh..I suka dapat tolong masuk-masukkan duit kedalam akaun mereka" kelihatan ceria sms Nashita kepadaku. Hari ini adalah hari kedua kami berdua mengagihkan wang zakat fitrah serta sumbangan peribadi dari rakyat Malaysia yang masih perihatin terhadap mangsa ISA dan juga mereka yang baru memulakan hidup baru sebaik saja dibebaskan dari akta tahan tanpa bicara itu.

Nashita telah bergelumang dengan mangsa ISA sejak tahun 1998 ,zaman refomasi .Aku pula merasai kehidupan sebagai warga "mangsa ISA" sejak suami ditahan pada 2002.Kami amat memahami kesukaran hidup mereka yang teraniaya oleh ISA, samada yang masih menjadi mangsa ataupun yang telah dibebaskan dari Kem Kamunting.

Sejak 8 tahun lalu,kami cuba pelbagai cara untuk menggembirakan keluarga di Aidilfitri.Menyedari kami tidak mendapat layanan malah amat sukar mendapat dana dari pihak berwajib, akhirnya kami nekad untuk memohon ihsan sumbangan kewangan dari rakyat Malaysia yang perihatin semata-mata untuk diberikan kepada mereka yang sedang dianiaya oleh penguasa ISA....

Kriteria mereka yang menerima sumbanganini ialah, mangsa ISA, bekas mangsa ISA yang belum bekerja tetap dan hidup dalam kemiskinan.

Inilah luahan perasaan mereka yang telah menerima sumbangan dari kami.

1- "Terimakasih kak, duit dah masuk .empatlah kami ke bandar untuk membeli keperluan anan-anak..." kata Puan H dari Tawau.

2-" Kak, macam mimpi ada sumbangan untuk kami...tima kasih kak" kata Puan N,isteri bekas tahanan ISA dari Bota, Perak.

3-" Kak, duit ni tak sama dengan suami.Saya nak dia bebas dan menyambut raya dengan kami dirumah...Tapi, kami tetap bersyukur dengan bantuan ini..." kata Puan F, suaminya masih dikurung di Kem Kamunting.

4-"Terimakasih pada GMI dan semua yang sudi membantu saya.Masih belum tahu nak buat apa...isteri dah berpisah dan anakpun tidak bersama saya....Saya harap dapat menziarahi anak-anak di Hari Raya ...tapi polis kata peluang untuk menziarahi mereka cuma 10 peratus..alasannya kerana saya adalah tahanan terhad.... dan masih baru sangat dibebaskan.." kata Samsudin Sulaiman yang baru dibebaskan setelah di kurung lebih 8 tahun di Kem Kamunting.Samsudin tinggal bersama kedua ibu-bapanya di Johor manakala anak-anak beliau tinggal bersama bekas isterinya di Kuala Lumpur.

Esok masih ada sehali lagi kita berada dibulan Ramadhan...Masih ada peluang untuk menggembirakan insan lain yang bernasib kurang baik.....

p/s: Seramai 23 mangsa telah mendapat bahagian masing-masing...Jika ada lagi sumbangan, lebih ramai lagi akan dapat merasai nikmat sumbangan itu.

Read More !

ISA lebih kejam dari sembelih ahli keluarga??

| | 2 ulasan

"Mahkamah Tinggi Seremban mendapati Rashidi Ismail 34 terlepas dari tali gantung setelah menyembeleh Datuk, nenek, bapa dan adik perempuannya...." Walaupun dah terbukti menyembelih 4 orang ahli keluarganya namun beliau masih didapati tidak bersalah ketika melakukan perbuatan itu kerana ketika itu beliau disahkan oleh pakar, sebagai "tidak siuman".itulah untungnya jika kesnya dibicarakan, ternyata, bahan bukti yang dikeluarkan oleh doktor pakar, telah menyelamatkan beliau....


Samsul Hamidi yang ditahan dibawah ISA pada 1 Ramadhan@11 Ogos lalu masih dikurung di salah sebuah Police Remand Center di Kuala Lumpur.

Apakah dosa dan kesalah beliau?

Tiada siapa yang tahu nasib beliau kerana ISA tidak memperuntukkan wang jaminan Orang Kena Tahan .ISA tidak benarkan pertemuan dengan peguambela.ISA tidak perlu bukti untuk menahan dan mendakwa seseorang.ISA tidak perlu hakim untuk mendengar perbicaraan....tanpa sebarang proses mahkamah dalam ISA.

Samsul merengkok keseorangan siang dan malam dalam sebuah sel kecil yang dikunci dan di mangga dari luar.....Hanya lubang udara di celah batu meloloskan oksijen yang menjadi penyambung nyawa bagi beliau....Di sel yang sunyi itu, tiada radio,tiada tv tiada langsung suasana menyambut Aidilfitri. Malahan, yang mengisi kekosongan ketika itu hanyalah rasa tidak pasti,ketakutan, tidak tentu arah dan resah yang berpanjangan.Hanya Allah yang menjadi peneman setia beliau di tempat yang sempit,busuk dan gelap itu!!!

Rashidi Ismail jauh lebih beruntung dari Samsul Hamidi kerana beliau mendapat pembelaan dimahkamah. Apa akan berlaku pada Samsul? Besar kemungkinan, beliau akan dihantar ke Kem Kamunting dan menjalani kehidupan sebagai banduan selama 2 tahun disana....

Bilakah pemimpin UMNO akan berhenti dari meneruskan amalan zalim ini?

Read More !

Muliakah tindakan Menteri Dalam Negeri di akhir Ramadhan ini??

| | 0 ulasan

( Adik K, 1 tahun 8 bulan , amat merindui bapanya yang baru ditahan pada 11 Ogos bersamaan 1 Ramadhan 2010.Bapa K masih berada di salah sebuah PRC di Kuala Lumpur.Beliau kelihatan begitu selesa berada di dokongan Pak Cik M.Sah, yang juga seorang bekas tahanan ISA selama 7 tahun.)

"Seorang tahanan terbaru ISA, Fadhlullah telah dihantar ke Kem Kamunting ...." sms itu membuat dadaku berdebar. Sebak rasanya.Aku dapat merasakan betapa hancurnya harapan kedua ibu-bapa beliau dengan berita ini.
Selama hampir 60 hari (Section 73 ISA) Fadhlullah ditahan di Police Remand Center disekitar Kuala Lumpur, pastinya semua yang mengenali beliau telah mendoakan supaya Fadhlullah dibebaskan dengan segera....
Namun .....apakan daya, beberapa hari lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri, nampaknya....Fadhlullah dan ibu-bapanya hanya dapat menyambut perayaan utama umat Islam itu di Kem Kamunting.
Apakah dosa dan kesalahan Fadhlullah?
Hanya Menteri Dalam Negeri(MDN) saja yang tahu segala kesalahan itu kerana beliau(MDN)lah pendakwaraya, peguambela dan juga hakim kepada mangsa ISA seperti Fadhlullah.Secalit tandatangan dari lelaki itulah(MDN) Fadhlullah di benamkan pula dalam Section 8 ISA iaitu dua tahun menjalani kehidupan sebagai banduan yang tidak pernah dibicarakan, di Kem Kamunting. Sepertimana tahanan ISA yang lain, Fadhlullah tidak pernah mendapat hak jaminan, hak pembelaan dan beliau tidak pernah diberi hak untuk dibicarakan di hadapan mana-mana hakim di mana-mana mahkamah terbuka di Malaysia.
Adilkah ini semua untuk Fadhlullah? Allah SWT sendiri ,sebelum menghantar seseorang itu ke syurga atau neraka, memberi peluang kepada manusia itu hak perbicaraan di hari perhitungan/hari hisab di padang mahsyar.......
Tetapi, mangsa ISA seperti Fadhlullah...tidak pernah diberikan sebarang untuk membela diri.....
Berbahagialah rakyat Malaysia yang mempunyai undang-undang dan Menteri Dalam Negeri sepertimana yang sedang wujud sekarang ini.
Sesiapa yang ingin menghulur derma untuk memudahkan keluarga tahanan ISA menyambut Aidilfitri di Kem Kamunting, harap dapat berhubung dengan bendahari GMI Pn Nashita Md Noor di hp 0132096373 melalui akaun May Bank 162209939776.Moga sumbangan anda diganti dengan syurga.

Read More !

"Anak saya bertanya.... mana ayah?"

| | 0 ulasan


"Boleh kita jumpa?" kataku pada Puan Anne(bukan nama sebenar), ahli keluarga pada mangsa terbaru ISA.

"Kenapa kak?" tanya beliau lagi.

"Akak ingin sampaikan sedikit sumbangan sebagai perbelanjaan harian kamu" tambahku lagi.

"Saya masih ada duit lagi kak.Lagipun saya kerja..." kata "Anne" lagi.

"Itu akak tahu.Akak ingin bertanya khabar kamu dan anak...itu saja" tambahku lagi.

"Tapi...saya diperhatikan.Banyak SB berhampiran rumah dan saya tak mahu dilihat berjumpa orang2 yang tidak dikenali..." jujur Anne berbicara.

"That's why I need to see you.Awak perlukan teman untuk mengurangkan resah didada.Akak pun pernah jadi isteri tahanan ISA dulu...Akak faham perasaan awak..." kataku lagi.

"Anak saya asyik bertanya, dimana ayah dia..." kata Anne dalam suara tenggelam timbul.

"Ya...akak memang nak jumpa anak awak...mesti dia rindukan ayahnya,kan?" aku terus bersuara.

Puan Anne mendiamkan diri.

"Hello..Anne are you there? Akak nak beritahu, rakyat Malaysia yang perihatin,semuanya mendoakan supaya suami you segera dibebaskan. Mereka juga nak tahu, macam mana nak bantu awak menghadapi saat-saat genting ni..." aku bercakap panjang lebar.

"Kak, saya dengar ni..." kata Puan Anne.

"Anne, sekarang suami you di Bukit Aman.Kita doa dia dibebaskan cepat, tapi jika dia di hantar ke Kem Kamunting macammana? Jika suami dipindahkan ke Kem Kamunting, awak akan perlukan banyak duit untuk perbelanjaan melawat dia...." aku terus bersuara.

"Terimakasih bagi tahu saya kak...." sebak bunyi suara Anne diikuti esakkan beliau dihujung talian.Aku biarkan Anne menangis semahu-mahunya....

"Ok, Anne. Nanti kita jumpa ya...Assalamualaikum." kataku memutuskan talian.


Kisah benar diatas dicatit menjelang sepuluh malam terakhir dibulan Ramadhan yang mulia.Tiada siapa yang tahu, ketika umat Islam sibuk mencari keampunan disamping berdoa supaya ditemukan dengan malam Lailatul Qadar, ada insan lain yang sedang dipisahkan dari ibu-bapa,anak-isteri .... dikurung tanpa peluang bertemu peguam,tanpa peluang untuk dijamin ahli keluarga ...di beberapa tempat sulit di Bukit Aman sana.


Ketika umat Islam sedang sibuk membuat persiapan terakhir menjelang 1 Syawal, keluarga tahanan ISA pula sedang dalam keresahan , masing-masing berkira-kira, bagaimanakah seterusnya nasib ahli keluarga mereka yang sedang ditahan dibawah akta Keselamatan Dalam Negeri itu.


Anda semua yang perihatin terhadap nasib mereka yang sedang ditahan dibawah ISA, ambillah peluang hari-hari terakhir Ramadhan ini untuk membuat sedikit kebajikan bagi membantu mereka yang sedang dizalimi oleh akta tahan tanpa bicara ini. Seperti sebelumnya, sila berhubung dengan bendahari GMI, Pn Nashita di hp 0132096373 untuk di bank in di May Bank 162209939776. Moga bantuan anda kepada mereka akan diganjari Allah pertemuan dengan Lailatul Qadar.



Read More !

Bebas juga akhirnya......

| | 5 ulasan

"Tahanan ISA paling lama, Samsuddin Sulaiman telah bebas" sms itu ku kongsikan dengan suamiku, juga seorang bekas tahanan ISA yang ditangkap di malam yang sama dengan Samsudin.Suamiku telah dibebaskan pada bulan yang sama ,menjelang Aidilfitri ,tahun lepas.Samsudin telah dikurung tanpa bicara sela 8 tahun 5 bulan di Kem Kamunting.

"Aku takut sangat......, jika dah dibebaskan nanti, anak-anak pun tak kenal dan tak mau terima aku"demikian pernah diluahkan oleh Samsudin kepada suamiku, beberapa hari sebelum suamiku dibebaskan tahun lepas.

Akhirnya....Sudin bebas juga.

Sebelum ini, ketua Special Branch(SB) Malayasia dengan sombongnya mengatakan bahawa Samsudin sukar untuk dibebaskan kerana beliau masih mengancam keselamatan negara.Agaknya ketua SB tu lupa Allah lebih berkuasa dari beliau....

Walaupun dikatakan sudah bebas, sebenarnya Samsudin masih dalam sekatan polis ditempat yang terhad.Moga beliau lebih bersabar memasuki fasa kehidupan baru sebagai bekas tahanan ISA......

Read More !

"Demi anak-anak, ku buang rasa malu...."

| | 0 ulasan

"Assalamualaikum, apa khabar kak? Maaf jika sms ini mengganggu kerehatan kakak.Ramadhan semakin menuju ke hujungnya, tapi saya rasa amat resah dan sedeh.Manakan tidaknya, anak-anak setiap hari bertanya bila hendak membeli pakaian baru menggantikan yang lama yang sudah ketat dan pendek.Anak-anak tidak kisah berbuka dan bersahur nasi putih dan kicap...tetapi saya harap dapat membeli makanan yang istimewa untuk dimakan di pagi raya.Suamiku walaupun sudah lebih setahun dibebaskan dari ISA,namun masih sukar mendapat pekerjaan sepertimana beliau belum kena ISA 5 tahun lalu.

Walaupun beliau telah bekerja lebih 10 jam,namun pendapatannya masih belum cukup untuk membiayai kehidupan kami sekeluarga. Kak Laila.... saya mohon sangat agar mendapat sedikit bantuan dari kakak dari masyarakt di Semenanjung sana.Saya amat malu meminta-minta begini,tetapi demi anak-anak, ku buang segala rasa malu itu....."


Kali terakhir aku bertemu Puan J ialah pada bulan September tahun lepas, ketika menyertai rombongan menyampaikan bantuan kemanusiaan ke Sabah.Lepas itu, hubungan kami terputus dan sms ini adalah yang terbaru ku terima tahun ini.

Selama hampir 8 tahun aku menjadi ahli keluarga mangsa ISA, amat sukar untuk kami mendapat bantuan dari pihak berkuasa yang begitu zalim mencantas rezki dan kasih sayang kami.Semua mangsa ISA menyambung kehidupan hasil dari pemberian orang ramai.

Di sepuluh terakhir Ramadhan ini, GMI berusaha mendapatkan sebanyak sumbangan yang boleh supaya dapat diserahkan kepada mereka yang dalam kesusahan itu.

Kepada anda yang belum menunaikan zakat fitrah, Gerakan Mansuhkan ISA bersedia menerima zakat fitrah anda untuk diserahkan kepada mereka , bekas tahanan ISA yang baru memulakan kehidupan dan juga untuk keluarga Tahanan ISA yang masih ditahan di Kem Kamunting.Sila hubungi Bendahari GMI , Pn Nashita Md Noor di hp 0132096373 dan masukkan di akaun May Bank 162209939776.Moga Allah balas tindakan ini dengan sesuatu yang terbaik.

Read More !

Sebelah kaki hakim di neraka?

| | 6 ulasan



Orang ramai yang mengikuti berita berhubung bekas tahanan ISA, Abdul Malek Hussin dan menganggapnya sebagai manusia paling malang di Malaysia , memang tidak boleh persalahkan.


Nasib malangnya itu bermula pada akhir tahun 1998 apabila dia ditahan selama 57 hari mengikut ISA yang menafikannya sebarang hak untuk dibicarakan bagi mendapatkan keadilan yang sewajarnya.


Sepanjang 57 hari ditahan, Abdul Malek didera secara mental dan fizikal. Malah dia mendakwa pernah dipaksa minum air kencing oleh polis yang menjaga beliau. Kes itu telah dibicarakan dimahkamah dengan saksi-saksi dipanggil dan semua mengaku pernah melakukan perbuatan itu keatas Malik.


Mahkamah tinggi telah menganugerahkan RM2.5 juta, namun pihak kerajaan telah membawa kes itu ke mahkamah Persekutuan yang menyaksikan akhirnya Malik terpaksa membayar RM70,00 kepada orang yang bertanggungjawab menderanya.


Abdul Malek diarahkan membayar RM20,000 sebagai kos kepada ketiga-tiga responden yang pernah mendera beliau iaitu-- pegawai cawangan khas Borhan Daud, ketua polis negara pada ketika itu Tan Sri Abdul Rahim Noor dan kerajaan Malaysia.Ketika dihubungi oleh Malaysiakini, Abdul Malek membidas keputusan penghakiman itu yang disifatkannya sebagai ‘kejam’."Mereka tolak permohonan saya untuk merayu. Mereka langsung tidak mahu mendengar kes saya. Ini amat kejam. Sekurang-kurangnya bagi jalan dan dengarlah dulu."Saya fikir badan kehakiman sebenarnya takut,” dakwanya."Bdan kehakiman sepatutnya menjadi benteng kepada rakyat untuk mencari keadilan. Tujuan rakyat ke mahkamah hanyalah semata-mata untuk mencari keadilan. Di negara ini, badan kehakiman menyokong rejim kuku besi. Habislah."(Mahkamah) telah gagal dalam tanggungjawab mereka menegakkan keadilan dalam mempertahankan hak asasi manusia dan menentang pemerintahan kuku besi,” katanya.[Baca berita penuh]


p/s: Hakim Mahkamah Persekutuan tahu Malik pernah didera oleh 3 pihak iaitu Borhan,Rahim Noor dan kerajaan.Dan Hakim itu juga yang menjatuhkan hukuman supaya Malik membayar gantirugi pada 3 pihak yang pernah mendera beliau.Adakah hakim jenis ini yang dikatakan "sebelah kakinya berada di neraka?"

Read More !

Bersatu jika mahu bubarkan ISA -SUHAKAM

| | 0 ulasan


Suhakam: Bersatu jika mahu bubarkan ISA
Joseph Sipalan dan Richard Loo Aug 14, 10 12:56pm

Pengerusi baru Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Tan Sri Hasmy Agam membuat cabaran kepada semua rakyat Malaysia - jika tidak mahu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), maka bersatu menentangnya.

Diplomat negara yang telah bersara itu berkata Malaysia tanpa ISA adalah situasi yang ideal tetapi mengakui ia tidak semudah itu.Hasmy, 66, berkata hak asasi akan hanya diletakkan di tempatnya yang sewajar di negara ini, apabila semua pihak, bermula daripada kanak-kanak sekolah sehingga pegawi penguatkuasa memahami hak masing-masing."Terpulang kepada rakyat Malaysia sama ada mereka mahu (atau tidak) mengekalkan ISA sekarang ini ataupun dalam bentuk yang lain,” katanya pada wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, baru-baru ini.Hasmy, seorang duta ketika pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata isu menghapuskan akta kuku besi - ISA itu tidak semudah seperti yang disangkakan.Katanya, tindakan kerajaan untuk meminda beberapa perkara yang amat tidak disenangi rakyat tetap tidak akan disenangi kerana ia hanya berubah bentuk."Jika parti politik yang mahu ISA dikekalkan terus berkuasa, sama ada BN atau sebaliknya, ini kehendak rakyat; (ia sebahagian daripada) proses demokrasi."Saya kira jika sesuatu parti itu tidak menjuarai ISA, maka apabila mereka membentuk kerajaan - mereka mempunyai tanggungjawab bagi membubarkan akta itu,” katanya.

Hasmy berkata beliau senada dengan pendirian Suhakam bahaaw undang-undang arbitrari seperti ISA tidak secocok dengan prinsip hak asasi manusia dan lebih cepat ia digugurkan, maka itu adalah lebih baik.Bagaimanapun, Hasmy yang menganggap dirinya sebagai seorang idealis sedar bahawa ia tidak semudah itu dan menyedari Suhakam sentiasa berdepan dengan tentangan daripada kerajaan dan agensi penguatkuasaannya dalam menjalankan tugas. Malah beliau juga mengakui tidak mudah berdepan dengan kumpulan berkenaan.


"Ini telah menjadi isu sejak sekian lama. Suhakam telah dan akan terus mendesak agar ISA dibubarkan. Pendirian Suhakam jelas. Kami mahu ia dibubarkan. Bagaimana untuk kita lakukannya? Kita kena yakinkan kerajaan, pihak polis,” katanya.Hasmy berkata kerajaan dan polis mempunyai beberapa justifikasi bagi mengekalkan ISA kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai lapisan yang kompleks. Sebagai contoh, katanya, peristiwa berdarah 13 Mei 1969 seringkali dijadikan alasan supaya ISA terus dikekalkan.Tegasnya, seringkali juga agensi penguatkuasaan tidak mematuhi peraturan dan menyalah-gunakan akta itu bagi menafikan hak kebebasan untuk berhimpun dan hak untuk diwakili bagi dibicarakan di mahkamah."ISA ini adalah tinggalkan sejarah. Dunia sudah berubah. Darurat sudah berakhir. Tidak ada lagi komunis. Mengapa ISA perlu dikekalkan?"Kita boleh memperketatkan undang-undang lain bagi menjamin ketenteraman awam dan keamanan. Perketatkan undang-undang hasutan atau mungkin juga adakan akta anti-pengganas."ISA ini agak kejam dan kuku besi. Dan pasukan keselamatan serta pihak berkuasa hanya menggunakannya bagi memudahkan kerja mereka,” kata Hasmy lagi.

Read More !

Allah gagalkan usaha UMNO/BN di awal Ramadhan.

| | 1 ulasan

10 Ogos 2010.
"Sha, esok telefon saya semula urgent,esok kena hadir ke Mahkamah 8.00pm...." itu sms dari seorang polis cawangan khas pada seorang Orang Kena Tuduh(OKT) bernama S.Kami tidak perasan bahawa SB cuba mengganggu ketabahan dan semangat juang dalam diri OKT tersebut.Ada 3-4 orang OKT lagi yang cuba di"beli' oleh SB.

"Kes ni mungkin susah nak menang, mungkin makan masa 2-3 tahun, kalau jatuh hukuman mungkin kena penjara 6 bulan dengan denda RM500,atau kedua-duanya sekali.Jadi ..nak mudahkan kes ni, OKT boleh mengaku bersalah dan kes ni tutup.Tak payah penat2 atau susah2 datang mahkamah..." itu pula tawaran pendakwaraya (DPP) yang pastinya amat gembira jika semua OKT mengaku salah kerana dia tak payah buat pertuduhan dan cari semua bukti untuk menyokong pertuduhan itu.Inilah Malaysia Boleh.

Kami tak sangka, ada 4 OKT yang dah "berkenan" dengan tawaran itu dan sudah mula berpaling arah.......


24 OKT lain sedih dengan pengumuman 4 OKT yang ingin "mengaku bersalah".Mulanya aku rasa marah sangat...tetapi...bila aku letakkan diriku dikasut mereka barulah dapat berfikir dengan lebih rasional dan cuba melakukan sesuatu untuk menyelamatkankeadaan.Kesemua 24 OKT tu masih muda dan ramai yang masih di belajar.Mereka bersemangat,tetapi belum begitu faham "bagaimana' hendak berjuang.Barisan peguam kami yang kurang jelas dan kurang mahir dengan taktik kotor ISA juga tidak banyak membantu OKT yang sudah mula hilang arah ini.

Akhirnya, kami sepakat untuk meraikan OKT menyambut awal Ramadhan di Pejabat Agung PAS.Sebaik selesai makan malam, 18 OKT yang datang dari Perak,Johor,Melaka dan Terengganu menunaikan solat Isya dan terawikh berjemaah di imamkan oleh pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA, Syed Ibrahim.Usai saja acara itu, memberi peluang kepada Syed Ibrahim memberi sedikit motivasi kepada mereka yang hadhir. Kedatangan peguam GMI Latheefah Koya dan Fadiah Nadwa memberi maklumat mengenai hak OKT, benar-benar menyuntik semangat baru kepada semua OKT muda tersebut."Dah lama kami ingin tahu mengenai semua perkara yang Kak Latheefah sebut tadi...Input ini amat kami perlukan dan sekarang lebih yakin untuk berjuang... " kata H dari Perak.Kata-kata itu disambut dengan takbir oleh yang lain.

Alhamdulillah, puashati!!! Mereka berazam untuk menyampaikan maklumat itu kepada dua lagi rakan yang belum mengetahui hak-hak sebagai OKT. Keempat-empat OKT yang menarik diri berharap dapat membatalkan pengakuan mereka "bersalah" kepada "tidak bersalah".Semua lega dan bersedia untuk berpuasa di keesokan hari....


Mahkamah Jenayah 5, 10am, 11 Ogos 2010.
Sebaik memasuki ruang perbicaraan, ku dapati ramai wakil media cetak dan elektronik milik kerajaan telah menunggu didalam. Wakil NTV7 menghalakan kameranya kearahku....
Kami 29 OKT berkumpul."Adik-adik semua, tengok pada wakil media yang ramai tu....mereka akan buat liputan keatas OKT yang bakal dijatuhkan hukuman oleh hakim kerana mengaku bersalah..." kataku pada mereka.Keempat -empat OKT kelihatan amat terperanjat melihat ssuasana itu.Kini mereka benar-benar faham,kenapa kami semua mesti tetap dengan pendirian.
"Saya mohon maaf yang Arif, keempat-empat anak guam saya yang mengaku bersalah semalam, kini mereka ingin menukar pengakuan kepada TIDAK BERSALAH...." kata Peguam A yang mewakili 4 OKT tersebut. Hakim terpaksa mengiyakan saja makluman itu.Serentak dengan pengumuman itu,semua wakil media kerajaan bangun dan tergesa-gesa meninggalkan ruang perbicaraan...kecuali wakil dari media alternatif.
Akhirnya, pada hari ini, wakil media UMNO/BN gagal menyiarkan berita yang lebih kurang begini bunyinya "empat peserta demo anti-ISA hari ini mengaku mereka bersalah kerana menyertai himpunan haram itu dan itu membuktikan rakyat sedar bahawa ISA tetap diperlukan....bla,bla....."
Alhamdulillah, kami masih kekal dengan bilangan 29 OKT dan akan terus mempertahankan prinsip perjuangan kami.Inilah nikmat 1 Ramadhan yang amat besar ertinya kepada perjuangan mebuang ISA dari bumi Malaysia tercinta ini....



Read More !

Lawan tetap lawan!!!!

| | 0 ulasan

Aku memandu agak perlahan ke mahkamah Jalan Duta pagi tadi. Mata melerek kearah jam di "dashboard' kereta, 7.46am.Sempat rasanya untuk tiba di Mahkamah sebelum jam 8.30am.Aduh!!!"Highway' DUKE pun jam gak.Ada kemalagan kecil antara exit ke Selatan dan susur keluar ke Masjid Wilayah.Tiba di perkarangan mahkamah dah jam 8.25am. Parkir pulak penuh!!!Pusing-pusing ...tiada langsung ruang kosong."Buat bangunan besar, tapi ruang letak kenderaan kecik jer.." aku tak mampu membiarkan sungutan itu menyesakkan didada.

Biasanya,ramai yang meletakkan kenderaan di bahu jalan dari jalan utama ke perkarangan mahkamah tetapi hari ini,semua ruang itu ditanda dengan kon bertulis"POLIS".Ku lihat jumlah polis yang luar biasa ramainya dan wartawan memenuhi ruang legar mahkamah. Aku terus keluar dari kawasan itu,dan akhirnya dapat meletakkan kereta di ruang parkir medan selera bersebelahan dengan mahkamah."Hari ni bicara Anwar (DSAI)...sebab tu polis dah berjaga-jaga supaya penyokong dia tak mengamuk" kata seorang pemuda yang mendakwa "menjaga' kawasan itu."Apa yang penyokong dia(DSAI) buat?" tanyaku sambil menutup pintu kereta."Entah...polis kata mereka merusuh..." jam ditangan menunjukkan 9.10am.Tak kuasa aku nak dengar cakap-cakap "SB" tu dan aku bergegas ke Mahkamah Jenayah 5 di tingkat 3 bangunan yang catnya kelihatan semakin lusuh itu.Aku berjalan pantas sambil berdoa supaya Allah permudahkan perjuangan DSAI......

"Kak Laila lewat, sebab tu Hakim merajuk tak nak teruskan kes kita...he he he" beberapa orang OKT mengusikku.Ohhh!!Orang dari Terengganu, Johor,Perak...semuanya dah sampai.Aku hanya mampu tersenyum saja...
"Kak tau tak kes ni akan berlangsung 4 hari?" tanya Aiman Athirah, Ketua PeneranganMuslimat berbisik padaku. "Betul ke? " aku memandang tepat kearah Aiman."Tak caya, tengoklah jadual diluar sana" katanya khusyuk melayani FB di notebooknya.Aku segera keluar untuk melihat jadual perbicaraan...Ohhh...Ya Allah..macam mana ni? Macam mana dengan OKT yang datang dari jauh yang cuma sehelai sepinggang?Setahu kami, hari ini cuma sebutan kes saja...
Keadaan jadi "huru-hara' kejap......

Beberapa minit kemudian hakim masuk dan nama kami disebut semula. Semua OKT diberitahu ada perbicaraan pada 10,11 dan 12 Ogos dan mengingatkan kami supaya hadir tepat pada waktunya.

Semua OKT keluar dari bilik perbicaraan dan bertemu peguam sekadar membuat kepastian berkenaan tarikh-tarikh yang telah disebutkan.Kami bersurai......

H,F dan M dari Melaka kelihatan masih terperanjat. M, H dan S dari Besut,Terengganu, juga kelihatan sugul dan tidak berkata apa-apa. A dan M dari Perak hanya tersenyum tawar sambil memandang kearahku.Semua hanya diam membisu.....

"Semua nak balik rumah masing-masing ke?Jauh tu....kalau Pejabat PAS penuh, marilah jadi tetamu akak dan abang Mat Sah..." segera aku tawarkan rumah kami untuk mereka bermalam.Semuanya diam membisu.Masing-masing sedang membuat perkiraan samada perlu pulang atau terus bermalam di mana-mana lokasi di Kuala Lumpur.

"Nantilah Kak, kami bincang dulu...kami ni datang K.L sehelai sepinggang, satu apa pun tak bawa....ingatkan, lepas sebutan kes semua pakat nak terus balik rumah...lagipun, esok dah nak menyambut Ramadhan...tak terfikir kami nak sambut puasa di mahkamah pulak..."kata M.

Semua diam.

"Menyesal ke datang demo MANSUH dan kena tangkap?" kataku memecah kesunyian."Kalau takut dilambung ombak, tak payah le buat rumah ditepi pantai..." tambahku lagi."Kes ni memang berat akak rasakan ...terutama bagi kita-kita yang kerja makan gaji dan tinggal jauh dari K.L.Tapi....tak sama beratnya dengan nasib tahanan ISA yang dikurung tanpa bicara oleh kerajaan. Nasib mereka lagi teruk.Mereka tetap merasa dihina,hilang pekerjaan dan ada yang hilang ahli keluarga......Akak dah rasa susahnya jadi mangsa ISA...." aku bersuara dengan nada perlahan.

"Bagi akak, yang penting, perjuangan ini akan jadi saksi bila kita jumpa Allah nanti, bahawa kita bersungguh-sungguh mahu supaya undang-undang jahat ni dibuang dari kehidupan kita..." aku perhatikan seorang demi seorang wajah muram OKT tersebut.
"Kami akan teruskan kak...lawan tetap lawan..." kata H dari Melaka.Kata-kata itu disambut oleh mereka yang lain......Akhirnya, semua tersenyum kembali......

Read More !

Selepas Pak Lah, Najib pulak ke?

| | 0 ulasan



"Saya masih "confuse" dengan 1 Malaysia..." macam tak percaya pula bila secara tiba-tiba mantan PM yang pernah berkuasa 22 tahun itu bersuara demikian. Sebelum itu, beliau dikatakan tidak setuju dengan Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh mantan PM, Tun Pak Lah.

Sebelum ini, rakyat semua dah tahu, sebaik saja mantan PM menyuarakan rasa tak puas hati pada Tun Pak Lah, maka dengan tidak semena-mena, jawatan PM tu dah tidak setabil untuk terus duduk lama ditangan bekas Menteri Dalam Negeri tu. Dan kini.....rungutan yang hampir sama pula telah ditujukan pada PM Najib.....

Apa yang akan akan disuarakan selanjutnya oleh Tun M tentang PM Najib ya?

p/s: Nampak sangat menteri2 KDN yang menjaga ISA, nasib mereka juga tidak selesa.....

Ingat, doa orang yang dianiaya akan dikabulkan Allah...hanya masa yang menentukan.

Read More !

Berani tak Utusan Malaysia dan Berita Harian?

| | 0 ulasan



Banyak sungguh berita yang menarik bila M'siakini bersikap memberi peluang pada kedua-dua pihak UMNO/BN dan Pakatan Rakyat. Dalam M'siakini hari ni jer, ada beberapa tajuk yang amat menarik keluar di muka yang sama.

1) "UMNO beri amaran "jangan main api" kepada Yb Pua(DAP) berkaitan isu diskaun pemilikan rumah dan hartanah kepada bumiputra.Amaran ini disampaikan oleh Datuk Ahmad Maslan,Ketua Penerangan UMNO.

2) "Haramkan DAP" kata YB PKR yang melompat ke kawasan bebas, yang dikatakan dah dibeli UMNO, iaitu Zulkifli Nordin.

3) "Tahanan melarikan diri, KP imigresen akur jika ditukar " Datuk Hisha,Menteri KDN khabarnya kesal dengan peristiwa 20 tahanan dari Afghan melarikan diri.

4) 36 peserta demo anti-ISA ditangkap.

5) Kenapa demo penyokong ISA tidak ditangkap?

Boleh ker Berita Harian atau Utusan Melayu buat macam ni?Berani tak dua akhbar tu beri peluang yang sama pada PR? Berani tak kedua-dua akhbar tu letak poster anti-ISA macam diatas?

Read More !

Lilin menakutkan polis?

| | 2 ulasan

"Semua dalam proses ikat jamin" itu sms dari Nalini, Koordinator ISA dari SUARAM.Ketika itu jam menunjukkan 3.10 pagi , 2 Ogos 2010. Antara mereka yang ditahanpolis ialah Syed Ibrahim, Pengerusi GMI dan Nalini sendiri. Dianggarkan lebih 30 orang ditahan dalam Vigil yang diadakan sempena 50 tahun ISA, depan Amcorp Mall malam tadi. Pada Ahad 1 Ogos 2010, semua AJK GMI termasuk saya sendiri telah mengadakan edaran risalah di hadapan pasaraya SOGO diikuti dengan sidang akhbar ringkas sempena 50 tahun ISA menakutkan rakyat Malaysia.Ketika mengedarkan risalah, saya dapati, pergerakan kami sentiasa diawasi ramai pegawai polis yang berpakaian awam dan sekumpulan polis berpakaian seragam. Polis berpakaian awam yang juga terkenal dengan panggilan SB@Special Branch itu turut merakam pergerakan kami sepanjang edaran itu dibuat....Nak buat macammana, tak kan kami nak minta mereka hentikan perbuatan itu. Kami teruskan mengedar risalah, dan mereka merakam kesemua pergerakan kami!!!Tepat jam 1 tengahari, kami berhenti mengedarkan risalah 50 tahun ISA dan terus pulang berehat sebelum bersedia menghadiri Vigil yang diadakan jam 8 malam di hari yang sama.

"Ait..cepatnya polis buat tangkapan!!!!" kataku melihat jam ditangan yang menunjukkan baru pukul 8.15 malam.Ketika itu Syed Ibrahim sedang di bawa polis dengan begitu kasar sekali. Saya dan Mat Sah berlari kearah Syed yang di pegang kedua belah tangannya dan dimasukkan kedalam salah satu Balck Maria yang telah sedia menunggu. Kelihatan beberapa peguam dari Bar Council telah bersedia menghadapi suasana penangkapan itu. "Its ok...we'll meet you at Balai Polis" kata Peguam Fadiah dan Latheefah Koya kepada Syed dan beberapa orang peserta Vigil yang ditahan.Hampis semua peguam GMI yang mengganggotai Bar Council telah "biasa' ditahan polis dan tinggal di lock-up....jadi peristiwa itu tidaklah menggentarkan perasaan mereka.

Kemudian, semua pserta Vigil yang tidak ditahan, segera beredar ke IPD Petaling Jaya.Kami berkumpul sebagai satu solidariti kepada rakan2 yang ditahan, tiba-tiba, datang 3 buah water cannon berwarna merah berhenti dihadapan IPD dan semua polis@FRU didalamnya keluar dan mengejar kami.Apa lagi, kami pun lari lintang pukang menyelamatkan diri masing2....

Beberapa minit kemudian, seorang teman memberitahu, Orang Kena Tahan (OKT) sedang menunggu disoal siasat.Mereka kelihatan duduk bersila atas lantai.Lebih 2 jam ditahan, nampaknya mereka semua belum disoal siasat oleh pegawai penyiasat@IO.Saya pergi ke tempat dimana OKT boleh dilihat. Tempat itu ialah di ruang letak kereta . Beberapa orang blogger telah memberi lilin kepada kami dan mula dinyalakan dengan harapan supaya OKT melihat deretan lilin itu dan mengetahui bahawa kami menunggu mereka diluar balai.OKT memberi isyarat melihat lilin tersebut Beberapa minit kemudian, saya diberitahu oleh OKT bahawa polis telah memberi arahan supaya menangkap sesiapa saja yang cuba menyalakan lilin!!!

Kami patuhi arahan OKT yang meminta supya meninggalkan premis tersebut....Betul agaknya andaian orang ramai kerana terlalu ingin menjaga ISA, nampaknya polis terlalu takut pada nyalaan lilin.....Betul ker?

Read More !

Jom ke Vigil, Ahad 1 Ogos 2010.

| | 0 ulasan

Pada bulan Jun 2008, semasa GMI mengadakan Vigil di Kem Kamunting, penghuni Kem itu dimana ketika itu, Mat Sah@Abah Suhaib..... salah seorang diantara mereka, rasa amat teringin untuk melihat dunia luar Kemta yang kelihatan hijau dan segar.Malangnya, peraturan Kem menafikan hak mereka walaupun untuk mengintai keindahan Alam ciptaan Allah.

Mereka(tahanan ISA) hanya mampu mendengar sorak sorai dan tapak kaki peserta Vigil yang jumlahnya hampir 1000 orang dan dalam hati masing-masing amat gembira ...rupanya masih ada orang di dunia luar yang mengingati penahanan tanpa bicara yang terpaksa dilalui, tanpa sedikitpun kerelaan dihati mereka.
Kini...ramai yang telah dibebaskan hasil desakan orang ramai...namun masih ada 16 tahanan IAS yang dikurung disana, termasuk Samsudin Sulaiman yang ditahan masuk tahun ke 10!!!

Anda perihatin dengan nasib mereka yang ditahan tanpa bicara ini?
Jika ya......., silalah hadir ,walaupun cuma beberapa minit saja untuk menunjukkan solidariti dan sokongan supaya protes aman sambil memegang lilin ini, akan menjadi satu punca supaya tahanan segera dibebaskan......

Padang Timur, depVigil akan diadakan pada hari Ahad jam 8 malam, serentak di 8 negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Di Lembah Kelang, Vigil akan diadakan di an Amcorp Mall, Petaling Jaya...tidak jauh dari MBPJ.

Read More !

ISA mencabul hak dan maruah kami....

| | 3 ulasan



Selama lebih 7 tahun dia(Mat Sah@Abah Suhaib) ditahan di Kem Kamunting, Allah SWT telah temukan saya dengan pelbagai lapisan aktivis masyarakat yang begitu perihatin dengan nasib tahanan akta tahan tanpa bicara ISA seperti saya dan ratusan yang lain.Dan selama itu juga, saya menghadiri ratusan program yang di rangka oleh Gerakan Mansuh ISA hanya untuk memberitahu pihak berwajib bahawa pasangan saya tidak bersalah dan mendesak penguasa ISA supaya membebaskan beliau atau dakwa saja di mahkamah.Ketika itu, saya terlalu ingin supaya satu hari nanti, suami juga akan turut serta dalamkempen anti-ISA supaya lebih ramai insan biasa seperti kami yang menyedari tentang kedurjanaan akta ini sekaligus memberitahu mereka supaya tidak takut atau gentar dengan akta tersebut.Selama tujuh tahun itu, saya kerap ditemani oleh anak tunggal kami iaitu Suhaib dan juga teman-teman dari GMI. Saya selalu impikan bahawa suuatu hari nanti, saya dapat terus mendidik rakyat supaya menolak ISA bersama-sama suami yang merasai sendiri kepahitan hidup sebagai banduan yang tidak pernah dibicarakan, di sebalik pagar berduri Kem kamunting.Saya sering berdoa supaya suami akan turut serta dalam mendidik orang ramai supaya menolak pemimpin yang menggunakan akta ini, hanya untuk kepentinganperibadi mereka saja!!!!

Alhamdulillah, Allah kabulkan doa tersebut. Sejak memperolehi kebebasan mutlak sebulan yang lalu, kami berdua mula menyusun langkah untuk bersama GMI meneruskan usha membebaskan 15 tahanan ISA yang masih lagi ditahan di Kem Kamunting.Mungkin ketika ini langkah kami berdua masih sumbang kerana terlalu banyak perkara yang perlu kepada "adjustment" namun ,kami cubamemulakannya dengan berhati-hati.

Baru-baru ini, kami diberi peluang oleh SUARAM untuk menyempurnakan pelancaran buku laporan Tahunan SUARA 2009.Saya dan Mat Sah telah sama-sama dijemput berucap di majlis tersebut......

Bukan mudah bagi seseorang yang pernah dipenjara selama lebih 7 tahun seperti Mat Sah untuk bertemu orang ramai.Pelbagai perasaan dan trauma yang burok masih membelenggu dirinya.Bagi mereka yang tidak pernah dipenjara, memang amat mudah memberi pelbagai cadangan dan saranan namun, hanya mereka yang pernah menghuni tempat yang dikelilingi pagar berduri itu saja yang tahu, baetapa sukarnya untuk "menyimpan dan membersihkan" nostalgia ketika dipisahkan dari keluarga dan masyarakat tanpa sebarang proses mahkamah!!!!

Apa yang jelas, kami hanya mempertahankan hak diri kami yang pernah dicabuli oleh ISA.Walaupun telah 7 tahun ditahan, mangsa ISA tetap dimomokkan oleh kerajaan sebagai "kumpulan yang masih memberi mudhdarat" kepada negara dan kami tidak pernah diberi peluang untuk membuktikannya di mahkamah terbuka.

Islam,satu-satunya ugama yang mementingkan keadilan, memberi hak dan persamaan yang jelas terhadap lelaki dan wanita, tiba-tiba.... kami sebagai penganutnya.... dituduh sebagai Muslim Terorist!!!Selama ini, kami dimalukan, kehilangan sumber pendapatan, dipisahkan kasih sayang...semuanya masih boleh diterima lagi. Penguasa ISA menuduh peribadi kami buruk , masih lagi boleh diterima.......Tapi bila tuduhan itu melibatkan kepercayaan dan keyakinan pada Allah...ianya adalah sesuatu yang amat sukar untuk dimaafkan!!!!

p/s: Kami akan terus berjuang hak yang telah telah dicabuli oleh penguasa ISA!!!

Read More !

Hassan Ali kena lagi......

| | 3 ulasan



Nama YB Hassan Ali disebut lagi dalam isu perpaduan UMNO-PAS yang kononnya diadakan demi untuk menyelamatkan orang Melayu.

Kesian gak kat YB dari PAS ni. Nampaknya setiap tindak-tanduk beliau macam tak kena gaya je.....Sabar le YB. Memang macam tu le akibatnya jika ada niat nak berbaik-baik@ berdakwah kat orang UMNO ni. Kita niat baik pun, orang sangka buruk gak..... Jika tidak orang PAS yang akan berburuk sangka..... orang UMNO sendiri yang mereka-reka cerita supaya pertemuan@dakwah itu menjadi cerita yang menarik untuk meraih simpati orang Melayu supaya kembali kepangkuan UMNO....

Begitulah nasib UMNO.Makin lama makin merudum.Khabarnya, Senator Ezam yang mengaku pernah menjadi orang kuat DS Anwar, yang kini sedang "berjuang menyelamatkan Selangor" pun kurang mendapat perhatian ...buktinya dalam roadsshow terbarunya, cuma 250 orang je yang datang....Jauh bezanya jika DS Anwar datang kesesuatu tempat, paling kurang pun 5-6 ribu orang pasti akan membanjiri tempat tu......

Kalau dah tempat taik tu...jangan lah ada sesiapa yang mendekati UMNO, pendek kata, semuanay busuk dan tak boleh pakai.......

P/s: UMNO jadi buruk macam tu kerana ada ISA.Selagi ada akta tahan tanpa bicara tu, selagi itu lah sumpahan mangsa ISA tidak akan berhenti....termasuk kami yang pernah menjadi mangsanya.Moga Allah musnahkan semua pemimpin yang menyimpan ISA!!!!!

Read More !

"Bagaimana awak melakukan seks?"

| | 3 ulasan


Bekas Tahanan ISA yang ditahan lebih 7 tahun Mat Sah Satray telah mendedahkan beberapa soalan-soalan yang sengaja dikemukakan oleh pegawai Penyiasat (Interrogation Officer) yang terdiri dari Special Branch yang dilatih khas oleh KDN, dengan tujuan supaya beliau jadi sakit hati dan marah.Soalan-soalan itu ditanyakan sepanjang 60 hari beliau ditahan di Kuala Lumpur.
Antara soalan tersebut ialah:
1- Berapa kalikah dalam sehari awak mengadakan hubungan seks dengan isteri?
2- Berapa kerapkah hubungan seks itu dilakukan?
3-Ceritakan, bagaimanakah awak mengadakan seks dengan isteri?
Inilah soalan-soalan yang disoal beberapa kali dalam sehari. Tidak diketahui, apakah kaitan antara soalan tersebut dengan tuduhan kerajaan bahawa beliau seorang ahli Jemaah Islamiyyah yang dikatakan mengancam keselamatan negara.
Sebagai manusia yang waras, pastinya beliau jadi "naik angin' ketika mendengar soalan-soalan tersebut.
Bukan setakat itu saja, tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau juga berubah-ubah.Pada mulanya beliau ditahan dibawah ISA kerana menjadi ahli KMM, kemudian ditukar kepada "ahli JI".Selepas cukup dua tahun, kerajaan melalui Menteri Dalam Negeri, masih tidak boleh membebaskan beliau kerana kononnya terikat persefahaman negara-negara yang menaja kempen anti-keganasan. Setelah cukup 4 tahun, beliau(Mat Sah) masih belum boleh dibebaskan kerana isterinya sangat aktif dalam kempen anti-ISA......justeru penahanan keatasnya ditambah lagi dua tahun.
Mat Sah ditahan selama 7 tahun 5 bulan ,dikurung tanpa bicara di Kem Kamunting....

Read More !

Minyak, gula dan istana....

| | 1 ulasan

Soalah-soalan tentang minyak,gula dan istana.

Istana
1- Siapa@berapa ramai yang akan memanfaatkannya?
2- Siapa dapat duit dari pembinaannya?
3- Nilai RM800 juta itu kecil atau besar?
4- Apa faedahnya pada rakyat?

Minyak dan Gula.
1- Siapa yang guna gula?
2- Kenaikan Rm0.25 sen tu berapa nilai sebenarnya?
3- Siapa yang terbeban dengan kenaikan itu?
4- Siapa yang akan bela nasib rakyat?

p/s:Betul kah Raja mahu sangat Istana tu atau kroni UMNO/BN yang amat memerlukan projek tersebut?kalau rakyat komplen, akan ditahan dibawah ISA?

Read More !

PM M'sia tunggu masa?

| | 0 ulasan

Hari ni saya terbaca laporan HARAKAH daily tentang penahanan terbaru ISA iaitu seorang pemuda berusia 28 tahun , Fadhlullah.Beliau berasal dari Sg Buluh, Selangor.

Ramai orang menyangka ISA tidak akan digunakan lagi, tapi penangkapan terbaru ini membuktikan bahawa ISA masih berfungsi seperti biasa iaitu digunakan untuk mengesahkan tindakan kerajaan bahawa di Malaysia ini, ada kumpulan didakwa JI yang dikatakn sedang merekrut pelajar-pelajar di institusi pelajaran tinggi.Nampaknya kezaliman akta tahan tanpa bicara itu masih berterusan!!!

Nampaknya, PM Najib kelihatannya tiada beza dengan PM sebelum ini iaitu Tun M dan Tun Pak Lah.

Tidakkah PM Najib ingin belajar dan melihat bagaimana sejarah mencatitkan nasib pemimpin utama dunia yang begitu rakus memfitnah orang Islam sebagai "pengganas" dalam kempen anti keganasan mereka?

Di Amerika, kuasa Bush tidak kekal lama. Di Australia, Gordon Brown juga tidak bertahan. Di Britain, nasib juga tidak menyebelahi Blair. Apakah nasib Hamid Karzai yang disebut2 sebagai wakil Barat di Afghanistan? Musharraf juga kurang bernasib baik di Pakistan. Mereka-mereka yang disenaraikan nama ini satu ketika dulu amat lantang memfitnah orang Islam@Mujahidin sebagai pengganas, dalam kempen anti-terorism mereka.

Di Malaysia pula, sejak memfitnah sekumpulan orang Islam sebagai "ahli JI", sekitar Januari 2001 dan 2002, setahun selepas itu, dengan mudahnya mantan PM,Tun M meletak jawatan no satu itu sedangkan ketika itu beliau sudah ada rekod 22 yang cemerlang, masih kuat, sihat dan bertenaga!!!Nasib Tun Pak Lah pula amat rapuh ,baru sepenggal sebagai PM, sudah menyerahkan jawatan idaman pemimpin UMNO/BN tu pada timbalannya!!!

Berapa lama pula jawatanPM kini akan kekal ditangan orang yang sama? Adakah beliau sedang menunggu masa untuk digantikan?

p/s: jangan sangka doa-doa orang yang dianiaya@ Tahanan ISA tidak dimakbulkan Allah?Selama 7 tahun mereka di kurung di Kem, mereka sentiasa memohon supaya pemimpin yang menggunakan akta zalim itu segera di musnahkan!!!!

Read More !

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]