" Ohhh... tentang Najib bebaskan tahanan ISA?..... ada ramai orang sms tanya hal tu... tapi malas nak jawab" jawab beliau.
"So sorry to say, Abah is not in the list of thirteen released..." kataku perlahan.
"Tak apa! Kita dah biasa dengar berita macam tu... kan?" jawab beliau tanpa memandangku, namun beg berisi kasut untuk bermain Futsal tadi, di hempas agak kuat ke lantai.
"Are you okay? Marah ke?" tak tahu kenapa bertanya soalan "bodoh" itu dan cepat-cepat menukar tajuk perbincangan kami. Saat-saat indah berdua-duaan seperti gambar diatas antara seorang anak dan ayah tidak di nikmati oleh Suhaib. Sejak berusia lapan tahun, beliau membesar dari seorang kanak-kanak kepada remaja tanpa bimbingan seorang bapa, walaupun bapa beliau masih hidup dan sihat wal afiat!!!
Aku cukup memahami beratnya bebanan perasaan ini, namun tidak dapat membayangkan mahupun merasakan bagaimanakah penderitaan jiwa Suhaib yang terpaksa memikul segala-galanya bersendirian. Seorang ibu, adalah seorang ibu. Suhaib tetap perlukan seorang bapa.... bukan bapa angkat atau bapa tiri, tetapi bapa kandungnya sendiri.
Aku tidak dapat memahami sepenuhnya perasaan Suhaib kerana tidak pernah mengalami keadaan sepertimana yang sedang di lalui oleh Suhaib kini....
Bagi sesebuah keluarga yang normal, tiada istimewanya dengan gambar seperti diatas kerana mereka boleh melakukannya setiap hari. Namun, inilah realitinya bagi mangsa ISA seperti Suhaib, terpaksa mencuri-curi peluang hanya untuk makan bersama seperti ini. Peluang ini mungkin datangnya hanya sekali dalam setahun atau mungkin tiada langsung.
Ini adalah realiti kehidupan mangsa ISA seperti Suhaib dan bapanya. Dan yang paling menyiksakan perasaan Suhaib ialah ketika ada pengumuman pembebasan tahanan ISA, tetapi nama bapanya tiada dalam senarai mereka yang dibebaskan.......
P/s: Bapa Suhaib, Mat Sah Bin Mohd Satray yang ditahan pada April 2002 masih di kurung di Kem Kamunting. nama beliau tiada dalam senarai yang diumum bebas oleh PM Najib semalam.
11 ulasan:
ntah kenapa aku sampai sekarang jelek dengan manusia beruniform biru, berlambang biru dan segala galanya biru.
kami doakan anda sekeluarga di tabahkan semangat.
I too was wondering whether "Bapa Suhaib" would be on the list. I'm sorry to hear he wasn't. I don't know what to say.
Except, my prayer is for you and your family. And it's not over yet, the work to abolish ISA must continue!
Salan again,
Banyak bersabar Laila,Suhaib... Kuat semangat, terus berdoa dan bersabar dan isya Allah satu hari baba Suhaib akan dibebaskan jua.
Kasihnya bapa/ayah sanggupkah berpisah ?
Pakcik dapat rasakan.
Sehari berpisah dengan anak-anak rasakan bagaikan seribu tahun.
Kuasa ghaib Allah S.W.T akan membantu.
Pandang tembus orang Arif dan Muqarabin.
Insyaallah.
Besabar dan kuatkan semangat.
Pengalaman pakcik ialah sebagai anak yatim piatu.
Tiada ayah dan ibu.
Kerajaan segagah manapun,bila kezaliman berleluasa janji Allah pasti berlaku.
Buat Suhaib dan keluarga..berat mata memandang, berat lagi rindu bebanan yang ditanggung..tiada kata selain..SABAR..insyaAllah ketentuan Allah pasti akan berlaku..Allah bersama orang-orang yg SABAR..
kak laila,
i don't know whether you're still remenber me or not.
i'm just came back from my hometown.
i'm sorry to hear about this.
nothing i can do for you, just prayed for all of you!
keep it up!
Let's fight for ours right.
Jacelyn
Kak Laila:
I was hopeful but alas it was not to be. Stay strong for Suhaib.
God bless.
Laila,
Your writng has never failed to move my tears. I tried putting in my thoughts in your blog but failed everytime.
Mat Shah @ Icha is my brother, Nan's friend together with Mie Mokhtar. They with another two - Jam & can't recall he other friend's name used to come to the house after their usrah outings.
Mom used to fry "kueh kodok" and buat air teh for them.
Was only during the last puasa (when I read in Rocky's blog) that I was informed that Mat Shah, your husband is Icha. I thought he has been released the earier year. But, that was a different Mat Shah.
I quicly looked up the list of the 13 names but was sad that icha's name was not in the list.
I agree with Uncle Zorro, it cannot be him anymore. Now, they are against YOU for leading the GMI.
I have nothing to offer except, my doa. Bersabar.
If you still remember our house in Kampong Pandan, please do come.
Salam,
Alawiyah
Kampong Pandan
Suhaib,
Allah sentiasa bersama orang orang yang sabar.
Pak cik, akan sentisa mendoakan agar bapa Suhaib akan dibebaskan secepat mungkin . Kepada Cik gu Laila, semuga tabah menghadapi ujian. Kamu adalah wanita yg amat tabah yang pernah saya lihat. Semuga Allah akan memberkati hidup anda.
Ternanti2 juga kalau2 nama suami Laila dan juga nama Shamsudin ada dalam senarai - namun hampa :(.....
Jangan putus asa, Kak Laila.
U know that we are always behind u!!!
Catat Ulasan