Fateh tidak pernah kenal ayahnya......

| |

"Umi... jangan lah sedih. Umi jangan nangis ya.... Patutnya saya yang pujuk dia (Fateh) tapi dia pula yang susah hati melihat saya mengesat air mata.." jelas Puan Hapipah Manji, isteri pada tahanan ISA 7 tahun, Zainun Rashid dari Sabah. Zainun ditahan dibawah ISA pada Disember 2002.


"Ketika pengumuman itu di buat oleh PM Najib, saya memang menaruh setinggi-tinggi harapan suami saya adalah salah seorang yang akan dibebaskan. Namun, segalanya hampa bila mengetahui bahawa nama beliau tiada dalam senarai 13 orang itu. Saya bertambah sedih kerana tahanan ISA yang diberi nama ahli Darul Islam (DI) , semua dari Sabah ,mereka ditahan pada 2006 , hampir semuanya dah dibebaskan....." tambahnya lagi.


"Saya akan tetap menunggu kepulangan nya kak" begitu yakin kata-kata itu diucapkan menerusi telefon bimbit kami yang saya simpulkan bahawa beliau masih punya kekuatan dan semangat yang tinggi untuk meneruskan kehidupan sebagai mangsa ISA yang paling lama di Sabah!!!

Setiap kali saya memandang wajah Fateh dan kakaknya, terasa luruh hati ini. "Ketika bapanya dibawa ke Kem Kamunting pada 6 Feb 2003, Fateh belum dilahirkan...." kata-kata itu terus-menerus menghantui fikiran saya.


Patutlah Fateh tidak merasa sedih bila mendengar berita tahanan ISA di bebaskan kerana beliau dari sejak lahir, tidak pernah mengenali siapakah ayahnya. GMI pernah menaja lawatan Puan Hapipah ke Kem Kamunting pada tahun 2004, mereka dapat bertemu lima kali (Mereka tinggal di Taiping selama seminggu). Ketika itu Fateh baru berusia setahun lebih dan mustahil beliau dapat mengingati rupa ayahnya dalam usia semuda itu.


Bagi seorang anak kecil seperti Fateh, ayahnya ada atau tidak, tidak memberi sebarang kesan atau erti dalam kehidupannya kerana sejak lahir, hanya ibunya sahaja berada disisi beliau sepanjang masa.......

Kesihan Fateh menjadi mangsa kezaliman undang-undang yang tidak berperi kemanusiaan ini....


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cik Gu Laila,
Memang terlalu amat sedih apabila membaca apa yang dinukilkan. Apakah setakat menyatakan " berat mata memandang berat lagi bahu memikul " sudah cukup untuk menampong derita yg dialami oleh keluarga mangsa ISA ini.
Ayuh kawan kawan apakah yg harus kita lakukan.?. Bagaimana kalau ianya terjadi kepada kita?. Kepada cikgu Laila, apakah kita dpt kumpulkan bentuk bantuan bantuan utk kita bantu mangsa keluarga ISA ini.

Tanpa Nama berkata...

Apakah pembebasan tahanan ISA langkah bijak atau sebenarnya memomokkan ISA itu sendiri?

bahawa ISA perlu dikaji/semak. Apa maksudnya? Dihapuskan? Tentu tidak. Jika tidak, apa pula? Bukankah ISA untuk menjaga keselamatan Negara atau kepentingan politik? Ataupun supaya kem tahanan samada diKamunting atau disimpang Renggam ditingkatkan supaya mesra alam dan mesra pelanggan?

Pada pandangan saya, seseorang yang sudah dikenakan tahanan pencegahan samada dibawah ISA, Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langka Pencegahan Khas) 1985, dan atau Ordinan Darurat (Kesejahtaraan Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 antara lainnya merupakan orang yang sangat bahaya kepada masyarakat kerana “tindak tanduk” mereka mempunyai kesan negative yang menyeluruh kepada masyarakat berbanding mereka-mereka yang didakwa dimahkamah atas mana-mana kesalahan dibawah mana-mana undang2 bertulis seperti Kanun Keseksaan contohnya.

Maka pelepasan tahanan pencegahan perlu dibuat berhati-hati kerana melibatkan hal keselamatan Negara bukannya atas dasar kepentingan politik. Apa sebenarnya perhitungan pelepasan mereka2 itu tetap menjadi tanda tanya dan menimbulkan persoalan besar samada mereka-mereka itu sememangnya ancaman kepada keselamatan Negara?

ISA bukan undang2 yang boleh diperlekehkan.

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin:
Pensyarah Undang2 IIUM

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]