Tidak dinafikan isu penahanan Agus dan 2 yang lain dibawah ISA adalah satu bukti kuat bahawa kerajaan belum bersedia melakukan samada "review" apatah lagi "repeal" terhadap akta tahan tanpa bicara itu.Oleh sebab itu, pengamal media bebas merasakan mereka amat bertanggungjawab membantu mendedahkan kes-kes penahanan terbaru ini supaya rakyat akan terus menolak kerajaan yang sedia ada.


Lawatan keluarga Junaidi dan ibunya di Bukit Aman sepatutnya berakhir dengan gembira namun, tiada siapa menyangka, pihak polis rupanya telah membuat perancangan lain pula.Setelah bertemu selama 40 minit, Junaidi telah dibawa SB keluar dari tempat lawatan, disuruh pulang ke Ampang mengambil beg pakaian dan dijanjikan akan dihantar oleh polis pulang ke Medan atau ke Johor- rumah adik Agus yang bernama W tadi.Menurut polis SB, yang penting dua beranak itu jangan lagi tinggal di Kuala Lumpur.Sewaktu Junaidi dibawa keluar, ibunya Kartam berada di dalam bilik lawatan bersama SB.(Kami tidak tahu apakah yang dilakukan oleh SB wanita kepada Ibu Kartam sepanjang 3 jam beliau berada di bilik lawatan).
"Semua polis sayangkan Agus , polis tak buat apa-apa pada Agus, cubit badannya pun tidak.Boleh buka baju dan tengok sendiri. Agus juga tinggal di hotel dan makanannya mewah sekali.Polis kata aan bebaskan Agus minggu depan" demikian yang disebutkan oleh Ibu Kartam kepada dua orang wartawan TV Indonesia.Aku tersenyum mendengar kata-kata itu. Itu adalah dialog yang sama, yang diucapkan oleh mana-mana keluarga tahanan ISA sejak dari zaman Syed Hussien Ali yang ditahan dibawah ISA pada tahun 70an dulu. Cuma nama tahanan saja yang ditukar dalam dialog tersebut.

Sebagai satu protes, Ibu Kartam asyik menangis saja dan meminta kami menghantar beliau ke Puduraya supaya dapat pergi ke Johor secepat mungkin.Jika sebelum ini, Ibu (panggilan saya padanya) terlalu ingin mengikut saya membeli-belah di pasaraya GIANT, dan JUSCO yang kami hanya sempat lalu dihadapan dua bangunan itu...namun sebaik saja keluar dari Bukit Aman, beliau tidak mahu lagi berada di mana-mana tempat di Kuala Lumpur ini.
Dan yang lebih menyedihkan, beliau tidak mahu lagi bercakap dengan saya dan Nashita!!!
Namun kami berdua tidak terperanjat dengan perubahan drastik ini kerana telah maklum, a state of fear yang terlalu tinggi memang dengan mudah menukar sikap seseorang dari positif kepada sebaliknya.Ini membuktikan, peranan SB yang dibayar gajinya oleh rakyat Malaysia... masih lagi beroperasi seperti biasa dengan menakut-nakutkankan tahanan ISA serta keluarga....

Sepertimana yang telah ditetapkan, GMI telah membawa isu mereka ke Kedutaan Indonesia di Jalan Tun Razak. Kami telah sampaikan memo kepada Pak Selamat, Konsulat Indonesia di K.L dan telah di "cc" kan kepada Presiden Indonesia.Majlis penyerahan memo itu juga diadakan dalam keadaan "stress". Kami dapt melihat raut wajah Pak Selamat dan pembantunya yang sering kali melihat ketua sekuriti yang sama-sama berdiri di kalangan wartawan dan jurugambar.(Laporan penyerahan memo ada dalam dalam M'siakini)
Ketika posting ini di tulis, Junaidi dan ibunya telah selamat tiba di Skudai johor dan akan tinggal beberapa hari dirumah W, anak tunggal perempuan keluarga Agus Salim.Aku hanya mampu mendoakan agar Agus segera di pulangkan ke pangkuan mereka sekeluarga.
4 ulasan:
Ukhtie,
Mengayam dan memintal peristiwa menjadikan warga mengadun rasa.
Selama ini kita berada di bawah pengaruh dan natijahnya kita dikelirukan dengan makna 'kebebasan' merujuk erti kemerdekaan dan memaklumkan maksud kestabilan di dalam masyarakat. Ia mengembalikan semula nilai agama bagaimanakah kesedarannya menjadikan kita bermanah kepada tanggungjawab.
Ukhtie telah melakukan yang terbaik dan abaikan sahaja apa yang disumbangkan oleh bicara-bicara.
Boleh didapatkan nombor perhubungan di talian?
Banyak perkara yang mungkin lebih mendapat penjelasan dari ukhtie sendiri.
ISA tidak menzalimi mangsanya tetapi mangsanyalah yang menzalimi diri sendiri.
Negara ada undang undang. Mengapa mangsa hendak melanggar undang undang. Mengapa hendak merusuh, mengedar dadah, membunuh orang.
Bukankah itu menzalimi diri sendiri?
Selagi kita tidak melanggar undang undang, insyaallah kita tidak akan masuk ISA.
Benar sesungguhnya ISA itu zalim dan sekarang ini warga yang berada di luar negara juga dipantau pelayaran sibernya untuk dipaksa mengakur sahaja apa yang ditundingkan oleh kerajaan biarpun ia bersalahan dengan peruntukan yang diberi oleh Perlembagaan?
Umpamanya bagaimanakah berlaku kehilangan catatan-catatan yang telah disahkan penyimpanannya di draft blogger di Google?
Kehilangan catatan di fail peribadi Microsoft.
Umpama yang lain bagaimana laman-laman luar negara yang tidak pernah dilayari mempunyai pautan dengan IP saya?
Bagaimanakah IP untuk sebuah laptop upaya dibezakan bagi penggunaan yang dilakukan melebehi 6 orang?
Maaf Puan Laila,saya tidak menujukan catatan ini kepada Puan atau beralasan mencerobohi ruang interaksi/hubungan Puan tetapi saya mengambil kesempatan di sini sebagai warga yang bernegara, untuk menyatakan, saya berhak untuk mengatakan tidak jika ia melibatkan kebebasan saya untuk memilih.
Manusia tidak memerlukan penanda untuk mengetahui bahawa dia manusia.
Kuasa untuk mempengaruhi bukan lagi cara yang mulia untuk dijadikan gaya hidup yang sihat.
Natijah siri pelobian luar misalnya bukti bagaimana dibangunkan pengaruh yang tidak membebaskan sifat perhambaan di kalangan masyarakat di millenium ini.
ISA tidak diperlukan jika mahu undang-undang menjamin pemeliharaan kedaulatan kemerdekaan kewujudan seorang waga kerana isu TIDAK DIBICARAKAN UNTUK PENYABiTAN KESALAHAN tidak dilakukan.
ISA boleh digunakan hanya setelah kesalahan disabitkan bukti diketengahkan dan pembelaan dapat dilakukan.
Ujub-ujub otoriter maksimumnya akan merugikan kita.
Keperluan dan kehendak manusia tidak sama lalu bagaimanakah kecurigaan itu menjadi racunnya?
Mengenali kebaikan adakah menjadi ancaman kepada keamanan?
Pemilihan bagi kegunaan gmail/hotmail/yahoomail jelas membebankan saya seperti mana penggunaan e-informasi menerusi Internet Explorer mulai semalam, menjadi hanya satu-satunya pengaksessan kami ke internet.
Pengaksessan ini bermasalah di sini kerana mudah 'dicabuli tempuh-tempuh masa bertenang' kami.
thanaif,
Thanks for notes. Boleh hubungi saya di emel laila6306@yahoo.com
nanti saya akan berikan nombor telfon peribadi saya.
Kak Laila
Catat Ulasan