Sejak pengumuman pembebasan 13 tahanan ISA oleh PM Najib pada Jumaat 3 April lalu hinggalah hari ini, boleh dikatakan setiap hari aku masih menerima kunjungan sms dan panggilan telefon dari sahabat handai, rakan taulan dan sebahagian besar aktivis hak asasi manusia tanpa mengira bangsa dan ugama, bertanya samada Abah Suhaib telah dibebaskan atau belum.Tak pernah terfikir diriku begitu dikenali dan diingati ramai...kerana semua sms dan panggilan telefon itu itu datangnya dari semua peringkat , budak sekolah rendah hinggalah kepada pimpinan Pakatan Rakyat!!!
"PM Najib test market of your popularity" usik CN salah seorang teman yang memang amat terkenal dengan sikap "jovial" dan loyar buruk.
"Pakatan Rakyat tak berapa bersungguh untuk buang ISA supaya semua tahanan ISA di Kem boleh hidup bebas" kata K, yang sangat jujur dalam komen-komennya terhadap prestasi parti politik selain UMNO/BN.
"Najib bukan betul-betul nak bebaskan tahanan ISA.Itu setakat mainan murah PRK dua Bukit je. Tengok Obama, sekurang-kurangnya dia letak sasaran setahun supaya Kem Guantanamo ditutup dalam masa setahun!!!" begitulah pendapat S yang mengaku begitu hampa bila mengetahui Abah Suhaib masih belum dibebaskan.
Sebaik saja rasa "down" ku berkurangan, aku mengambil keputusan untuk pergi ke Kem menziarahi Abah. Bagaimana agaknya keadaan beliau?? Dimasa yang sama aku masih trauma untuk memandu kesana.... bagaimana ya???
Pertemuanku dengan Atriza memberi sedikit kegembiraan bila beliau sudi menemani ku ke pekan Kamunting .Wajah ayu milik gadis bermata bundar dari Negeri Sembilan ini saling tak tumpah dengan anak saudara sepupuku yang telah hampir tujuh tahun tidak bertemu dengan Abah.Alhamdulillah, pada hari Jumaat lepas, lawatan kami berdua tidak mengalami sebarang masaalah walaupun terpaksa melalui tiga pintu keselamatan.
Seperti yang diduga, Abah juga mengalami "kesedihan" kerana masih belum ada rezki untuk keluar dari blok-blok buruk yang di lengkari pagar tinggi dan berduri itu.Selain peluk cium dari Suhaib,aku sampaikan salam dari En Lutfi, Pengarang Harakah dan beberapa orang anak buah beliau (wartawan Harakah seperti Anis dan Roy)yang ditemui sehari sebelum permusafiranku kesana. Ku biarkan Abah meluahkan perasaannya tentang pembebasan terpilih yang mendapat liputan media arus perdana itu.
"Allah tidak jadikan kita dan kehidupan ini secara percuma.Biarlah kezaliman ini akan menjadi suatu tukaran untuk mendapat tempat di Syurga Nya nanti..." aku melafazkankan kembali ayat tersebut yang entah berapa puluh kali telah di sebut sebelum ini.
Atriza, yang kelihatan sedang meninjau-ninjau keseluruhan isi Kemta dari tingkap bilik lawatan itu, ku panggil supaya berbual dengan Abah. Beliau kelihatan serba salah. Namun selepas di pujuk, akhirnya beliau dan Abah Suhaib kelihatan berkomunikasi dengan lancar."Ustaz, jangan lupa baca Surah Yusuf ya..." itulah kata-kata terakhir dari beliau sebelum menyerahkan gagang teefon kepadaku semula.
"Tadi saya nampak ada tahanan ISA dapat berjumpa tanpa interkom , mereka boleh makan minum dan bersentuhan tangan tanpa sebarang halangan.Mereka berjumpa hampir 2 jam. Kak Laila pula hanya dapat jumpa selama 45 minit , menggunakan interkom...Kenapa ada diskriminasi seperti ini?Bukankah taraf Tahanan ISA itu semuanya sama saja?Semua tahanan tidak pernah dibicarakan? Kenapa waktu lawatan keluarga pula menjadi satu lagi hukuman untuk tahanan tertentu??" panjang lebar sungutan Atriza sambil mengesat air jernih di kelopak mata bundarnya.
Semua persoalan itu tiada jawapannya. Aku segera memecut kereta menuju kearah Kuala Lumpur. Pada bulan Februari lalu, dalam perjalanan ke Kedah, tayar keretaku meletup dan sejak peristiwa itu, aku mengalami sedikit trauma ketika memandu.Jika sebelum ini aku membiarkan meter kelajuan pada angka 120 - 130 km/j, namun kebelakangan ini, aku memandu setakat antara 80 ke 90 km/j sahaja. Jika lebih dari itu, dadaku rasa berdebar kerana gambaran rim tiada tayar itu masih menghantui ku. Alhamdulillah, perasaan trauma itu semakin hilang namun, pemanduan ku hari itu sekitar 110km/j saja.Aku telah bertukar menjadi seorang pemandu berhemah!!!
Disebalik semua kejadian itu seperti pembebasan terpilih, tayar pecah, diskiminasi lawatan dan berbagai lagi, aku tetap bersyukur kepada Allah yang memberi segala ketenangan dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini. Aku yakin keadilan dan kebenaran tetap akan menjelma dan kesukaran ini pasti akan berakhir.....
1 ulasan:
Pemimpin politik yang berkuasa lebih banyak menggunakan badan-badan penguatkuasa untuk mengekal dan memperkukuh kuasa mereka.
Padahal sepatutnya badan-badan penguatkuasa ini ditugaskan untuk menjaga keselamatan orang awam dari kegiatan rompak, samun, rogol, ragut, culik, dadah,buli dan berbagai jenayah yang semakin meningkat di negara kita.
Catat Ulasan