Walaupun pembebasan 13 tahanan ISA sudah hampir 3 minggu berlalu, namun dimana saja aku berurusan , mereka yang mengenaliku nampaknya merasa tidak lengkap jika tidak bertanya soalan cepumas itu.
Tension? Memang aku masih rasa tertekan sangat!!! Biasanya dalam keadaan susah hati ini, salah satu terapinya ialah berkongsi perasaan ini dengan ibu tercinta.Sejak tujuh tahun lalu, ibu adalah salah seorang "kaunselor peribadi" yang wajib di temui untuk menghilangkan resah dihati ini. Aku amat bersyukur kepada Allah SWT kerana ibu sentiasa cuba memahmi setiap tindakan yang ku lakukan. Aku tahu, ibu manalah yang tidak sedih melihat anak perempuan kesayangannya yang terpaksa menjalani kehidupan seperti seorang ibu tunggal bertahun-tahun lamanya.....
Dan setiap kali aku merasakan tekanan perasaan ini tiba ke kemuncak, biasanya pulang ke kampung adalah salah satu jalan terbaik untuk merehatkan fikiran. Sawah padi yang hijau seperti permaidani yang terbentang luas.... angin sepoi-sepoi dan lambaian daun kelapa.... segalanya bersatu dan seolah-olah menjadi penawar kepada kesedihanku...
Terimakasih pada Allah, Tuhan yang Maha Kaya ,Maha Pengasih dan Maha Penyayang diatas anugerah alam yang indah ini....
Ramai lagi manusia yang tidak faham tentang kezaliman ISA yang masih membelenggu diriku.Sekiranya di terangkan pada mereka tentang ISA, ada yang terus faham dan membenci akta itu tahan tanpa bicara itu Namun masih ramai yang tidak ambil kisah kerana alasannya mereka belum pernah ditahan dibawah akta itu dan yang paling teruk, ramai juga yang menyangka ISA adalah undang-undang yang benar-benar menjaga keselamatan negara....
Selama ini, aku hanya ingin meminta hak suamiku, seorang warga Malaysia yang ditahan tanpa sebarang perbicaraan. Adakah tindakan ini sesuatu yang salah hingga menyebabkan suamiku @abah Suhaib terus-menerus ditahan di Kem sana?????
1 ulasan:
We all sympathize and appreciate the great personal sacrifice on your part.
You are not at fault!
You are the voice of the people fighting for the greater cause of human rights and social justice.
Keep the faith.Justice will be done. Your sacrifice will not be forgotten by all Anak Bangsa Malaysia.
Catat Ulasan