Aku baru masuk ayat ke 35 dari 40 ayat di Surah itu , tiba-tiba telefon bimbit berbunyi. Segera ku capai telefon ,ekor mata sempat melihat nama "Suaida" tertera di skrin." Kak, buka tv cepat!!! Najib kata dia bebaskan 13 tahanan ISA!!! ".Telefon putus....
Aku segera mencapai "remote", melayari beberapa saluran dan singgah di TV 3,namun berita itu sudah berlalu.Aku "off" tv dan kembali mencapai Quran... tetapi kemudiannya panggilan telefon terus datang bertali arus bersama-sama sistem pesanan ringkas" sms" .Semua yang menalipon dan menghantar sms bertanya samada abah Suhaib adalah salah seorang dari 13 yang diumumkan bebas!!!
Telinga terasa panas disebabkan penggunaan telefon bimbit yang terlalu lama dan bateri menunjukkan semakin susut dan minta di "charge' segera. Aku segera menunaikan keperluan Nokia (yang patutnya di boikot) hitam itu dan kemudian berlari ke balkoni hotel. Dari tingkat 31 hotel bertaraf 5 bintang itu, ku lemparkan pandanganku sejauh-jauhnya di celah-celah bangunan yang terang benderang termasuk menara kembar. Ku tarik nafas sedalam-dalamnya dan hembus perlahan-lahan... sekadar mengurangkan sedikit tekanan dari berita pembebasan 13 tahanan ISA itu....Hati tetap berdebar dan bertanya-tanya... adakah nama Abah turut tersenarai?
Ya Allah yang menciptakan diriku... berikanlah kekuatan dan ketenangan untuk ku menghadapi berita ini...
Dari jam 8.15 malam telefon bimbit terus-menerus berbunyi dan minta diangkat. Aku cuba melayani setiap panggilan yang datang . Itu tidak termasuk sms yang turun dengan lebatnya seperti air hujan!!! Biasanya, bila "stress" aku hanya teringat makanan!!! Ku ketuk bilik sebelah melalui pintu yang memisahkan bilik kami dan bertanya samada Kak Wan boleh menemaniku seketika. "Jom lah datang sini... ada pizza dan nugget panas ni!!!" jerit beliau."Lets have another round.." ujar Kak Wan sambil tersenyum dan meletakkan satu mug besar berisi teh panas. Kami bersembang untuk beberapa jam dan aku melupakan sementara segala panggilan telefon serta sms tadi.....
Seketika kemudian aku pulang semula ke bilikku dan melayani beberapa panggilan. Kredit di hp hampir habis , nasib baik ada Nashita yang sedia membantu menyelesaikan masaalah....
" Yang ada cuma 6 DI, 2 Hindraf dan 3 warga asing, husband you belum ada rezki nak bebas lagi..." .Walaupun sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan, namun "kejujuran "sms yang di hantar oleh H , tetap mengusik hatiku....
Aku mundar mandir di ruang bilik hotel VIP yang agak luas itu dan akhirnya duduk di meja dapur. Ku renung "fiber-cheese cake" dan "American brownies" diatas meja. Kacang pun ada... Tanpa berfikir panjang , ku capai sudu dan pinggan dan bermulalah pusingan ke tiga makan malam ku untuk hari itu...
Aku terjaga dari tidur dan segera melihat jam di telefon bimbit. 6.35 am!!! Aku terlupa mengunci jam sepertimana lazimnya. Kepala terasa berat dan pipi serta dahi terasa panas. Seluruh sendi tubuh terasa ngilu dan kurang selesa.Baru teringat, selepas solat Isya, aku menemani Suhaib -yang juga merasa marah dengan berita itu... (kerana nama bapanya tiada dalam senarai), main PS sambil mengunyah kacang dan berkongsi menghabiskan sepotong blueberry cheese cake.
" Switch-off hp.Mandi air suam.. then masuk selimut, kosongkan kepala dan tidur.." itulah petua yang dihantar oleh H, salah seorang teman yang agak rapat dengan ku. Tanpa panadol untuk menghilangkan sakit kepala , ku cuba petua tersebut...Hampir sejam berendam dan beberapa botol kecil shampoo kosong isinya....
Alhamdulillah, jam 11.30am aku terjaga dan suhu badan kembali normal.
Kami "check-out" pukul 12 tengahari untuk menghadiri majlis perkahwinan di Taman Melati dan kemudiannya terus pulang kerumah. Terimakasih Kak Wan kerana menemani saya melalui saat-saat getir ketika menerima berita "pembebasan terpilih" itu. Mungkin selepas ini akan ada banyak lagi siri-siri pengumuman seperti itu....
Penantian memang satu penyiksaan. Kami berdua (aku dan Suhaib) mungkin tidak berdaya menolaknya ,namun tiada pilihan , terpaksa juga menggagahkan diri menghadapinya.
P/S: Mohon maaf jika komen-komen anda tidak mendapat respon dari tuanpunya blog ini.
Segala isinya adalah untuk sebaran am demi mendidik rakyat supaya sedar tentang kezaliman ISA yang masih menyelubungi keluarga ini.
4 ulasan:
cik gu Laila,
Saya amat terharu diatas segala coretan yang terdapat didalam blog ini. Boleh tak cikgu bukukan apa yang tertulis didalm blog ini agar kami dapat menyebarkan seluas luasnya tentang bagaimana deritanya keluarga ISA. Semuga buku ini juga dapat dibuat sebagai senjata untuk mmelawan ISA. Harap tidak dihampakan.
saya bersetuju dgn pendapat supaya nukilan cikgu di blog ini dibukukan..
pada masa yg sama saya juga berdoa agar suami cikgu dibebaskan segera dan mendapat keadilan yang sepatutnya...amin...
sabar lah kak...
saya amat berismpati dan turut tumpang bersedih...saya kalau sehari tak jumpa bini pun agak tak ekruan..ni pulak akak....takpe lah kak..kuatkan semangat dan terus lawan..InsyaAllah...kite menang pru 13 nanti..ISA akan di mansuhkan dan semua tahanan ISA akan dibebaskan serta merta serta di bayar pampasan
Cg lela kesayangan anak-anakku,
selama 7 tahun cg bersama shuhaib bertahan jiwa dan raga ,antara mahu dan terpaksa,antara geram dan sumpah,tapi berjaya melalui sekian lama..yang hanya tahu..Allah Yang Maha segala2nya.
teruskan memujuk hatimu dan hati shuhaib utk bersabar dgn dugaan yang diterima.Yakinlah Janji Allah pasti hampir..teruskan berjuang mendidik rakyat tentang kezaliman politik BN...Semoga usahamu dapat mengangkat darjat ketaqwaanmu disisi Allah..dan diberinya kegembiraan yang tidak dapat dimiliki oleh hamba Allah yg lain...amin
Catat Ulasan