Ketika itu, masaku agak padat dari biasa kerana meladeni dua tetamu mangsa ISA dari Medan.
"Cikgu, hp saya ada problem, masuk air...tapi boleh sms".Melihat sms itu, aku tersenyum sendirian dan terus terbayang wajah comel yang bernama "Wan Am" pengurus gerai READ Network di pesta buku yang sedang berlangsung di PWTC.
Sejak beberapa hari yang lalu, aku dan Nashita menguruskan program untuk tetamu dari Indonesia itu, tahap tekanan perasaan kami semakin tinggi bila terpaksa berurusan dengan SB Bukit Aman. Justeru bila semua yang dirancang telah dilaksanakan, barulah ada peluang untuk menjenguk suasana di pesta buku.
" Hai... Kak Laila!!! Aku rasa tergamam disapa dengan ramah oleh Hamisah, aktivis sepenuh masa JIM.Ku lihat Wan Am sedang sibuk menyusun buku-buku di rak, sengaja tidak mahu mengganggunya namun bila beliau menyedari kehadiran ku dan Nashita, senyuman di bibirnya melebar.....
"Wan, I really am proud of you!! " kataku padanya.Dengan vest hitam bertulis JIMmedia di dada kiri, tag kuning dan memakai lencana bertulis "Save Palestine" jelas memperlihatkan seorang anak muda yang serius untuk menjadikan dirinya sebagai aktivis sepenuh masa JIM, sebuah NGO Islam yang makin dikenali ramai.
"Kak Laila patutnya cari slot sesuai untuk tandatangan buku bersama pembeli..." Hamisah bersuara ambil tersenyum manis. Nashita disebelah ku juga turut tersenyum.... "Semua orang dah ada buku, saya pun teringin gak nak ada satu buku yang ada nama sendiri diluarnya.." ujar Nashita, begitu lembut dan menusuk kata-kata itu di telingaku.Kami sama-sama tersenyum penuh makna....
Kami berjalan menyusuri deretan gerai-gerai yang agak sarat denganpengunjung.Sempat singgah di gerai Alaf 21, melihat-lihat novel terkini.Aku jarang membaca novel kerana isinya terlalu membuai perasaan namun, berbeza dengan nashita yang menjadikan bacaan novel sebagai satu inspirasi untuk memperbaiki gaya penulisan beliau.
Sewaktu menuju gerai terakhir, aku kami berdua disapa oleh seorang promoter dari Syarikat Grolier.Sebagai seorang guru, nama Grolier memang amat ku kenali kerana sering di depan dalam penerbitan ensaiklopedia terbaru dipasaran.Beliau, yang kemudiannya kami kenali sebagai "I" amat petah memperkenalkan produk terbaru di gerainya. Namun segera ku nyatakan bahawa Grolier memang mesra dengan sekolah tempat aku bekerja dan giliranku pula "promote" kejahatan akta tahan tanpa bicara "ISA" kepada beliau.Alhamdulillah, dalam masa kurang dari dua minit, beliau memahami tentang ISA kerana telah bertemu sendiri dengan aku, yang telah 7 tahun di mangsakan oleh Menteri Dalam Negeri...
p/s: Terimakasih Roha kerana sudi menghantar sms yang indah untuk dibaca , teruskan niat dan cita-cita murni anda Wan Am dan semoga Hamisah akan terus ceria dan gembira selalu....
0 ulasan:
Catat Ulasan