Siangnya, saya agak kalut sedikit kerana terpaksa menyediakan sedikit kenyataan balas untuk menjawab semula dakwaan tidak benar Ketua Polis Negara di Utusan Malaysia mengatakan kami (GMI) "telah menahan" dua keluarga tahanan ISA dari Medan... (Bahagian ini akan disambung kemudian)


Sebaik saja persembahan lagu yang di tujukan khas untuk anak-anak Palestine selesai, barulah semua tetamu di majlis yang bertemakan "GAZA,we care" itu mula menjamu selera.Persembahan nasyid dari kumpulan anak-anak orang asli @orang kita, menjadi halua telinga yang amat merdu bagi kami yang sedang menjamu selera.
Sungguh cepat masa berlalu, jam tangan saya dah menunjukkan pukul 9.45 malam.... saya ingin segera bergerak ke Dewan Kasturi, yang bertentangan dengan dewan berlangsungnya majlis makan malam itu.

Presiden JIM, En Zaid Kamarudin, YB Fuziah Saleh dan Prof Aziz Bari adalah tiga orang panelis yang dijemput untuk memberi pendapat mereka bagi tajuk itu manakala wakil dari UMNO, yang turut di undang sama, tidak nampak langsung kelibatnya di program tersebut. Ketika saya menlangkah kaki ke Wacana itu, dua orang panelis telah selesai membentangkan perkongsian masing-masing iaitu didahului oleh Presiden JIM dan Prof Aziz Bari.Walau bagaimana pun, saya bersyukur kerana msih mendapat banyak maklumat dari sorotan dan pandangan YB Fuziah, ang memang lebih maklum tentang isu ADUN lompat parti ini kerana beliau juga seorang wakil rakyat.
Wacana ini tetap menarik walaupun agak berat sebelah kerana tiada wakil ADUN dari UMNO/BN kerana semua maklumat yang di bentangkan, tidak pernah di perolehi atau di tulis di mana-mana akhbar atau blog di Malaysia ...(Dan saya tidak akan menuliskan maklumat tersebut disini kerana tidak mahu digunakan oleh pihak tertentu yang tidak / kurang bertanggungjawab untuk menikam gabungan Pakatan Rakyat dari belakang...)
Walaupun tetamu yang menghadiri wacana ini kurang memberangsangkan(saya di beritahu ada tiga program serentak di adakan disekitar Ampang dan Hulu Kelang) namun ianya tidak menghalang program yang di moderatekan oleh Pengerusi GMI, Saudara Syed Ibrahim dijayakan dengan sempurna....Alhamdulillah, sekurang-kurangnya mereka jelas bagaimanakah jerih payah, susah senangnya semua ADUN dan Ahli parlimen Pakatan Rakyat, berhempas pulas cuba memberi yang terbaik untuk semua rakyat Malaysia yang memilih mereka.
0 ulasan:
Catat Ulasan