Tiada pilihan, ISA wajib di mansuhkan!!

| |

GERAKAN mahu ISA di kaji semula- Malaysiakini.


Parti Gerakan, salah satu parti komponen UMNO dalam BN akan menghantar memo kepada PM supaya ISA di kaji semula.Presiden GERAKAN, Chang Ko Youn berkata, unsur "tahan tanpa bicara" dalam akta berusia 49 tahun itu menjadikan ISA satu undang-undang yang tidak sesuai di gunakan lagi.Sebelum GERAKAN, tahun lepas parti MCA juga telah meluluskan usul supaya ISA di kaji semula dalam perhimpunan tahunan parti itu.


Dalam dunia moden kini, undang-undang "tahan tanpa bicara' ISA sebenarnya memperlihatkan betapa kurangnya sifat perikemanusiaan dan keperihatianan pemimpin dalam menjaga kemaslahatan dan keselamatan rakyat.Setakat ini, hanya Malaysia dan Singapura yang ada akta seperti ini. Jika ada pun Terorist Act di Britain, penahanan hanya di lakukan paling lama selama 42 hari dan selepas itu, mereka yang disyakki bersalah akan di bicarakan di mahkamah.


Di Malaysia, ada tahanan telah ditahan lebih 7 tahun namun tidak pernah sekali pun di bawa atau di dakwa di Mahkamah.Contohnya tahanan ISA Dr Abdullah Daud yang di tuduh sebagai ahli Jemaah Islamiyyah (JI) tidak pernah di dakwa di mana-mana mahkamah walaupun beliau telah ditahan sejak bulan Disember 2001. Kini beliau menjalani hukuman tanpa perintah hakim mahkamah ,hidup sebagai banduan masuk tahun ke lapan.


Dr Abdullah adalah satu contoh kisah benar bahawa unsur tahan tanpa bicara dalam ISA dan kuasa terlalu banyak di tangan Menteri Dalam Negeri telah menjadikan ISA satu-satunya akta paling zalim di dunia. Jadi, untuk mengelakkan kuasa Menteri Dalam Negeri yang terlalu besar, maka ISA wajar di mansuhkan saja.


PAS dan PKR telah lama mencadangkan ISA sepatutnya di mansuhkan sahaja. Langkah GERAKAN dan MCA minta ISA di kaji semula sekurang-kurangnya akan memberi cahaya kepada rakyat Malaysia bahawa akta zalim itu tidak diperlukan lagi.Tiada suara dari MIC dan beberapa buah parti lain di Sabah dan Sarawak...kemungkinan mereka tiada maklumat mengenai ISA.


Sebagai manusia yang di anugerahkan oleh Tuhan kebebasan mutlak sejak di lahirkan, akta ISA jelas bercanggah dengan Deklarasi Hak Asasi Sedunia dan ianya sepatutnya di mansuhkan saja.



4 ulasan:

AnakPas berkata...

Masalahnya apabila diberi kebebasan tidak tahu menilai kebebasan yang diberi.
Lihat di Negara jiran kita..akibat tiada ISA..apa dah jadi..
Hanya sebab seorang dua orang ramai jadi mangsa..mereka yang mendesak di mansuhkan iSA sebenarnya ada niat untuk membuat sesuatu kejahatan seperti huruhara..dan berselindung disebalik kebebasan..seperti hak asasi, demokrasi dsb.
Jangan kata mereka sahaja yang ada hak asasi, rakyat lain juga ada hak asasi untuk hidup aman damai..tanpa demonstrasi yang merosakan atas nama demokrasi.., Menghasut rakyat..tumbangkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat..memang patut dimasukan ke ISA. Aku tidak setuju ISA dimansuhkan..

Unknown berkata...

Tidak dapat dinafikan memang ada kumpulan-kumpulan pelampau dan taksub yang menggunakan kekerasan dan keganasan untuk mencapai matlamat mereka.

Kebanyakan mereka ini terjebak kerana tidak mendapat kefahaman yang jelas dan mendapat maklumat yang salah.

Memang wajar orang-orang ini ditangkap dan diberi penerangan untuk sesi tertentu.

Tetapi kalau sampai tujuh tahun ditahan tanpa bicara adalah suatu yang keterlaluan dan tidak munasabah.

Sebulan pun sudah lama sangat.

Tanpa Nama berkata...

Tuan Merah Hitam,
Saya bersetuju dgn AnakPas dan Alias Mohd Yusof. Intipatinya ISA jgn disalahgunakan. Allah memerhatikan setiap kezaliman yang dilakukan dan ingatlah, balasan Allah amatlah pedih. Jika setiap individu yg berkuasa sentiasa ingatkan Allah, aman Malaysia ni!

Mata besar sebelah.

Atriza berkata...

Mansuhkan!! Mansuhkan!

Undang-undang manusia selalu menindas dan menzalimi terutamanya rakyat. Maka pemerintah yang melaksanakan undang-undang itulah penzalim yang nyata.

UNDANG_UNDANG ALLAH jugalah yang lebih adil dan HAQ untuk semua makhlukNYA.

HUDUD.HUDUD.HUDUD

Ahlan Wasahlan HUDUD.

Allahu Akbar Walillah ilham.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]