PM Najib juga didik rakyat Malaysia tentang ISA?

| |


ISA dicipta begitu gah dan ampuh,menakutkan serta segala maklumat berkenaan akta ini, bermula dari penggunaannya, mangsanya dan bagaimanakah ianya berfungsi, semuanya dirahsiakan dari pengetahuan rakyat jelata.Sejak 1960, akta ini amat menakutkan rakyat kerana adanya "penahanan tanpa bicara" dan "kuasa mutlak Menteri Dalam Negeri" didalamnya.


Biasanya media tidak akan "beri muka" pada isu ISA. Memang amat malang pada sesiapa ang menjadi mangsanya, kerana mereka akan berada dalam kegelapan dan tidak tahu apa yang patut dilakukan. Namun, beberapa hari lepas, PM Najib telah mengubah persepsi ini.


Mungkin tiada siapa menyangka PM baru Malaysia ke 6 ini memulakan hari pertamanya sebagai Perdana Menteri dengan mengumumkan pembebasan 13 tahanan ISA.Berita ini sudah tentu menggembirakan hati rakyat Malaysia yang semuanya cintakan keamanan dan keadilan.


Bagi aktivis anti-ISA pula, pengumuman ini adalah seperti kata pepatah Inggeris, "blessing in diguise", ada rahmat disebalik pengumuman itu. Tidak diketahui apakah niat PM ,namun yang jelasnya, media arus perdana yang terdiri dari media cetak dan elektronik semuanya menyebutkan tentang pembebasan serta-merta tahanan ISA. Jika selama ini, media yang sama menutup semua fakta ISA yang sering diutarakan oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), namun untuk beberapa hari lepas, secara tiba-tiba, ISA sudah tidak asing di telinga rakyat Malaysia.Dan buat pertama kalinya, PM menyebut akan membuat "review" terhadap ISA.


Jelas, pengumuman pembebasan 13 tahanan itu telah membuka ruang untuk menjawab kesangsian dan teka-teki rakyat Malaysia tentang ISA sepertimana dibawah ini...


1- Sebenarnya tahanan ISA boleh dibebaskan pada bila-bila masa saja oleh Perdana Menteri.

2- Tahanan ISA tidak perlu melalui proses mahkamah untuk mengsahkan bahawa mereka tidak bersalah dan terus di pulangkan kepangkuan keluarga dan masyarakat.

3- Rakyat kemudian mendapat tahu bahawa ada ramai lagi yang masih belum dibebaskan.

4- ISA, akta tahan tanpa bicara adalah alat politik kerajaan yang berkuasa.

5- Sebenarnya, ISA tidak diperlukan di Malaysia.........


Adakah perlu ucapkan terimakasih pada PM Najib kerana membantu mempopularkan isu ISA ini????

2 ulasan:

Atriza berkata...

Memang KEJAM + ZALIM = ISA ni.

Entah hukum mana 'dia' ambil entah.
Sehebat mana pun kekejaman dan kezaliman yang 'dia' lakukan
lagi maha hebat balasan yang akan diterimanya.

Di manakah gelaran Negara Islam pada Malaysia ini??

Islam tak ada hukuman tanpa bicara macam gini. Kalau puak-puak yahudi adalah buat macam ni. Macam Mosad dan guantanamo tu.

PM Malaysia ni tak sedarkah??

Tanpa Nama berkata...

ana sokong atriza,dlm islam sendiri setiap kesalahan akan ada bicara dan ada hukuman yg setimpal terhadap kesalahanya,Malaysia bukan negara islam,malaysia di-probaratkan oleh pihak amerika dan negara eropah yg lain,jika benar ia negara islam,kerajaan harus menerima cadangan Pas untuk mengadaka hukum hudud di Malaysia.Hukum hudud nmpak begitu menggerunkan terhadap semua,OFCOz~!sebab ini adalah undang2 Allah,undang2 yg adil dan lengkap!tapi tolong paham bgaimana hukuman ini dijalankan kerna klau tidak,anda akan menyangka mencuri pensel akan dikenakan hukuman potong tgn:p...phmkan lah...walahualam....

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]