Kesihan Suhaib.... dari kecil berusia 8 tahun, hinggalah memasuki alam remaja, beliau masih terdera dengan undang-undang tanpa bicara yang tidak mengenal erti kemanusiaan itu....Aku ibunya, nenek ,datuk dan keturunan yang awal dulu, semuanya tidak pernah mengalami perpisahan antara anak dan ayah disebabkan ISA sepertimana yang sedang dirasai oleh Suhaib... Memikirkan tentang kekurang yang di lalui Suhaib dalam kehidupannya, aku teringat sms dari ZA yang mengingatkan ku bahawa motivasi terbaik adalah dengan mengaitkan kisah Nabi Muhammad dan Nabi Isa yang membesar tanpa bapa dari kecil hinggalah besar.Suhaib mempunyai ayah, hanya tidak ada dimata secara fizikal.Namun pertautan hati dan jiwa antara anak dan ayah sebenarnya tidak boleh di pisahkan oleh tembok konkret. Ianya akan menghasilkan suatu hubungan ruhi yang tidak dapat difahami oleh orang biasa.Berilah semangat dan pengharapan padanya bahawa ISA akan tewas dengan kekuatan iman keluarga mangsa yang berjuang dengan hanya mengharapkan keredhaan Allah semata.....
Suhaib masih didera ISA....
|
Dicatat oleh
Merah Hitam pada 8:22 PTG
|
Beberapa hari lepas, ketika aku menjenguk kamar tidur Suhaib, tiba-tiba jantung berdegup kencang ketika melihat pemandangan ini(dalam gambar diatas).Sekeping poskad dan dua keping surat dari bapanya yang masih ditahan di Kem kamunting, terletak di bawah bantal Suhaib , tiba-tiba saja menjadikan dadaku terasa sebak yang amat sangat......
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan