KENYATAAN AKHBAR
APA AGENDA PM BARU BEBASKAN 13 TAHANAN ISA?
Sabtu, 4 April 2009
1. Dalam ucapan sulungnya selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 semalam, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah mengumumkan pembebasan serta merta 13 tahanan ISA dan mengkaji semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Senarai tahanan tersebut ialah seperti berikut:
Bil
Nama
Tuduhan
Ditahan pada
1.
Wan Amin Wan Hamat
Jemaah Islamiyah (JI)
2003
2.
Pakana Selama
Darul Islam (DI)
2006
3.
Mohd Arasad Patangari
Darul Islam (DI)
2006
4.
Idris Lanama
Darul Islam (DI)
2006
5.
A Artas A Burhanuddin
Darul Islam (DI)
2006
6.
Binsali Omar
Darul Islam (DI)
2006
7.
Mohd Nazri Dollah
Darul Islam (DI)
2006
8.
Francis Indanan
Darul Islam (DI)
2006
9.
Amir Hussain
Dokumen Palsu
2006
10.
Sundaraj Vijay
Dokumen Palsu
2006
11.
San Khaing
Dokumen Palsu
2006
12.
R.Kenghadharan
Hindraf
2007
13.
V.Ganabatirau
Hindraf
2007
2. Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menganggap pengumuman tersebut sebagai hanya penyedap kata yang lebih mencerminkan kuasa yang baru diperolehi. Pengumuman ’goodwill’ yang sarat bermotif politik pada ketika menjadi Perdana Menteri. Suatu kelok politik atau political manoeuvre yang diatur detiknya dengan teliti menjelang tiga Pilihanraya Kecil yang dianggap kritikal bagi meningkatkan pengaruh rakyat kepada PM baru dan BN.
3. GMI menggesa rakyat untuk jangan mudah tertipu dengan pendekatan politik ini. Dengan pengumuman ini, ternyata kuasa wewenangan atau arbitrari di bawah ISA bukan sahaja menahan dan menghukum tanpa bicara tetapi juga membebaskan pada masa yang dianggap akan berpihak kepada pemerintah. Selagi ISA wujud, kuasa tersebut terus kekal wujud.
4. Tindakan ‘goodwill’ yang serupa pernah dilakukan ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dahulu. Tapi apakah yang berlaku selepas itu? ISA terus kekal dan diketatkan, malah makin ramai yang ditahan pada tahun 1987 dalam Operasi Lalang.
5. Apakah maknanya ‘goodwill’ sedangkan hakikatnya, terdapat seramai 40 orang kesemuanya yang masih ditahan ISA sebelum ini. Di antara 40 orang tersebut, terdapat beberapa orang yang sudah ditahan selama 7 tahun sedangkan nama mereka tidak tersenarai di antara mereka yang dibebaskan. Mengapa? Di samping itu, ada juga yang ditahan atas tuduhan yang sama dengan yang dibebaskan namun tidak termasuk pula dalam senarai 13. Mengapa?
6. Syor untuk mengkaji semula ISA pernah disuarakan oleh beberapa orang Menteri dan parti komponen BN sebelum ini. Malah ada yang meletakkan jawatan kerana membantah. Namun ianya indah khabar dari rupa. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mencadangkan ISA dimansuhkan sejak tahun 2003 tetapi tidak pernah diteliti oleh kerajaan atau dibentangkan di Parlimen. Kini pengumuman untuk mengkaji semula ISA keluar dari mulut seorang PM. Apakah janji bakal dikota atau janji tinggal janji seorang PM baru?
7. Tuntutan untuk semua tahanan dibebaskan atau dibicarakan telah dibuat GMI sejak bertahun-tahun lamanya. Begitu juga tuntutan supaya ISA dimansuhkan bukan sahaja dikajisemula.
8. Bagi GMI, 13 orang yang dibebaskan merupakan berita baik untuk tahanan berkenaan dan keluarga mereka tetapi kita harus sedar pembebasan mereka kini dijadikan bahan dagangan atau jaminan politik (political collateral) untuk menonjolkan seorang PM yang prihatin.
9. Tindakan yang paling ikhlas dan jujur berpandukan prinsip keadilan ialah dengan membebaskan semua tahanan, bukan sebahagian sahaja. Tindakan yang paling berani ialah meletakkan keadilan pada tempatnya. ISA membenarkan penahanan tanpa bicara dan kuasa yang terlalu luas. Ia bukan sahaja disalahgunakan tetapi ia undang-undang salah yang disalahgunakan! ISA mesti dimansuhkan dan mangsanya mesti dibebaskan atau dibicarakan.
10. Tindakan yang lebih utama oleh Datuk Seri Najib ialah menjelaskan kesangsian rakyat terhadap kewibawaan dan kredibiliti beliau dalam isu cubaan rasuah politik di Perak, isu urusan pembelian kapal selam dan isu pembunuhan Altantuya.
Mansuhkan ISA!
Bebaskan Tahanan!
Tutup Kemta!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
8 ulasan:
adakah yang dikeluarkan itu terdapat perjanjian bertulis untuk anut UMNO sampai ke mati?
hahah .. mungkin kerna itu maka pembebasan serta merta kononnya di tangguh sehingga hari ahad.
teringat kisah perlepasan orang Arqam dulu.
Bebas 13, tangkap balik 130. Bebas 130, tangkap balik 1300. Tak nampak keperluan ISA sebab mahkamah berlambak kat Malaysia. Tangkap & adili. Kalau salah hukum penjara - kalau tak salah bebaskan. End of story!
No To ISA!
SS.
Sharp.Shooter
Tuan,
Usahlah membuat andaian yg bukan-bukan. Kalau dah bebas, maka bebaslah. Kalau setakat nak buat andaian itu dan ini tanpa fakta, maka tak perlulah, Melayu tak mampu lagi membuang masa dengan perkara-perkara dongeng begitu. Tuan membuang masa menulis perkara tak perlu itu, pembaca membuang masa membaca tulisan sampah tuan itu.
Beberapa hari lepas geger dlm internet Agong tak restu Najib jadi PM- mereka yg dapat berfikir tak perlu percaya dengan perkara begitu. Bagi orang macam tuan , berita begitu mempunyai nilai berita yg amat tinggilah tu.
Melayu tak perlu buang masa lagi tuan.
Salam Laila,
Lama akak tak borak dengan Laila. Walau pun begitu, Laila dan Suhaib tetap di hati akak.I felt so bad bila nama baba Suhaib tak da dalam senarai 13 yang dibebaskan. I'm so sorry. How are you and Suhaib?? Akak harap Laila bersabar. Doa akak sentiasa bersama Laila. Salam untuk Suhaib.
KPD yg tanpa nama,
Sebenarnyer tulisan anda yang merugikan,dan membuang masa.maaf pandangan ANDA tak diperlukan disini..
maaf KEPADA yg tanpa nama kedua....heheheh
Kepada yang zalim ingatlah !
Apabila dosa terhadap sesama manusia penebusnya hanyalah semasa masih bernafas !
Kesempatan yang diberi oleh Ilahi masih belum terlambat.
Tahanan tanpa bicara tidak ada pada mana-mana agama.
Apakah gelaran yang patut diberi pada golongan zalim ini ?
Manusia yang punya hati dan perasaan dinamakan INSAN.
Yang tiada ehsan pada manusia dan yang melata dimuka bumi, Allah gelarkan mereka golongan yang lebih teruk dari haiwan ternak,malah lebih dari itu.
Berwaspadalah !
Jangan kita tergolong dan bersekongkol dalam kumpulan orang yang Allah s.w.t. telah cap sebagai lebih teruk dari haiwan ternak.
Menzalimi orang yang tidak bersalah bukan kerja manusia yang punya akal.
Golongan ini para saintis meletakan mereka golongan yang punya penyakit 'PSIKOPAT'.Yang mana rasa berdosa dan bersalah tidak ada dalam diri mereka.Agama jauh sekali dalam kehidupan mereka ini.
Doa pakcik buat Suhaib.
No To ISA !
salam..
seperti seorang manusia yg berbuat maksiat, sentiasa diperintah untuk sentiasa bertaubat..sememangnya kita pernah melakukan maksiat, apabila dikalangan kita yang membaca tiada yang maksum... walaupun dikalangan kita tetap pernah melakukan kebaikan samada secara tidak sengaja atau sengaja..dan apabila kita mengetahui ada manusia yg enggan bertaubat dengan segala maksiat yg dilakukan, adalah tanggungjawab kita utk menegur dan menasihati walaupun kita sedar diri sendiripun masih lg dalam dilema utk betul2 bertaubat..dan kita ada 2 perkara, yakni tanggungjawab terhadap diri sendiri dan tanggungjawab terhadap insan lain..setiap dari 2 itu ada 2 pula yakni amar makruf dan nahi mungkar..setiap dari ini tidak akan terlepas kerana kita adalah insan dan mereka adalah insan.. bagaimana pula jika ISA itu dikategorikan sebagai insan, bukankah ia itu suatu yang betul2 perlu diubah?.. pembubalan ISA adalah suatu langkah pantas untuk pembebasan tahanan ISA..kerana penduduk Malaysia kini terasa jelas melihat apakah keburukan ISA, diharapkan juga kita mengambil berat apakah kesan kepada negara2 lain yang tidak memiliki undang-undang seperti ISA ini.... ISA ini bukan sebuah pertubuhan yg jujur pada rakyatnya..maka pd pendirian sy sangat perlu untuk dilenyapkan ISA dari muka bumi, namun sistem kehakiman, mahkamah, perbicaraan perlu diberi kuasa adil yang penuh mengetuai segala pertubuhan ...dan juga kita memerlukan seluruh peguam dan hakim yang hebat.. perkara ini yakni pembubalan ISA dan penguatkan segala yg berkaitan dgn mahkamah perlu diusahakan serentak supaya usaha baik dpt dilaksanakan..amin.. Insya'Allah..
Catat Ulasan