Aku dan Nashita memang sering menghadiri program umum sebagai tanda sokongan kepada penganjur dan peserta majlis tersebut. Contohnya kami sering pergi melakukan demonstrasi@demo , ke mahkamah ,SUHAKAM , balai polis dan berbagai-bagai lagi tempat orang awam meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap layanan kerajaan terhadap rakyat marhaen seperti kami. Dimana saja kami berada, ramai juga yang memberi komen bahawa kami seperti kembar walaupun saiz dan usia amat berlainan!!!!
Namun yang jelasnya, telepathy antara kami sangat kuat!!!Aku amat mengkagumi kesungguhannya melakukan kerja-kerja "pelik" ini walaupun beliau mempunyai kelulusan dari luar negara yang membolehkannya memegang jawatan yang lebih sesuai dengan ijazah yang dipegangnya dalam sektor awam atau swasta...
Namun.... inilah keistimewaan beliau!!! Sanggup menjadi aktivis rakyat sepenuh masa, selain dari tugasan hakiki sebagai suri rumahtangga. Aku dan Nashita bersama ahli keluarga GMI yang lain.... Nalini, Hj Azmi, Kak JIje, Syed Ibrahim, Ammar, Asiah dan Wasilah.
Polis juga sering tersilap dengan penampilan kami berdua... Contohnya tahun lepas, ketika jenazah Allahyarhamah Aina Mardhiah telah berada di rumah, ayah Aina yang ketika itu masih ditahan dibawah ISA dan baru 20 minit tiba untuk menatap wajah anaknya yang sudah tidak bernyawa, SB memberi arahan supaya segera beredar dari rumah itu, dan aku membuat sedikit bantahan supaya bapa arwah Aina diberi peluang untuk menatap wajah arwah lama sedikit dari biasa. Dan akhirnya, Nashita pula yang di marahi SB kerana "terlalu" mendesak dan dikatakan cuba memalukan mereka dihalayak ramai.
2 ulasan:
Hahahaaa..dah lama nak kata.uper akak ngan akak nashita sama jer..tak sangka terlahir sendiri dari akak juga..hehe..Masa kali pertama bertemu lagi nak kata macam tu. tapi tak terluah plak..hehee.
sampaikan salam saya pada kak nashita.Lama tak bersua dengannya.
ehem...ehem..
tadi baru tersebut nama atriza..tadi pun ustazah nuridah tegur kami..eh..dah janji ke..pakai baju n tudung hampir sama..purple..eh..tak janji pun...makan tghari tadi..selalunya kami makan ikan bakar ikan keli..tapi hri ni dua dua ambil ikan pari...tak pernah2..atau jarang sekali..
paling menakutkan semalam mendapat tenungan dari SB Ayub yang sngat membenci isteri Mat Sah!!!!...eeee....takut....tembus masuk dalam sarang siput lagi....geli.....
Catat Ulasan