
Kami sadar, tanpa bantuan kalian, mereka yang sedang ditahan tentunya akan lebih menderita lagi...." demikian diucapkan oleh En Dodi dan En Alex dari RCTI.Ketika itu aku, Nashita dan Nalini berada di sebuah gerai makan yang terletak di tempat letak kereta, Pintu Utama, Bukit Aman.Kami ketika itu sedang menunggu Ibu Kartam yang di jadikan tebusan(diarahkan pulang samada ke Johor atau ke Medan) dan di "brainwash" selama hampir 3 jam oleh SB , segera di benarkan pulang bersama kami ke rumah tumpangan di Ampang.

Sepertimana yang telah dijanjikan oleh SB kepada Ibu Kartam, bahawa anaknya akan dibebaskan seminggu dari tarikh lawatan mereka iaitu pada 20 April 2009, maka kini urusan lanjutan bagi isu ini akan dilakukan oleh GMI yang akan membuat "follow-up" dengan kedua-dua buah institusi itu.
Aku tetap merindui Ibu Kartam dan Junaidi. Kesihan pada orang-orang yang baik dan soleh seperti Ibu Kartam yang telah menjadi mangsa "brainwash" SB.Ternyata mereka terlalu naif dan jujur untuk melihat kedurjanaan yang sedang dilakukan oleh SB keatas anak kesayangannya, Agus Salim. SB mungkin telah berjaya melakukan psiko pada wanita berusia hampir 60 tahun dari pedalaman Medan ini, namun pastinya mereka tidak boleh lupa bahawa Allah, tidak akan membiarkan pembohongan dan kejahatan ini berterusan.....

1 ulasan:
kak laila,
boleh ke kak laila pergi jumpa Obama? ada artikel menarik kat sini:
http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0423&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm
Catat Ulasan