Suhaib seorang anak yatim?

| |
(Gambar ini di ambil pada akhir tahun 2002 di pintu utama Bukit Aman, Kuala Lumpur.Suhaib berumur 9 tahun)
(Suhaib bersama saya di hadapan IPD Dang Wangi ketika saya ditahan polis kerana menyertai himpunan anti-perang pada 11 Januari 2009. Suhaib memasuki usia 16 tahun.)

Suhaib dan saya di perhimpunan tahunan PKR ,Stadium Malawati , Shah Alam akhir tahun 2008.


Suhaib dan saya dalam satu program Vigil anjuran GMI di Dataran Merdeka, awal tahun 2008.

"Seseorang anak itu juga boleh dikatakan sebagai anak yatim bukan saja kerana tidak mempunyai bapa.... bapanya hidup dan tinggal bersama anaknya tetapi si bapa tidak memberi perhatian, bimbingan ,kasih-sayang dan didikan yang sempurna kepada anaknya...." sangat jelas kata-kata dari Ust Z, salah seorang ahli panel dalam rancangan HALAQAH di TV 9.
Abah Suhaib bukan tidak mahu memberi didikan,bimbingan dan kasih sayang padanya, tetapi beliau dinafikan hak untuk berperanan sebagai seorang ayah oleh Menteri Dalam Negeri selama 7 tahun dan berterusan......
Secara tiba-tiba aku teringatkan Suhaib. Dia adalah satu hadiah yang amat berharga dari Allah SWT kepada aku dan suamiku.Aku tidak akan lupa segala peristiwa yang menuju pada satu kenyataan bahawa aku akan menjadi seorang ibu.
Awal tahun 1993,setelah hampir empat tahun berkahwin, aku mengalami demam panas yang berpanjangan sehingga hampir dua minggu lamanya.Sebelum itu aku hanya mengambil panadol kerana menyangka demam biasa saja. Namun bila demam itu semakin berlarutan aku terpaksa mendapatkan rawatan di klinik, dan aku agak terkejut bila doktor mengesahkan aku mengidap demam denggi. Pulang dari klinik, aku masih merasa hairan mengapa demam denggi ini diikuti dengan rasa loya , muntah-muntah dan tidak boleh tahan dengan bau perfume serta bedak yang sering ku guna manakala haidku tetap keluar seperti biasa. Aku tidak puas hati dengan pemeriksaan doktor pertama, terus mencari klinik lain dan menceritakan keadaan yang sedang aku lalui ketika itu.
Berlaku lagi satu kejutan yang lebih besar!!! Doktor Z dari Klinik Pakar di Taman Melawati mengesahkan aku mengandung 10 minggu dan dimasa yang sama sedang mengalami demam denggi!!!Doktor Z memarahi aku kerana terlalu cuai menjaga kesihatan diri. Petang hari yang sama, aku telah dimasukkan ke wad di HKL untuk menjalani rawatan demam denggi.....Ya Allah yang Maha Kaya....Maha Suci Allah yang Maha Berkuasa telah mengizinkan Suhaib terus hidup....
Suhaib dilahirkan di HKL melalui pembedahan dan beliau terpaksa tinggal didalam inkubator selama hampir dua minggu kerana ketika dilahirkan, beliau adalah bayi yang berwarna biru (baby blue). Namun sebaik saja keluar dari HKL, Suhaib membesar dengan cepat dan beliau mempunyai kulit yang amat cantek iaitu putih merah.... dan sebab itulah diberi nama "Suhaib" di ambil sempena satu nama sahabat yang amat popular ketika Nabi Muhammad SAW masih hidup.
Ketika Suhaib berusia empat bulan, aku pula dijangkiti demam kuning yang memaksaku tinggal di HKL hampir empat bulan lamanya.....Alhamdulillah ketika itu dua orang adik perempuanku belum berumah tangga, merekalah yang membantu menjaga Suhaib disamping abahnya sendiri.
Suhaib amat rapat dengan abahnya. Kami berdua amat menantikan kehadirannya, dan sudah tentu Suhaib dilayan bagai menatang minyak yang penuh. Dalam bahasa Inggeris, "he's the apple of our eyes..." namun tiada siapa menyangka, semakin dia membesar, rupanya ada dugaan yang lebih besar menantinya kerana beliau terpaksa membesar sebagai anak seorang tahanan ISA....
To be continued...

10 ulasan:

Pak Oncu berkata...

Pehak POLIS dan PERISIKAN Kesalamatan Malaysia tidak bodoh seperti yang anda semua jangka kan,, mereka menahan berlandaskan fakta dan maklumat mereka ada lah 110% benar dan tepat,,,, Jangan pertikaikan kehebatan mereka merisik,,,

Tanpa Nama berkata...

Untu Pak Oncu
KAlau ada bukti dan fakta mengapa tidak dibicarakan terlebih dulu,biar mahkamah menetukan bukan nya terus dipenjarakan itu zalim namanya.

Bondtoad berkata...

Pak Oncu, pak cik ni SB ke? Pandai sungguh pak cik merisik.... Fakta apa yang polis malaysia ada? Kalau ada kenapa tak didakwa di mahkamah? Polis kat malaysia ni kerjanya bukan nak jaga keselamatan rakyat... Tapi jaga keselamatan kera jaan. Tu lah sebabnya berlindung disebalik akta yang kejam....

A Mum Of Three Mohd berkata...

Salam Laila,

Tuhan akan membalas kezaliman mereka. Tak di dunia, pasti di akhirat. Tak direct ke atas mereka, mungkin pada orang terdekat. Sooner or later doa orang teraniaya ni akan dimakbulkan Allah.

You and Suhaib are always in my heart and my prayers. Walau pun Suhaib 'anak yatim' tetapi 'anak yatim' yang sentiasa dalam doa rakyat Malaysia.

Bersabar lah... salam dan sayang mum untuk Laila dan Suhaib.

Tanpa Nama berkata...

untuk pak oncu,

saya sedih sebab ader lg rakyat cam anda di dunia ini..kalo tul anda kata ada fakta maka dgn segala hormatnya heret lah semua tahanan isa ke mahkamah..naper nak simpan dorg jer...n naper najib tidak di bawak ke mahkamah atas penglibatannya dalam kes antaltuya..wheres the justice...
sorry to say that u r really damm stupid dump..

Tanpa Nama berkata...

Orphans and widows always have a special place in the heart of God.

GombakRock berkata...

kepada mereka yg merasakan I.S.A itu perlu...pernahkah anda terfikir penderitaan keluarga,isteri dan anak-anak tahanan I.S.A???

mummyibony berkata...

kalau org yg ditangkap..sah2 jahat...so bila polis tangkap..semua org hapiiiii
tapi kalau org yg ditangkap 110% terbukti tak nampak bersalah oleh org jauh dan dekat mata di tambah pula tak mahu diselesaikan di mahkamah...hemmmm...jadi fakta pak oncu salah sama sekali.

berfikirlah dgn hati yg waras..pak oncu....

Kakcik Seroja berkata...

suhaib akan terus membesar sbg remaja tabah... mudah2an di hatinya tidak terpalit kesumat yang akan memusnahkan kewarasannya...

HjMisaiKontot :الدليل السياحي berkata...

Kalau bukan syaitan kerajaan Bn ini, nak panggil apa lagi...??

Mereka yang bersekongkol dan bersetuju dengan kezaliman Bn dan ISA juga adalah syaitan berwajah manusia....

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]