Peguam@aktivis anti-ISA dibebaskan.....

| |
(Suren, YB Siva, Amer Hamzah dan Latheefa Koya dibebaskan dari tuduhan menyertai perhimpunan haram sempena Hari Hak Asasi Sedunia....... gembira di hadapan mahkamah jenayah sesyen 1 , Khamis 16 April, Jalan Duta. Keistimewaan keempat-empat peguam ini ialah mereka antara peguam dan aktivis anti-ISA yng sering membuat Habeas Corpus bagi tahanan ISA di Kem Kamunting....)

Malaysiakini--Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membebaskan empat peguam dan tiga aktivis daripada tuduhan menyertai perhimpunan haram hak asasi manusia di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada Disember 2007.Hakim SM Komathy Suppiah berkata, pihak pendakwa telah gagal membuktikan sebarang kes terhadap mereka.Berikutan keputusan tersebut, ketujuh-tujuh mereka tidak perlu membela diri.Empat peguam berkenaan ialah R Sivarasa, N Surendran, Latheefa Koya and Amer Hamzah Arshad

Kami juga antara peserta perarakan sempena Hari Hak Asasi sedunia pada 9 Disember 2007, tetapi pada hari itu, polis tidak berniat untuk menahan kami, sebaliknya polis menjadikan empat peguam itu sebagai orang yang mesti di tangkap!!!!
Kami berkumpul seawal jam 7.30 pagi dan memulakan perarakan pada jam 8 pagi. Kedai-kedai belum di buka dan jalanraya lengang ,tiada kenderaan.Polis memberi alasan perarakan itu haram kerana tiada permit dan kami mengganggu perjalanan lalu lintas...sedangkan hari itu adalah hari Ahad dan ketika kami berjalan, hanya beberapa buah motorsikal yang lalu sambil membunyikan hon kepada kami...
Tidak ramai yang sedar bahawa rakyat Malaysia telah di beri hak dalam Perlembagaan Persekutuan untuk berhimpun dan berjalan dimana-mana tempat yang mereka suka... namun, semua hak itu di tutup dan di cabul oleh pelbagai akta yang direka khas demi "menjaga keselamatan negara' @"menjaga keselamatan parti yang memerintah."...
Walaupun peristiwa telah hampir dua tahun berlalu, namun kami masih rasa bersemangat untuk terus mendapatkan kebebasan dan hak sebagai kami yang sudah lama termaktub di perlembagaan persekutuan tetapi kini hak-hak itu telah dicabuli oleh pemimpin parti yang berkuasa!

Ketika empat peguam itu dibawa ke Balai Polis Dang Wangi, kami meneruskan upacara sambutan di bangunan Bar Council. Sebaik saja acara di Bar Council selesai, kami bergegas pula ke IPK di Jalan Hang Tuah untuk memberi sokongan moral pada mereka.
Penahanan empat peguam ini diandaikan boleh menakutkan pengamal undang-undang untuk turun melakukan demo.... tetapi rupanya peristiwa itu telah menjadi pencetus pada satu kesedaran awam terutamanya dikalangan peguam tentang hak dan tanggungjawab mereka untuk mempertahankan Hak Asasi manusia yang semakin terhakis oleh sikap rakus manusia lain yang sedang diberi peluang oleh Allah untuk memegang kuasa.

Alhamdulillah.... hari ini kami boleh senyum( Nashita , saya , Latheefa Koya dan Amer Hamzah Arshad)... senyuman sebuah kemenangan kerana berjaya mendapatkan sebahagian dari hak berhimpun yang cuba di ragut oleh mereka yang kurang prihatin dengan isu kemanusiaan.
Kedua-dua peguam ini juga adalah aktivis anti-ISA, yang telah sekian lama bersama GMI memberi pendidikan dan meneruskan kempen kesedaran terhadap isu akta tahan tanpa bicara ISA.




2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaikum Laila,
Our doa will always be with you.
May Allah shower you and Suhaib with His Rahmah along the journey.
InsyaAllah, ameen yaRabb.

From,
Kak Norsiah, Nurul Afira, Abdullah Amru, Nurul Insyirah.

A Mum Of Three Mohd berkata...

Salam Laila,

How are you. Akak doakan Laila, Suhaib dan baba Shuhaib sihat dan sentiasa dilindungi Allah. Laila sudikan ler ke blog akan untuk menerima Friendship award dar akak.Semoga persahabatan kita di alam maya akan terus berkekalan.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]