ISA TETAP ZALIM...(warga Indonesia jadi mangsa ISA)

| |
Isnin 6 April 2009.
"Ibu Laila, saya dapat nombor telefon ni dari seorang teman di Solo dan di minta menghubungi ibu kerana abang saya telah hilang dari tempat kerjanya.... kata kawannya, abang saya ditahan di Bukit Aman.."itulah sms pertama ku terima dari W, adik perempuan seseorang bernama Agus Salim yang dikatakan sudah ditahan dibawah ISA.

Aku biarkan sms itu tanpa sebarang jawapan mahupun tindakan. Ketika itu aku sedang "down" yang amat sangat dan hp ku dibanjiri beratus-ratus sms...

Selasa 7 April 2009.

Seawal jam 7 pagi, ku menerima panggilan dari W meminta pandangan dari ku tentang status abangnya. Beliau telefon ke Bukit Aman, tiada tahanan bernama AGUS disana beliau resah dengan keselamatan abangnya. Lantas ku beri nombor telefon Kem Kamunting, sekadar bertanya sekiranya lelaki bernama Agus itu telah dihantar ke Kem pula.Agus telah di tahan pada 5 Mac 2009 dan hingga tarikh itu, keuarganya tidak mengetahui bagaimanakah status kesihatan beliau.

Rabu 8 Apil 2009.

W memberitahu ku bahawa beliau telah menalipon Kem Kamunting, tiada tahanan bernama Agus. kemudian beliau menalipon Bukit Aman, dan akhirnya barulah diketahui bahawa Agus Salim masih barada di Police Remand Center Bukit Aman untuk siasatan lanjut.

Khamis 9 April 2009.

Bermulalah "assignment" untuk mencari maklumat penahanan tersebut. Ku sangka satu sahaja ditahan, rupanya ada 2 lagi yang telah ditahan dibawah ISA ditempat yang berlainan di sekitar Johor.

Segala maklumat telah dikumpul dan diserahkan ke SUARAM untuk di proses dan tibalah misi kedua untuk membawa adik dan ibu Agus Salim dari Medan ke Kual Lumpur.

Jumaat 17 April 2009.

Jam 2 pagi, aku menunggu dua beranak yang tidak pernah ku kenal di stesen bas Puduraya. Its like a blind date.... tidak pernah bertemu, jauh sekali kenal antara satu sama lain.Hampir sejam aku memerhatikan setiap bas yang berhenti dilaluan itu...dan akhirnya Allah pertemukan aku dengan Junaidi dan ibunya, Kartam.

Ku bawa mereka berdua ke rumahku sementara menunggu keesokan harinya , mereka ada program @ sidang media bersama Gerakan Mansuhkan ISA di SUHAKAM. Kami tidak berbual kerana mereka berdua kelihatan terlalu letih selepas mengharungi perjalanan yang panjang dengan menaiki ferry dari Medan ke Pulau Pinang dan kemudian terus terus menaiki bas dari sana ke Kuala Lumpur.



Mungkin kerana tidur agak lewat, keesokan paginya kepalaku terasa sakit yang amat sangat....namun dalam klesakitan itu, aku sempat mengambil beberapa keping gambar mereka berdua di sekitar ruang tamu rumah ku.
Setiap kali ada tetamu dari kalangan mangsa ISA, pastinya aku akan hubungi Kak Aliza untuk sama-sama meraikan mereka .Setidak-tidaknya, beliau akan memberi pelbagai nasihat dan tips berharga sebagai seorang bekas mangsa ISA.Kak Aliza juga sempat menghubungi beberapa orang wartawan media untuk memberi liputan tambahan terhadap kesitu.

"Terimakasih ya kak Laila kerana sudi uruskan ketibaan ibu dan adik saya ke Kuala Lumpur.Mereka senang sekali dengan kakak" demikianlah sms W kepada ku, beberapa minit sebelum mereka pergi ke SUHAKAM.
Sebaik saja mereka meninggalkan rumahku bersama Nashita yang menjadi "supir" dan "body guard" mereka, aku segera menelan dua biji panadol dan berkurung di bilik untuk beberapa jam....
To be continued....


0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]