Kedua-duanya tersenyum kegembiraan ketika van yang dipandu Nashita membawa mereka mula bergerak, untuk menemui Agus di Bukit Aman.Mereka berdua memang dalam jagaan kami dari 17 hingga 20 April 2009.
Ini adalah beberapa fakta yang saya ambil dari akhbar Utusan Malaysia bertarikh 23 April yang bertajuk"Polis nafi beri tekanan pada keluarga ISA". Polis mengaku:-
1- Agus Salim telah ditahan dibawah ISA pada 1 Mac 2009.
2- GMI ada sediakan sebuah rumah tumpangan untuk adik dan ibu Agus di K.L.
3- Junaidi diwawancara UtusanMalaysia di Johor. Inilah wajah ceria Junaidy (baju merah) dan ibunya(tengah) yang tiba dari Medan pada jam 2 pagi Jumaat 17 April 2009.Sungguh mesra Ibu Kartam disamping saya, kan?
Saya mengambilnya di tepi hentian Puduraya dan membawa mereka bermalam dirumah saya sebelum diletakkan di sebuah rumah tumpangan di Ampang Jaya.Pada 18, 19 dan 20 April mereka tinggal di rumah tumpangan itu.Semuanya dalam keadaan baik dan ceria hinggalah tiba hari Isnin 20 April, mereka ke Bukit Aman untuk melawat Agus. Lawatan keluarga itu dijadualkan berlangsung jam 12 tengahari telah dipercepatkan pada jam 11 pagi .... dan sebaik saja mereka berdua bertemu Agus di bilik lawatan, segala keceriaan dan kemesraan antara saya, Nashita dan dua beranak ini, hilang dan diganti dengan pandangan buruk yang dilemparkan oleh Ibu Kartem kepada kami berdua.
Siapakah yang punya angkara itu?????
(KPN tidak mengaku menahan Agus Salim dari 1 Mac hingga 20 April tanpa pendakwaan dimahkamah sebagai satu kesalahan, tetapi menuduh kami(GMI) melakukan kesalahan besar "menahan selama 3 jam" adik Agus di dalam sebuah kenderaan ,di kawasan Bukit Aman, didalam kawasan mereka(polis),dilihat oleh polis2...)
(Polis SB hanya pandai menangkap Agus tetapi langsung tidak pernah memikirkan untuk memberitahu keluarganya tentang penangkapan itu, hingga adiknya Fatin mengagak Agus ditahan pada 5 Mac. Polis SB tidak tahu bagaimana sukarnya ibu dan adik Agus iaitu Junaidy untuk mendapatkan wang dimana mereka terpaksa berhutang untuk mendapat duit sebagai perbelanjaan dari Medan ke Kuala Lumpur.Semua perbelanjaan mereka di biayai kembali oleh GMI)
(21 April, mereka melarikan diri dari rumah tumpangan di Ampang untuk pulang ke Johor. Sebelum itu, mereka tinggal dengan aman di K.L dari 17 , 18 ,19 dan 20 April. Namun selepas pertemuan di Bukit Aman pada 20 April, semuanya berubah. Siapakah sebenarnya yang menakut-nakutkan Junaidy dan Ibunya?)
(Kenapa Utusan Malaysia sengaja mewawancara Junaidy ketika beliau di Johor sedangkan wartawannya boleh mewawancara mereka berdua di SUHAKAM atau ketika di K.L? Why Utusan cared to take the trouble to get the two when they were far away from K.L?)
Rahmah Ghazali Apr 26, 09 4:41pm
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menafikan ia telah 'menahan' adik tahanan Akta keselamatan Dalam Negeri selama tiga jam di luar ibupejabat polis di Bukit Aman di Kuala Lumpur Isnin lalu.Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan telah menuduh aktivis dari badan hak asasi manusia itu, 'menahan' Junaidi, 27, adik kepada Agus Salim yang ditahan bulan lalu kerana didakwa ada kaitan dengan badan militan Islam, Jemaah Islamiah.Musa berkata, beliau dimaklumkan bahawa beberapa aktivis GMI dikatakan 'menahan' warga Indonesia itu dalam sebuah kereta selama kira-kira tiga jam.Menjawab dakwaan tersebut, setiausaha GMI, E Nalini menghantar satu kenyataan kepada Malaysiakini, yang menjelaskan dengan panjang lebar mengenai apa yang berlaku pada hari berkenaan.Menurut Nalini, dia dan seorang lagi rakannya dari GMI, Nashitah Mohd Noh, menemani Junaidi dan ibunya, Kartam, yang berusia 56 tahun.Kedua-dua Junaidi dan Kartam tiba di Kuala Lumpur dan Medan tiga hari sebelumnya, dan tinggal di tempat tinggal yang disediakan oleh Nashitah. Pada hari ketibaan itu, mereka pergi ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk meminta bantuan suruhanjaya itu berhubung penahanan Agus.Nalini berkata, mereka tiba di Bukit Aman pada jam 11.30 pagi tetapi kerana dia tidak dibenarkan menemani mereka masuk, maka dia balik ke pejabat GMI, manakala Nashitah tinggal di situ untuk menunggu Junaidi dan ibunya.Bagaimanapun, sejam kemudiannya, Nalini menerima satu panggilan dari Nashitah, mengatakan Junaidi telah keluar dari ibupejabat polis itu tanpa ibunya."Dia memberitahu saya, seorang pegawai cawangan khas telah mengarahkan Junaidi balik ke tempat tinggal sementaranya di Kuala Lumpur, untuk mengemas barang-barangnya dan datang semula ke Bukit Aman supaya polis dapat menghantarnya dan ibunya balik ke Johor," katanya.Keluarga itu ada seorang anak yang bekerja di Johor.

0 ulasan:
Catat Ulasan