Apakah peranan pegawai special branch (SB) dalam ISA?

| |
Saya selalu ingin tahu, berapakah gaji seorang pegawai cawangan khas@SB. Saya pernah duduk disebelah seorang SB dalam satu majlis di Kauala Lumpur tahun lepas, SB wanita itu mengaku beliau dipilih menyertai pasukan cawangan khas sebaik saja tamat SPM!!!

Berapakah gaji yang mereka perolehi?

Apakah kerja SB ni sebenarnya? Kalau dari perspektif akta ISA, SB bertugas sepenuh masa mengekori, mengintip , dan menakut-nakutkan orang yang dijadikan mangsa ISA supaya tidak menghubungi SUHAKAM, wartawan media laternatif seperti HARAKAH dan Malaysiakini, tidak menghubungi peguam hak asasi dan tidak ada sebarang hubungan dengan aktivis hak asasi, lebih-lebih lagi aktivis Gerakan Mansuhkan ISA!!! (Puan Aliza pernah menjadi keluarga ISA dari 2001-2003, Puan Kartem dan Junaidy sedang menjadi keluarga tahanan ISA kerana Agus Salim belum dibebaskan)
YB Teresa Kok juga pernah ditahan selama 7 hari dalam ISA walaupun beliau adalah seorang Ahli parlimen dan SB turut digunakan untuk memburuk-burukkan reputasi beliau sebagai seorang wakil rakyat!

RPK ditahan dibawah ISA sebanyak dua kali dan sememangnya beliau mengakui polis SB telah memainkan peranan yang tidak sedikit dalam penahanan itu. Saya sendiri menjadi mangsa ISA selama 7 tahun!!!Mereka-mereka yang menjadi aktivis hak asasi juga turut menjadi target utama di ancam dan ditakut-takutkan oleh polis SB ini.
Adakah rakyat Malaysia redha, wang cukai pendapatan mereka di gunakan untuk membayar gaji SB-SB ini yang bekerja untuk menakut-nakutkan rakyat kembali?


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dipilih menyertai pasukan cawangan khas sebaik saja tamat SPM!!!
==================================

“DIPILIH”???
Apakah yang seorang pelajar baru tamat SPM tahu?
Tahu tak mereka betul atau salah?
Tahu tak mereka selok-belok hidup ni?
Tahu tak mereka ni mengikut secara membabi buta?

mungkin cari pelajar yang baru habis SPM ni lebih senang untuk di-brain wash!!!

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]