Menteri Dalam Negeri guna ISA dan bayar gaji SB untuk menindas dan menakut rakyat.

| |
"I strongly stressed, ISA should be repealed" demikianlah ayat terakhir dari Peguam Malik Imtiaz Sarwar sebaik saja beliau menamatkan hujjah panjang lebar mengenai ISA yang masih menjadi teka-teki pada semua rakyat Malaysia samada akta tahan tanpa bicara itu akan benar-benar di kajisemula sepertimana janji PM Najib di hari pertama beliau menjadi PM.... atau sebaliknya. Pertemuan aktivis GMI dengan pemimpin tertinggi parti Gerakan.

Parti Gerakan,salah satu anggota komponen UMNO/BN kelihatan begitu serius untuk melihat akta zalim itu ditiadakan. Ketika GMI di jemput berbincang dengan Pengerusi Gerakan iaitu Tan Sri Dr Koh Tsu Koon di pejabatnya minggu lepas, hampir setiap peguam dari Human Right Committee menyuarakan betapa zalimnya akta ini di gunakan terhadap rakyat terutamanya pembangkang.

Peguam Malik bersungguh-sungguh menceritakan bahawa rakyat yang inginkan perubahan dalam sistem yang sedia ada terpaksa menongkah arus untuk menyatakan pendirian tentang masing-masing kerana menyedari setiap tindakan dan pergerakan akan diawasi juga sentiasa diintip oleh polis Special Branch (SB) yang bekerja sepenuh masa hanya untuk mengendap dan mengintip individu yang disyakki. Biasaya individu atau kumpulan tersebut, telah disenarai hitam oleh Kementerian Dalam Negeri.

"Setiap kali kami nak buat perhimpunan, ada saja peraturan baru di kenakan ke atas kami ketika memohon mendapatkan permit. " tambah Malik lagi.
"Ohh ye ke? Kami tak pernah tahu tentang hal ini...kami tiada sebarang masaalah" demikian jawapan hambar diberikan oleh Datuk Chang Ko Youn, Timbalan Pengerusi Gerakan.


(Saya bersama peguam Malik Imtiaz)

Keluhan Peguam Malik itu memang benar. Saya masih ingat, Kumpulan PEWARIS yang mendakwa mempertahankan ISA, tiada sebarang masaalah untuk mengadakan perhimpunan, manakala GMI, setiap kali ingin mengadakan perhimpunan, bukan saja tidak pernah diberikan permit polis tetapi juga diganggu dengan kehadiran polis yang lebih ramai dari biasa bersama trak polis dan "water cannon" untuk menakutkan peserta yang datang ke perhimpunan itu. KDN ,menjadikan rakyat Malaysia sentiasa merasa takut walaupun cuma untuk menyatakan pendirian masing-masing bahawa mereka tidak suka dengan kerajaan yang 50 tahun di ketuai UMNO/BN ini.

(Andrew , saya, Tina dan Nalini. Kami juga sentiasa di intip SB!!! )
Para aktivis hak asasi menaruh sedikit harapan kepada Gerakan supaya dapat melakukan sesuatu dalam isu ISA ini.Walaupun ISA tidak digunakan keatas rakyat Malaysia dalam bilangan yang besar ,namun, unsur tahan tanpa bicara dan kuasa mutlak Menteri Dalam Negeri yang membolehkannya melanjutkan penahanan tanpa had ....ianya menakutkan rakyat Malaysia yang lain.Itu yang menyebabkan amai rakyat Malaysia memilih untuk "tidak campurtangan" dalam isu ISA kerana tidak mahu dituduh bersekongkol dengan mangsa ISA dan kemudian berpeluang ditahan dibawah akta jahat itu.
Menteri Dalam Negeri tidak tahu apa-apa dalam pengoperasian ISA. Menteri hanya mendapat maklumat dari SB yang menjadi tunggak utama perlaksaan ISA. Menteri tidak tahu pun bahawa ada tahanan ISA yang telah ditahan lebih 7 tahun!!!
Di Malaysia , hanya akta ISA saja yang mengiktiraf SB sebagai peguam, hakim dan mahkamah , mereka menentukan kebebasan tahanan ISA.......walaupun mereka(SB) itu hanya berkelulusan SPM saja!!!!!


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"Setiap kali kami nak buat perhimpunan, ada saja peraturan baru di kenakan ke atas kami ketika memohon mendapatkan permit. " tambah Malik lagi.
"Ohh ye ke? Kami tak pernah tahu tentang hal ini...kami tiada sebarang masaalah" demikian jawapan hambar diberikan oleh Datuk Chang Ko Youn, Timbalan Pengerusi Gerakan.
==================================

Kelakar betul!!!
Apa yang mereka tahu?

Dah berpuluh-pulah/beribu-ribu kali MCA kata nak bincangkan isu pinda ISA di kabinet...

Berkalii-kali MCA janji pada rakyat bahawa mereka akan berjaya memujuk mansuhan ISA sekiranya isu ini dibawa kabinet terus oleh MCA dan bincang di kabinet lebih baik daripada bincang di parlimen. Namun begitu, setiap kali ada orang tanya PM bilakah ISA akan dimansuh/dipinda, PM akan kata "ISA tidak akan dimansuh atau dipinda". Berkali-kali MCA kena tamparan di muka kerana cakap tak serupa bikin.

Sekarang, MCA kelihatan putus asa (atau malu)untuk menyuarakan isu ini lagi. So, what makes Gerakan boleh berjaya memujuk PM sekarang ni untuk meminda/memansuhkan ISA?

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]