GMI berbincang tentang ISA dengan Parti GERAKAN.

| |
"Kak Laila, you and Syed have to be there at 5pm" itulah sms arahan dari Nalini.Seawal jam sebelas pagi, saya cuba hubungi Nashita untuk meminta kepastian samada beliau akan hadir ke majlis perbincangan bersama Parti Gerakan atau sebaliknya.Biasanya saya akan meninggalkan sms, namun hari ini, saya hanya meninggalkan "miss calls' saja kepadanya....
Jam menunjukkan pukul 3.30 petang dan saya mula gelabah kerana tidak pernah memandu sendiri ke Menara PGRM. Saya cuba menalipon beberapa orang teman untuk mendapatkan "direction" namun semuanya kurang membantu. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk ke sana menaiki teksi saja. Selepas Solat Asar, saya segera keluar untuk mendapatkan teksi. Tiga buah teksi ditahan, semuanya tidak mahu ke tempat yng ingin saya tuju.Akhirnya sebuah teksi hijau berhenti , dan pemandunya yang saya panggil uncle itu segera memecut teksinya ke arah MRR2 . Saya cuba bersembang dalam bahasa Mandarin yang "broken' dan uncle kelihatan amat gembira dengan percubaan saya itu."Uncle tahu ISA?" tanya saya. Dia sekadar menganggukan kepala. "Saya pun tahu itu Altantuya" katanya lagi dan saya memujinya kerana pengetahuan am yang begitu up-to-date!!!Alhamdulillah teksi berhenti betul-betul di hadapan lobi PGRM."Uncle xie-xie ni" wang tambang dihulur disertai sehelai flyer ISA dalam bahasa Cina.
Perbincangan ISA itu diadakan di bilik mesyuarat utama parti GERAKAN di tingkat 5. Sementara menunggu kehadiran peserta lain, saya dan Tina dari Human Right Committee Bar Council, sempat berposing di bahagian reception pejabat parti komponen Barisan Nasional itu.

Sepanjang lima tahun saya bersama GMI, inilah kali pertama kami dijemput oleh Parti Gerakan untuk berbincang tentang ISA.Selain pemimpin tertinggi Parti Gerakan, saya dan Syed Ibrahim dari GMI, perbincangan ini disertai oleh sepuluh orang peguam dari Bar Council,dua orang dari SEDAR institute, HAKAM dan beberapa orang peguam dari Parti Gerakan sendiri.


(Dari kiri Datuk Chang Ko Youn (Timbalan Pengerusi), saya, Pengerusi Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Pengerusi GMI Syed Ibrahim, Pengerusi HAKAM Peguam Malik Imtiaz Sarwar)

Mereka yang hadir tadi ialah Pengerusi Gerakan Tan Sri Dr Koh, Timbalan Pengerusi Datuk Chang K0 Youn , beberapa orang bekas senator yang juga jawatankuasa tertinggi,Pengerusi HAKAM Malik Imtiaz, Tina, Gary,Andrew, Siti, Dara , Wee , Ong dan tiga lagi peguam dari Human Right Committee Bar Council serta lima orang peguam dari Parti Gerakan sendiri.
Perbincangan dimulakan dengan memperkenalkan diri semua yang hadir, sebaik saja Tan Sri Koh tiba di bilik mesyuarat. Syed Ibrahim yang juga pengerusi GMI mengambil langkah bijak bila dengan pantas beliau mempersembahkan slide mengenai pandangan umum masyarakat terhadap ISA, samada akta itu perlu di mansuh atau pinda , beserta fakta-fakta terkini mengenai ISA dan seluruh isinya.Persembahan selama 20 minit itu ternyata memberi mesej yang cukup jelas kepada semua yang hadir bahawa ISA sepatutnya di mansuhkan saja!!!(Tan Sri Koh akui, GMI memang menjuarai ISA).
Tan Sri Koh kelihatan berhati-hati dengan topik perbincangan supaya tidak tersasar memandangkan sebahagian besar yang hadir adalah peguam yang sudah agak mahir dengan ISA dan juga aktivis anti-ISA yang sedang meningkat.ISA, kenapa ianya di tentang dan mesti di mansuhkan segera, di terangkan dengan panjang lebar oleh Peguam Malik Imtiaz yang mewakili RPK dan memenangi kes itu, ditambah pula oleh Andrew, Tina dan Gary.
ISA dari perspektif GMI, peguam semuanya telah di terangkan dengan panjang lebar dan akhir sekali saya diberi peluang oleh Tan Sri untuk berkongsi kisah benar sebagai mangsa ISA. Terasa semua mata tertumpu ke arah saya .... mungkin mereka tidak pernah terfikir, dizaman moden dan bertamadun ini, ada lagi undang-undang yang perlaksanaannya tidak memerlukan mahkamah, hakim dan peguam, tetapi telah digunakan secara berleluasa keatas manusia lain, hingga bertahun-tahun lamanya.
Menurut Tan Sri Koh, perbincangan ISA ini tidak akan terhenti setakat ini....kerana beliau akan mengadakan "follow-up" untuk tindakan selanjutnya.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:

"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Atriza berkata...

Ukht, ana suka ingin kongsikan dengan Ayat-Ayat Allah yang ana baca dan mengertikan makna juga tafsirannya. Mungkin ukht ada membacanya.

Ianya cukup menarik untuk kekuatan diri. Bukan untuk ana sendiri, tetapi buat sekalian yang merasakan dirinya adalah Ansorullah (Penolong Agama Allah)

Maaf ukht, memakan ruang lagi untuk kali ini. Moga ianya bermanfaat buat sekalian yang berjuang fie sabilillah.

Dan bagi orang-orang yang menerima seruan Tuhan dan melaksanakan Solat, sedang urusan mereka diputuskan dengan musyawwarah antara mereka dan mereka menginfakkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

Dan bagi orang-orang yang apabila mereka diperlakukan dengan zalim, mereka membela diri.

Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang setimpal, tetapi barangsiapa yang memaafkan dan berbuat baik (kepada yang berbuat jahat) maka pahalanya Besar di sisi Allah. Sungguh Dia tidak menyukai orang-orang zalim.

Tetapi orang yang membela diri setelah dizalimi, tidak ada alasan untuk menyalahkan mereka.

Sesungguhnya kesalahan hanya ada pada orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di bumi tanpa mengendahkan kebenaran. Mereka itu mendapat siksaan yang pedih.

Tetapi barangsiapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia.

Surat Asy-Syura, ayat 38-43.

Ukht..moga menjadi kekuatan buat diri, insya`allah..

"Segala yang berlaku, yang bertamu, yang pahit atau manis itu, ianya pasti ada sesuatu, yang tak dapat diungkap satu persatu, tetapi yang ingin kuberitahu, segala itu adalah bicara dari Tuhanku..yang sangat menyayangiku, yang sangat dekat denganku, dan itulah menjadi kekuatanku, untuk perjuanganku. Aku pasti, engkau juga sekalian pejuang mampu juga begitu, Insya`allah.. Aku serahkan padaMu Penciptaku."

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]