GUNA APA SAJA CARA UNTUK SEBARKAN KEZALIMAN ISA-Malaysiakini

| |
Saya rasa gembira sangat melihat tajuk-tajuk berita dibawah di media alternatif. Kenapa ya? Itu menunjukkan, rakyat sedang berusaha,dengan apa cara sekalipun untuk mendedahkan akta zalim ISA, bukan saja untuk membebaskan semua tahanan ISA,tetapi yang lebih penting ialah untuk memansuhkan akta kesayangan UMNO itu.

1-DAP mulakan larian anti-ISA dari Pandamaran ke Kemunting.
2-Tiap hujung minggu ada Vigil di Penang dan padang dihadapan Amcorp Mall di PJ.
3-Pemuda PAS dan GMI akan adakan himpunan raksaksa anti-ISA pada bulan March.
4-PKR dan GMI akan melancarkan teater Bilik Sulit karya Hishamudin Rais.
5-Khutbah Jumaat akan diselitkan dengan isu ketidak adilan dalam Islam.....

Ini adalah sebahagian dari pelbagai cara yang telah dan sedang dilakukan oleh ahli politik dan aktivis masyarakat dalam usaha meningkatkan kesedaran awam terhadap ISA. Telah terbukti, ISA tidak digunakan oleh Meteri Dalam Negeri kepada orang awam dan ahli politik dari parti pembangkang saja tetapi orang-orang UMNO sendiri juga belum tentu terselamat dari menjadi mangsa akta itu. Selain mengedarkan risalah, pameran adalah cara termudah menarik minat orang ramai supaya memahami dan seterusnya menolak ISA.Penyiksaan terhadap tahanan ISA ketika menjalani seksyen 73 , boleh disaksikan melalui gambar-gambar yang dilukis sendiri oleh tahanan ISA."A picture speaks a thousand words" memang sangat benar kata-kata itu.

Forum ,majlis makan malam dan Hi Tea sangat baik diadakan untuk menarik minat rakyat yang masih takut untuk pergi Vigil atau protes dijalanan.Suasana "indoor" yang lebih selesa dan selamat dari ancaman polis, juga amat sesuai untuk bercakap mengenai ISA.

Jika anda seorang yang adventurous, bolehlah mencari mana-mana ruang kosong di pasar malam atau pasar tani atau mana-mana tempat yang biasa dilalui oleh ramai orang dan menjual barangan anti-ISA.Anda boleh melakukannya sebarang waktu, cuma mungkin terpakasa bersedia dengan sebarang kemungkinan ianya dirampas oleh penguatkuasa tempatan atau polis!!!


K anak-kanak biasanya tidak takut ISA kerana mereka tiada kepentingan dengan ata zalim itu.Mustahil polis akan menangkap mereka kerana memakai baju anti-ISA.Kanak-kanak boleh diajar supaya menyedari bahawa suatu hari nanti, mereka juga boleh ditahan dibawah ISA jika ibu-bapa mereka sekarang ini tiada usaha untuk memansuhkan akta yang mencabul hak asasi manusia itu.



Sebarang maklumat mengenai ISA boleh diperolehi di Pejabat SUARAM melalui Che Nalini di talian 03-77835724. Kawan-kawan saya seperti blogger Ummuasiah (tudung biru) dan Puan Aliza Jaffar (tudung putih) boleh membantu anda untuk memberi maklumat lanjut sekiranya teringin untuk berbuat sesuatu bagi memberi kesedaran pada rakyat tentang akta ISA.Semua boleh dihubungi melalui talian di SUARAM.




4 ulasan:

Unknown berkata...

Insyallah dengan doa dan usaha yang berterusan dari berbagai pihak bagi menentang ketidakadilan dan kezaliman ini akhirnya akan dimakbulkan Tuhan juga nanti.
Strategi yang terdekat ialah memberi pukulan KO kepada BN pada PRU ke 13 pada tahun 2013 nanti. ISA akan berkubur bersama BN.

Tanpa Nama berkata...

i wish dat all the malaysian will wake up together to abolish this cruel act..the only solution is by keep on supporting GMI and not 4gotting is by keep on supporting Pakatan Rakyat...and please dun listen to the BN about the badness that their saying about our Pakatan Rakyat leaders...

ummu asiah berkata...

Alhamdulillah..

we r not alone kan..

kalau boleh rasanya macam nak join semua program yang ada..

dari news ttg syarat yg polis letakkan utk event vigil di PJ..memang sah dan nyata yang kerajaan memang takut dgn perkataan ISA ni..adaka nak pasang lilin n pakai baju tulis no to ISA pun tak boleh!!!

mas berkata...

Doa...usaha...dan jangan lupa pakai badge setiap orang..

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]