Hishamuddin ialah menteri ISA yang baru.

| |
" Hishamuddin Hussien is the new Home Minister...." ku biarkan saja sms Nalini itu tanpa dijawab.Kebetulan ketika itu sedang "charge" bateri. Ku tinggalkan seketika , pergi ke kedai membeli "Peel Fresh orange" demi melayan permintaan Suhaib yang ingin berbuka puasa sunat dengan jus itu.

Mata menjeling ke Nokia hitam itu lagi. Ah!!!!Okey lah aku balas ni. Sian pada Nalini ... agaknya dia tunggu jawapan ku. Ku capai "handphone" itu dan ibu jari ligat menari diatas "keyboard'nya dan kemudian segera tekan "send"....
"Hishamuddin Home Minister? Auuww!!! Does that make any different? Dia sudi nak mansuhkan ISA ke??? " tak tahu kenapa, ayat itu pula yang keluar di skrin.

Dalam hati ini tetap berkata... kalau pun sekiranya Hishamuddin Hussien bersetuju untuk mansuhkan ISA yang kemudiannya menyaksikan pembebasan semua 27 tahanan yang masih menghitung hari di Kem sana, adakah UMNO/BN akan merestui tindakan beliau? Sejarah telah membuktikan bahawa ISA adalah satu alat yang amat penting untuk menjaga jangkahayat parti Melayu yang telah berusia lebih 50 tahun itu....

Sama-sama lah kita lihat bagaimanakah nasib ISA dan 27 tahanan yang masih ditahan tanpa bicara di Kem Tahanan Perlindungan Taiping itu....






2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kami sentiasa turut mendoakan agar alat kekejaman UMNO ini segera di hapuskan. Kan Najib dah kata, bukan kerajaan tu semuanya betul. Bagaimana dengan saranan saya agar nukilan cik gu Laila di susun utk dijadikan buku buat hadiah menteri yang baru ni. Kami sedia menyebarkannya sebanyak mungkin. Harap dimulakan segera. Teruskan perjungan.

Jihad Fie Sabilillah berkata...

Kamunting = ISA..
sesuatu yang tak dapat digambarkan dilayar kanvas makna
sungguh!!!
kalau beri pada dia yang melaksana
dunia pasti
dia akan mengatakan
'TIDAK PADA ISA
BENCI AKAN NAMA ITU!'

(Aku Pasti & yakin ini bukan telaah atau propaganda, kerana telah menumpang lalu seketika..mungkin Ukht Laila mampu membenarkan)

SALAM PERJUANGAN KAK...

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]